SOLAT MENURUT QUR’AN
Solat bermaksud HUBUNGAN, berhubung dalam bentuk yang ditentukan oleh ALLAH melalui Al-Qur'an yang penuh Hikmah dan Petunjuk yang mulia. Perkataan Solat disebut sebanyak 67 kali dalam Qur'an.
Ada 2 jenis Solat :
- Solat mengingati ALLAH melalui Ritual (Dirikanlah Solat) - Habluminallah.
- Solat jenis berhubung Bukan Ritual dengan Makhluk ALLAH (Lakukanlah solat-Hubungan) - Hambulumminannaas
SOLAT RITUAL
Yang dijelaskan di sini adalah jenis solat yang pertama iaitu SOLAT mengingati ALLAH dengan Ritual.
Solat bermaksud HUBUNGAN, berhubung dalam bentuk yang ditentukan oleh ALLAH melalui Al-Qur'an yang penuh Hikmah dan Petunjuk yang mulia. Perkataan Solat disebut sebanyak 67 kali dalam Qur'an.
Ada 2 jenis Solat :
- Solat mengingati ALLAH melalui Ritual (Dirikanlah Solat) - Habluminallah.
- Solat jenis berhubung Bukan Ritual dengan Makhluk ALLAH (Lakukanlah solat-Hubungan) - Hambulumminannaas
SOLAT RITUAL
Yang dijelaskan di sini adalah jenis solat yang pertama iaitu SOLAT mengingati ALLAH dengan Ritual.
Solat umat Islam
dikatakan telah diajar oleh Rasul. Maka ia adalah Sunnah Rasul. Para ulama
tidak pernah mengakui bahawa solat adalah “Sunnah” Allah, iaitu suatu amalan
yang diajar Allah melalui Kitab-Nya, al-Qur’an. Sebaliknya mereka selalu
berkata "Manakah ada cara bersolat di dalam al-Qur’an!"
Kertas ini menjawab
soalan tersebut. Di dalam jawapan ini, segala keterangan dirujuk kepada
al-Qur’an sahaja, dan keterangan yang akan dikemukakan akan menyinggung
perasaan kerana bercanggah dengan amalan solat biasa umat Islam. Segala hujah
yang dikemuka bukanlah untuk buktikan umat telah tersilap, tetapi sekadar untuk
menyatakan apa yang terkandung di dalam al-Qur’an mengenai solat, di samping
menjawab cabaran ulama tadi.
NAMA DAN WAKTU SOLAT
Penjelasan dimulakan
dengan memperihalkan nama bagi tiap-tiap solat. Terdapat hanya tiga nama solat
di dalam al-Qur’an, iaitu Solat Fajar (24:58), Solat Isyak (24:58), dan Solat
Wusta, atau solat yang di tengah (2:238). Tiga nama solat ini menunjukkan
waktunya juga. Waktu-waktunya dijelaskan lagi dengan sebuah ayat lain berbunyi:
"Dan lakukan
solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)
Solat yang pada waktu
tepi siang pertama ialah solat fajar, sementara solat wusta, atau solat yang di
tengah, pada tepi siang yang kedua. Solat yang dilakukan pada awal malam itu
ialah solat isyak dalam zon Malam di mana kita berbuka puasa.
SOLAT FAJAR bermula pada waktu Fajar. Waktu Fajar digambar dalam ayat ini :
“….Dan makan dan
minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam,
pada FAJAR...” (2:187)---Pada waktu inilah solat Fajar didirikan.
SOLAT WUSTA - Perkataan
"WUSTA" ingin dijelaskan lagi di sini. Ia bermakna "di
tengah", dan menurut pendapat saya, maksudnya adalah waktu yang di tengah
di antara dua solat iaitu Waktu Solat Fajar dan Waktu Solat isyak. Waktu yang pendek ini dikenali umum sebelum
Maghrib atau Akhir Asar(Petang). Lantas,
waktu solat Wusta adalah sebelum terbenam matahari, iaitu di tepi siang yang
kedua.
