Khamis, 25 Jun 2015

SELAWAT DAN SALAM KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W ???



Kebanyakan orang Islam di seluruh dunia, tiap kali nama Nabi Muhammad disebut, menyebut “Salla’l-Lahu’alaih-i-wasallam” (SAW) yang bermaksud “Allah berselawat dan memberi salam”.

Mengapa?

Apabila nama Nabi Ibrahim atau nabi-nabi lain, disebut, mereka menyebut “’Alai-hi-salam” (AS) saja.  Seolah-olah timbul dan munculnya KASTA di sini.  Sedangkan dalam Qur’an tidak disebut nama-nama nabi dengan diiringi “Alai-hi-Salam” dan  “Salla’l-Lahu’alaih-i-wasallam” untuk Nabi Muhammad S.A.W. dan paling jelas sekali ialah ALLAH tidak membeza-bezakan antara para utusanNya.  Sepatutnya hal ini tidak wujud kerana ia menyalahi kenyataan ALLAH dalam Qur’an.

ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Katakanlah : "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Musa (Taurat) dan Isa dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; KAMI TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN ANTARA SESEORANG DARI MEREKA; dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 136 ]

Namun secara lojiknya apabila disebut nama-nama mereka itu memang secara lojik dan sebagai tanda kita menghormati mereka maka kita katakan dua kalimat itu sebagai menguatkan iman bahawa mereka di salam dan diberi rahmat, dibantu serta diselawati oleh ALLAH. Namun, apa gunanya lojik saja kalau tiada arahan dan perintah ALLAH  dalam Qur’an untuk berbuat demikian? Siapakah yang berani menambah-nambah hukum ALLAH?

Hal ini melanggar dua perintah Tuhan dalam Qur’an. Perkataan Arab “Salla / yusalli”  ada tiga makna: Solat, Restu atau Bantu, dan tempat Bersolat. Dalam surah Al-Ahzab (33), perkataan ini digunakan dua kali dalam acuan yang sama. Pertama, ayat 43, yang berbunyi:


“Dialah yang bantu kamu dan malaikatNya - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita kepada cahaya yang terang-benderang dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman.”

Perkataan ‘kamu’ dalam ayat ini merujuk kepada orang yang beriman. Ayat 56, iaitu 12 ayat selepas ayat tadi, ayat yang sama bentuknya berbunyi:

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya bantu Nabi; wahai orang-orang yang beriman kamu bantunya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Lihat juga ayat ini :
“.... dan doakanlah(Washalli) untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
[ Q.S 9: 103 ]

Melalui ayat di atas Tuhan memerintahkan Nabi supaya memberi sokongan dan galakan kepada pengikut-pengikutnya, kerana sokongan dan galakan dari seorang pemimpin kepada pengikut-pengikutnya memang wajar dan perlu.


Apabila kita melihat penggunaan perkataan 'selawat' dalam konteks yang menyeluruh ini, kita akan mendapat pemahaman yang lebih tepat. Keseluruhannya bermakna (a) Tuhan dan malaikat-Nya menolong orang mukmin untuk mengeluarkan mereka dari kemunduran kepada kemajuan, (b) Tuhan dan malaikatnya menolong pemimpin orang mukmin (Nabi pada masa itu ialah pemimpin orang mukmin), dan menyuruh orang mukmin menolong pemimpin mereka, dan (c) Tuhan menyuruh Nabi memberi ransangan dan galakan kepada pengikut-pengikutnya supaya mereka rela dan sanggup berjuang di jalan Allah. Dengan pemahaman yang menyeluruh ini, tidak timbul soal berselawat kepada Nabi secara khusus dengan kata-kata itu.

Jadi, perkataan ‘selawat’ di sini pertama dituju kepada orang mukmin, dan kemudian baru kepada Nabi. Mengapakah kita berselawat kepada Nabi Muhammad saja dan tidak pula kepada orang yang beriman atau Mukmin? .... Inilah kesilapan yang pertama!

Kesilapan kedua, mengapa kita tidak berselawat kepada nabi-nabi lain?  Tuhan melarang kita membezakan antara nabi-nabi-Nya. (Quran, 2:136). Sedangkan, Nabi Muhammad  diperintahkan oleh ALLAH untuk ikut agama Nabi Ibrahim yang hanif.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.”
[ Q.S. AL-MAIDAH 3 : 95 ]

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.”
[ Q.S. AN-NAHL 16 : 123 ]


Secara lojiknya yang diikuti itu lebih mulia dari yang mengikut.  Secara lojik juga, SAW itu sepatutnya diberi kepada Ibrahim berbanding Muhammad...

Kesilapan ketiga, kita boleh berselawat atau membantu orang yang hidup saja, bukan yang telah mati, secara lojik akalnya.

