Dengan
nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
4:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang cipta kamu
daripada jiwa yang satu, dan daripadanya (jiwa yang satu) Dia ciptakan
pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan
perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan
rahim-rahim; sesungguhnya Allah menjagai kamu.
4:2. Berikan anak-anak yatim harta mereka, dan janganlah tukar
yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan
besar.
4:3. Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap
anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi
kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut kamu tidak akan berlaku
adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki; maka ia
lebih dekat bagi kamu untuk tidak buat aniaya.
4:4. Dan berikan perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai
satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia
dengan selera yang sihat.
4:5. Tetapi janganlah kamu beri orang-orang bodoh harta mereka
yang Allah lantik kamu untuk mengurusnya; berilah rezeki untuk mereka, dan
pakaian mereka daripadanya, dan ucapkanlah kepada
mereka perkataan yang baik.
4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur
perkahwinan; kemudian, jika kamu lihat mereka
berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu
memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka sudah dewasa. Jika
sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan
dengan baik. Apabila kamu serah kepada mereka harta mereka, adakanlah
saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah jadi penghitung.
4:7. Bagi lelaki, sebahagian daripada apa ibu bapa dan sanak
saudara tinggalkan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa ibu bapa
dan sanak saudara tinggalkan, sama ada ia sedikit
atau banyak, sebahagian yang ditetapkan.
4:8. Dan apabila pembahagian itu dihadiri sanak saudara, dan
anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, maka berilah rezeki untuk mereka
daripadanya, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
baik.
4:9.
Dan hendaklah takut, orang-orang yang, jika mereka tinggalkan di belakang
mereka keturunan yang lemah, berasa takut terhadap mereka, dan hendaklah mereka
bertakwa kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada
sasaran.
4:10. Orang-orang yang makan harta anak yatim dengan kezaliman,
hanyalah makan Api di dalam perut mereka, dan sungguh, akan dipanggang di
dalam yang Menyala.
4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki
serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka
perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga
daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan
kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam
daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak,
dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika
dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah
sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan
anak-anak lelaki kamu, kamu tidak tahu siapa antara mereka yang lebih dekat
manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah
Mengetahui, Bijaksana.
4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu
tinggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi
kamu, daripada apa yang mereka tinggalkan, satu per empat, sesudah sebarang
wasiat yang mereka wasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per
empat daripada apa kamu tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu
ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu tinggalkan, satu per lapan,
sesudah sebarang wasiat yang kamu wasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang
lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan
anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap
seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai
daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang
wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang yang mudaratkan; wasiat
daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.
4:13.
Itu adalah had-had (hudud) Allah, dan sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Dia
akan masukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di
dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya, dan
mencabuli had-had-Nya, dialah yang Dia akan masukkan ke Api, di dalamnya
tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina.
4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan
kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan,
tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka,
atau Allah adakan bagi mereka satu jalan.
4:16.
Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka
bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya. Sesungguhnya
Allah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
4:17.
Allah hanya terima taubat orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian
dengan segera bertaubat; Allah akan terima taubat mereka, dan Allah Mengetahui,
Bijaksana.
4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang lakukan
kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian,
dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga
bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami
sediakan azab yang pedih.
4:19.
Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan
dengan paksa; dan jangan juga halangi mereka supaya kamu pergi dengan
sebahagian apa yang kamu sudah beri mereka, kecuali apabila mereka lakukan
kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu
benci mereka, mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak
kebaikan.
4:20.
Dan jika kamu hendak tukar seorang isteri di tempat isteri yang lain dan jika
kamu sudah beri seorang satu timbunan, janganlah ambil daripadanya sesuatu.
Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara fitnah, dan dosa yang nyata?
4:21.
Bagaimanakah kamu akan mengambilnya, sedang masing-masing kamu sudah
berhubungan rapat dengan yang lain, dan mereka telah ambil daripada kamu
perjanjian yang kukuh
4:22.
Dan jangan kahwin perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah kahwini,
kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu
jalan yang jahat.
4:23.
Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan
saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan
sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu
kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan
kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang
dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah masuk - tetapi
jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri
anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik,
kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.