SOLAT ISYAK bermula
pada waktu fizikal matahari terbenam sepenuhnya. Yang kita kenali sebagai waktu
maghrib atau Senja. Ketika matahari terbenam inilah waktu berada dalam zon
malam. Waktu berbuka puasa(2:187) dan waktu
solat Isyak(17:78)
“….Dan makan dan minumlah, sehingga benang
putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada Fajar, kemudian
sempurnakanlah puasa sampai MALAM,...” (2:187)
"Lakukan solat
dari terbenam matahari hingga kegelapan MALAM" (17:78).
NAMA SOLAT YANG TIADA
KAITAN DENGAN AJARAN ALLAH
Walaupun nama-nama
lain yang lazim digunakan untuk solat, seperti Solat Zuhur, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Subuh,
tercatat di dalam al-Qur’an, namun mereka tidak dikaitkan dengan solat, atau
waktu solat.
Umpamanya nama "MAGHRIB",
ia bukan sahaja bukan nama solat, tetapi juga bukan nama waktu. Ia sebenarnya
adalah suatu arah, iaitu barat, seperti yang ditunjukkan pada ayat Allah
berbunyi :
"Kepunyaan Allah
Timur(Masyrik) dan Barat(Maghrib)" (2:115)
Zuhur pula di dalam
al-Qur’an adalah waktu berehat pada tengah hari, apabila pakaian ditanggalkan.
Firman-Nya:
"Wahai
orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu
miliki, dan mereka di antara kamu yang belum cukup umur, minta izin kepada kamu
tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada WAKTU
ZUHUR, dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi
kamu." (24:58)
Sementara "ASAR"
di dalam al-Qur’an bermaksud "masa" atau "waktu" dan tiada
kaitan dengan solat seperti yang terdapat pada ayat yang berbunyi "Demi
masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian," (103:1-2)
Bukan sahaja tidak
disebut nama solat maghrib, atau solat zuhur, atau solat asar di dalam
al-Qur’an, tetapi juga, turut tidak disebut adalah nama "solat
subuh". Subuh dan fajar, seperti nama dan sebutan bunyinya yang berlainan,
adalah dua masa atau waktu yang berlainan. Waktu subuh adalah sebelum fajar,
iaitu waktu akhir malam. Perkataan ‘subuh’ terdapat pada ayat-ayat 11:81,
74:34, 81:18 dan 100:3, dan didapati tiada kaitan dengan solat langsung.
Manakala, 'SOLAT JUMAAT' yang biasa dinamakan sebagai solat pengganti Solat Zohor setiap hari Jumaat di kalangan umat Sunni adalah tidak tercatat dalam mana-mana ayat Qur'an. dan ini sudah jelas bukan ajaran ALLAH.
.... TETAPI!
SOLAT PADA HARI JUMAAT" dinyatakan dalam 62:9-11, adalah solat Memuji ALLAH yang dilakukan pada waktu ZOHOR (30:18) yang khusus berlaku dan diwajibkan pada hari JUMAAT sahaja(62:9). Solat 2 rakaat ini adalah diwajib kepada semua orang secara BERJUMUAHT atau BERJEMAAH (62:10, 4:102) tidak kira lelaki atau perempuan(20:132). Solat ini TIDAK digelar sebagai SOLAT JUMAAT. Tetapi digelar sebagai "SOLAATI MIYYAUMIL JUMUAHT".
Manakala, 'SOLAT JUMAAT' yang biasa dinamakan sebagai solat pengganti Solat Zohor setiap hari Jumaat di kalangan umat Sunni adalah tidak tercatat dalam mana-mana ayat Qur'an. dan ini sudah jelas bukan ajaran ALLAH.
.... TETAPI!
SOLAT PADA HARI JUMAAT" dinyatakan dalam 62:9-11, adalah solat Memuji ALLAH yang dilakukan pada waktu ZOHOR (30:18) yang khusus berlaku dan diwajibkan pada hari JUMAAT sahaja(62:9). Solat 2 rakaat ini adalah diwajib kepada semua orang secara BERJUMUAHT atau BERJEMAAH (62:10, 4:102) tidak kira lelaki atau perempuan(20:132). Solat ini TIDAK digelar sebagai SOLAT JUMAAT. Tetapi digelar sebagai "SOLAATI MIYYAUMIL JUMUAHT".