Jadi, selawat kepada Nabi Muhammad itu salah dari tiga sudut. Kita hanya boleh menyebut “Sallahu-alaihi-wassalam” apabila namanya disebut sebagai tanda penghormatan.  Tetapi kalau berselawat seperti “Allahumma Salli ala Muhammad.”  Ia menjadi satu hal yang tidak lojik, kerana kita seolah-olah memerintahkan atau meminta ALLAH membantu Nabi sedangkan nabi sudah lama ketika masih hidup dibantu oleh ALLAH dalam misi menyampaikan Qur’an kepada seluruh manusia dan jin.  Dan tidak lojik pula kita minta ALLAH bantu Nabi ketika nabi sudah lama wafat.  Kalau sekadar menyebut “Sallahu-alaihi-wassalam” itu, ya lojik kerana untuk mengingatkan kita bahawa Nabi telah dibantu oleh ALLAH dalam misi baginda S.A.W.  Dalam Hal memberi SALAM kepada baginda SAW...  ini hanya lojik dan diterima akal kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup. Masalahnya Nabi Muhammad SAW sudah lama wafat, tidak lojik kalau kita memberi salam ketika Nabi SAW sudah Wafat.  Oleh itu perintah ALLAH tentang Salam kepada Baginda SAW itu hanya berlaku ketika Nabi SAW masih hidup.  Begitu juga selawat-selawat nabi yang telah sekian lama wujud dan dicipta oleh ramai orang yang ahli ibadah. Meltakkan nama pelbagai gelaran seperti Sayyidina dan sebagainya juga dilarang oleh Rasulullah SAW sendiri,  Tidak lojik kita berselawat dan memberi salam kepada nabi dalam solat kerana ALLAH telah melarang keras hal ini!

‘Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.”’
[ Q.S. AL-ISRA 17:110 ]


Kalau anda ingin dan mahu sangat, salam kepada Nabi dan selawat kepada nabi boleh sahaja anda lakukan di mana saja (walaupun ini menyalahi Qur’an) dan bila-bila masa KECUALI dalam solat...  kerana ini dilarang oleh ALLAH.   ALLAH hanya suruh untuk menyeru namaNya sahaja dalam solat (17 : 110) dan Mengingati ALLAH sahaja :

"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.
[ Q.S. THAHA : 14 ]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”
[ Q.S. 18 : 110 ]


Kita berkomunikasi dengan ALLAH secara terus tetapi  Pada masa yang sama kita menyeru  Nabi dan memberi salam pula kepada nabi pada tahiyyat awal dan akhir...
di dalam ‘bacaan Tahiyat’ meraka berkata begini: "Assalamu alaika aiyuhan nabi…" yang bermaksud "Sejahtera ke atas kamu wahai nabi…". Amat jelas di sini pada masa mereka sedang berkata-kata atau berkomunikasi dengan Allah, mereka ambil kesempatan ini untuk berkomunikasi dan menyeru pula kepada nabi di dalam solat mereka. Ini melanggar titah perintah Allah di dalam ayat 72:18 tadi. Dengan lain erti kata, mereka telah jadikan kedudukan Muhammad sebagai rakan kongsi Allah dan mereka amat gembira dengan perbuatan itu".

"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau WAHAI Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad."


bukankah ini sangat BIADAB?!

Nabi sendiri tidak pernah membaca Salam dan Selawat kepada diri sendiri dalam solat baginda SAW... apa relevennya kita wajib buat? Jadi hadis-hadis yang berkaitan dengan selawat dan salam kepada nabi majoritinya tidak selari dengan Al-Qur’an. Apatah lagi menyanyikan “Ya Hanana” yang pernah menjadi viral baru-baru ini.  Ini juga menjadi satu bentuk pemujaan dan mendewa-dewakan nabi.   Apakah kita mahu kembali ke zaman nabi para yahudi yang dipuja-puja oleh umat mereka malah Nabi Uzair dan Nabi Isa akhirnya bukan sahaja dianggap Anak Allah, malah menjadi Tuhan.  Anda lihat apa yang berlaku kepada Yahudi dan Nasrani?

....Apakah ini yang diingini oleh Allah dan RasulNya?
....Apakah ini yang kita inginkan?

mengapakah kebanyakan orang Islam melakukannya? Mengapakah guru-guru agama kita tidak melarangnya? Ini menunjukkan kegagalan kita menggunakan akal, sedangkan iman dan akal itu harus selaras.

“Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu menggunakan akalnya untuk memahami.”
[ Q.S. YUNUS 10 : 100 ]

Jadi kita wajib menggunakan Iman dan Akal.  Kalau kita tidak guna Iman dan Akal.... Apa bezanya kita dengan orang gila?