4:24. Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang
tangan-tangan kanan kamu miliki. Demikianlah Allah
kitabkan (tetapkan) untuk kamu. Dihalalkan bagi kamu, selepas yang demikian itu,
adalah bahawa kamu cari, dengan mengguna harta kamu, dalam ikatan perkahwinan,
bukan dalam zina. Isteri-isteri yang kamu bersenang-senang dengannya, beri
mereka upah mereka sebagai satu ketentuan; dan tidak salah ke atas kamu
terhadap apa yang kamu saling setuju dengannya daripada apa yang sudah
ditentukan. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka
yang mukmin, maka dia ambil hamba
pemudimukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai
keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah
mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik
sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil
sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka
lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang
merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa
zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.
4:26. Allah hendak jelaskan kepada kamu, dan untuk beri petunjuk
kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang sebelum kamu, dan
untuk terima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:27. Dan Allah hendak terima taubat kamu, tetapi orang-orang yang ikut hawa nafsu (syahwat), mereka
hendak supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.
4:28.
Allah hendak ringankan kamu kerana manusia dicipta lemah.
4:29. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu makan
harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan
persetujuan bersama antara kamu, dan jangan bunuh diri-diri kamu (sesama
sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.
4:30.
Tetapi sesiapa buat yang demikian itu dalam permusuhan, dan kezaliman, dialah
yang Kami pasti akan panggang di Api, dan itu bagi Allah adalah mudah.
4:31.
Jika kamu jauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang daripadanya, Kami akan
lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Kami masukkan kamu melalui
pintu yang mulia.
4:32.
Dan jangan kamu ingini apa yang Allah lebihkan pemberian kepada sebahagian kamu
di atas sebahagian yang lain. Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang
mereka usahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka
usahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya; sesungguhnya Allah tahu
segala sesuatu.
4:33. Dan bagi tiap-tiap orang, Kami lantik waris-waris daripada
apa yang ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, dan orang-orang yang terikat
dengan sumpah kamu, maka beri mereka bahagian mereka;
sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.
4:34. Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan,
dengan sebab Allah lebihkan sebahagian mereka di atas
sebahagian yang lain, dan kerana mereka nafkahkan daripada harta mereka. Maka
wanita-wanita yang salih ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana
Allah menjaganya, dan mereka yang kamu takut akan jadi derhaka, tegurkanlah
mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah
mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari
sebarang jalan terhadap mereka; sesungguhnya Allah Dia adalah Tinggi, Besar.
4:35.
Jika kamu takut akan perpecahan antara keduanya, bangkitkan seorang pendamai
daripada keluarga lelaki, dan daripada keluarga perempuan, seorang pendamai.
Jika mereka hendak membetulkan, Allah akan selesaikan pertelingkahan mereka;
sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.
4:36. Sembahlah Allah, dan janganlah sekutukan sesuatu dengan-Nya.
Buat baik kepada ibu bapa, dan kepada sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran yang kerabat, dan
jiran yang tidak dikenali, dan teman di sebelah kamu, dan musafir, dan apa yang
tangan-tangan kanan kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang
sombong, membanggakan diri,
4:37.
Orang-orang yang kikir, dan suruh manusia jadi kikir, dan mereka sendiri
sembunyikan pemberian yang Allah beri mereka, Kami sediakan untuk orang-orang
tidak percaya, azab yang hina.
4:38.
Orang-orang yang nafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia,
dan mereka tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan
untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.
4:39.
Apakah bagi mereka, sekiranya mereka percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan
nafkahkan daripada apa yang Allah rezekikan mereka? Allah tahu mereka.
4:40.
Sesungguhnya Allah tidak akan zalimkan sebanyak seberat sebiji zarah (atom)
pun, dan jika ia yang baik, Dia akan gandakannya, dan beri daripada sisi-Nya
upah yang besar.
4:41.
Bagaimanakah pula ia, apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang
saksi, dan apabila Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu?
4:42.
Pada hari itu orang-orang tidak percaya, orang-orang yang ingkari Rasul, akan inginkan supaya bumi didatarkan dengan mereka; dan
mereka tidak akan sembunyikan daripada Allah sesuatu hadis (kejadian).
4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat
apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang
kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan,
sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika
salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah sentuh perempuan,
dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu
tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu;
sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.
4:44.
Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab membeli
kesesatan, dan hendak kamu juga sesat daripada jalan?
4:45.
Allah sangat-sangat tahu musuh-musuh kamu, dan cukuplah Allah sebagai wali
(pelindung), dan cukuplah Allah sebagai penolong.
4:46.
