Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang
Pengasih.
21:1. Telah dekat dengan manusia
hitungan mereka, sedang mereka dalam kelalaian dan berpaling.
21:2. Tiada Peringatan daripada
Pemelihara mereka datang kepada mereka yang baru, melainkan mereka
mendengarkannya dengan bermain-main,
21:3. Menghiburkan hati mereka.
orang-orang buat kezaliman berbicara secara rahsia dengan satu sama lain,
"Tidakkah ini hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu? Apa, adakah
kamu terima sihir dengan mata-mata kamu terbuka?"
21:4. Dia berkata, "Pemeliharaku
tahu apa yang diucapkan di langit dan bumi, dan Dia Yang Mendengar, Yang
Mengetahui."
21:5. Tidak, tetapi mereka berkata,
"Mimpi-mimpi yang bercampur baur! Tidak, dia mengada-adakannya; tidak, dia
seorang penyair! Maka hendaklah dia datangkan kepada kita satu ayat sebagaimana
orang-orang dahulu kala diutus."
21:6. Tidak ada sebuah bandaraya yang
Kami binasakan sebelum mereka yang percaya; maka, adakah mereka tidak mahu
percayai?
21:7. Dan Kami tidak utus seseorang
sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami wahyukan;
tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak tahu,
21:8. Tidak juga Kami buat mereka
jasad-jasad yang tidak memakan makanan; dan tidak juga mereka makhluk yang
hidup selama-lamanya.
21:9. Kemudian Kami jadikan benar janji
yang kami beri mereka, dan Kami selamatkan mereka, dan sesiapa Kami hendaki;
dan Kami binasakan orang-orang yang membazir (berlebihan).
21:10. Sesungguhnya Kami turunkan kepada
kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu faham?
21:11. Berapa banyaknya bandaraya yang
zalim yang Kami jadikan berkecai, dan Kami tumbuhkan selepasnya kaum yang lain!
21:12. Kemudian, apabila mereka sedar
akan bencana Kami, tiba-tiba mereka lari dengan tidak berhati-hati, keluar
darinya.
21:13. "Jangan lari! Kembalilah
kamu kepada kesenangan yang kamu berada di dalamnya, dan tempat-tempat tinggal
kamu, supaya kamu ditanya."
21:14. Mereka berkata, "Celakalah
kami! Kami adalah orang-orang zalim."
21:15. Maka itulah seruan mereka yang
tidak berhenti-henti, sehingga Kami buat mereka seperti tunggul, senyap dan
kaku.
21:16. Kami tidak ciptakan langit dan
bumi, dan apa-apa yang di antara keduanya, seperti bermain-main.
21:17. Sekiranya Kami hendak ambil
kepada Kami suatu hiburan, tentu Kami ambilnya kepada Kami daripada sisi Kami
Sendiri, jika Kami hendak membuatnya.
21:18. Tidak, tetapi Kami lemparkan yang
benar kepada yang palsu, dan ia mengatasinya, lalu tiba-tiba ia lenyap. Maka
kecelakaanlah bagi kamu kerana apa yang kamu terangkan!
21:19. Kepunyaan-Nya apa yang di langit
dan di bumi, dan mereka yang di sisi-Nya tidak sombong untuk menyembah-Nya, dan
tidak juga berasa letih.
21:20. Mereka menyanjung-Nya malam dan
siang, tidak berhenti.
21:21. Atau, adakah mereka ambil
tuhan-tuhan daripada bumi yang dapat menghidupkan?
21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi
dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah
disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!
21:23. Dia tidak ditanya mengenai apa
yang Dia buat, tetapi mereka ditanya.
21:24. Atau, adakah mereka ambil
tuhan-tuhan selain daripada-Nya? Katakanlah, "Kemukakan buktimu! Inilah
Peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan Peringatan orang-orang yang
sebelumku." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu yang benar, lalu
mereka berpaling.
21:25. Dan Kami tidak utus seorang Rasul
sebelum kamu melainkan bahawa Kami wahyukannya, "Tidak ada tuhan melainkan
Aku; maka sembahlah Aku."
21:26. Mereka berkata, "Yang
Pemurah ambil kepada-Nya seorang anak." Dia disanjung! Tidak, tetapi
mereka adalah hamba-hamba yang dimuliakan,
21:27. Yang tidak mendahului-Nya dalam
ucapan, dan yang buat seperti yang Dia perintah.
21:28. Dia tahu apa yang di hadapan
mereka, dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengantara kecuali kepada
orang yang Dia relai, dan mereka ketakutan dalam takuti-Nya.