DITENTUKAN
Solat hendaklah
dilakukan pada waktu-waktu yang Allah tentukan, seperti arahan-Nya yang
berbunyi:
"Sesungguhnya
waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin."
(4:103)
Tiada terdapat pula
satu ayat pun di dalam al-Qur’an yang membolehkan solat itu dilakukan pada
waktu yang bukan waktunya, seperti mengqadarkannya atau menjamakkannya. Walau
dalam keadaan apapun solat hendaklah dikerjakan. Ayat yang berikut jelaskannya:
"Jika kamu dalam
ketakutan, maka sambil berjalan kaki, atau menunggang. Apabila kamu telah aman,
ingatlah akan Allah sebagaimana Dia telah ajar kamu apa yang kamu tidak
tahu." (2:239)
Seperkara lagi,
daripada ayat tersebut, umat diingatkan supaya lakukan solat seperti yang
diajar oleh Tuhan - segala ajaran Tuhan terkandung di dalam al-Qur’an.
RAKAAT
Rakaat solat tidak
disebut dalam Qur’an. Tetapi dapat
dijelaskan dalam ayat ini. Solat
yang didirikan bermula dengan berdiri,
rukuk dan Sujud dilaksanakan oleh dua golongan sepertiyang dinyatakan. Kamu itu merujuk kepada ‘Nabi’ yang
berperanan sebagai Imam kepada Jemaah dua golongan. Imam tidak menghentikan solat sebaliknya
melakukan solat dua kali secara terus untuk memimpin dua golongan tersebut. Golongan
pertama yang bersolat ini tamat solatnya apabila tamat sujudnya dan kemudian
keluar dari tempat solat untuk memberikan peluang kepada golongan kedua yang
belum solat untuk melaksanakan solat bersama nabi. Renungkan ayat ini :
“Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan SOLAT
bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka BERDIRI bersama kamu,
dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka SUJUD,
hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah SEGOLONGAN lain yang
belum SOLAT datang, dan SOLAT bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka
dan senjata-senjata mereka…” [4:102]
WUDUK
Mengenai wuduk pula
(perkataan "wuduk" tidak disebut di dalam al-Qur'an), hanya empat
bahagian anggota badan yang terlibat, iaitu muka, tangan, kepala, dan kaki. Ini
dijelaskan dengan ayat yang berikut:
"Wahai
orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu
dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga
pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu
sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari
tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah
dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya.
Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak
bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu
berterima kasih." (5:6)
Ayat ini telah juga
disebut oleh Rasul, dan baginda tidak mungkin menambah bahagian-bahagian
anggota yang lain dalam wuduk kerana jika baginda buat demikian maka Allah akan
membunuhnya. Firman-Nya
"Sekiranya dia
(Muhammad) mengadakan terhadap Kami sebarang ucapan, tentu Kami ambilnya dengan
tangan kanan, kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya." (69:43-46)
KIBLAT
Kiblat menurut
al-Qur’an ialah Masjidil Haram, yang di tengahnya terletak Kaaba. Rasul sendiri
telah mencari-carinya dahulu lalu Allah tunjukkan kepadanya melalui ayat yang
berikut:
"Kami lihat kamu
membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu
kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil
Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya.
orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara
mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan." (2:144)
PAKAIAN
Pakaian untuk solat
adalah yang baik atau cantik kerana ketika itu umat berhadapan serta
berkomunikasi dengan Penciptanya. Malahan, Allah telah menyuruh ambil perhiasan
di setiap masjid, yang bermaksud tempat sujud. Dan sujud dilakukan juga dalam
solat. Firman-Nya,
"Wahai Bani
Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid" (7:31).
