Ahad, 4 September 2016

UMMIY : BUTA HURUF ATAU BUTA KITAB TUHAN???

SALAMUN ALAIKUM....

SEKIRANYA, perkataan ‘UMMIY’ itu bermaksud ‘BUTA HURUF’ dalam ayat ini….

7:157. “Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang UMMIY, yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."

*Nabi Muhammad adalah UMMIY!

Dan ayat ini…

62:2. “Dia yang bangkitkan pada KAUM yang UMMIY, seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,”

*KAUM YANG UMMIY adalah ORANG ARAB di sekitar Nabi Muhammad.

Kalau UMMIY bermaksud buta huruf (tidak pandai membaca dan menulis).  Maka, secara lojiknya,…

“TIADA CATATAN DAN TULISAN DARI ZAMAN NABI HINGGA NABI WAFAT.”

Jadi, persoalannya ialah…

Dari mana datangnya tulisan ayat-ayat Qur'an dan tulisan-tulisan artifak sejarah Islam yang ada pada hari ini kalau Nabi dan Kaumnya adalah buta huruf atau Ummiy?

Dari mana datangnya catatan hadis-hadis yang kononnya dicatat oleh para sahabat nabi  pada zaman itu?- pada hal nabi dan kaumnya adalah UMMIY.

Apakah hadis-hadis nabi dan ayat-ayat Qur’an telah ditulis oleh penulis yang bukan kaumnya?

Apakah kemungkinan besar ditulis oleh Kaum Yahudi dan Nasrani, musuh-musuh Islam sendiri?

Dari manakah, imam-imam hadis seperti Bukhari, Muslim, Ibnu Hakim dan Tirmizi, mendapat rujukan hadis-hadis nabi bertulis kalau Nabi dan Kaumnya adalah buta Huruf atau UMMIY???



*SEKIRANYA ADA PIHAK YANG MASIH BERKERAS DAN BERTEGAS UNTUK MENGEKALKAN MAKSUD UMMIY SEBAGAI BUTA HURUF, MAKA IA PERLU MENJAWAB 4 SOALAN DI ATAS!

DENGAN KEMUNCULAN PELBAGAI TULISAN DARI ZAMAN NABI SEPERTI NASKAH-NASKAH AYAT-AYAT QUR’AN DAN HADIS-HADIS PARA SAHABAT NABI YANG MENJADI RUJUKAN IMAM-IMAM HADIS DI KEMUDIAN ZAMAN NABI, SUDAH CUKUP MENGGAMBARKAN BAHAWA TAFSIRAN UMMIY SEBAGAI : BUTA HURUF ADALAH TIDAK SESUAI MENURUT PENGERTIAN AYAT DAN SEJARAH ISLAM HARI INI. 

TETAPI SEKIRANYA UMMIY ITU DITERJEMAH DENGAN LEBIH LUAS DAN DALAM MAKNANYA MENURUT KONSEP KEDUA-DUA AYAT TERSEBUT SEBAGAI :

 “BUTA KITAB DARI TUHAN”

YANG BELUM MENERIMA KITAB DARI TUHAN.

KITA AKAN DAPATI IA SANGAT SESUAI DENGAN APA YANG KITA SAKSIKAN HARI INI.  ADANYA CATATAN BERTULIS AYAT-AYAT QUR’AN DAN HADIS-HADIS YANG DITULIS OLEH PARA SAHABAT YANG MERUPAKAN KAUMNYA.   

MENURUT QUR’AN, NABI SESUNGGUHNYA MAHIR MENULIS DAN MEMBACA.  OLEH ITU NABI BUKANLAH UMMIY ATAU BUTA HURUF.  MALAH, KAUMNYA ORANG ARAB JUGA BUKAN UMMIY ATAU BUTA HURUF.  SEJARAH MEMBUKTIKAN, BAHAWA KAUM ARAB ADALAH KAUM YANG TINGGI KESUSASTERAANNYA.  SYAIR DAN PUISI MENJADI MAINAN MEREKA. MALAH ADA YANG TERBAIK DAN TERINDAH DITULIS DAN DIGANTUNGKAN DI DINDING KAABAH.  INI ADALAH FAKTA SEJARAH YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL DAN SELARI DENGAN QUR’AN, APABILA UMMIY ITU DITAFSIRKAN SEBAGAI ‘BUTA KITAB DARI TUHAN’.

