Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
35:1. Segala puji bagi
Allah, Pemula langit dan bumi, yang buatkan malaikat-malaikat sebagai Rasul-Rasul yang mempunyai sayap-sayap, dua, dan tiga,
dan empat, dengan menambahkan ciptaan seperti yang Dia hendaki. Sesungguhnya
Allah berkuasa atas segala sesuatu.
35:2. Apa sahaja pengasihan yang Allah bukakan
kepada manusia, tiada yang dapat menahannya, dan apa sahaja Dia tahan, tiada
yang mengutuskannya sesudah-Nya. Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
35:3. Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah
ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang beri rezeki untuk
kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah
kamu boleh berpaling?
35:4. Jika mereka dustakan kamu, Rasul-Rasul
sebelum kamu telah didustakan; dan kepada Allah segala urusan
dikembalikan.
35:5. Wahai manusia, janji Allah adalah benar;
maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan janganlah seorang penipu dapat
menipu kamu mengenai Allah.
35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi
kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya
mereka jadi di kalangan penghuni-penghuni Menyala.
35:7. Orang-orang tidak percaya, bagi mereka
azab yang keras; tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ,
bagi mereka adalah ampunan dan upah yang besar.
35:8. Dan apakah dengan
orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia
memandangnya baik? Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan sesiapa Dia hendaki,
Dia beri petunjuk; maka janganlah jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas
mereka; sesungguhnya Allah tahu apa yang mereka kerjakan.
35:9. Allah ialah Dia yang mengutus angin, yang
menggiatkan awan, kemudian Kami menghalaunya ke tanah yang mati, dan dengannya
menghidupkan bumi setelah ia mati. Begitulah Kebangkitan.
35:10. Sesiapa yang hendak kemuliaan, maka
kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan
kerja-kerja baik - Dia naikkannya; tetapi orang-orang yang buat tipu daya yang
jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan jadi
sia-sia belaka.
35:11. Allah cipta kamu daripada tanah, kemudian
daripada setitis mani, kemudian Dia buat kamu berpasangan. Tiada perempuan yang
mengandung, dan tiada juga yang melahirkan, kecuali dengan pengetahuan-Nya;
orang-orang yang diberi umur panjang tidak dipanjangkan umurnya, dan tidak juga
dikurangkan umurnya melainkan ia di dalam Kitab. Sesungguhnya itu, bagi Allah,
mudah.
35:12. Tidaklah sama
antara dua laut; yang ini enak, rasanya menggembirakan, lazat untuk diminum, dan yang ini masin,
pahit. Namun begitu, daripada kedua-duanya, kamu makan daging yang segar, dan
keluarkan darinya perhiasan-perhiasan yang kamu pakai; dan supaya kamu lihat
kapal-kapal membelahinya, supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu
bersyukur.
35:13. Dia jadikan malam masuk ke dalam siang,
dan jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan,
masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Itu Allah, Pemelihara
kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; dan orang-orang yang kamu seru selain
daripada Allah, mereka tidak miliki sebanyak kulit sebutir biji kurma
pun.
35:14. Jika kamu seru mereka, mereka tidak
dengar seruan kamu, dan jika mereka dengar, mereka tidak sahut kamu; dan pada
Hari Kiamat, mereka tidak percayai akan persekutuan kamu. Tiada yang beritahu
kamu seperti Yang menyedari.
35:15. Wahai manusia, kamulah yang memerlukan
(fakir) Allah, dan Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.
35:16. Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan
datangkan ciptaan yang baru,
35:17. Tidaklah itu, bagi Allah, sukar.
35:18. Orang yang memikul
beban tidak akan pikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang
bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya,
walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada
orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan
lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk
jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.
35:19. Tidaklah sama orang yang buta dengan
orang yang boleh melihat,
35:20. Dan gelap dengan cahaya,
35:21. Dan teduh dengan panas terik.
35:22. Tidaklah sama yang hidup dengan yang
mati. Allah jadikan mendengar sesiapa Dia hendaki; kamu tidak dapat jadikan
orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar.
35:23. Kamu, tidak lain, hanyalah seorang
pemberi amaran.
35:24. Sesungguhnya Kami utus kamu dengan yang
benar, pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan tiadalah
sesuatu umat melainkan telah berlalu di dalamnya seorang pemberi amaran.
