Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
22:1. Wahai manusia,
takutilah Pemelihara kamu! Sesungguhnya kegoncangan Saat adalah satu hal yang
besar.
22:2. Pada hari
apabila kamu melihatnya, tiap-tiap perempuan yang menyusui melupakan apa yang
dia susukan, dan tiap-tiap yang mengandung menggugurkan kandungannya, dan kamu
lihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah adalah
keras.
22:3. Dan antara
manusia ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan ikut
setiap syaitan yang derhaka.
22:4. Kepadanya
dituliskan bahawa sesiapa yang mengambilnya sebagai sahabat, dialah yang ia
sesatkan, dan ia memberinya petunjuk pada azab yang menyala.
22:5. Wahai manusia,
jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah
cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada
dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk,
supaya Kami jelaskan kepada kamu. Dan Kami tetapkan di dalam rahim-rahim apa
yang Kami hendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami keluarkan
kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati,
dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka,
setelah tahu sesuatu, tidak tahu apa-apa. Dan kamu lihat bumi kehitaman,
kemudian apabila Kami turunkan air kepadanya, ia bergetar dan gelembung, dan
tumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.
22:6. Itu adalah
kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan Dia hidupkan yang mati, dan berkuasa
atas segala sesuatu.
22:7. Dan kerana Saat
pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah bangkitkan sesiapa sahaja
yang di dalam kubur.
22:8. Dan antara
manusia, ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, atau
petunjuk, atau sebuah Kitab yang memberi cahaya,
22:9. Dengan
memalingkan lambungannya untuk menyesatkan daripada jalan Allah; baginya
kerendahan di dunia, dan pada Hari Kiamat, Kami akan merasakan kepadanyaazab
yang membakar.
22:10. "Itu
adalah kerana apa yang tangan-tangan kamu telah dahulukan, dan sesungguhnya
Allah bukanlah penganiaya hamba-hamba-Nya."
22:11. Dan antara
manusia ada orang yang menyembah Allah di atas pinggir. Jika kebaikan
menimpanya, dia tenteram padanya, tetapi jika penganiayaan menimpanya, dia
balik di atas mukanya (sepenuhnya); dia rugi dunia dan akhirat; itu sebenarnya
kerugian yang nyata.
22:12. Dia seru,
selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan dia, dan yang tidak
manfaatkannya sedikit pun; itu sebenarnya kesesatan yang jauh.
22:13. Dia seru
seorang yang mudaratnya lebih dekat daripada kemanfaatannya; sungguh buruknya
pelindung, dan buruknya kawan!
22:14. Sesungguhnya
Allah akan masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke
taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; sesungguhnya Allah buat
apa Dia hendaki.
22:15. Sesiapa yang
menyangka Allah tidak akan menolongnya di dunia ini, dan di akhirat, maka
hendaklah dia menghulurkan tali ke langit, kemudian hendaklah dia memotongnya,
dan perhatikan sama ada muslihatnya dapat menghilangkan apa yang menerbitkan
marahnya.
22:16. Demikianlah,
Kami turunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan Allah beri
petunjuk kepada siapa Dia hendaki.
22:17. Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan
orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang sekutukan -
Allah akan bezakan antara mereka pada Hari Kiamat; sesungguhnya Allah saksi
atas segala sesuatu.
22:18. Tidakkah kamu
lihat bagaimana kepada Allah sujud segala di langit, dan segala di bumi, dan
matahari, dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-gunung, dan pokok-pokok,
dan haiwan-haiwan, dan ramai daripada manusia? Dan ramai, wajarlah azab ke atas
mereka; dan sesiapa yang Allah hinakan, maka tiada yang muliakannya.
Sesungguhnya Allah buat apa sahaja Dia hendaki.
22:19. Inilah dua
penyangkal yang bertengkar mengenai Pemelihara mereka. Bagi orang-orang tidak
percaya, bagi mereka, pakaian-pakaian daripada api yang dipotongkan, dan
dicurahkan ke atas kepala mereka, air yang mendidih,
22:20. Yang
dengannya, apa sahaja yang di dalam perut mereka dan kulit-kulit mereka
dicairkan.
22:21. Bagi mereka
pencangkuk-pencangkuk besi.
22:22. Setiap kali
mereka hendak, dalam sengsara mereka, keluar darinya, mereka dikembalikan ke
dalamnya dan, "Rasalah azab yang membakar!"
22:23. Sesungguhnya
Allah masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke
taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka
diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mutiara-mutiara, dan pakaian mereka
di dalamnya adalah daripada sutera.
22:24. Dan mereka
diberi petunjuk pada ucapan yang baik, dan mereka diberi petunjuk pada jalan
Yang Terpuji.
22:25. Orang-orang
tidak percaya, dan halangi jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami buatkan
sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa
yang tidak hendak hormatinya dengan kezaliman, Kami akan rasakan kepadanya azab
yang pedih.