BANGSA ARAB, yang bermula dari Nabi Ibrahim kepada anaknya ISMAIL.  Ismail merupakan seorang NABI dan Rasul yang pertama di kalangan bangsa Arab, YANG TIDAK DIBERI KITAB dari ALLAH.  Nabi Ismail hanya mewarisi ajaran dari SUHUF nabi Ibrahim. Meneruskan legasi Ibrahim sebagai nabi dan Rasul bagi bangsa Arab.  Oleh itu bermula dari Nabi Ismail yang tidak diberi kitab sehinggalah kepada Nabi Muhammad yang merupakan Rasulullah dan Nabi terakhir dalam kerajaan ALLAH yang akhirnya menjadi Nabi dan Rasul yang pertama diberi Kitab dari Tuhan.  Sebelum menerima kitab dari ALLAH itu, Nabi Muhammad digelar UMMIY atau Yang belum menerima kitab dari Tuhan dan belum mengetahui apa-apa ajaran dari kitab Tuhan (Q.S.7:157, 29:48).  Tetapi Nabi Muhammad sudah mahir menulis menulis dan membaca (Q.S 25:5)
Begitu juga dengan Kaumnya yang UMMIY iaitu orang Arab juga belum menerima dan belum mengetahui sebarang kitab ketuhanan dari Tuhan (Q.S. 62:2).  Tetapi mereka sudah mahir menulis dan membaca syair-syair dan puisi-puisi mereka sendiri.
Tetapi malangnya fakta-fakta ini telah ditutupi oleh ajaran-ajaran hadis lahwa hari ini yang mendakwa bahawa nabi adalah…
“BUTA HURUF, TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS!”
Tidak disangka, mereka memburukkan dan memfitnah nabi dengan menggunakan hadis-hadis yang bersandar pada nama nabi itu sendiri.  Tetapi Al-Qur’an adalah AL-FURQAN, kitab inilah yang membezakan yang Haq dan batil.  Setelah mengkaji dan membaca Qur’an.  Akhirnya tersingkaplah kebenarannya bahawa Nabi Muhammad adalah Ummiy yang bermaksud :
“Yang belum menerima kitab dari Tuhan dan belum diberi pengetahuan dari kitab Tuhan.”

WAHYU DAN AYAT-AYAT ALLAH
Wahyu dan ayat-ayat ALLAH yang turun adalah bertahap kepada Nabi, dari satu ayat menjadi satu Surah, dari satu surah menjadi banyak surah dan kemudiaan dari banyak-banyak surah dihimpun membentuk satu KITAB. 
Oleh itu, selagi ia belum sempurna kesemua ayat itu turun kepada nabi maka ia belum dipanggil ‘kitab’ secara lojiknya.  Walaupun frasa nama ‘ KITAB’ dan AL-Qur’an disebut dalam ayat-ayat yang diwahyukan itu.  Ia hanya satu gambaran bahawa pada akhirnya apabila semua ayat sudah turun kepada nabi, ia akan menjadi sebuah KITAB yang boleh dibaca. 
Oleh itu selagi ayat-ayat ini belum sempurna turun kesemuanya dan menjadi kitab yang boleh dibaca, selama itu jugalah nabi digelar UMMIY, yang belum menerima kitab Tuhan.  Nabi hanya menerima ayat demi ayat utnuk dibentukmenjadi sebuah kitab.  Begitu juga kaumnya yang UMMIY, selagi kitab itu tak sempurna dengan berkumpulnya seluruh ayat Qur’an dalam satu kitab, mereka juga digelar kaum yang UMMIY, yang belum menerima kitab Tuhan.  




NABI SEBENARNYA PANDAI MENULIS DAN MEMBACA

Makna perkataan al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh para ulama palsu Islam zaman dahulu. Mereka mengertikan kalimat tersebut kepada buta huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang ummiy" (7:157-158), dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.

Sebenarnya, ajaran itu palsu. Kepalsuannya dapat didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi bahasa Arab iaitu kitab al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat ummiy akan buktikan bahawa ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat besar dalam Islam. Antara ayat yang dimaksudkan berbunyi:

"Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2).


UMMIY

Kaum yang ummiy yang disebut di dalam ayat itu adalah kaum Arab. Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad difahamkan berada di tahap tinggi dalam kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan digantung di Kaaba. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah ketika itu berada dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan jahililiah hanya dalam kepercayaan bukan dalam pelbagai bidang lain.

Kalimat ummiy, menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang yang tidak, atau belum, diberi sebarang Kitab oleh Allah. Ia juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah disebut.