BERHUBUNG/
BERKOMUNIKASI
Solat adalah suatu
cara istimewa dalam interaksi dengan Allah kerana ia dimulakan dengan
membersihkan bahagian-bahagian anggota badan yang tertentu. Satu daripada
tujuan umat berkomunikasi dengan-Nya adalah untuk memohon pertolongan.
Firman-Nya:
"Kamu mohonlah
pertolongan dalam kesabaran dan solat...." (2:45)
Mohonlah kepada-Nya.
Sebaik-baik permohonan adalah menurut apa yang diajar-Nya di dalam al-Qur’an.
Solat bukan sahaja
masa untuk memohon pertolongan tetapi juga suatu masa untuk mengingati-Nya. Ini
dijelaskan dengan sebuah ayat lain berbunyi
"Dan lakukan
solat untuk mengingati Aku." (20:14)
BAHASA
Bahasa bukanlah satu
isu dalam menyembah Tuhan. Dia tidak pernah mengarahkan bahasa Arab dijadikan
bahasa pengantar dalam solat untuk semua kaum. Sebaliknya, Dia melarang lakukan
solat jika apa yang diucapkan di dalamnya tidak difahami. Firman-Nya:
"Wahai
orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk
sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan," (4:43)
Setelah dilarang
kerjakan solat apabila segala yang diucap tidak difahami dan seseorang itu
terus bersolat juga, maka apakah hukumnya? Ingin diingatkan di sini bahawa
Iblis telah jadi kafir setelah mengingkari hanya satu (sahaja) perintah Allah!
Oleh itu sekiranya
anda seorang melayu, maka guna saja Bahasa melayu. Begitu juga kepada bangsa lain. Bahasa mengikut
Bahasa yang ibunda atau yag difahami oleh mereka. Namun, sekiranya dia ingin menggunakan Bahasa
Arab pun tiada masalah. Yang penting
difahami.
SUARA
Nada suara dalam
solat tidaklah terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah tetapi di
pertengahan, dan ini adalah untuk semua solat. Firman-Nya:
"Dan jangan kamu
lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu
satu jalan di antara yang demikian itu." (17:110)
*Sederhanakan nada
suara.
SERU
Solat dimulakan dengan
menyeru Nama-Nya, seperti Allah, atau Ar-Rahman (Yang Pemurah) atau mana-mana
nama-Nya yang indah yang diajar di dalam al-Qur’an (nama Allahu Akbar tiada di
dalamnya). Firman Allah:
"Katakanlah,
‘Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya
nama-nama paling baik.’ (17:110)
Ayat yang
menyusulinya menetapkan apa yang harus diucap selepas seruan itu, iaitu:
"Dan katakan,
‘Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada
sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung)
daripada kerendahan diri.’" (17:111)
BACAAN
Bacaan di dalam Solat
boleh dipetik daripada mana-mana ayat yang sesuai yang berjumlah dengan banyak
di dalam al-Qur’an. Pilihan adalah berdasarkan keperluan dan selera sendiri
kerana solat adalah suatu alat perhubungan yang amat peribadi antara hamba dan Pemeliharanya.
Sebagai contoh, ayat
yang lazim diucapkan umat Islam pada permulaan solat mereka berbunyi "Inna
solati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillaahi rabbil aalamiin" yang
bermakna, "Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku,
untuk Allah, Pemelihara semesta alam". Ini sebenarnya adalah ayat 6:162 di
dalam al-Qur’an.
Akan tetapi, di dalam
al-Qur’an ayat tersebut bermula dengan kata "qul" atau
"katakanlah", iaitu "Qul inna solati wanusuki..." atau
"Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, dan ibadahku ...."
tinggalkan kata
"qul" atau "katakanlah" pada ayat ini di dalam solat adalah
wajar kerana ketika itu umat bercakap dengan-Nya. Mahukah kita menyuruh Dia
dengan "Katakanlah ..."?
Justeru itu, pada
ayat-ayat lain seperti "Qul a’udzu birabbin naas ...." (Surah 114)
yang bermaksud "Katakanlah, ‘Aku berlindung kepada Pemelihara manusia
....’", atau "Qul huwal laahu ahad ..." (Surah 112) yang
bermakna "Katakanlah, ‘Dialah Allah yang satu ...", haruslah ditinggalkan
qulnya juga kerana meninggalkannya adalah amat munasabah.
