Isnin, 29 Jun 2015

RAKAAT SOLAT???


Solat atau sembahyang 5 waktu yang menjadi amalan umat Islam hari ini dikatakan mula diajar oleh Nabi kepada para sahabat sejak menerima perintah mengenainya dalam satu peristiwa popular, Israk Mikraj. Hari ini umat Islam menyifatkan solat sebagai amalan tunggak. Segala amalan baik tidak bermakna apa-apa jika seseorang tidak solat.

Dulu, Nabi dan para sahabat dikatakan tidak lekang dari menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Hanya kadang-kala sahaja Nabi dikatakan solat bersendirian. Menurut cerita, para sahabat dan generasi mereka yang seterusnya tidak pernah sedikit pun mengabaikan amalan solat walaupun selepas kewafatan Nabi.

Kalau begitu keadaannya, bagaimana mungkin kita berdepan dengan polemik berkaitan dengan bilangan rakaat solat?  Bagaimana satu amalan yang dilakukan 5 kali sehari tanpa gagal sejak Nabi sendiri dikatakan mengajarnya, sentiasa berjemaah bersama-sama dan amalannya berterusan dari generasi ke generasi tiba-tiba boleh menjadi kabur pada bahagian yang paling asas seperti bilangan rakaat?

Saya fikir ini satu persoalan yang wajar kita cari jawapannya. Mengapa bilangan rakaat solat yang ada pada hari ini terpaksa disandarkan kepada riwayat-riwayat hadis? Sepatutnya jika benar ritual solat diamalkan sejak zaman Nabi oleh umat Islam, sekerap 5 kali sehari, tentulah soal bilangan rakaat untuk setiap solat sudah menjadi suatu yang jelas muktamadnya. Polemik mengenai bilangan rakaat solat tidak sepatutnya timbul.

Tetapi  itulah yang berlaku. Ulama terpaksa berpolemik untuk menetapkan bilangan rakaat solat. Sehingga hari ini, polemik ini masih tidak dapat dikekang sepenuhnya. Para ulama terpaksa korek dan tampal hadis di sana-sini untuk meyakinkan umat tentang bilangan rakaat solat mereka.

Jika apa yang disampaikan kepada kita betul, solat sepatutnya menjadi amalan rutin yang lahir lebih dulu dari kitab hadis. Hadis hanya mula dikumpul dan direkodkan di sekitar 200 tahun selepas kewafatan Nabi. Jadi, adakah dalam tempoh 200 tahun selepas ketiadaan Nabi itu umat Islam sudah lupa tentang solat sehingga terpaksa menunggu dam merujuk kitab hadis untuk mengingatkan semula perihal bilangan rakaat setiap solat yang Nabi buat?
Jelas sekali. Ada yang tidak berapa kena di sini.....

Sehingga kini, para ulama berbeza pendapat tentang rakaat solat bagi setiap solat fardhu yang didirikan oleh Nabi Muhammad.  Ada yang berpendapat hanya dua rakaat menurut amalan solat yang berlaku sebelum Isra-Mihraj dan ada berpendapat dua rakaat itu telah ditambah kecuali solat subuh yang masih mengekalkan rakaatnya yang berjumlah 2 rakaat.

Sebelum Isra-Mihraj Nabi Muhammad, ada dua solat fardhu sementara yang didirikan oleh Nabi Muhammad dan pengikutnya, iaitu solat Pagi dan Petang dan solat malam.  Setiap solat fardhu hanya dua rakaat sahaja.  Tetapi selepas Isra–mihraj hal ini menjadi isu yang hangat didebatkan oleh pelbagai pendapat.  Namun, apa yang umat Islam hari lakukan ialah solat Subuh 2 Rakaat, solat Zohor 4 rakaat, solat Asar 4 rakaat, solat Maghrib 3 rakaat dan solat Isyak 4 rakaat.

Dalam sebuah hadis yang berkaitan dengan Mihraj menyatakan Allah menurunkan 50 waktu solat kepada Nabi Muhammad dan umatnya.  Tetapi hal disedari oleh Nabi Musa yang menasihatkannya agar mengurangkan jumlah itu, NabiMuhammad naik berulang-kali sehinggalah solat berbaki 5 sahaja.    Dan hal ini dipersetujui bahawa solat fardhu yang 5 itu sama pahalanya dengan solat 50 waktu tadi.  Dan pada pagi esoknya Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad dan mengimami solat fardhu sebagai satu ritual praktikal buat pertama kali untuk nabi Muhammad.  Tetapi dalam hadis tersebut tidak dinyatakan berapa rakaat setiap solat yang didirikan.  Hanya dinyatakan waktu solat itu sahaja.  MENGAPA?