Ini satu lagi contoh fahaman taqlid dan Islam baka, bukti kita telah mendewa-dewakan Nabi Muhammad: lihat di kebanyakan masjid dan rumah orang Islam, nama ALLAH dan MUHAMMAD ditulis separas dan sama besar. Sepatutnya, nama Muhammad ditulis di bawah. Lebih baik, jangan ditulis langsung. Semua nabi membawa ajaran monoteisme;

Nabi Muhammad S.A.W adalah penutup dan penyudah segala nabi dan melengkap dan menyempurnakan agama monoteisme atau agama tauhid itu.






JAMAAH TABLIGH???



Kesalahan Jamaah Tabligh yang perlu diluruskan
Jika kita membincangkan tentang jamaah tabligh, biasanya mereka akan berkata ; “ itu ( jamaah tabligh ) bukan nama kita, terkadang kita juga dipanggil jamaah kompor atau jamaah dakwah dll. “ Apapun nama mereka sehinggalah kita namakan jamaah tabligh hanya untuk memudahkan saja dalam pembahasan ini.

Diantara ciri khas cara berdakwah jamaah tabligh adalah menghindari kajian dan soal jawab tentang ilmu-ilmu fiqh dan aqidah yang sering dituding sebagai 'biang pemecah belah umat', serta lebih menonjolkan sunnah dalam bab cara berpakaian, makan dan minum, tidur, dll yang membuat dakwah mereka sangat populer dan mudah diterima masyarakat berbagai lapisan.

Dikalangan masyarakat gerakan dakwah ini sangat populer, khususnya jika dikaitkan dengan akhlak. Mereka sangat menonjolkan akhlak dalam kehidupan sehari-hari, dan itu diantara perkara yang sangat di utamakan dalam prinsip dakwah mereka.
Pro dan kontra tentang mereka pun meruak. Maka dalam pembahasan disini, saya mencuba untuk bersikap adil.

Alhamdulillah, saya pernah bersama mereka, setidaknya saya ingin meletakkan suatu perkara pada tempatnya, karena pembahasan ini bukan untuk menjatuhkan maruah saudara-saudaraku jamaah tabligh. Pembahasan ini untuk pelajaran dan hikmah bagi saudaraku yang telah memahami, dan ini untuk renungan bagi saudaraku di jamaah tabligh untuk di teliti dan dikaji lalu disampaikan antara sesama untuk suatu perubahan.

Bagaimanakah hakikat jamaah tabligh yang bermarkaz di India, Pakistan dan Banglades ? Kajian dibawah ini adalah jawabannya.

Pendiri Jamaah Tabligh

Jamaah Tabligh didirikan oleh seorang sufi dari tarekat Jisytiyyah yang berakidah Maturidiyyah dan bermadzhab fiqih Hanafi. Ia bernama Muhammad Ilyas bin Muhammad Isma'il Al-Hanafi Ad-Diyubandi Al-Jisyti Al-Kandahlawi kemudian Ad-Dihlawi. Al-Kandahlawi merupakan nisbat dari Kandahlah, sebuah desa yang terletak di daerah Sahranfur. Sementara Ad-Dihlawi dinisbatkan kepada Dihli (New Delhi), ibukota India. Di tempat dan negara inilah, markas gerakan Jamaah Tabligh berada. Adapun Ad-Diyubandi adalah nisbat dari Diyuband, yaitu madrasah terbesar bagi penganut madzhab Hanafi di semenanjung India. Sedangkan Al-Jisyti dinisbatkan kepada tarekat Al-Jisytiyah, yang didirikan oleh Mu’inuddin Al-Jisyti.

Muhammad Ilyas sendiri dilahirkan pada tahun 1303 H dengan nama asli Akhtar Ilyas. Ia meninggal pada tanggal 11 Rajab 1363 H. (Bis Bri Musliman, hal.583, Sawanih Muhammad Yusuf, hal. 144-146, dinukil dari Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 2).

