Isnin, 25 Julai 2016

SURAH SABAK ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

34:1. Segala puji bagi Allah yang kepunyaan-Nya apa yang di langit dan apa yang di bumi. Bagi-Nya segala puji di akhirat; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.

34:2. Dia tahu apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya; Dia Yang Pengasih, Yang Pengampun.

34:3. Orang-orang tidak percaya berkata, "Saat tidak akan datang kepada kami." Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku, ia akan datang kepada kamu, oleh-Nya yang tahu yang ghaib; tidaklah seberat satu atom di langit dan di bumi tersembunyi daripada-Nya, dan tidak juga yang lebih kecil daripada itu, atau lebih besar, melainkan ia di dalam Kitab yang jelas,

34:4. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.

34:5. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - bagi mereka, azab kemurkaan yang pedih."

34:6. Orang-orang diberi pengetahuan melihat bahawa apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, dan ia beri petunjuk pada jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

34:7. Orang-orang tidak percaya berkata, "Bolehkah kami tunjukkan kamu seorang lelaki yang akan beritahu kamu bahawa apabila kamu sudah hancur berkecai, kamu akan berada dalam ciptaan yang baru?"

34:8. Apa, adakah dia ada-adakan dusta terhadap Allah, atau adakah dia gila? Tidak, tetapi orang-orang tidak percayai akhirat adalah dalam azab dan kesesatan yang jauh.

34:9. Tidakkah mereka lihat pada apa yang di hadapan mereka, dan apa yang di belakang mereka dari langit dan bumi? Jika Kami hendaki, tentu Kami buatkan bumi telan mereka, atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi setiap hamba yang berkesesalan.

34:10. Dan Kami beri Daud pemberian daripada Kami, "Wahai gunung-gunung, ulang-ulangilah pujian-Ku bersamanya, dan kamu burung-burung!" Dan Kami melembutkan untuknya besi,

34:11. "Buatlah baju besi yang lebar, dan ukurlah betul-betul gelang-gelang rantai. Dan kamu buatlah kerja-kerja baik ; sesungguhnya Aku lihat apa kamu buat."

34:12. Dan kepada Sulaiman, angin; peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan perjalanan. Dan Kami buatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya. Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya; dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang Menyala.

34:13. Mereka buat untuknya apa sahaja yang dia hendaki - tempat-tempat ibadat (mihrab), dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku."

34:14. Dan apabila Kami tentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang makan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin lihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka tahu yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

34:15. Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka - dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: "Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun."

34:16. Tetapi mereka berpaling; maka Kami utus kepada mereka Banjir Arim, dan Kami tukar kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.

34:17. Demikianlah Kami balas mereka kerana ketidakpercayaan mereka; dan tidaklah Kami balas melainkan ke atas orang-orang yang tidak berterima kasih.

34:18. Dan Kami letak, antara mereka dan bandaraya-bandaraya yang Kami berkati, beberapa buah bandaraya yang kelihatan, dan Kami ukur pengembaraan antara mereka, "Mengembaralah di dalamnya pada malam dan siang hari dengan aman!"

34:19. Tetapi mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami"; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami buat mereka hadis, dan Kami hancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

34:20. Iblis mengesahkan sangkaannya terhadap mereka, dan mereka mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin.

34:21. Dan ia tidak ada kuasa terhadap mereka, melainkan supaya Kami tahu orang yang percayai akhirat daripada orang yang dalam keraguan padanya. Pemelihara kamu Penjaga atas segala sesuatu.

34:22. Katakanlah, "Serulah orang-orang yang kamu dakwa selain daripada Allah; mereka tidak miliki seberat atom pun di langit dan tidak juga di bumi; mereka tidak bersekutu dalam keduanya, dan tidak juga ada bagi-Nya daripada mereka sebarang penyokong."

34:23. Pengantaraan tidak bermanfaat di sisi-Nya kecuali kepada orang Dia izinkan; sehingga, apabila dihilangkan ketakutan daripada hati mereka, mereka berkata, "Apakah yang dikatakan Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Yang benar, dan Dia Yang Tinggi, Yang Besar."

34:24. Katakanlah, "Siapakah yang beri rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata."

34:25. Katakanlah, "Kamu tidak ditanya mengenai dosa-dosa kami dan tidak juga kami ditanya mengenai apa kamu buat."

34:26. Katakanlah, "Pemelihara kita akan kumpulkan kita bersama, kemudian beri keputusan antara kita dengan yang benar. Dia Yang Pemberi Keputusan, Yang Mengetahui."