21:29. Jika sesiapa antara mereka
berkata, "Aku tuhan, selain daripada Dia", maka dialah yang Kami
balas dengan Jahanam; begitulah Kami balas orang-orang zalim.
21:30. Tidakkah orang-orang tidak
percaya melihat bahawa langit dan bumi adalah satu massa yang berpadu, kemudian
Kami pisahkan mereka; dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup?
Tidakkah mereka percayai?
21:31. Dan Kami letak di bumi
gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang dengan mereka, dan Kami adakan di
dalamnya jurang-jurang sebagai
jalan-jalan supaya mereka dapat petunjuk.
21:32. Dan Kami buat langit sebagai satu
bumbung yang terjaga; namun begitu, daripada ayat-ayat-Nya mereka berpaling.
21:33. Dia yang mencipta malam dan
siang, dan matahari dan bulan, masing-masing berenang dalam falak (orbit).
21:34. Kami tidak buat sesuatu makhluk
sebelum kamu untuk hidup dengan kekal; maka, jika kamu mati, adakah mereka akan
hidup selama-lamanya?
21:35. Tiap-tiap jiwa akan rasa
kematian; dan Kami uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan,
kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.
21:36. Apabila orang-orang tidak percaya
melihat kamu, mereka hanya ambil kamu untuk ejekan, "Inikah orang yang
menyebut-nyebut tuhan-tuhan kamu?", sedang mereka, kepada Peringatan Yang
Pemurah adalah orang-orang tidak percaya.
21:37. Manusia dicipta bersifat
tergesa-gesa. Sungguh, Aku akan lihatkan kepada kamu ayat-ayat-Ku; maka jangan
kamu minta disegerakan.
21:38. Mereka berkata, "Dan bilakah
janji ini, jika kamu berkata benar?"
21:39. Sekiranya orang-orang tidak
percaya tahu, waktu mereka tidak dapat menahan Api daripada muka-muka mereka,
dan tidak juga daripada punggung-punggung mereka, dan tidak juga mereka
ditolong!
21:40. Tidak, tetapi ia akan datang
kepada mereka dengan tiba-tiba, dengan mencengangkan mereka, dan mereka tidak
boleh kembalikannya, dan tidak juga mereka diberi tangguh.
21:41. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah
diperolok-olokkan sebelum kamu, tetapi orang-orang yang ejek mereka diliputi
oleh apa yang mereka olok-olokkan.
21:42. Katakanlah, "Siapakah yang
akan lindung kamu pada waktu malam dan siang hari daripada Yang Pemurah?"
Tidak, tetapi daripada Peringatan Pemelihara mereka, mereka berpaling.
21:43. Atau, adakah bagi mereka
tuhan-tuhan yang akan pertahankan mereka, selain daripada Kami? Mereka tidak
boleh tolong diri-diri mereka sendiri, dan tidak juga mereka dijaga daripada
Kami.
21:44. Tidak, tetapi Kami Sendiri beri
kesenangan hidup mereka ini dan bapa-bapa mereka, sehingga umur mereka menjadi
panjang kepada mereka. Apa, tidakkah mereka lihat bagaimana Kami datang ke
bumi, dengan mengurangkan tepi-tepinya? Atau, adakah mereka orang-orang yang
menang?
21:45. Katakanlah, "Aku hanya beri
amaran kepada kamu dengan wahyu"; tetapi orang-orang yang pekak tidak
mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.
21:46. Jika satu hembusan daripada azab
Pemelihara kamu sentuh mereka, mereka tentu akan berkata, "Celakalah kami!
Kami adalah orang-orang zalim."
21:47. Dan Kami letak timbangan yang
adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa dizalimi sedikit pun;
sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami datangkannya, dan cukuplah Kami
sebagai penghitung.
21:48. Kami beri Musa dan Harun,
Pembeza, Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang bertakwa,
21:49. Orang-orang yang takut kepada
Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan ketakutan kerana Saat.
21:50. Dan ini adalah Peringatan yang
diberkati, yang Kami turunkan; maka adakah kamu sekarang menafikannya?
21:51. Kami beri Ibrahim sebelum itu
kelurusan hatinya kerana Kami tahu dia,
21:52. Apabila dia berkata kepada bapa
dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?"
21:53. Mereka berkata, "Kami dapati
bapa-bapa kami sembah mereka."
21:54. Berkata, "Sesungguhnya kamu
dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."
21:55. Mereka berkata, "Apa, adakah
kamu datang kepada kami dengan yang benar, atau kamu antara orang-orang yang
bermain-main?"
21:56. Berkata, "Tidak, tetapi
Pemelihara kamu ialah Pemelihara langit dan bumi, yang memulakan mereka, dan
aku adalah antara orang-orang yang saksikan atas yang demikian.