Latar Belakang Berdirinya Jamaah Tabligh

Asy-Syaikh Saifurrahman bin Ahmad Ad-Dihlawi mengatakan, ”Ketika Muhammad Ilyas melihat mayoritas orang Meiwat (suku-suku yang tinggal di dekat Delhi, India) jauh dari ajaran Islam, berbaur dengan orang-orang Majusi para penyembah berhala Hindu, bahkan bernama dengan nama-nama mereka, serta tidak ada lagi keislaman yang tersisa kecuali hanya nama dan keturunan, kemudian kebodohan yang kian merata, tergeraklah hati Muhammad Ilyas. Pergilah ia ke Syaikhnya dan Syaikh tarekatnya, seperti Rasyid Ahmad Al-Kanhuhi dan Asyraf Ali At-Tahanawi untuk membicarakan permasalahan ini. Dan ia pun akhirnya mendirikan gerakan tabligh di India, atas perintah dan arahan dari para syaikhnya tersebut.” (Nazhrah 'Abirah I’tibariyyah Haulal Jama'ah At-Tablighiyyah, hal. 7-8, dinukil dari kitab Jama'atut Tabligh Aqa’iduha Wa Ta’rifuha, karya Sayyid Thaliburrahman, hal. 19)

Merupakan suatu hal yang ma’ruf di kalangan tablighiyyin (para pengikut jamah tabligh, red) bahwasanya Muhammad Ilyas mendapatkan tugas dakwah tabligh ini setelah kepergiannya ke (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal.makam Rasulullah 3).

Markas Jamaah Tabligh

Markas besar mereka berada di Delhi, tepatnya di daerah Nizhamuddin. Markas kedua berada di Raywind, sebuah desa di kota Lahore (Pakistan). Markas ketiga berada di kota Dakka (Bangladesh). Yang menarik, pada markas-markas mereka yang berada di daratan India itu, terdapat hizb (rajah) yang berisikan Surat Al-Falaq dan An-Naas, nama Allah yang agung, dan nomor 2-4-6-8 berulang 16 kali dalam bentuk segi empat, yang dikelilingi beberapa kode yang tidak dimengerti. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 14)

Yang lebih mengenaskan, mereka mempunyai sebuah masjid di kota Delhi yang dijadikan markas oleh mereka, di mana di belakangnya terdapat empat buah kuburan. Dan ini menyerupai orang-orang Yahudi dan Nashrani, di mana mereka menjadikan kuburan para nabi dan orang-orang shalih dari kalangan mereka sebagai masjid. Padahal Rasulullah melaknat orang-orang yang menjadikan kuburan sebagai masjid, bahkan mengkhabarkan bahwasanya mereka adalah sejelek-jelek makhluk di sisi . (Lihat Al-Qaulul Baligh Fit Tahdziri Min Jama’atit Tabligh,Allah karya Asy-Syaikh Hamud At-Tuwaijiri, hal. 12)

Sebagaimana kita pahami bahwa akidah asya’irah dan maturudiyah, fanatik bermazhab, dan mengamalkan tarekat sufi tidak dicontohkan oleh Nabi saw dan atsar para sahabatnya. Jamaah Tabligh didirikan oleh seorang sufi dari tarekat Jisytiyyah yang berakidah Maturidiyyah dan bermadzhab fiqih Hanafi. Ia bernama Muhammad Ilyas bin Muhammad Isma'il Al-Hanafi Ad-Diyubandi Al-Jisyti Al-Kandahlawi kemudian Ad-Dihlawi.

Perkara diatas menunjukkan bahwa pemahaman dan amalan pendiri jamaah tabligh bertentangan dengan sunnah nabi saw dan para sahabatnya. Untuk pembahasan ini, alangkah baiknya kalau para pembaca dapat mengenal terlebih dahulu tentang kesalahan-kesalahan akidah asya’irah, bahayanya fanatik mazhab dan ajaran tarekat sufi. Karena 3 perkara tersebut sangat membudaya dan merupakan amalan di kalangan jamaah tabligh, khususnya para senior dan para masyaikh di jamaah tesebut.

Diantara ciri khusus akidah asya’irah adalah mereka mentakwilkan makna sifat-sifat Allah, seperti mereka mengingkari bahwa Allah itu bersemayam di langit. Padahal pernyataan bahwa Allah bersemayam di langit adalah firman Allah sendiri di surah at Taha:5, serta merujuk pada hadis Mu’awiyah ibnu hakam as-sulami yang diriwayatkan muslim, dimana seorang budak perempuan mengatakan bahwa Allah dilangit, saat Nabi saw bertanya kepadanya. Ini juga sebagaimana apa yang di pahami oleh para sahabatnya seperti Abdullah Bin Abbas saat menafsirkan makna ‘istawa’ pada surah al-‘Araf: 54 dengan makna ’alaa alaihi war tafa’a (Allah berada diatas ‘Arsy dan tinggi, bukhari pada kitab tauhid). Bukankah kita wajib mengikuti pemahaman Nabi dan para sahabatnya dalam memahami Quran? Siapa yang tidak mengikuti jalan para sahabat Nabi saw dalam berislam, maka ia akan sesat. Sebagaimana firman Allah SWT yang artinya:

Dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman(jalan para sahabat), Kami akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.an-Nisa:115.