22:26. Dan apabila
Kami menempatkan untuk Ibrahim tempat Rumah, "Janganlah kamu sekutukan Aku
dengan sesuatu. Dan kamu bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang yang
kelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk,
orang-orang yang sujud.
22:27. Dan serulah
manusia kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di
atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang
dalam,
22:28. Supaya mereka
saksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah
pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka,
"Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang
sengsara."
22:29. Kemudian
hendaklah mereka hilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka tepati nazar
mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.
22:30. Demikianlah,
dan sesiapa muliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya
di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali
apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kotoran berhala-berhala, dan
jauhilah ucapan dusta,
22:31. Sebagai
seorang yang lurus kepada Allah, tidak sekutukan-Nya; kerana sesiapa sekutukan
Allah, ia seakan-akan dia jatuh dari langit dan burung-burung menyambarnya,
atau angin terbangkannya ke dalam sebuah tempat yang jauh.
22:32. Demikianlah,
dan sesiapa muliakan tanda-tanda Allah, itu adalah daripada ketakwaan hati.
22:33. Padanya
beberapa manfaat kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan; kemudian
tempat korbannya adalah di sekitar Rumah Tua.
22:34. Kami tentukan
bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada
haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka
kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang
yang merendah diri,
22:35. Orang-orang
yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang sabar
atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan
daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
22:36. Dan
binatang-binatang korban - Kami buatkan mereka untuk kamu sebagai antara
tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah)
nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya
rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang
meminta. Begitulah Kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima
kasih.
22:37. Dagingnya
tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan
daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia tundukkan mereka untuk
kamu, supaya kamu agungkan Allah atas petunjuk yang Dia beri kamu. Dan kamu
berilah berita gembira kepada orang-orang buat baik.
22:38. Sesungguhnya
Allah bela orang-orang yang percaya; sesungguhnya Allah tidak suka setiap
pengkhianat, yang tidak berterima kasih (kafir).
22:39. Diizinkan
kepada orang-orang yang memerangi kerana mereka dizalimi; sesungguhnya Allah
berkuasa untuk menolong mereka,
22:40. Orang-orang
yang diusir daripada tempat-tempat tinggal mereka dengan tanpa patut, melainkan
mereka berkata, "Pemelihara kami ialah Allah." Sekiranya Allah tidak
usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentulah
dirobohkan biara-biara, dan gereja-gereja, dan salawat (tempat-tempat
sembahyang Yahudi), dan masjid-masjid, yang di dalamnya nama Allah disebut
dengan banyak. Sungguh, Allah akan tolong orang yang menolong-Nya; sesungguhnya
Allah Kuat, Perkasa.
22:41. Orang-orang
yang, jika Kami teguhkan mereka di bumi, lakukan solat, dan beri zakat, dan
menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; dan kepada Allah kesudahan
segala urusan.
22:42. Jika mereka
dustakan kamu, sesungguhnya sebelum mereka, kaum Nuh telah dustakan, dan Ad,
dan Tsamud,
22:43. Dan kaum
Ibrahim, dan kaum Lut,
22:44. Dan penduduk
Madyan; dan Musa didustakan juga. Dan Aku tangguhkan orang-orang tidak percaya,
kemudian Aku ambil mereka; dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku?
22:45. Berapa
banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia
roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi
runtuhan, dan istana yang tinggi!
22:46. Apa, tidakkah
mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati untuk memahami dengannya,
atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukanlah mata yang buta, tetapi yang
buta ialah hati yang di dalam dada.
22:47. Dan mereka
minta kepada kamu supaya disegerakan azab! Allah tidak akan mungkiri janji-Nya;
dan sesungguhnya sehari dengan Pemelihara kamu seperti seribu tahun daripada
hitungan kamu.
22:48. Berapa
banyaknya bandaraya yang Aku telah tangguhkan yang dalam keadaan zalim;
kemudian Aku ambil mereka, dan kepada-Ku kepulangan.
22:49. Katakanlah,
"Wahai manusia, aku bagi kamu hanyalah seorang pemberi amaran yang
jelas."
22:50. Orang-orang
yang percaya dan buat kerja-kerja baik , bagi mereka, ampunan dan rezeki yang
mulia.
22:51. Dan
orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami, untuk membatalkannya, mereka
menjadi penghuni-penghuni Jahim.
22:52. Kami tidak
utus seseorang Rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan
bahawa apabila dia berkhayal, syaitan lemparkan ke dalam khayalannya; tetapi
Allah hapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah tentukan
ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana.
22:53. Supaya Dia
buatkan, apa yang syaitan lemparkan, satu cubaan bagi orang-orang di dalam hati
mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya
orang-orang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.