34:27. Katakanlah, "Perlihatkan kepadaku orang-orang yang kamu hubungkan dengan-Nya sebagai sekutu-sekutu! Tidak sekali-kali; bahkan Dia Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

34:28. Kami tidak utus kamu melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

34:29. Mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"

34:30. Katakanlah, "Kamu ada janji temu - satu hari yang kamu tidak melambatkannya dengan sesaat, dan tidak juga mendahulukannya."

34:31. Orang-orang tidak percaya berkata, "Kami tidak akan percayai al-Qur'an ini, dan tidak juga pada yang sebelumnya." Dan, jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka, berbalas-balas ucapan antara sebahagian mereka dan sebahagian yang lain! Orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, "Kalau tidak kerana kamu, tentu kami jadi orang-orang mukmin."

34:32. Orang-orang yang sombong berkata kepada orang-orang yang hina, "Apa, adakah kami halangi kamu daripada petunjuk setelah ia datang kepada kamu? Tidak, bahkan kamulah orang-orang yang berdosa."

34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, "Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk adakan rakan-rakan bagi-Nya." Mereka rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami letak belenggu-belenggu pada leher orang-orang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?"

34:34. Kami tidak utus seorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya melainkan orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."

34:35. Dan mereka berkata, "Kami lebih banyak dalam harta dan anak-anak, dan kami tidak akan diazab."

34:36. Katakanlah, "Pemeliharaku menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya."

34:37. Bukanlah harta kamu, dan bukan juga anak-anak kamu yang akan mendekatkan kamu dalam kedekatan dengan Kami, kecuali bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; mereka itu, bagi mereka, balasan dua kali ganda kerana apa mereka buat, dan mereka berada di bilik-bilik yang tinggi, dengan aman sentosa.

34:38. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - mereka itu dihadapkan ke dalam azab.

34:39. Katakanlah, "Pemeliharaku menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; dan apa sahaja benda yang kamu nafkahkan, Dia akan menggantinya. Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."

34:40. Pada hari Dia kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Dia berkata kepada malaikat-malaikat, "Adakah kamu yang mereka ini sembah?"

34:41. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Engkau Wali (Pelindung) kami, selain daripada mereka; tidak, tetapi mereka sembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka."

34:42. "Maka pada hari ini, tiada siapa pun daripada kamu yang berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan yang lain." Dan Kami kata kepada orang-orang buat kezaliman , "Rasalah azab Api yang padanya kamu dustakan!"

34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang hendak halang kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah"; dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan fitnah yang diada-adakan." Dan orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

34:44. Kami telah tidak beri mereka Kitab-Kitab untuk dipelajari, dan tidak juga Kami utus kepada mereka sebelum kamu seseorang pemberi amaran.

34:45. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan, dan mereka tidak sampai satu per sepuluh daripada apa yang kami beri mereka, mereka dustakan Rasul-Rasul-Ku, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

34:46. Katakanlah, "aku beri kamu hanya satu teguran, bahawa kamu berdiri kepada Allah berdua-dua, dan satu lepas satu, dan kemudian fikirkanlah; tidaklah ada kegilaan pada teman kamu. Dia tidak lain melainkan seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum azab yang keras."

34:47. Katakanlah, "Aku tidak minta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanyalah atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu."

34:48. Katakanlah, "Pemeliharaku lemparkan yang benar - yang Mengetahui yang ghaib."

34:49. Katakanlah, "Yang benar telah datang; kepalsuan tidak akan memulai, dan tidak juga akan kembali."

34:50. Katakanlah, "Jika aku sesat, aku hanyalah sesat terhadap diriku sendiri; jika aku dapat petunjuk, ia adalah dengan apa yang Pemeliharaku wahyukan aku. Sesungguhnya Dia Mendengar, Dekat."

34:51. Dan, jika kamu dapat lihat apabila mereka terkejut, dan tidak ada tempat lari, dan mereka diambil dari sebuah tempat yang dekat.

34:52. Dan mereka berkata, "Kami percaya kepadanya"; tetapi bagaimanakah mereka boleh sampai dari sebuah tempat yang jauh,

34:53. Memandangkan mereka tidak percaya kepadanya sebelum itu, dengan menduga-duga yang ghaib dari tempat yang jauh?


34:54. Dan satu penghalang diadakan di antara mereka dan apa yang mereka inginkan, sebagaimana telah dilakukan kepada orang-orang yang segolongan dengan mereka dahulu; mereka adalah dalam keraguan, kebimbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!