21:57. Dan, demi Allah, sungguh aku akan
buat tipu muslihat terhadap patung-patung kamu, setelah kamu pergi memalingkan
belakang kamu."
21:58. Lalu dia pecahkan mereka kepada
kepingan-kepingan kecil, kesemuanya, kecuali sebuah yang besar yang mereka ada,
supaya mereka kembali kepadanya.
21:59. Mereka berkata, "Siapakah
yang lakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk
orang-orang zalim."
21:60. Mereka berkata, "Kami dengar
seorang pemuda yang menyebut-nyebut mereka, dan dia dikatakan Ibrahim."
21:61. Mereka berkata,
"Datangkanlah dia ke hadapan mata manusia supaya mereka saksikan."
21:62. Mereka berkata, "Adakah kamu
yang lakukan ini kepada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?"
21:63. Berkata, "Tidak, yang besar
ini antara mereka yang melakukannya. Tanyalah mereka, jika mereka boleh
berkata-kata."
21:64. Maka mereka kembali kepada
diri-diri mereka sendiri, dan mereka berkata, "Sesungguhnya kamulah
orang-orang zalim."
21:65. Kemudian kepala mereka
ditundukkan, "Sesungguhnya kamu tahu bahawa ini semua tidak
berkata-kata."
21:66. Berkata, "Apa, adakah kamu
sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak bermanfaat kepada kamu sedikit
pun, dan tidak juga mudaratkan kamu?
21:67. Cis, kepada kamu, dan apa kamu
sembah selain daripada Allah! Tidakkah kamu faham?"
21:68. Mereka berkata, "Bakarlah
dia, dan tolonglah tuhan-tuhan kamu, jika kamu hendak lakukan."
21:69. Kami berkata, "Wahai api,
jadilah dingin dan keselamatan untuk Ibrahim!"
21:70. Mereka hendak buat tipu muslihat
terhadapnya; maka Kami buat mereka orang-orang yang lebih rugi.
21:71. Dan Kami selamatkan dia, dan Lut,
ke bumi yang Kami berkati bagi semua alam.
21:72. Dan Kami beri dia Ishak dan
Yaakub, sebagai lebihan, dan masing-masing Kami jadikan orang yang salih,
21:73. Dan lantik mereka menjadi
imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan mereka
perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberi zakat, dan Kami mereka
sembah.
21:74. Dan Lut, kepadanya kami beri
Putusan, dan pengetahuan; dan Kami selamatkan dia daripada bandaraya yang buat
pekerjaan keji; mereka adalah kaum yang jahat, fasiq.
21:75. Dan Kami masukkan dia ke dalam
pengasihan Kami; dia termasuk orang-orang salih (baik).
21:76. Dan Nuh, apabila dia panggil
sebelum itu, lalu Kami menyahutinya, dan Kami selamatkan dia dan keluarganya
daripada kecemasan yang besar.
21:77. Dan Kami menolongnya terhadap
kaum yang dustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat,
maka Kami tenggelamkan mereka kesemuanya.
21:78. Dan Daud dan Sulaiman, ketika
mereka hakimkan mengenai tanaman, apabila kambing kaum merosakinya, dan Kami
saksikan putusan mereka.
21:79. Dan Kami buat Sulaiman
memahaminya, dan masing-masing kami beri putusan, dan pengetahuan. Dan bersama
Daud, Kami tundukkan gunung-gunung untuk menyanjung, dan burung-burung, dan
Kamilah yang membuatnya.
21:80. Dan Kami mengajarnya membuat baju
besi untuk kamu, untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri; maka
adakah kamu bersyukur (berterima kasih)?
21:81. Dan kepada Sulaiman, angin yang
berhembus dengan kencang, yang mengalir atas perintahnya ke bumi yang Kami
berkati; dan Kami tahu segala sesuatu.
21:82. Dan daripada syaitan-syaitan,
sebahagian menyelam untuknya dan buat amalan yang lain di samping itu; dan
Kamilah yang jaga mereka.
21:83. Dan Ayub, apabila dia panggil
Pemeliharanya, "Sesungguhnya, mudarat telah menyentuhku, dan Engkau yang
paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."
21:84. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami
hilangkan mudarat yang ada padanya, dan kami beri dia keluarganya, dan yang
serupa dengan mereka bersama mereka; pengasihan daripada Kami, dan peringatan
bagi orang-orang yang menyembah.
21:85. Dan Ismail, dan Idris, dan
Zulkifli; masing-masing termasuk orang-orang yang sabar.