22:54. Dan supaya
orang-orang diberi pengetahuan tahu bahawa ia yang benar daripada Pemelihara
kamu, dan percayainya, dan hati mereka merendahkan kepada-Nya; dan sesungguhnya
Allah selamanya beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada jalan lurus.
22:55. Dan
orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti menjadi dalam keraguan padanya,
sehingga Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, atau datang kepada mereka
azab hari yang tandus.
22:56. Kerajaan pada
hari itu kepunyaan Allah, dan Dia akan hakimkan antara mereka. Bagi orang-orang
yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , mereka berada di dalam Taman-Taman
Kebahagiaan.
22:57. Tetapi
orang-orang tidak percaya, yang dustakan ayat-ayat Kami, bagi mereka azab yang
hina.
22:58. Dan
orang-orang yang hijrah di jalan Allah dan dibunuh atau mati, Allah pasti akan
beri rezeki kepada mereka dengan rezeki yang baik; dan sesungguhnya Allah, Dia
yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.
22:59. Dia akan
masukkan mereka melalui satu pintu yang sangat memuaskan hati mereka; dan
sesungguhnya Allah Mengetahui, Penyantun.
22:60. Demikianlah,
dan sesiapa membalas dengan yang serupa apa yang dibalas (ditimpa) kepadanya,
dan kemudian disalahi lagi, sungguh, Allah akan menolongnya; sesungguhnya Allah
Pemaaf, Pengampun.
22:61. Itu adalah
kerana Allah jadikan malam masuk ke dalam siang, dan jadikan siang masuk ke
dalam malam; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Melihat.
22:62. Itu adalah
kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan bahawa apa yang mereka seru, selain
daripada Dia, itulah yang palsu; dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Tinggi, Yang
Besar.
22:63. Tidakkah kamu
lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan pada waktu pagi, bumi
menjadi hijau? Sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.
22:64. Kepunyaan-Nya
apa yang di langit, dan apa yang di dalam bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang
Kaya, Yang Terpuji.
22:65. Tidakkah kamu
lihat bagaimana Allah tundukkan untuk kamu segala yang di bumi, dan kapal-kapal
yang berlayar di laut dengan perintah-Nya, dan Dia tahan langit supaya ia tidak
jatuh ke atas bumi, kecuali dengan izin-Nya? Sesungguhnya Allah Lembut kepada
manusia, Pengasih.
22:66. Dia yang
hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu.
Sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir).
22:67. Kami tentukan
bagi tiap-tiap umat satu peribadatan yang mereka korbankan. Jangan mereka
bertengkar dengan kamu dalam urusan, dan kamu serulah Pemelihara kamu;
sesungguhnya kamu adalah di atas petunjuk yang lurus.
22:68. Dan jika
mereka bantah kamu, maka katakanlah, "Allah sangat-sangat tahu apa kamu
buat.
22:69. Allah akan
hakimkan antara kamu pada Hari Kiamat mengenai apa yang padanya kamu
selisihkan."
22:70. Tidakkah kamu
tahu bahawa Allah tahu semua yang di langit dan di bumi? Sesungguhnya itu
adalah di dalam Kitab; sesungguhnya itu bagi Allah mudah.
22:71. Mereka sembah,
selain daripada Allah, apa yang padanya Dia tidak turunkan kuasa, dan apa yang
mengenainya mereka tidak ada pengetahuan; dan bagi orang-orang zalim, tidak ada
penolong.
22:72. Dan apabila
ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu kenali
pada muka orang-orang tidak percaya akan penolakan; hampir-hampir mereka
menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami. Katakanlah,
"Bolehkah aku beritahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada itu? Api -
Allah janjikannya kepada orang-orang tidak percaya - satu kepulangan yang
buruk!"
22:73. Wahai manusia,
satu persamaan dijadikan; maka dengarlah padanya. Sesungguhnya orang-orang yang
kamu seru, selain daripada Allah, tidak akan dapat cipta seekor lalat, walaupun
mereka berkumpul untuknya; dan jika seekor lalat merampas sesuatu daripada
mereka, mereka tidak akan dapat selamatkannya daripada ia. Lemahlah sungguh
yang mencari, dan yang dicari!
22:74. Mereka tidak
pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar; sesungguhnya Allah
Kuat, Perkasa.
22:75. Allah pilih
daripada para malaikat Rasul-Rasul, dan daripada manusia; sesungguhnya Allah
Mendengar, Melihat.
22:76. Dia tahu
segala yang di hadapan mereka, dan yang di belakang mereka, dan kepada Allah
segala urusan dikembalikan.
22:77. Wahai
orang-orang yang percaya, tunduklah kamu dan sujudlah kamu, dan sembahlah
Pemelihara kamu, dan buatlah kebaikan, agar kamu beruntung.
22:78. Dan
berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu,
dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu,
Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul
menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan
solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia
Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!