“Turun Jibril, lalu dia menjadi imam bagiku Dan aku sholat bersamanya, kemudian aku sholat bersamanya, lalu aku sholat bersamanya dan aku sholat bersamanya dan aku sholat bersamanya Nabi menghitung dengan lima anak jarinya.”
Daripada Abu Mas’ud R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

Nabi SAW di datangi oleh Jibril a.s dan berkata kepadanya, “Bangunlah dan lakukan solat.” Maka beliau melakukan solat ZOHOR ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu ASAR menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Asar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu MAGHRIB menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu ISYA' menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Isyak ketika syafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu SUBUH menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Subuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang.”
Daripada Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad, Nasai dan Tirmizi Ra. A. ]

Mengapa hadis ini tidak menyatakan berapa jumlah rakaat bagi setiap solat fardhu? Ini kerana Rakaat Solat telah ditentukan sebanyak dua rakaat sebelum Isra-Mihraj lagi, malah lebih jauh dari itu,  di mana Ibrahim telah menerima perjanjian Solat, Haji, sunat dan lain-lain(2 : 125).

Secara umumnya seperti yang kita semua tahu solat pada awalnya adalah dua rakaat sahaja. Itulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dan umatnya pada awal kemunculan Islam di Mekah.  Nabi Muhammad hanya mengikuti agama Nabi Ibrahim yang lurus.  Mari kita lihat apa Qur’an nyatakan dalam ayat ini.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.”
[ Q.S. AL-MAIDAH 3 : 95 ]

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.”
[ Q.S. AN-NAHL 16 : 123 ]

“Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
[ Q.S. AL-BAQARAH  2 : 125 ]

“Dan Kami jadikan mereka (Ishaq dan Ya’kub) sebagai pemimpin yang memberi petunjuk (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan solat (Salata), mengeluarkan zakat; dan hanya kepada kamilah mereka selalu mengabdikan diri.”
[ Q.S. AN-BIYA’ 21 : 73 ]

Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dan Nabi Ishak  mendirikan solat hanya dua rakaat seperti yang diamalkan oleh nabi Muhammad setelah mendapat perintah ALLAH untuk mengikuti agama Ibrahim yang lurus itu.Ini boleh dilihat dalam 4 : 102.

2 RAKAAT SOLAT
"Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" solat  jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu. Dan apabila engkau berada dalam kalangan mereka, lalu engkau mendirikan solat dengan mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah SUJUD*, maka hendaklah mereka berundur ke belakang ; dan hendaklah datang pula puak yang lain yang belum solat, maka hendaklah mereka bersolat bersama-samamu**, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina."
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 101 - 102 ]

*Menurut Jumhûr Mufassirîn:
“Apabila telah selesai serakaat(yang di-Qasarkan/ DIRINGKASKAN), maka diselesaikan satu rakaat lagi sendiri (Sempurna 2 rakaat); dan Nabi SAW. duduk menunggu golongan kedua yang belum shalat”

** Yaitu rakaat yang pertama, sedang rakaat yang kedua mereka selesaikan sendiri bagi   pula dan mereka mengakhiri shalat mereka bersama Nabi SAW.

Hal ini telah ditetapkan menurut ayat ini…
SOLAT ITU TELAH DITETAPKAN DARI AWAL!

“Peraturan orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. DIRIKANLAH olehmu SOLAT (SALATA) ketika gelincir matahari (Senja / SALATA WUSTA) hingga waktu gelap malam ( SALATA ISYAK), dan Bacaan Fajar(QUR'ANAN FAJR) sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah disaksikan. Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah TAHAJJUD padanya, sebagai tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
[ Q.S. AL-ISRA 17 : 77-79 ]

Saya faham kalau anda katakan ayat ini tiada kaitan dengan solat fardhu kerana ia ayat Perang.  Tetapi ayat ini adalah membawa dua maksud, sebab itu ALLAH letak cara tunaikan solat fardhu ketika perang, kerana ia merangkumi dan melibatkan hari bukan waktu  perang. Perkataan yang Sama “SALATA” yang merujuk kepada satu solat tertentu yang ditunaikan pada waktu perang tersebut.  Oleh itu, dengan adanya ayat ini kita dapat mengetahui cara solat yang diringkaskan  atas dasar tidak aman damai, jadi solat itu dipendekkan, sekiranya perang sudah berlalu maka wajiblah menunaikan solat dengan sempurna iaitu dua rakaat.

