Dengan
nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
26:1.
Tha Sim Mim.
26:2.
Inilah ayat-ayat al-Kitab yang jelas.
26:3.
Boleh jadi kamu akan binasakan diri kamu kerana mereka bukan orang-orang
mukmin.
26:4.
Jika Kami hendak, Kami akan turunkan kepada mereka satu ayat dari langit, lalu
tengkuk-tengkuk mereka akan tetap tunduk kepadanya.
26:5.
Tetapi tiada peringatan yang baru datang kepada mereka daripada Yang Pemurah,
melainkan mereka berpaling daripadanya.
26:6.
Maka mereka dustakan; sesungguhnya berita-berita akan datang kepada mereka
daripada apa yang mereka olok-olokkan.
26:7.
Apa, tidakkah mereka renungkan bumi, berapa banyaknya di dalamnya yang Kami
tumbuhkan daripada tiap-tiap jenis yang mulia.
26:8.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat, namun begitu kebanyakan
mereka bukanlah orang-orang mukmin.
26:9.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.
26:10.
Dan apabila Pemelihara kamu panggil Musa, "Pergilah kepada kaum yang
zalim,
26:11.
Kaum Firaun; mengapa tidak mereka bertakwa?"
26:12.
Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku takut mereka akan dustakan aku,
26:13.
Dan dadaku jadi sempit, dan lidahku tidak dapat dilepaskan; maka utuslah kepada
Harun.
26:14.
Mereka juga ada satu kesalahan yang ada padaku, dan aku takut mereka akan bunuh
aku."
26:15.
Berkata, "Tidak sekali-kali! Pergilah kamu berdua dengan ayat-ayat Kami;
sesungguhnya Kami bersama kamu, mendengarkan.
26:16.
Pergilah kamu kepada Firaun, dan katakan, 'Sesungguhnya kami adalah Rasul
Pemelihara semua alam.
26:17.
Maka utuslah bersama kami Bani Israil.'"
26:18.
Berkata, "Tidakkah kami yang pelihara kamu di kalangan kami sejak
kanak-kanak, dan kamu tinggal bersama kami bertahun-tahun daripada umur kamu?
26:19.
Dan kamu lakukan perbuatan kamu yang kamu telah lakukan, dan kamu termasuk
orang-orang tidak percaya!"
26:20.
Berkata, "Aku lakukannya tatkala aku termasuk orang-orang yang sesat,
26:21.
Maka aku lari daripada kamu, takut pada kamu. Tetapi Pemelihara aku telah beri
aku Putusan, dan buat aku antara para utusan.
26:22.
Itu adalah satu rahmat yang kamu berbudi kepadaku, bahawa kamu menghambakan
Bani Israil."
26:23.
Firaun berkata, "Apakah ia Pemelihara semua alam?"
26:24.
Berkata, "Pemelihara langit dan bumi, dan apa-apa di antara keduanya, jika
kamu yakin."
26:25.
Berkata kepada orang-orang di sekelilingnya, "Tidakkah kamu dengar?"
26:26.
Berkata, "Pemelihara kamu, dan Pemelihara bapa-bapa kamu dahulu
kala."
26:27.
Berkata, "Sesungguhnya Rasul kamu yang diutus kepada kamu ialah orang yang
dirasuk!"
26:28.
Berkata, "Pemelihara Timur dan Barat, dan apa-apa di antara mereka, jika
kamu faham."
26:29.
Berkata, "Jika kamu ambil tuhan selain aku, pasti aku akan buat kamu
antara orang-orang yang dipenjarakan."
26:30.
Berkata, "Walaupun aku datangkan kepada kamu sesuatu yang jelas?"
26:31.
Berkata, "Datangkanlah ia, jika kamu termasuk orang-orang yang
benar."
26:32.
Maka dia lempar tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata.
26:33.
Dan dia keluarkan tangannya, lalu tiba-tiba, ia menjadi putih bagi orang-orang
yang melihat.
26:34.
Berkata kepada pembesar-pembesar di sekelilingnya, "Sesungguhnya ini
seorang ahli sihir yang alim (mahir),
26:35.