Dan banyak lagi kemungkaran dari ajaran asya’irah yang bertentangan dengan sunah Nabi saw, pembahasan selengkapnya akan kita sampaikan pada kesempatan lain insya Allah.

Begitu juga unsur fanatik dalam bermazhab. Pada hakikatnya mereka mengajak manusia untuk beribadah mengikut mazhab. Mereka tidak memfokuskan untuk mengamalkan hadis-hadis shahih dalam ibadah, walaupun sudah jelas kelemahannya tetap saja berpegang pada mazhab.Bukankah kita diperintahan untuk mengikuti Nabi saw dalam ibadah?

Mereka membenarkan ajaran tarekat sufi, seperti naqsabandi, sadzili dll. Padahal amalan-amalan tarekat sufi seperti ini bertentangan dengan amalan Nabi saw, seperti adanya bai’at kepada syaikh guru dalam ibadah, membayangkan wajah guru dalam beribadah, berdzikir dengan lafaz ‘Allah’ saja dll. Sebaliknya ajaran tarekat sufi ini banyak diamalkan di jamaah tabligh, bahkan ia juga jadi amalan diantara para masyaikh-masyaikh tabligh.

6 Sifat/ Perkara yang berunsurkan syubuhat

Jamaah Tabligh mempunyai suatu asas dan landasan yang sangat teguh mereka pegang, bahkan cenderung berlebihan. Asas dan landasan ini mereka sebut dengan al-ushulus sittah (enam landasan pokok) atau ash-shifatus sittah (sifat yang enam), dengan rincian sebagai berikut:

Sifat Pertama: Merealisasikan Kalimat Thayyibah Laa Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah

Mereka menafsirkan makna Laa Ilaha Illallah dengan: “mengeluarkan keyakinan yang rusak tentang sesuatu dari hati kita dan memasukkan keyakinan yang benar tentang dzat Allah, bahwasanya Dialah Sang Pencipta, Maha Pemberi Rizki, Maha Mendatangkan Mudharat dan Manfaat, Maha Memuliakan dan Menghinakan, Maha Menghidupkan dan Mematikan”. Kebanyakan pembicaraan mereka tentang tauhid, hanya berkisar pada tauhid rububiyyah semata (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 4).

Padahal makna Laa Ilaha Illallah sebagaimana diterangkan para ulama adalah: “Tiada sesembahan yang berhak diibadahi melainkan Allah.” (Lihat Fathul Majid, karya Asy-Syaikh Abdurrahman bin Hasan Alusy Syaikh, hal. 52-55). Adapun makna merealisasikannya adalah merealisasikan tiga jenis tauhid; al-uluhiyyah, ar-rububiyyah, dan al-asma wash shifat (Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha, karya Abu Ibrahim Ibnu Sulthan Al-'Adnani, hal. 10). Dan juga sebagaimana dikatakan Asy-Syaikh Abdurrahman bin Hasan: “Merealisasikan tauhid artinya membersihkan dan memurnikan tauhid (dengan tiga jenisnya, pen) dari kesyirikan, bid’ah, dan kemaksiatan.” (Fathul Majid, hal. 75)

Oleh karena itu, Asy-Syaikh Saifurrahman bin Ahmad Ad-Dihlawi mengatakan bahwa di antara 'keistimewaan' Jamaah Tabligh dan para pemukanya adalah apa yang sering dikenal dari mereka bahwasanya mereka adalah orang-orang yang berikrar dengan tauhid. Namun tauhid mereka tidak lebih dari tauhidnya kaum musyrikin Quraisy Makkah, di mana perkataan mereka dalam hal tauhid hanya berkisar pada tauhid rububiyyah saja, serta kental dengan warna-warna tashawwuf dan filsafatnya. Adapun tauhid uluhiyyah dan ibadah, mereka sangat kosong dari itu. Bahkan dalam hal ini, mereka termasuk golongan orang-orang musyrik. Sedangkan tauhid asma wash shifat, mereka berada dalam lingkaran Asya’irah serta Maturidiyyah, dan kepada Maturidiyyah mereka lebih dekat”. (Nazhrah ‘Abirah I’tibariyyah Haulal Jamaah At-Tablighiyyah, hal. 46).

Sifat Kedua: Shalat dengan Penuh Kekhusyukan dan Rendah Diri

Asy-Syaikh Hasan Janahi berkata: “Demikianlah perhatian mereka kepada shalat dan kekhusyukannya. Akan tetapi, di sisi lain mereka sangat buta tentang rukun-rukun shalat, kewajiban-kewajibannya, sunnah-sunnahnya, hukum sujud sahwi, dan perkara fiqih lainnya yang berhubungan dengan shalat dan thaharah. Seorang tablighi (pengikut Jamaah Tabligh, red) tidaklah mengetahui hal-hal tersebut kecuali hanya segelintir dari mereka.” (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 5- 6).