Sebahagian daripada orang-orang Yahudi kelirukan perkataan-perkataan daripada
makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang",
dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan
"Peliharalah kami", putarbalikkan lidah mereka dan mencela agama.
Sekiranya mereka kata, "Kami
dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Perhatikan
kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah
laknati mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak
percayai kecuali sedikit.
4:47.
Wahai orang-orang diberi al-Kitab , percayalah kepada apa yang Kami turunkan,
yang mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami hapuskan muka-muka, dan
pusingkannya di atas belakangnya, atau laknat mereka sebagaimana Kami telah
laknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat.
4:48.
Allah tidak ampun apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang
selain itu kepada siapa Dia hendaki. Sesiapa sekutukan Allah, sungguh dia
ada-adakan dosa besar.
4:49.
Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri mereka? Tidak,
hanya Allah sucikan siapa Dia hendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
4:50.
Perhatikan bagaimana mereka ada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu
sebagai dosa yang nyata.
4:51.
Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab percayai Jibti
dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang tidak percaya bahawa mereka lebih
dapat petunjuk pada jalan daripada orang-orang yang percaya.
4:52.
Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat, dan sesiapa Allah laknati, kamu
tidak akan dapati baginya sebarang penolong.
4:53.
Atau, adakah bagi mereka sebahagian dalam kerajaan? Jika demikian, mereka tidak
beri manusia satu bintit pun.
4:54.
Atau, adakah mereka dengki kepada manusia kerana pemberian yang Allah telah
beri mereka? Sungguh, Kami beri keluarga Ibrahim, Kitab dan Kebijaksanaan
(Hikmah), dan kami beri mereka kerajaan yang besar.
4:55. Maka antara mereka ada yang percaya, dan antara mereka ada
yang halangi
daripadanya, dan cukuplah Jahanam sebagai yang Menyala.
4:56.
Sesungguhnya orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan
panggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya, Kami
tukar dengan kulit-kulit lain, supaya mereka rasakan azab. Sesungguhnya Allah
Perkasa, Bijaksana.
4:57.
Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Kami akan masukkan
mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya
tinggal selama-lamanya dan selamanya. Di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan
yang dibersihkan, dan Kami masukkan mereka ke tempat teduh yang teduhnya
berlimpah.
4:58.
Allah perintahkan kamu untuk sampaikan amanat kepada empunya; dan apabila kamu
hakimkan antara manusia, maka hendaklah kamu putuskan dengan adil. Adalah
sangat baik teguran yang Allah beri kamu dengannya; sesungguhnya Allah
Mendengar, Melihat.
4:59. Wahai
orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan
orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu,
kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari
Akhir; itu lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik.
4:60.
Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dakwa bahawa mereka percaya kepada apa
diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, hendak berhakim kepada
Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak
percayainya, tetapi syaitan hendak sesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
4:61.
Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah
turunkan, dan Rasul", kemudian kamu lihat orang-orang munafik halangi kamu
dengan halangan yang keras.
4:62.
Bagaimanakah ia, apabila mereka ditimpa penderitaan kerana apa yang
tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, kemudian mereka datang kepada kamu,
bersumpah dengan Allah, "Kami hanya hendak yang baik dan pendamaian"?
4:63.
Mereka itulah orang-orang yang Allah tahu apa yang di dalam hati mereka.
Berpalinglah kamu daripada mereka dan tegurkanlah mereka, dan ucapkanlah kepada
mereka perkataan-perkataan yang menusuk jiwa mereka.
4:64.
Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dia patut ditaati, dengan izin Allah.
Jika, apabila mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, mereka datang kepada
kamu, dan minta ampun kepada Allah, dan Rasul minta ampun untuk mereka, tentu
mereka dapati Allah, Menerima Taubat, Pengasih.
4:65.
Tetapi tidak, demi Pemelihara kamu! Mereka tidak akan percayai sehingga mereka
jadikan kamu hakim terhadap perselisihan faham antara mereka, kemudian mereka
dapati di dalam diri-diri mereka tiada halangan pada apa yang kamu putuskan,
tetapi akan tunduk dalam ketundukan sepenuhnya.
4:66.
Tetapi, sekiranya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka, "Bunuhlah
diri-diri kamu", atau "Keluarlah dari tempat-tempat tinggal
kamu", tentu mereka tidak akan lakukannya, kecuali sedikit daripada
mereka; dan jika mereka lakukan seperti apa yang mereka ditegur, tentu itu
lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk teguhkan mereka.