Yang hendak usir kamu daripada bumi kamu dengan sihirnya; apakah yang kamu
perintahkan?"
26:36.
Mereka berkata, "Tangguhkanlah dia dan saudaranya seketika, dan kirimlah
ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan,
26:37.
Untuk datangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."
26:38.
Maka ahli-ahli sihir dikumpulkan untuk waktu yang ditetapkan, hari yang
ditentukan.
26:39.
Manusia ditanya, "Adakah kamu akan berkumpul?
26:40.
Semoga kita ikut ahli-ahli sihir jika merekalah orang-orang yang menang."
26:41.
Kemudian, apabila ahli-ahli sihir datang, mereka berkata kepada Firaun,
"Adakah kami benar-benar dapat upah, jika kami orang-orang yang
menang?"
26:42.
Berkata, "Ia, benar; dan kamu kemudiannya akan jadi di kalangan yang
berkedudukan dekat."
26:43.
Musa berkata kepada mereka, "Lemparlah kamu apa yang kamu akan lemparkan."
26:44.
Lalu mereka lempar tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka, dan berkata,
"Dengan kemuliaan Firaun, pastilah kami orang-orang yang menang."
26:45.
Kemudian Musa lemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia telan apa yang mereka
palsukan.
26:46.
Maka ahli-ahli sihir lemparkan diri, bersujud.
26:47.
Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara semua alam,
26:48.
Pemelihara Musa dan Harun."
26:49.
Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu! Dia pembesar
kamu yang mengajar kamu sihir; sekarang kamu akan tahu! Sungguh, aku akan
potong, berselang-seli, tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku
akan salib kamu kesemuanya."
26:50.
Mereka berkata, "Tidak ada mudarat; sesungguhnya kepada Pemelihara kami,
kami balik.
26:51.
Kami sangat inginkan bahawa Pemelihara kami akan ampunkan kami atas
pelanggaran-pelanggaran kami kerana kami yang pertama antara orang-orang
mukmin."
26:52.
Dan Kami wahyukan Musa, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu
malam; sesungguhnya kamu akan diikuti."
26:53.
Kemudian Firaun utus ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan.
26:54.
"Sesungguhnya mereka ini kumpulan yang sedikit,
26:55.
Dan sesungguhnya mereka buat kita marah,
26:56.
Dan kita semua berjaga-jaga."
26:57.
Maka Kami keluarkan mereka dari taman-taman (jannah) dan mata-mata air,
26:58.
Dan harta-harta simpanan, dan medan yang mulia.
26:59.
Demikianlah, dan Kami wariskannya kepada Bani Israil.
26:60.
Kemudian mereka ikut mereka pada waktu matahari terbit.
26:61.
Dan apabila kedua-dua kumpulan berlihat-lihatan, teman-teman Musa berkata,
"Kitalah orang-orang yang tersusul."
26:62.
Berkata, "Tidak sekali-kali! Sesungguhnya Pemeliharaku bersamaku; Dia akan
beri petunjuk kepadaku."
26:63.
Kemudian Kami wahyukan Musa, "Pukullah laut dengan tongkat kamu"; dan
ia terbelah, dan tiap-tiap bahagian seperti gunung tinggi yang besar.
26:64.
Dan di sana Kami dekatkan yang lain,
26:65.
Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang yang bersama dia, kesemuanya.
26:66.
Kemudian Kami tenggelamkan yang lain.
26:67.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan
mereka bukanlah orang-orang mukmin.
26:68.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.
26:69.
Dan bacakan kepada mereka berita Ibrahim.
26:70.
Apabila dia berkata kepada bapanya dan kaumnya, "Apakah yang kamu
sembah?"
26:71.
Mereka berkata, "Kami sembah patung-patung, dan tetap bertekun
padanya."
26:72.
Berkata, "Adakah mereka dengar kamu apabila kamu seru?
26:73.
Atau mereka manfaatkan kamu, atau mudaratkan?"
26:74.
Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami dapati bapa-bapa kami buat seperti
yang demikian."
26:75.
