Ahad, 21 Ogos 2016

PENUTUP DOA : “AMIN” --- Ajaran dari bible?!





“AMIN” --- Ajaran dari bible?!

Mengenai perkataan 'Amin' dan penggunaannya seperti yang disebut di atas, ia tidak disyariatkan Allah di dalam Kitab-Nya, al-Qur'an. Akan tetapi di dalam Bible ada. Begini bunyinya,

"Lalu Ezra memuji Tuhan, Allah yang maha besar, dan semua orang menyambut dengan, "Amin, Amin!" (Nehemia 8:7)

Jangan pula ada pihak mengatakan kerana kita disuruh Allah supaya percayai kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an maka kita dibolehkan ikut segala ajaran Bible. Pada hemat kami, tidak boleh. Hanya yang serupa dengan ajaran al-Qur'an sahaja boleh. Kerana antara sebab-sebab al-Qur'an diturunkan adalah untuk mengesahkan kitab-kitab sebelumnya di samping mengawal mereka. Firman Tuhan,

"Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya." (5:48)

Oleh sebab ia tidak disyariatkan di dalam al-Qur'an, iaitu kitab yang mengawal kandungan kitab-kitab sebelumnya, maka adalah wajar untuk tidak memakai 'Amin' seperti yang dipakai dewasa ini.

Tambahan pula, kitab Bible didapati sukar untuk dibuktikan datang dari sisi Allah.


Ajaran ALLAH tentang penutup DOA adalah terdapat dalam ayat ini…

“INNAKA SAMI’UDDOA’I.”
Sesungguhnya Engkau medengar Doa." (Q.S.3:38)

 “WATAQABBAL DOA’I”
“dan kabulkanlah doaku.”(Q.S.14:40)

WASALAAMUN ALALMURSALIIN  
“Dan sejahtera ke atas para utusan." (Q.S. 37:181)  

"ALHAMDULILLAHIRRABBIL AALAMIN.”
“(dan akhir Doa mereka): Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." (Q.S. 10:10, 37 : 182)

OLEH itu, jangan kita sia-siakan amalan kita dengan mengikuti amalan yang tidak termaktub dalam Wahyu ALLAH kepada Muhammad, Rasulullah dan penutup nabi-nabi.

"Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, dan melawan Rasul setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, mereka tidak akan sedikit pun mudaratkan Allah, dan Dia akan jadikan sia-sia amalan-amalan mereka." (Q.S.47:32)


ALLAH LEBIH TAHU


----------


Pembukaan DOA

“SUBHANAKA ALLAHUMMA” (Q.S. 10:10)

ayat ini boleh juga digunakan untuk memulakan doa sebagai tambahan ayat di atas (QS10:10)


“Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama(Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.” (Q.S. 1:1-4)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!