4:67.
Dan kemudian, pasti kami beri mereka, daripada sisi Kami, upah yang besar,
4:68.
Dan beri mereka petunjuk pada jalan lurus.
4:69.
Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang
Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi
(syahid), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!
4:70.
Itu pemberian daripada Allah, dan cukuplah Allah sebagai Yang mengetahuinya.
4:71.
Wahai orang-orang yang percaya, ambillah kewaspadaan kamu; kemudian pergilah
dalam kumpulan-kumpulan, atau pergilah kesemuanya bersama-sama.
4:72.
Antara kamu ada orang yang berlengah-lengah; kemudian, jika penderitaan timpa
kamu, dia berkata, "Allah rahmati aku kerana aku bukan seorang saksi
bersama mereka."
4:73.
Tetapi jika pemberian daripada Allah timpa kamu, tentu dia kata seakan-akan
tidak pernah ada kasih sayang antara kamu dan dia, "Sekiranya aku berada
bersama mereka, tentu aku dapat kemenangan dengan kemenangan yang besar."
4:74.
Maka hendaklah mereka berperang di jalan Allah, yang jual kehidupan dunia
dengan akhirat, dan sesiapa berperang di jalan Allah dan dibunuh, atau mereka
kalahkan, kelak Kami akan berikannya upah yang besar.
4:75.
Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah untuk
lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan dan kanak-kanak yang dihina, yang
berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada bandaraya ini
yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali (pelindung)
daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi Engkau, seorang
penolong."
4:76.
Orang-orang yang percaya berperang di jalan Allah, dan orang-orang tidak
percaya berperang di jalan Thagut. Maka perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya muslihat syaitan lemah.
4:77.
Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka,
"Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukan solat, dan berikan zakat"?
Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada
mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau lebih
takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau
tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kami ke suatu
tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan
akhirat adalah lebih baik bagi orang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi
sedikit pun."
4:78.
Di mana sahaja kamu berada, kematian akan dapatkan kamu, walaupun kamu berada
di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik timpa mereka, mereka
berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika yang buruk timpa mereka,
mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya
daripada Allah." Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak
faham sebarang hadis.
4:79.
Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang
buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada
manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi.
4:80.
Sesiapa taati Rasul, sesungguhnya dia taati Allah; dan sesiapa berpaling, maka
Kami tidak utus kamu untuk jadi penjaga kepada mereka.
4:81.
Mereka berkata, "Ketaatan"; tetapi apabila mereka pergi dari sisi
kamu, segolongan daripada mereka memikirkan pada malam hari dengan yang selain
kamu kata. Dan Allah tulis apa
yang mereka fikirkan; maka berpalinglah daripada mereka, dan tawakallah kepada
Allah; dan cukuplah Allah sebagai wakil.
4:82. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada
selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan.
4:83.
Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau
ketakutan, mereka siarkannya; tetapi jika mereka kembalikannya kepada Rasul,
dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang
ditugaskan untuk selidikinya, tentu akan ketahuinya. Dan sekiranya tidak kerana
pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan ikut syaitan,
kecuali sedikit.
4:84. Maka berperanglah kamu di jalan Allah; kamu tidak dibebankan
kecuali dengan diri kamu sendiri. Dan gesalah orang-orang
mukmin, mudah-mudahan Allah akan tahan kekuatan orang-orang tidak percaya, dan
Allah adalah lebih kuat dalam kekuatan, lebih keras dalam hukuman.
4:85.
Sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang baik, akan terima sebahagian
daripadanya, dan sesiapa yang mengantara dengan pengantaraan yang buruk, dia
akan pikul yang serupa dengannya; Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.
4:86.
Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang
lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan
atas segala sesuatu.
4:87.
Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan kumpulkan kamu pada Hari
Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah lebih benar hadisnya
daripada Allah?
4:88.
Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai orang-orang munafik, dan
Allah gulingkan mereka kerana apa yang mereka usahakan? Apa, adakah kamu hendak
beri petunjuk kepada orang yang Allah sesatkan? Sesiapa Allah sesatkan, kamu
tidak akan dapati baginya suatu jalan.