Berkata, "Dan, adakah kamu fikirkan apa yang kamu sembah,
26:76.
Kamu dan bapa-bapa kamu yang terdahulu?
26:77.
Mereka adalah musuh kepadaku, kecuali Pemelihara semua alam,
26:78.
yang mencipta aku, dan Dia, Dia Sendiri beri petunjuk kepadaku,
26:79.
Dan Dia, Dia Sendiri beri aku makan dan minum,
26:80.
Dan setiap kali aku sakit, Dia sembuhkan aku,
26:81.
Yang matikan aku, kemudian hidupkan aku,
26:82.
Dan yang aku inginkan akan ampunkan aku atas pelanggaranku pada Hari Agama
(Pengadilan).
26:83.
Wahai Pemeliharaku, berilah aku putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang
yang salih,
26:84.
Dan buatlah aku lisan (lidah) yang benar bagi orang-orang yang akhir.
26:85.
Buatlah aku termasuk pewaris-pewaris Taman Kebahagiaan,
26:86.
Dan ampunkanlah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat.
26:87.
Janganlah aibkan aku pada hari apabila mereka dibangkitkan,
26:88.
Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat,
26:89.
Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."
26:90.
Dan Taman didekatkan untuk orang-orang bertakwa,
26:91.
Dan Jahim dihadapkan kepada orang-orang yang bersalah.
26:92.
Dan dikatakan kepada mereka, "Di manakah apa yang kamu sembah,
26:93.
Selain daripada Allah? Adakah mereka tolong kamu, atau menolong diri-diri
mereka sendiri?"
26:94.
Maka mereka dicampakkan ke dalamnya, bersama orang-orang yang bersalah,
26:95.
Dan tentera Iblis, kesemuanya.
26:96.
Mereka berkata, sedang mereka bertengkar dengan satu sama lain di dalamnya,
26:97.
"Demi Allah, kita benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata,
26:98.
Apabila kita jadikan kamu sama dengan Pemelihara semua alam.
26:99.
Tiadalah ia, melainkan orang-orang yang berdosa yang sesatkan kita.
26:100.
Maka kita tidak ada pengantara,
26:101.
Dan tiada sahabat, sahabat yang setia,
26:102.
Sekiranya bagi kita dapat kembali lagi, dan jadi antara orang-orang
mukmin!"
26:103.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan
mereka bukanlah orang-orang mukmin.
26:104.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.
26:105.
Kaum Nuh telah dustakan para utusan,
26:106.
Apabila saudara mereka Nuh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu
bertakwa?"
26:107.
Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai.
26:108.
Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
26:109.
Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas
Pemelihara semua alam.
26:110.
Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku."
26:111.
Mereka berkata, "Adakah kami akan percayai kamu, yang orang-orang paling
hina ikut?"
26:112.
Berkata, "Apakah pengetahuan yang aku ada mengenai apa mereka buat?
26:113.
Hitungan mereka hanyalah atas Pemeliharaku, jika kamu sedari.
26:114.
Aku tidak akan usir orang-orang mukmin,
26:115.
Aku, tidak lain, hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."
26:116.
Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan jadi
antara orang-orang yang direjam."
26:117.
Berkata, "Wahai Pemeliharaku, kaumku dustakan aku,
26:118.
Maka bukakanlah satu keputusan antara aku dan mereka, dan selamatkanlah aku dan
orang-orang mukmin yang bersamaku."
26:119.
Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia, di dalam kapal
penuh muatan.
26:120.
Kemudian selepas itu, Kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal.
26:121.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan
mereka bukanlah orang-orang mukmin.
26:122.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.
26:123.
Ad telah dustakan para utusan,
26:124.
Apabila saudara mereka Hud berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?
26:125.
Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai.
26:126.
Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
26:127.
Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas
Pemelihara semua alam.
26:128.
Apa, adakah kamu bina di tiap-tiap bukit yang tinggi satu ayat (tanda) dengan
main-main,
26:129.
Dan adakah kamu ambil untuk kamu bangunan-bangunan besar untuk tinggal
selama-lamanya?
26:130.