AKULAH ALLAH
Sesetengah pihak
mendakwa bahawa solat adalah masa untuk membaca al-Qur’an. Ini tidak benar,
kerana amalan kerjakan solat dan membaca al-Qur’an adalah dua perintah Tuhan
yang berlainan, seperti yang disebut di dalam ayat 73:20. Seterusnya ada juga
orang yang mendakwa bahawa mana-mana ayat al-Qur’an boleh dibaca dalam solat.
Ini juga tidak benar. Sebagai contoh, bolehkah dibaca ayat al-Qur’an yang
berikut di dalam solat:
"Sesungguhnya
Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan
solat untuk mengingati Aku." (20:14)
Mahukah diucap
kata-kata tersebut kepada Allah, walaupun ia ayat al-Qur’an?
HANYA ALLAH
Solat adalah hanya
untuk Allah. Lalu hanya nama-Nya harus diseru. Firman-Nya,
"Serulah Allah,
atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling
baik." (17:110)
"lakukan solat
untuk mengingati Aku." (20:14)
"Masjid-masjid
adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun."
(72:18)
LAKU / PERBUATAN
SOLAT- BERDIRI, RUKUK DAN SUJUD
Berdiri, rukuk
(tunduk) dan sujud disebut berulang kali di dalam al-Qur’an. Bagaimana
seseorang itu menyesuaikan diri dengannya adalah keputusannya yang paling baik
untuk dirinya. Begitu juga dengan bacaan bagi tiap-tiap laku, terpulanglah
kepada individu untuk memilih ayat-ayat yang bermakna lagi wajar dalam
solatnya. Mungkin boleh dipersoalkan bagaimana orang-orang yang berikut, iaitu
orang-orang yang telah dijanjikan Allah dengan janji yang baik, lakukan solat
mereka? Firman-Nya:
"Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin,
sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka
upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada
mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (2:62)
Apa yang ingin dibaca
semasa tunduk (rukuk) misalnya, bolehlah ambil teladan daripada Nabi Daud yang
memohon ampun semasa tunduk:
“Dan Daud sangka Kami
mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk,
dan dia berkesesalan” (38:24).
Atau semasa sujud,
ambillah pengajaran daripada ayat-ayat di bawah ini:
2:58. Dan apabila
Kami berkata, "Masuklah bandaraya ini, dan makanlah dengan senang
daripadanya di mana sahaja kamu hendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan
bersujud, dan katakan, 'Tidak membebankan'; Kami akan ampunkan kamu atas
pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."
22:26. Dan apabila Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu sekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.
17:107-108.
Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi
pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas
dagu-dagu mereka dengan bersujud, Dan berkata, 'Pemelihara kami disanjung!
Janji Pemelihara kami dilakukan.'
25:64-65. Yang
melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan berdiri. Yang
berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah daripada kami azab
Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling ngeri,
32:15. Orang-orang
yang percayai ayat-ayat Kami hanyalah yang apabila mereka diingatkan dengannya
jatuh bersujud, dan mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka,
50:40. Lafazlah
sanjungan-Nya pada malam hari, dan pada hujung-hujung sujud.
*Oleh itu kelakuan solat ritual adalah Bermula dengan
Berdiri dengan Khusyuk, Rukuk dan akhirnya Sujud.
BERDIRI DENGAN KHUSYUK (2:238, 22:26)
Postur berdiri adalah sepertimana askar
berdiri. Ini merupakan cara berdiri yang
efektif dan efesyen sama ada dalam menyampaikan maklumat, laporan atau
berkomunikasi dengan ketua dan menerima arahan.
Ini merupakan Bahasa badan yang terbaik dalam komunikasi. Bacalah surah Al-Fatihah dan ayat-ayat yang
sesuai untuk berkomunikasi dengan Tuhan. Seperti doa-doa dan puji-pujian kepada
Tuhan.