Kalau satu Rakaat itu satu solat yang diringkaskan pada masa perang. Maka untuk menjadi solat yang sempurna pada hari biasa atau hari bukan waktu perang, satu rakaat itu digandakan lalu menjadilah ia dua rakaat secara rasminya.  Inilah dua rakaat solat yang tidak diceritakan oleh nabi dalam hadis Jibril, tetapi telah diterangkan dalam ayat ini secara tersurat dan tersirat sekaligus.  Kita hanya perlu guna akal untuk menaakul dan memikirkan maksud ayat 4 : 102 yang berbentuk ayat 2 dalam 1 ini.

Peraturan solat telah ditetapkan sejak daripada awal lagi.  Adanya Berdiri, Rukuk dan sujud dan ditentukan rakaatnya sebanyak dua rakaat sejak dari mula dalam ayat 2 dalam 1 itu iaitu 4:102.  Oleh itu, yang diterima oleh nabi Muhammad tentang solat fardhu 5 waktu adalah berkaitan waktu untuk mendirikan solat.  Hal ini diterangkan oleh ALLAH dalam 4 : 103 dan Hadis Jibril di atas.

“...Sesungguhnya SOLAT(Salata) itu adalah SATU KETETAPAN yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 103 ]

“Peraturan orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu.”
[ Q.S. AL-ISRA 17 : 77 ]

Jadi kesimpulannya, solat fardhu hanya dua rakaat setiap kali ia didirikan pada waktu yang telah ditentukan oleh ALLAH ketika Mihraj Nabi Muhammad sebelumnya.  Dan Jibril hanya menunaikan bersama Nabi sebagai Imam pada waktu yang ditentukan itu.

Jadi apabila rakaat solat itu sudah ditetapkan oleh ALLAH dan Hukum ini tiada perubahan maka Nabi Muhammad tidak bercerita tentang rakaat solat bagi solat-solat tersebut.  Tetapi hanya menceritakan pada masa bila ia wajib didirikan.  Ini… oleh itu, solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak(ASWJ) dan Solat Fajar, Solat Wusta dan Solat Isyak (Quraniyun) masing-masing didirikan dengan dua rakaat sahaja setiap waktu yang telah ditentukan itu.

Sekiranya hadis tidak beritahu jumlah rakaat bagi setiap solat, maka rujuklah Qur’an. Ini perintah ALLAH, apabila kita berselisih pendapat, ALLAH suruh kita kembali kepada TALI ALLAH iaitu Qur’an.
Dalam Qur’an telah dijelaskan rakaat solat tersebut.

“Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu menggunakan akalnya untuk memahami.”
[ Q.S. YUNUS 10 : 100 ]

MENENTUKAN RAKAAT SOLAT YANG TEPAT MELALUI AYAT QUR'AN ???



“Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu."
[ Q.S. 17:110 ]

ayat ini sahaja... boleh tentukan solat mana yang betul DAN TEPAT rakaatnya dari perintah ALLAH..

Solat SUBUH / FAJAR ... 2 rakaat didirikan dengan bersuara.  Ternyata Solat SUBUH / FAJAR adalah  menepati perintah dalam ayat ini... Solat ZOHOR dan Solat ASAR /WUSTA disenyapkan kesemua rakaatnya. Jelas ia tidak menepati piawaian ini(Q.S. 17 :110)...  Solat MAGHRIB hanya 2 rakaat sahaja yang bersuara... satu rakaat tambahan lagi disenyapkan... dan Solat ISYAK 2 rakaat saja bersuara. Dua rakaat lagi disenyapkan...  Jelas bukan?
Jadi ayat 17 : 110 ini menyokong  4 : 102
Ini menunjukan solat yang difardhukan oleh ALLAH hanya 2 rakaat sahaja! 



Anda fikirkan lojiknya di situ...






Q.S. AL-HIJR 15 : 46-52 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".  Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.  Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.  Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang  Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).  Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).  Dan khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu".

[ Q.S. AL-HIJR 15 : 46-52 ]