Apabila kamu serang, kamu serang seperti orang-orang kejam!
26:131.
Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku,
26:132.
Dan takutilah Dia yang bantu kamu dengan apa yang kamu tahu,
26:133.
Bantu kamu dengan binatang ternak dan anak-anak,
26:134.
Dan kebun-kebun (jannah), dan mata-mata air.
26:135.
Sesungguhnya aku takut bagi kamu akan azab hari yang besar."
26:136.
Mereka berkata, "Sama sahaja bagi kami, sama ada kamu tegurkan, atau kamu
bukan daripada orang-orang yang beri teguran.
26:137.
Ini, tidak lain, hanyalah tabiat orang-orang dahulu kala.
26:138.
Dan kami tidak akan diazab."
26:139.
Maka mereka dustakan dia; kemudian Kami musnahkan mereka. Sesungguhnya pada
yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah
orang-orang mukmin.
26:140.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.
26:141.
Tsamud telah dustakan para utusan.
26:142.
Apabila saudara mereka Salleh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu
bertakwa?
26:143.
Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai.
26:144.
Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
26:145.
Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas
Pemelihara semua alam.
26:146.
Adakah kamu akan dibiarkan dalam apa yang di sini dengan aman,
26:147.
Di dalam taman-taman (jannah) dan mata-mata air,
26:148.
Dan ladang-ladang yang disemai, dan pohon-pohon palma dengan seludang yang
lampai?
26:149.
Dan kamu pahat rumah-rumah dengan mahir daripada gunung-gunung?
26:150.
Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku,
26:151.
Dan janganlah mentaati perintah orang-orang yang membazir (berlebihan),
26:152.
Yang buat keroskan di bumi, dan tidak membetulkan."
26:153.
Mereka berkata, "Kamu hanyalah antara orang-orang yang kena sihir,
26:154.
Kamu, tidak lain, hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kami; maka
datangkanlah satu ayat, jika kamu termasuk orang-orang yang benar."
26:155.
Berkata, "Ini seekor unta betina; baginya minuman, dan bagi kamu minuman,
pada hari yang diketahui,
26:156.
Dan janganlah sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu diambil azab hari yang
besar."
26:157.
Tetapi mereka melukainya, dan pada waktu pagi, mereka penuh sesal,
26:158.
Dan azab ambil mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat;
namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.
26:159.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.
26:160.
Kaum Lut telah dustakan para utusan.
26:161.
Apabila saudara mereka Lut berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?
26:162.
Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai,
26:163.
Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
26:164.
Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas
Pemelihara semua alam.
26:165.
Apa, adakah kamu datangi lelaki daripada semua alam,
26:166.
Dengan tinggalkan isteri-isteri kamu yang Pemelihara kamu ciptakan untuk kamu?
Tidak, tetapi kamulah kaum yang derhaka."
26:167.
Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Lut, pasti kamu akan jadi
antara orang-orang yang diusir."
26:168.
Berkata, "Sesungguhnya aku adalah pembenci kepada amalan kamu.
26:169.
Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku dan keluargaku daripada apa mereka
buat."
26:170.
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kesemuanya,
26:171.
Kecuali seorang perempuan tua antara orang-orang yang tinggal.
26:172.
Kemudian Kami binasakan yang lain.
26:173.
Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan adalah buruk hujan orang-orang
diberi amaran.
26:174.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka
bukanlah orang-orang mukmin.
26:175.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.
26:176.
Penduduk Aikah (hutan belukar) telah dustakan para utusan.
26:177.
Apabila Shuaib berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?
26:178.
Aku, bagi kamu, adalah seorang Rasul yang dipercayai,
26:179.
Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.
26:180.
Aku tidak minta kepada kamu upah untuk ini; upahku, tidak lain, hanyalah atas
Pemelihara semua alam.
26:181.
Tepatilah sukatan, dan janganlah jadi penipu,
26:182.
Dan timbanglah dengan timbangan yang lurus,
26:183.
Dan jangan kurangkan sesuatu daripada manusia, dan janganlah buat celaka di
bumi dengan buat kerosakan.