RUKUK (22:77)
Rukuk ialah membongkok ke depan dan meletakkan
genggaman tangan ke lutut. Adalah postur tubuh yang bagus dalam simbolik sembah
hormat. Dalam posisi ini, komunikasi
antara dua pihak lebih kepada menyanjungi lawan bicara. Ia sangat efektif dalam postur penghormatan
dan sanjungan dalam sudut 90 darjah. Bacalah ayat Puji-pujian dan sanjungan.
* --- “Subhanaka wal hamduka- ya ‘Aliiyu, Ya Adziim”
* --- “Subhanaka wal hamduka- ya ‘Aliiyu, Ya Adziim”
[Engkau disanjung dan segala puji bagiMu(2:32, 1:2), Yang Tinggi(87:1), Yang Agung." (2:255)]”
SUJUD (22:77, 32:15)
Postur tubuh ini sangat efektif dalam penyembahan
dan penyerahan total kepada yang disembah.
Komunikasi lebih kuat dirasakan oleh penyembah. Tangan ditekan pada permukaan lantai padaa
aras telinga. Sepertimana sujud umat
Islam yang biasa kita lihat hari ini. Kaki
dibengkokkan dalam sudut 90 darjah. Ini merupakan akhir kelakuan ritual
solat. Bangun dari sujud bermakna telah
tamat solat ritual. Bacalah ayat puji-pujian dan sanjungan dan mohon ampun dalam
Doa khusus.
* --- “Subhanaka wal hamduka- ya ‘Aliiyu, Ya Adziim”
* --- “Subhanaka wal hamduka- ya ‘Aliiyu, Ya Adziim”
[Engkau disanjung dan segala puji bagiMu(2:32, 1:2), Yang
Tinggi(87:1), Yang Agung." (2:255)]”
BACAAN AKHIR SOLAT
Seperti mana-mana
seruan kepada-Nya, solat diakhiri dengan memuji Allah. Pujian kepada-Nya
berbunyi "Alhamdulil lahi rabbil alamin" atau "Segala puji bagi
Allah, Pemelihara semua alam." Ini diketahui daripada ayat-Nya yang
berbunyi:
"Dan akhir
seruan mereka, ‘Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.’" (10:10)
Dan Kata-Nya lagi,
"Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian
pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan
dikembalikan." (28:70)
SOLAT BERJEMAAH /
BERJUMUAHT/ BERKUMPUL
Solat berjemaah atau
berkumpul dilakukan dalam 3 waktu solat yang dinyatakan dalam Qur'an.
Renungkan ayat-ayat
ini :
2:43. Dan lakukan
solat, dan berikan zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.
62:9. Wahai
orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul(Jumuaht),…
4:102. Apabila kamu
di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka,…
PENUTUP
Oleh itu, Solat adalah berjumlah 3, iaitu Solat Fajr, Solat Wusta dan Solat Isyak setiap 3 waktu, setiap hari. Dan Solat Pada Hari Jumaat, yang dikhususkan pada Hari JUMAAT di waktu Zohor secara berjemaah sekali seminggu sahaja.
Oleh itu, Solat adalah berjumlah 3, iaitu Solat Fajr, Solat Wusta dan Solat Isyak setiap 3 waktu, setiap hari. Dan Solat Pada Hari Jumaat, yang dikhususkan pada Hari JUMAAT di waktu Zohor secara berjemaah sekali seminggu sahaja.
Banyak telah
diperkatakan mengenai solat menurut ajaran Tuhan di dalam al-Qur'an di sini.
Tentulah ia didapati bertentangan dengan ajaran para ulama yang menyatakan
solat mereka datang dari Rasul atau sunnahnya. Walhal, di dalam kelima-lima
kitab hadis terbesar di dunia mereka, tidak terdapat keperincian dalam lakukan
solat seperti yang diajar kepada umat. Yang terdapat hanyalah beberapa hadis
Nabi mengenai solat yang tidak diamalkan oleh mereka yang juga tidak diajar
kepada umat Islam yang menuruti mereka dengan taat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!