Sifat ketiga: Keilmuan yang Ditopang dengan Dzikir

Mereka membagi ilmu menjadi dua bagian. Yakni ilmu masail dan ilmu fadhail. Ilmu masail, menurut mereka, adalah ilmu yang dipelajari di negeri masing-masing. Sedangkan ilmu fadhail adalah ilmu yang dipelajari pada khuruj (lihat penjelasan di bawah, red) dan pada majlis-majlis tabligh. Jadi, yang mereka maksudkan dengan ilmu adalah sebagian dari fadhail amal (amalan-amalan utama, pen) serta dasar-dasar pedoman Jamaah (secara umum), seperti sifat yang enam dan yang sejenisnya, dan hampir-hampir tidak ada lagi selain itu.

Orang-orang yang bergaul dengan mereka tidak bisa memungkiri tentang keengganan mereka untuk menimba ilmu agama dari para ulama, serta tentang minimnya mereka dari buku-buku pengetahuan agama Islam. Bahkan mereka berusaha untuk menghalangi orang-orang yang cinta akan ilmu, dan berusaha menjauhkan mereka dari buku-buku agama dan para ulamanya. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 6 dengan ringkas).

Sifat Keempat: Menghormati Setiap Muslim

Sesungguhnya Jamaah Tabligh tidak mempunyai batasan-batasan tertentu dalam merealisasikan sifat keempat ini, khususnya dalam masalah al-wala (kecintaan) dan al-bara (kebencian). Demikian pula perilaku mereka yang bertentangan dengan kandungan sifat keempat ini di mana mereka memusuhi orang-orang yang menasehati mereka atau yang berpisah dari mereka dikarenakan beda pemahaman, walaupun orang tersebut 'alim rabbani. Memang, hal ini tidak terjadi pada semua tablighiyyin, tapi inilah yang disorot oleh kebanyakan orang tentang mereka. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 8)

Sifat Kelima: Memperbaiki Niat

Tidak diragukan lagi bahwasanya memperbaiki niat termasuk pokok agama dan keikhlasan adalah porosnya. Akan tetapi semuanya membutuhkan ilmu. Dikarenakan Jamaah Tabligh adalah orang-orang yang minim ilmu agama, maka banyak pula kesalahan mereka dalam merealisasikan sifat kelima ini. Oleh karenanya engkau dapati mereka biasa shalat di masjid-masjid yang dibangun di atas kuburan. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 9)
Sifat Keenam: Dakwah dan Khuruj di Jalan Allah subhanahu wata'ala
Cara merealisasikannya adalah dengan menempuh khuruj (keluar untuk berdakwah, pen) bersama Jamaah Tabligh, empat bulan untuk seumur hidup, 40 hari pada tiap tahun, tiga hari setiap bulan, atau dua kali berkeliling pada tiap minggu. Yang pertama dengan menetap pada suatu daerah dan yang kedua dengan cara berpindah-pindah dari suatu daerah ke daerah yang lain. Hadir pada dua majelis ta’lim setiap hari, majelis ta’lim pertama diadakan di masjid sedangkan yang kedua diadakan di rumah.

Meluangkan waktu 2,5 jam setiap hari untuk menjenguk orang sakit, mengunjungi para sesepuh dan bersilaturahmi, membaca satu juz Al Qur’an setiap hari, memelihara dzikir-dzikir pagi dan sore, membantu para jamaah yang khuruj, serta i’tikaf pada setiap malam Jum’at di markas. Dan sebelum melakukan khuruj, mereka selalu diberi hadiah-hadiah berupa konsep berdakwah (ala mereka, pen) yang disampaikan oleh salah seorang anggota jamaah yang berpengalaman dalam hal khuruj. (Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 9)

Asy-Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al-Fauzan berkata: “Khuruj di jalan Allah adalah khuruj untuk berperang. Adapun apa yang sekarang ini mereka (Jamaah Tabligh, pen) sebut dengan khuruj maka ini bid’ah. Belum pernah ada (contoh) dari salaf tentang keluarnya seseorang untuk berdakwah di jalan Allah yang harus dibatasi dengan hari-hari tertentu. Bahkan hendaknya berdakwah sesuai dengan kemampuannya tanpa dibatasi dengan jamaah tertentu, atau dibatasi 40 hari, atau lebih sedikit atau lebih banyak.” (Aqwal Ulama As-Sunnah fi Jama’atit Tabligh, hal. 7)
Asy-Syaikh Abdurrazzaq 'Afifi berkata: “Khuruj mereka ini bukanlah di jalan Allah, tetapi di jalan Muhammad Ilyas. Mereka tidaklah berdakwah kepada Al Qur’an dan As Sunnah, akan tetapi berdakwah kepada (pemahaman) Muhammad Ilyas, syaikh mereka yang ada di Banglades (maksudnya India, pen). (Aqwal Ulama As Sunnah fi Jama’atit Tabligh, hal. 6)