Kaum Yahudi pula telah diberi tiga buah Kitab melalui beberapa orang Nabi mereka. Mereka dipanggil ahli Kitab. Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi sebarang Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Lantaran, orang-orang Arab dikatakan ummiy sebab belum menerima Kitab Allah.

untuk menjelaskan lagi dipetik sebuah ayat yang menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli Kitab (orang yang telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy (yang belum diberi Kitab) atau buta Kitab. Firman-Nya:

"Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu percayakan dengan satu timbunan, dia akan kembalikan kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu percayakan dengan satu dinar, dia tidak akan kembalikan kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas (menagih) dia. Itu kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu orang Arab).' Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:75)

Ayat di atas menunjukkan keengganan sesetengah orang Yahudi (ahli Kitab) untuk kembalikan "hutang" kepada orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau buta Kitab), atas sebab "tidak ada jalan" bagi mereka terhadap orang ummiy. Sikap macam itu seakan sama dengan apa yang disemat di iman sesetengah orang Islam terhadap orang yang mereka anggap kafir pada hari ini.

Satu lagi ayat al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi hujah dalam menunjukkan perbezaan tersebut, berbunyi:

"dan katakan kepada orang-orang diberi al-Kitab , dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah kamu tunduk patuh?'" (3:20)

Maka jelaslah iaitu kalimat ummiy tidak bermakna buta huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. (Sila rujuk Kalimat ummiy di dalam al-Qur'an.)


MEMBACA

Selanjutnya, terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu menunjukkan Nabi pandai membaca. Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang berikut:

"Dan kamu (Muhammad) bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)

"Katakanlah, 'Marilah, aku (Muhammad) akan bacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu ....'" (6:151)

"Demikianlah Kami utus kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu ...." (13:30)

"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan." (17:106)

"Aku (Muhammad) hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah ini, yang Dia jadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya jadi antara orang-orang yang muslim, dan untuk baca al-Qur'an ...." (27:91-92)

"Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah ...." (33:33-34). Di sini, Nabi didapati membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di rumah-rumah mereka.

Malahan, Rasul-Rasul Allah yang lain didapati pandai membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca ayat-ayat-Nya kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad. Dua ayat yang berikut jelaskannya:

"Kemudian orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia, benar ....'" (39:71)

"Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul (Muhammad) di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)

Tambahan pula, adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca walhal Dia menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat membaca, seperti firman-Nya - "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)


MENULIS

Bukan sahaja didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi pandai membaca, malah, baginda juga didapati pandai menulis. Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang tidak percaya yang tinggal bersamanya. Firman-Nya:

"Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia tulis, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)

Terjemahan ayat tersebut telah menimbulkan keraguan sesetengah pihak. Betulkah ayat itu diterjemahkan? Untuk mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir kepada ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim, cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang berbunyi:

"Mereka berkata: (Qur'an ini) kabar-kabar dongeng orang-orang dahulu kala, yang dituliskan oleh Muhammad dan dibacakan (didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang." (25:5)

Kedua, kalimat yang diterjemahkan kepada "menulisnya" ialah iktataba. Kalimat itu penting kerana, difahamkan, mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang kedua sedang mengimlakkan."

Dan akhir sekali, terdapat sebuah lagi ayat yang bukan sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan mampu untuk hapuskan sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini pandai membaca dan menulis, termasuk membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:

"Tidak sebelum ini kamu (Muhammad) baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)

Ia menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis sebarang Kitab sebelum menerima al-Qur'an. Bermaksud, selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan menulis Kitab dengan tangan kanannya.

Seterusnya, ayat itu tidak menunjukkan pula bahawa baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu yang selain daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan menulis apa yang diperlukan dalam urusan perdagangannya).

Dengan adanya bukti-bukti yang jelas daripada Allah, maka terdedahlah fitnah yang kian lama dilakukan oleh para ulama palsu Islam ke atas Nabi Muhammad yang mereka siarkan sebagai seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, atau buta huruf. Sesungguhnya mereka menghina Nabi dengan buat demikian meskipun mereka mendakyahkan iaitu merekalah orang-orang yang paling mengasihinya.


“Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda.” (Q.S. 39:18 )

“BUKA MINDA MU, FIKIRKAN!”

SEGALA PUJI BAGI ALLAH
YANG PENGASIH, YANG PEMURAH