21:86. Dan Kami masukkan mereka ke dalam
pengasihan Kami; mereka termasuk orang-orang salih.
21:87. Dan Zul-Nun, apabila dia pergi
dalam keadaan marah, dan sangka Kami tidak berkuasa terhadapnya, kemudian dia
panggil dalam kegelapan, "Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkau
disanjung! Sesungguhnya akulah termasuk orang-orang zalim."
21:88. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami
selamatkan dia daripada kesedihan; begitulah Kami selamatkan orang-orang
mukmin.
21:89. Dan Zakaria, apabila dia panggil
Pemeliharanya, "Wahai Pemeliharaku, janganlah tinggalkan aku sendirian,
dan Engkau yang terbaik daripada pewaris-pewaris."
21:90. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami
beri dia Yahya, dan Kami betulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka
bersegera kepada kebajikan, dan menyeru Kami daripada rasa rindu dan rasa
gerun, dan mereka rendah hati kepada Kami.
21:91. Dan dia (perempuan) yang menjaga
kemaluannya, maka Kami hembus ke dalamnya Roh Kami, dan Kami buat dia dan
anaknya satu ayat bagi semua alam.
21:92. Sesungguhnya umat kamu ini umat
yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka sembahlah Aku.
21:93. Tetapi mereka pecahkan urusan
mereka antara mereka; semua akan kembali kepada Kami.
21:94. Dan sesiapa yang buat kerja-kerja
baik , sedang dia seorang mukmin, maka tiadalah ketiadaan terima kasih bagi
usahanya; Kami Sendiri yang menulis untuknya.
21:95. Satu pengharaman ke atas sesebuah
bandaraya yang Kami telah binasakan; mereka tidak akan kembali,
21:96. Sehingga apabila Yajuj dan Majuj
dibukakan, dan mereka melongsor turun dari tiap-tiap lereng,
21:97. Dan telah dekat janji yang benar,
dan tiba-tiba, mata orang-orang tidak percaya menatap dengan tajam,
"Celakalah kami! Kami lalai daripada yang ini; tidak, kami adalah
orang-orang zalim."
21:98. "Sesungguhnya kamu, dan apa
kamu sembah selain daripada Allah, adalah bahan bakar untuk Jahanam; kamu akan
turun kepadanya."
21:99. Sekiranya mereka itu tuhan-tuhan,
tentu mereka tidak turun kepadanya; dan tiap-tiap seorang, di dalamnya tinggal
selama-lamanya.
21:100. Di dalamnya keluhan untuk
mereka, dan tiada yang mereka dengar.
21:101. Bagi orang-orang yang terlebih
dahulu dibalas dengan yang paling baik daripada Kami, mereka dijauhkan
daripadanya.
21:102. Mereka tidak juga dengar sesuatu
bisikannya, dan mereka tinggal selama-lamanya dalam apa yang jiwa mereka
inginkan.
21:103. Ketakutan yang terbesar tidak
menyedihkan mereka, dan penerima-penerima (malaikat-malaikat) menerima mereka,
"Inilah hari kamu yang kamu telah dijanjikan."
21:104. Pada hari apabila Kami gulung
langit seperti naskhah gulungan yang digulung untuk kitab-kitab; sebagaimana
Kami memulakan ciptaan yang pertama, begitulah Kami akan kembalikan semula
sebagai satu janji daripada Kami; sesungguhnya Kami akan buat.
21:105. Sesungguhnya Kami telah tuliskan
di dalam Zabur, sesudah Peringatan, "Bumi akan diwarisi oleh
hamba-hamba-Ku yang salih."
21:106. Sesungguhnya di dalam ini adalah
satu penyampaian bagi kaum yang menyembah.
21:107. Kami tidak utus kamu melainkan
sebagai satu pengasihan kepada semua alam.
21:108. Katakanlah, "Diwahyukan
kepadaku hanyalah bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka adakah kamu
muslim?"
21:109. Kemudian, jika mereka berpaling,
katakanlah, "Aku telah menyatakan kepada kamu semua dengan sama, walaupun
aku tidak tahu sama ada dekat atau jauh apa yang kamu dijanjikan.
21:110. Sesungguhnya Dia tahu ucapan
yang dilantangkan, dan Dia tahu apa yang kamu sembunyikan.
21:111. Aku tidak tahu, boleh jadi ia
adalah cubaan bagi kamu, dan satu kesenangan untuk satu waktu."
21:112. Berkata, "Wahai
Pemeliharaku, hakimkanlah dengan benar! Dan Pemelihara kami ialah Yang Pemurah,
tempat dimohonkan pertolongan terhadap apa yang kamu terangkan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!