4:89. Mereka inginkan kamu jadi tidak percaya, sebagaimana mereka
tidak percaya, dan kemudian kamu jadi sama dengan mereka; maka janganlah ambil untuk kamu wali-wali (sahabat-sahabat) daripada mereka,
sehingga mereka hijrah di jalan Allah. Kemudian, jika mereka berpaling,
ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka, dan
janganlah ambil untuk kamu sesiapa daripada mereka sebagai wali atau penolong,
4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada satu kaum yang
berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang kepada kamu dengan
dada berasa sesak daripada memerangi kamu, atau memerangi kaum mereka.
Sekiranya Allah hendak, tentu Dia beri mereka kuasa terhadap kamu, kemudian
pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka undur daripada kamu, dan tidak
memerangi kamu, dan lemparkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak beri
sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.
4:91. Kamu akan dapati yang lain, yang hendakkan aman daripada
kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka
tidak berundur daripada kamu, dan tidak lemparkan perdamaian kepada kamu, dan
tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka
di mana sahaja kamu jumpa mereka; terhadap mereka, kami beri kamu satu kuasa
yang nyata.
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin
melainkan dengan silap, dan sesiapa bunuh seorang mukmin dengan silap, maka hendaklah dia merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan
ganti rugi dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka sedekahkannya. Jika dia
daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka
pembunuh hendaklah merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada
kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi dibayar
kepada keluarganya, dan pembunuh akan merdekakan seorang hamba yang mukmin;
jika dia tidak dapatkan, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut -
taubat Allah; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya
tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatnya, dan sediakan
bagi mereka azab yang besar.
4:94.
Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah,
telitilah kamu, dan janganlah kata kepada orang yang lemparkan kepada
kamu "Salam", "Kamu bukan orang mukmin", kerana cari
keuntungan kehidupan dunia. Di sisi Allah rampasan perang yang banyak.
Demikianlah kamu dahulunya; tetapi Allah berbudi baik kepada kamu. Maka
telitilah kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
4:95.
Orang-orang mukmin yang duduk di rumah, kecuali mereka ada kecederaan, adalah
tidak sama dengan orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan harta benda
mereka dan jiwa mereka. Allah lebihkan dalam darjat orang-orang yang berjuang
dengan harta benda mereka dan jiwa mereka di atas orang-orang yang duduk di
rumah; namun begitu, masing-masing Allah janjikan yang paling baik; dan Allah
lebihkan orang-orang yang berjuang di atas orang-orang yang duduk di rumah,
dengan upah yang besar,
4:96.
Dalam darjat-darjat di sisi-Nya, dan ampunan, dan pengasihan; Allah Pengampun,
Pengasih.
4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka
(malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami
adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah
bumi Allah itu luas untuk kamu hijrah di dalamnya?" Maka mereka itu,
tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:98.
Kecuali lelaki-lelaki, dan perempuan-perempuan, dan kanak-kanak, yang dalam
keadaan terhina, tidak dapat rancang sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk
pada jalan.
4:99.
Mudah-mudahan bagi mereka, Allah akan maafkan; Allah Pemaaf, Pengampun.
4:100.
Dan sesiapa hijrah di jalan Allah, dia akan dapati di
bumi banyak tempat perlindungan, dan keluasan. Dan sesiapa keluar dari rumahnya
sebagai seorang penghijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian
mendapatkannya, maka upahnya dijatuhkan kepada Allah; Allah Pengampun,
Pengasih.
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak salah ke atas
kamu untuk pendekkan solat, jika kamu takut orang-orang tidak percaya akan
aniaya kamu; orang-orang tidak percaya adalah
musuh yang nyata bagi kamu.
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi
mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu,
dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud,
hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang
belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan
mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah
daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu
kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam
gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu,
tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak
percaya, azab yang hina.
4:103. Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah,
berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu
tenteram, lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan
(ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
4:104.
Jangan lemah dalam mengejar kaum itu. Jika kamu derita sakit, mereka juga
derita sakit, sebagaimana kamu derita sakit, tapi kamu harapkan daripada Allah
apa yang mereka tidak dapat harapkan; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:105.
Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu
hakimkan antara manusia dengan apa yang Allah perlihatkan kepada kamu. Maka
jangan kamu jadi pembela pengkhianat-pengkhianat.
4:106.
Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
4:107.
Dan janganlah berdebat untuk orang-orang yang khianati diri mereka sendiri;
sesungguhnya Allah tidak suka pengkhianat yang berdosa.
4:108.