26:184.
Takutilah Dia yang cipta kamu, dan orang-orang dahulu kala."
26:185.
Mereka berkata, "Kamu hanyalah antara orang-orang yang kena sihir,
26:186.
Kamu, tidak lain, hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kami;
sesungguhnya kami sangka kamu termasuk pendusta-pendusta.
26:187.
Maka jatuhkan kepada kami serpihan-serpihan dari langit, jika kamu termasuk
orang-orang yang benar."
26:188.
Berkata, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu apa kamu buat."
26:189.
Tetapi mereka dustakan dia; kemudian azab Hari Bayang-Bayang mengambil mereka;
sesungguhnya ia adalah azab hari yang besar.
26:190.
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan
mereka bukanlah orang-orang mukmin.
26:191.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia Yang Perkasa, Yang Pengasih.
26:192.
Sesungguhnya ia adalah satu penurunan Pemelihara semua alam,
26:193.
Dibawa turun oleh Roh Amin (yang dipercayai),
26:194.
Ke dalam hati kamu supaya kamu jadi antara orang-orang yang beri amaran,
26:195.
Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas.
26:196.
Sesungguhnya ia adalah di dalam zabur-zabur (kitab-kitab) dahulu.
26:197.
Tidakkah ia satu ayat (tanda) bagi mereka bahawa ulama Bani Israil
mengetahuinya?
26:198.
Jika Kami turunkannya kepada seorang bukan Arab,
26:199.
Dan dia bacakan kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin (yang percayai)
kepadanya.
26:200.
Begitulah Kami susupkan ia ke dalam hati orang-orang yang berdosa,
26:201.
Yang tidak akan percayainya, sehingga mereka melihat azab yang pedih,
26:202.
Yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak sedar,
26:203.
Dan mereka berkata, "Adakah kami ditangguhkan?"
26:204.
Apa, adakah mereka minta disegerakan azab Kami?
26:205.
Apa pendapat kamu, jika Kami beri kesenangan hidup mereka selama beberapa
tahun?
26:206.
Kemudian datang kepada mereka apa yang mereka telah dijanjikan,
26:207.
Tidak berguna kepada mereka, kesenangan hidup yang diberi,
26:208.
Tiadalah sebuah bandaraya yang Kami musnahkan, melainkan ia ada orang-orang
yang beri amaran,
26:209.
Untuk satu peringatan, dan tidaklah Kami buat zalim.
26:210.
Tidaklah oleh syaitan-syaitan ia dibawa turun,
26:211.
Tidaklah patut bagi mereka, dan tidak juga mereka boleh.
26:212.
Sesungguhnya mereka dijauhkan daripada mendengar.
26:213.
Maka jangan kamu seru tuhan yang lain berserta Allah, supaya kamu tidak
termasuk orang-orang yang diazab.
26:214.
Dan berilah amaran kepada kaum kerabat kamu, sanak saudara yang terdekat.
26:215.
Rendahkanlah sayap kamu kepada orang-orang yang ikut kamu, orang-orang mukmin,
26:216.
Kemudian, jika mereka ingkari kamu, katakanlah, "Aku berlepas diri
daripada apa kamu buat."
26:217.
Tawakallah (percayakanlah) kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengasih,
26:218.
Yang lihat kamu apabila kamu berdiri,
26:219.
Dan apabila kamu berbalik-balik antara orang-orang yang sujud.
26:220.
Sesungguhnya Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
26:221.
Bolehkah aku beritahu kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan turun?
26:222.
Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.
26:223.
Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta.
26:224.
Dan penyair-penyair - orang-orang yang bersalah ikut mereka.
26:225.
Tidakkah kamu lihat bagaimana mereka merayau-rayau di tiap-tiap lembah,
26:226.
Dan bagaimana mereka kata apa yang mereka tidak buat?
26:227.
Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan mereka
mengingati Allah dengan banyak, dan menolong diri-diri mereka sendiri setelah
dizalimi; dan orang-orang buat kezaliman pasti akan tahu di mana tempat balik
yang mereka akan dibalikkan.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!