Aqidah Jamaah Tabligh dan Para Tokohnya

Jamaah Tabligh dan para tokohnya, merupakan orang-orang yang sangat rancu dalam hal aqidah. Demikian pula kitab referensi utama mereka Tablighi Nishab atau Fadhail A’mal karya Muhammad Zakariya Al-Kandahlawi, merupakan kitab yang penuh dengan kesyirikan, bid’ah, dan khurafat. Di antara sekian banyak kesesatan mereka dalam masalah aqidah adalah:

1. Keyakinan tentang wihdatul wujud (bahwa Allah menyatu dengan alam ini). (Lihat kitab Tablighi Nishab, 2/407, bab Fadhail Shadaqat, cet. Idarah Nasyriyat Islam Urdu Bazar, Lahore).

2. Sikap berlebihan terhadap orang-orang shalih dan keyakinan bahwa mereka mengetahui ilmu ghaib. (Lihat Fadhail A’mal, bab Fadhail Dzikir, hal. 468-469, dan hal. 540-541, cet. Kutub Khanat Faidhi, Lahore).

3. Tawassul kepada Nabi (setelah wafatnya) dan juga kepada selainnya, serta berlebihannya mereka dalam hal ini. (Lihat Fadhail A’mal, bab Shalat, hal. 345, dan juga bab Fadhail Dzikir, hal. 481-482, cet. Kutub Khanat Faidhi, Lahore).

4. Keyakinan bahwa para syaikh sufi dapat menganugerahkan berkah dan ilmu laduni (lihat Fadhail A’mal, bab Fadhail Qur’an, hal. 202- 203, cet. Kutub Khanat Faidhi, Lahore).

5. Keyakinan bahwa seseorang bisa mempunyai ilmu kasyaf, yakni bisa menyingkap segala sesuatu dari perkara ghaib atau batin. (Lihat Fadhail A’mal, bab Dzikir, hal. 540- 541, cet. Kutub Khanat Faidhi, Lahore).

6. Hidayah dan keselamatan hanya bisa diraih dengan mengikuti tarekat Rasyid Ahmad Al-Kanhuhi (lihat Shaqalatil Qulub, hal. 190). Oleh karena itu, Muhammad Ilyas sang pendiri Jamaah Tabligh telah membai’atnya di atas tarekat Jisytiyyah pada tahun 1314 H, bahkan terkadang ia bangun malam semata-mata untuk melihat wajah syaikhnya tersebut. (Kitab Sawanih Muhammad Yusuf, hal. 143, dinukil dari Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 2).

7. Saling berbai’at terhadap pimpinan mereka di atas empat tarekat sufi: Jisytiyyah, Naqsyabandiyyah, Qadiriyyah, dan Sahruwardiyyah. (Ad-Da'wah fi Jaziratil 'Arab, karya Asy-Syaikh Sa’ad Al-Hushain, hal. 9-10, dinukil dari Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 12).

8. Keyakinan tentang keluarnya tangan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dari kubur beliau untuk berjabat tangan dengan Asy-Syaikh Ahmad Ar-Rifa’i. (Fadhail A’mal, bab Fadhail Ash-Shalati ‘alan Nabi, hal. 19, cet. Idarah Isya’at Diyanat Anarkli, Lahore).

9. Kebenaran suatu kaidah, bahwasanya segala sesuatu yang menyebabkan permusuhan, perpecahan, atau perselisihan -walaupun ia benar- maka harus dibuang sejauh-jauhnya dari manhaj Jamaah. (Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha, hal. 10).

10. Keharusan untuk bertaqlid (lihat Dzikir Wa I’tikaf Key Ahmiyat, karya Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi, hal. 94, dinukil dari Jama'atut Tabligh ‘Aqaiduha wa Ta’rifuha, hal. 70).

11. Banyaknya cerita-cerita khurafat dan hadits-hadits lemah/ palsu di dalam kitab Fadhail A’mal mereka, di antaranya apa yang disebutkan oleh Asy-Syaikh Hasan Janahi dalam kitabnya Jama’atut Tabligh Mafahim Yajibu An Tushahhah, hal. 46-47 dan hal. 50-52. Bahkan cerita-cerita khurafat dan hadits-hadits palsu inilah yang mereka jadikan sebagai bahan utama untuk berdakwah. Wallahul Musta’an.