Mereka sembunyikan diri mereka daripada manusia, tetapi tidak sembunyikan
daripada Allah; kerana Dia berserta mereka ketika mereka memikirkan pada waktu
malam ucapan yang Dia tidak puas hati; Allah meliputi apa mereka buat.
4:109.
Beginilah kamu, kamu berdebat bagi pihak mereka dalam kehidupan dunia; tetapi
siapakah yang akan debat Allah bagi pihak mereka pada Hari Kiamat, atau
siapakah yang akan jadi wakil bagi mereka?
4:110.
Sesiapa buat jahat, atau menzalimkan dirinya sendiri, dan kemudian minta
ampunan Allah, dia akan dapati Allah Pengampun, Pengasih.
4:111.
Dan sesiapa usahakan dosa, hanyalah dia usahakan bagi dirinya sendiri; dan
Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:112.
Dan sesiapa usahakan pelanggaran atau dosa, dan kemudian membalingnya kepada orang
yang tidak bersalah, maka dia pikul fitnahan, dan dosa yang nyata.
4:113.
Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu
segolongan daripada mereka bermaksud untuk sesatkan kamu, tetapi mereka hanya
sesatkan diri-diri mereka sendiri; mereka tidak mudaratkan kamu sedikit pun.
Allah turunkan kepada kamu Kitab dan Kebijaksanaan, dan Dia ajar kamu apa yang
kamu tidak tahu; pemberian Allah kepada kamu adalah besar.
4:114.
Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bicara rahsia mereka, melainkan bagi orang
yang suruh beri sedekah, atau apa yang baik, atau membetulkan antara manusia.
Sesiapa yang buat demikian itu dengan inginkan kepuasan hati Allah, sungguh
Kami akan memberinya upah yang besar.
4:115. Tetapi sesiapa melawan Rasul setelah petunjuk jadi jelas
baginya, dan ikut jalan selain daripada orang-orang
mukmin, Kami palingkan dia kepada apa yang dia kuasai, dan Kami pasti akan
panggang dia di Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
4:116.
Allah tidak ampun apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain
itu kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa sekutukan Allah dengan sesuatu, dia
sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:117.
Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah
mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,
4:118.
Yang dilaknati Allah. Ia berkata, "Sungguh, aku akan ambil untukku
sebahagian yang ditetapkan daripada hamba-hamba-Mu,
4:119.
Dan sungguh, aku akan sesatkan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, dan
aku akan suruh mereka dan mereka akan potong telinga binatang ternak; aku akan
suruh mereka dan mereka akan ubah ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil
syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu
kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
4:120.
Ia janjikan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang
syaitan janjikan mereka melainkan tipuan.
4:121.
Mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan mereka akan dapati tiada
tempat lari daripadanya.
4:122.
Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , merekalah yang
Kami akan masukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di
dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya. Janji Allah benar, dan siapakah
lebih benar dalam ucapan daripada Allah?
4:123.
Ia bukanlah khayalan kamu, dan bukan juga khayalan ahli Kitab. Sesiapa buat
jahat akan dibalas dengannya, dan tidak akan dapati baginya, selain daripada
Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
4:124.
Dan sesiapa buat kerja-kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia seorang
mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.
4:125. Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang
tundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut agama (din) Ibrahim,
seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat.
4:126.
Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan yang di bumi, dan Allah meliputi
segala sesuatu.
4:127.
Mereka minta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah,
"Allah putuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada
kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu
tidak beri apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin
kahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindas, dan supaya kamu tegakkan
keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan kamu buat, maka
sesungguhnya Allah mengetahuinya.
4:128.
Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya,
tidak salah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan
penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu
buat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.
4:129. Kamu tidak akan boleh buat adil antara isteri-isteri kamu,
walaupun kamu ingin sekali; maka jangan kamu condong dengan seluruh
kecondongan sehingga kamu tinggalkannya seperti tergantung. Jika kamu betulkan
dan bertakwa, sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
4:130.
Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan beri kecukupan kepada masing-masing
daripada keluasan-Nya, dan Allah Merangkumi, Bijaksana.
4:131.
Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Kami telah wasiatkan
kepada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan kepada kamu, "Takutilah
Allah." Jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di
langit dan di bumi; Allah Kaya, Terpuji.
4:132.
Dan kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai
wakil.
4:133.
Jika Dia hendak, Dia hapuskan kamu, wahai manusia, dan datangkan yang lain;
Allah adalah berkuasa atas yang demikian itu.
4:134.