35:25. Jika mereka dustakan kamu, orang-orang
sebelum mereka telah dustakan; Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka dengan
bukti-bukti yang jelas, dan Zabur, dan Kitab yang memberi cahaya.
35:26. Kemudian Aku ambil orang-orang tidak
percaya, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!
35:27. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah
turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang
bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan
merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat.
35:28. Antara manusia juga, dan haiwan, dan
binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada
Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang
berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun.
35:29. Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab
Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami
rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan
perdagangan yang tidak sia-sia,
35:30. Supaya Dia bayar sepenuhnya upah mereka,
dan tambahkan kepada mereka pemberian-Nya; sesungguhnya Dia Pengampun,
Berterima Kasih.
35:31. Dan apa yang Kami wahyukan kamu daripada
Kitab adalah yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya; sesungguhnya Allah
sedar, melihat hamba-hamba-Nya.
35:32. Kemudian Kami
wariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara
mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak
bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan
dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.
35:33. Taman-Taman Adn yang mereka akan masuk;
di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mutiara-mutiara,
dan pakaian mereka di dalamnya adalah daripada sutera.
35:34. Dan mereka berkata, "Segala puji
bagi Allah yang telah hilangkan segala kesedihan daripada kami. Sesungguhnya
Pemelihara kami Pengampun, Berterima Kasih,
35:35. Yang daripada pemberian-Nya menempatkan
kami di tempat tinggal yang kekal; di dalamnya tiada keletihan sentuh kami, dan
tiada juga kelesuan."
35:36. Bagi orang-orang tidak percaya, bagi
mereka api Jahanam; mereka tidak diakhirkan dan dimatikan, dan tidak juga
azabnya diringankan untuk mereka. Begitulah Kami balas setiap orang yang tidak
berterima kasih (kafir).
35:37. Di dalamnya mereka menjerit, "Wahai
Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan buat kerja-kerja baik ,
selain daripada apa yang kami telah buat." "Apa, tidakkah Kami beri
umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang akan ingat?
Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi
orang-orang zalim, tidak ada penolong."
35:38. Allah tahu keghaiban di langit dan bumi;
Dia tahu apa yang di dalam dada.
35:39. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah
(pengganti-pengganti) di bumi. Maka sesiapa yang tidak percaya, atasnyalah
ketidakpercayaannya; ketidakpercayaan mereka menambahkan orang-orang tidak
percaya hanya dalam kebencian di sisi Pemelihara mereka; ketidakpercayaan
mereka menambahkan bagi orang-orang tidak percaya hanya dalam kerugian.
35:40. Katakanlah,
"Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan
kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di
langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di
atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak
janjikan satu sama lain melainkan tipuan.
35:41. Allah menahan langit dan bumi supaya
mereka tidak beralih; sekiranya mereka beralih, tiada yang dapat menahan mereka
selepas Dia. Sesungguhnya Dia adalah Penyantun, Pengampun.
35:42. Mereka bersumpah dengan Allah dengan
sumpah segenap hati bahawa jika seorang pemberi amaran datang kepada mereka,
tentu mereka lebih dapat petunjuk daripada mana-mana satu umat; tetapi apabila
seorang pemberi amaran datang kepada mereka, ia hanya menambahkan mereka dalam
pelarian,
35:43. Dengan menyombong di bumi, dan buat tipu
daya yang jahat; tetapi tipu daya yang jahat hanya meliputi ahli yang
lakukannya. Maka tidakkah mereka menanti-nanti melainkan sunnah (resam)
orang-orang dahulu kala? Kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada sunnah
Allah, dan kamu tidak akan dapati sebarang penyimpangan pada sunnah
Allah.
35:44. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi
dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? Mereka lebih
kuat daripada mereka sendiri dalam kekuatan; tetapi Allah - tiada sesuatu yang
di langit, dan tiada juga di bumi yang dapat mengandaskan-Nya. Sesungguhnya Dia
adalah Mengetahui, Berkuasa.
35:45. Sekiranya Allah pertanggungjawabkan
manusia kerana apa yang mereka usahakan, tentu Dia tidak tinggalkan di atas
muka bumi satu makhluk yang merayap; tetapi Dia tangguhkan mereka ke suatu
tempoh yang dinyatakan. Tetapi, apabila tempoh mereka datang, maka sesungguhnya
Allah lihat hamba-hamba-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!