Fatwa Para Ulama Tentang Jamaah Tabligh

1. Asy-Syaikh Al-Allamah Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata: “Siapa saja yang berdakwah di jalan Allah bisa disebut “muballigh” artinya: (Sampaikan apa yang datang dariku (Rasulullah), walaupun hanya satu ayat), akan tetapi Jamaah Tabligh India yang ma’ruf dewasa ini mempunyai sekian banyak khurafat, bid’ah dan kesyirikan. Maka dari itu, tidak boleh khuruj bersama mereka kecuali bagi seorang yang berilmu, yang keluar (khuruj) bersama mereka dalam rangka mengingkari (kebatilan mereka) dan mengajarkan ilmu kepada mereka. Adapun khuruj, semata ikut dengan mereka maka tidak boleh”.

2. Asy Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali berkata: “Semoga Allah merahmati Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Baz (atas pengecualian beliau tentang bolehnya khuruj bersama Jamaah Tabligh untuk mengingkari kebatilan mereka dan mengajarkan ilmu kepada mereka, pen), karena jika mereka mau menerima nasehat dan bimbingan dari ahlul ilmi maka tidak akan ada rasa keberatan untuk khuruj bersama mereka. Namun kenyataannya, mereka tidak mau menerima nasehat dan tidak mau rujuk dari kebatilan mereka, dikarenakan kuatnya fanatisme mereka dan kuatnya mereka dalam mengikuti hawa nafsu. Jika mereka benar-benar menerima nasehat dari ulama, niscaya mereka telah tinggalkan manhaj mereka yang batil itu dan akan menempuh jalan ahlut tauhid dan ahlus sunnah. Nah, jika demikian permasalahannya, maka tidak boleh keluar (khuruj) bersama mereka sebagaimana manhaj as-salafush shalih yang berdiri di atas Al Qur’an dan As Sunnah dalam hal tahdzir (peringatan) terhadap ahlul bid’ah dan peringatan untuk tidak bergaul serta duduk bersama mereka. Yang demikian itu (tidak bolehnya khuruj bersama mereka secara mutlak, pen), dikarenakan termasuk memperbanyak jumlah mereka dan membantu mereka dalam menyebarkan kesesatan. Ini termasuk perbuatan penipuan terhadap Islam dan kaum muslimin, serta sebagai bentuk partisipasi bersama mereka dalam hal dosa dan kekejian. Terlebih lagi mereka saling berbai’at di atas empat tarekat sufi yang padanya terdapat keyakinan hulul, wihdatul wujud, kesyirikan dan kebid’ahan”.

3. Asy-Syaikh Al-Allamah Muhammad bin Ibrahim Alusy Syaikh rahimahullah berkata: “Bahwasanya organisasi ini (Jamaah Tabligh, pen) tidak ada kebaikan padanya. Dan sungguh ia sebagai organisasi bid’ah dan sesat. Dengan membaca buku-buku mereka, maka benar-benar kami dapati kesesatan, bid’ah, ajakan kepada peribadatan terhadap kubur-kubur dan kesyirikan, sesuatu yang tidak bisa dibiarkan. Oleh karena itu -insya Allah- kami akan membantah dan membongkar kesesatan dan kebatilannya”.

4. Asy-Syaikh Al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah berkata: “Jamaah Tabligh tidaklah berdiri di atas manhaj Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta pemahaman as-salafus shalih.” Beliau juga berkata: “Dakwah Jamaah Tabligh adalah dakwah sufi modern yang semata-mata berorientasi kepada akhlak. Adapun pembenahan terhadap aqidah masyarakat, maka sedikit pun tidak mereka lakukan, karena -menurut mereka- bisa menyebabkan perpecahan”. Beliau juga berkata: “Maka Jamaah Tabligh tidaklah mempunyai prinsip keilmuan, yang mana mereka adalah orang-orang yang selalu berubah-ubah dengan perubahan yang luar biasa, sesuai dengan situasi dan kondisi yang ada”.

5. Asy-Syaikh Al-Allamah Abdurrazzaq 'Afifi berkata: “Kenyataannya mereka adalah ahlul bid’ah yang menyimpang dan orang-orang tarekat Qadiriyyah dan yang lainnya. Khuruj mereka bukanlah di jalan Allah, akan tetapi di jalan Muhammad Ilyas. Mereka tidaklah berdakwah kepada Al Qur’an dan As Sunnah, akan tetapi kepada Muhammad Ilyas, syaikh mereka di Bangladesh (maksudnya India, pen)”.
Demikianlah selayang pandang tentang hakikat Jamaah Tabligh, semoga sebagai nasehat dan peringatan bagi pencari kebenaran. Wallahul Muwaffiq wal Hadi Ila Aqwamith Thariq.