Sesiapa yang hendak ganjaran dunia, maka di sisi Allah ganjaran dunia dan
akhirat; Allah Mendengar, Melihat.
4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang
yang tegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu
sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara,
sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya.
Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika
kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu
buat.
4:136.
Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan
kepada Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak
percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan
Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:137.
Orang-orang yang percaya, kemudian tidak percaya, kemudian percaya, kemudian
tidak percaya, kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), Allah
tidak akan ampun mereka, dan tidak juga beri petunjuk kepada mereka pada
sebarang jalan.
4:138.
beri berita gembira kepada orang-orang munafik bahawa bagi mereka azab yang
pedih.
4:139.
Orang-orang yang ambil orang-orang tidak percaya sebagai wali (sahabat) selain
daripada orang-orang mukmin, adakah mereka cari kemuliaan di sisi mereka?
Tetapi kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah.
4:140. Dia turunkan kepada kamu di dalam Kitab, "Apabila kamu
dengar ayat-ayat
Allah dinafikan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka sehingga
mereka terjun pada hadis (bicara) yang lain; jika tidak, kamu adalah serupa
dengan mereka." Allah akan kumpulkan orang-orang munafik, dan orang-orang
tidak percaya, kesemuanya di dalam Jahanam.
4:141. Orang-orang yang menunggu-nunggu terhadap kamu, jika
kemenangan datang kepada kamu daripada Allah, mereka berkata, "Bukankah
kami berserta kamu?" tetapi jika orang-orang tidak percaya dapat
sebahagian, mereka berkata, "Tidakkah kami menguasai kamu, dan tidakkah
kami pertahankan kamu daripada orang-orang mukmin?" Allah akan hakimkan
antara kamu pada Hari Kiamat, dan Allah tidak akan adakan bagi orang-orang
tidak percaya sebarang jalan terhadap orang-orang mukmin.
4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia
yang tipu mereka. Apabila
mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada
manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.
4:143.
Mereka adalah dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian, tidak kepada ini
dan tidak kepada itu; dan sesiapa Allah sesatkan, kamu tidak akan dapati
baginya jalan.
4:144.
Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil orang-orang tidak percaya
sebagai wali (sahabat) selain daripada orang-orang mukmin; atau, adakah kamu
hendak beri Allah terhadap kamu satu kuasa yang nyata?
4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian
yang paling bawah di Api, dan kamu tidak dapati bagi mereka sebarang penolong.
4:146.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada
Allah, dan menuluskan agama untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang
mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.
4:147.
Apakah yang Allah buat dengan mengazab kamu, jika kamu bersyukur (berterima
kasih), dan kamu percaya? Allah Mensyukuri, Mengetahui.
4:148.
Allah tidak suka kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi;
Allah Mendengar, Mengetahui.
4:149.
Jika kamu nampakkan kebaikan yang kamu buat, atau rahsiakannya, atau maafkan
kejahatan, maka sesungguhnya Allah Pemaaf, Berkuasa.
4:150.
Orang-orang tidak percaya kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan hendak buat
perbezaan antara Allah dan Rasul-Rasul-Nya, dan berkata, "Kami percayai
sebahagian, dan kami tidak percaya kepada sebahagian", dan hendak ambil di
antara ini dan itu, satu jalan.
4:151.
Mereka itulah orang-orang tidak percaya (kafir) yang sebenarnya; dan Kami
sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
4:152. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah, dan
Rasul-Rasul-Nya, dan mereka tidak beza-bezakan antara seorang
pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan beri mereka upah mereka;
Allah Pengampun, Pengasih.
4:153.
Ahli Kitab meminta kepada kamu supaya kamu turunkan kepada mereka sebuah kitab
dari langit; dan mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar daripada
itu, kerana mereka berkata, "Perlihatkan kepada kami Allah dengan
nyata", lalu halilintar ambil mereka kerana kezaliman mereka. Kemudian
mereka ambil untuk mereka Anak Lembu, setelah bukti-bukti yang jelas datang
kepada mereka; namun begitu, Kami maafkan mereka yang itu, dan Kami beri Musa
kuasa yang nyata.
4:154.
Dan Kami naikkan di atas mereka Gunung, ambil perjanjian mereka, dan Kami kata
kepada mereka, "Masuklah pintu gerbang dengan bersujud", dan Kami
kata kepada mereka, "Jangan cabuli Sabat"; dan Kami ambil daripada
mereka satu perjanjian yang kukuh.
4:155.
