Kalimat wahdahu direnungkan. Ia bermaksud satu-satunya dan hanya berkait dengan Allah dan penyembahan-Nya sahaja.
Terdapat enam ayat al-Qur'an mengandungi
kalimat tersebut. Setiap satu beri peringatan, dan peringatan diberi secara
berperingkat menurut kronologi ayat-ayat.
Ayat pertama mengisahkan satu pertanyaan
membabitkan suruhan menyembah Allah satu-satunya, serta tinggalkan apa yang
disembah oleh bapa-bapa atau nenek moyang, berbunyi,
7:70. Mereka berkata, "Adakah kamu
datang kepada kami supaya kami sembah Allah satu-satunya, dan supaya
kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkan kepada kami apa yang
kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."
Mereka yang bertanya itu adalah
pembesar-pembesar kaum Ad, dan pertanyaan dilontar kepada Rasul yang diutus,
Hud, yang tinggal selepas Nabi Nuh.
Mereka didapati enggan tinggalkan apa yang
bapa-bapa mereka sembah (tabiat turun menurun hingga ke zaman ini) dan dalam
jawapan Hud kepada mereka, dibangkitkan juga amalan mereka yang mengadakan
nama-nama yang Allah tidak turunkan kuasa (seperti orang-orang zaman ini
jugak!) Dengan buat demikian mereka adalah orang-orang yang dustakan ayat-ayat
Allah.
Dua ayat yang menyusul melengkapkan
cerita, berakhir dengan janji yang telah dijanjikan, berbunyi,
7:71. Berkatalah dia (Hud), "Kotoran dan
kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu debat
aku mengenai nama-nama kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak
turunkan kuasa padanya? Maka lihat dan tunggulah, aku bersama kamu melihat dan
menunggu."
7:72. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukan orang-orang mukmin (yang percayai).
7:72. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukan orang-orang mukmin (yang percayai).
Cerita sepenuh di lembaran itu bermula
dari 7:65.
Ayat kedua mengajak melihat gelagat manusia pada hari ini pula, yang berpaling ke belakang dan lari apabila Pemelihara diingatkan satu-satunya daripada al-Qur'an. Orang-orang ini tidak mendengar, tidak memahami al-Qur'an. Firman-Nya,
17:45. Apabila kamu baca al-Qur'an, Kami
letak antara kamu dan orang-orang tidak percayai akhirat, satu tabir yang
mengadang,
17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
Mereka yang berpaling dan lari ketika
diingatkan Allah satu-satunya di dalam al-Qur'an dikategorikan sebagai tidak
percayai akhirat, walaupun sering kedengaran mereka bercerita mengenainya,
iaitu cerita akhirat yang palsu.
Ayat seterusnya dalam kronologi, menyebut lagi tentang golongan tadi. Kali ini mengenai hati mereka yang meluat apabila disebut Allah satu-satunya. Tapi gembira apabila orang-orang selain Dia disebut.
39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka
meluatlah hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang
selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira.
Sehubungan itu, satu pertanyaan telah
timbul pada masa lalu, iaitu mengapa di laman web ini tidak ada hadis (dalam
artikel), bermaksud menyuruh agar ayat-ayat al-Qur'an disekutukan dengan yang
lain dalam penulisan. Supaya jadi gembira!
Selanjutnya, mungkin dengan hati yang
meluat itu, maka bagi mereka yang berkuasa, akan menggunakan kuasa untuk
menyekat amalan menyembah Allah satu-satunya.
Firman ke-4 mengandungi wahdahu meneruskan penjelasan mengenai panggilan kepada Allah satu-satunya, yang malangnya tidak dipercayai golongan tertentu, tetapi jika Dia disekutukan, mereka akan percaya. Ini, cerita hari ini jugak. Firman-Nya,
40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru
kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi
jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi
Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.
Dia selalu saja didapati disekutukan
dengan orang-orang ditaati seperti Rasul yang palsu, para Imam dan tokoh-tokoh
alim yang lain.
Setelah semuanya jelas, Dia mengingatkan tentang bencana bakal menimpa pada iman yang tidak percaya kepada Allah satu-satunya (atau al-Qur'an satu-satunya). Peringatan bermaksud:
40:84. Kemudian, apabila mereka lihat
bencana Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami
tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya."
40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak percaya di sana.
40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak percaya di sana.
Satu penyesalan yang tidak berguna! Supaya tidak rugi di sana, Dia menyuruh ikut satu teladan yang baik daripada seorang Nabi dan orang-orang biasa yang bersamanya, iaitu percayai Allah satu-satunya. Mesej disampaikan dalam firman Tuhan terakhir mengandungi kalimat wahdahu berbunyi,
60:4. Kamu ada teladan yang baik pada
Ibrahim, dan orang-orang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum
mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada
Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan
adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” .......
“Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami
berkesesalan; kepada Engkau kepulangan.
Doa tersebut dilengkapkan dalam ayat menyusul:
60:5. Wahai Pemelihara kami, janganlah buat
kami satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya; dan ampunkanlah kami. Wahai
Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”
Disusuli ayat di bawah, yang turut jadi
ayat penutup di sini, tentang teladan baik tersebut adalah bagi orang-orang
yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir. Firman-Nya,
60:6. Kamu ada teladan yang baik pada
mereka bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa
berpaling, maka sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.
Lalu dicuba sedaya upaya supaya tidak berpaling daripada percaya Allah satu-satunya di dalam al-Qur'an.
Allah disanjung!
Penulis Bacaan
23 Sept 2012
23 Sept 2012
(Rujukan: A Concordance of the Qur'an muka surat 1262)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!