Maka kerana pemecahan perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada
ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana
ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah
tutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak percayai,
kecuali sedikit.
4:156.
Dan kerana ketidakpercayaan mereka, dan ucapan mereka terhadap Mariam, satu
fitnah yang besar.
4:157. Dan kerana ucapan mereka, "Kami telah bunuh al-Masih,
Isa putera Mariam, Rasul Allah." Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan
tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada
mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan
terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali ikut sangkaan;
mereka tidak membunuhnya, yakinlah.
4:158.
Allah naikkan dia kepada-Nya, dan Allah Perkasa, Bijaksana.
4:159.
Dan tiada seorang pun daripada ahli Kitab melainkan benar-benar percayainya
sebelum kematiannya, dan pada Hari Kiamat, dia jadi saksi ke atas mereka.
4:160.
Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan mereka beberapa benda yang
baik-baik yang dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka halangi ramai daripada
jalan Allah.
4:161.
Dan kerana ambilan riba mereka, yang mereka telah dilarang daripadanya, dan
makan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami sediakan bagi orang-orang tidak
percaya antara mereka, azab yang pedih.
4:162.
Tetapi orang-orang antara mereka yang dalam dalam pengetahuan, dan orang-orang
mukmin yang percayai apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum
kamu, dan orang-orang yang lakukan solat, dan orang-orang yang beri zakat, dan
orang-orang yang mukmin kepada Allah dan Hari Akhir, mereka itulah Kami pasti
akan beri upah yang besar.
4:163. Kami wahyukan kamu sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan
Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus,
dan Harun, dan Sulaiman, dan kami beri Daud, Zabur.
4:164.
Dan Rasul-Rasul yang Kami ceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Rasul-Rasul
yang Kami tidak ceritakan kepada kamu, dan kepada Musa, Allah telah
berkata-kata secara langsung.
4:165.
Rasul-Rasul sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran supaya manusia
tidak ada hujah terhadap Allah selepas Rasul-Rasul; Allah Perkasa, Bijaksana.
4:166.
Tetapi Allah saksikan dengan apa yang Dia turunkan kepada kamu; Dia turunkannya
dengan pengetahuan-Nya; dan malaikat-malaikat juga saksikan; dan cukuplah Allah
menjadi saksi.
4:167.
Sesungguhnya orang-orang tidak percaya dan halangi jalan Allah, mereka sesat
dalam kesesatan yang jauh.
4:168.
Sesungguhnya orang-orang tidak percaya dan buat zalim, Allah tidak akan ampun
mereka, dan tidak juga beri mereka petunjuk pada jalan,
4:169.
Kecuali jalan ke Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan selamanya, dan
itu bagi Allah adalah mudah.
4:170.
Wahai manusia, seorang Rasul telah datang kepada kamu dengan yang benar
daripada Pemelihara kamu, maka percayalah; itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan
jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di
bumi; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:171.
Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan
kamu kata terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam,
hanyalah Rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia lemparkan kepada Mariam, dan Roh
daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan janganlah
kata, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah
Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak!
Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
4:172.
Al-Masih tidak akan pandang rendah untuk menjadi seorang hamba Allah, dan tidak
juga malaikat-malaikat yang berkedudukan dekat dengan-Nya. Sesiapa pandang
rendah untuk menyembah-Nya, dan menyombong, Dia pasti akan kumpulkan mereka
kepada-Nya, kesemua mereka.
4:173.
Bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Dia akan bayar
kepada mereka sepenuhnya upah mereka, dan Dia tambhakan mereka daripada
pemberian-Nya; dan bagi orang-orang yang memandang rendah dan menyombong,
merekalah yang Dia akan azab dengan azab yang pedih, dan mereka tidak akan
dapati bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada
juga penolong.
4:174.
Wahai manusia, satu bukti telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu,
dan Kami turunkan kepada kamu satu cahaya yang terang.
4:175.
Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya,
sungguh, Dia akan masukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan
pemberian, dan beri mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.
4:176.
Mereka minta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah putuskan
kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain
ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia
mempunyai saudara perempuan, dia terima separuh daripada apa dia tinggalkan,
dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak.
Jika ada dua saudara perempuan, mereka terima dua per tiga daripada apa dia
(lelaki) tinggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang
lelaki terima serupa dengan bahagian dua perempuan. Allah jelaskan kepada kamu
supaya kamu tidak sesat; Allah tahu segala sesuatu."