Khamis, 5 Februari 2015

SIAPA IMAM MAHDI ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 55 ]
“Dan Kami ingin memberikan anugerah kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi ini, menjadikan mereka para pemimpin, dan menjadikan mereka sebagai para pewaris.”
[ Q.S. AL-QASHASH 28 : 5 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isa bin Maryam A.S dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isa menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah S.W.T  ke atas umat ini (umat Islam).”
Daripada Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam muslim Ra. A.]

"Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku seperti aku berperang atas wahyu."
Daripada Ummul Mukminiin Saidatina Aishah R.A
[ H.R.S : Na'im bin Hammad ]

"Al-Mahdi itu dari keturunanku, dari anak cucu Fatimah."
Daripada Said bin Al-Musaiyab daripada Ummu Salmah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim Ra. A. ]

"Berpandukan QUR’AN dan HADIS Nabi, kamu akan mengenali IMAM MAHDI dan Imam Mahdi tidak akan muncul tanpa kamu memilih dan mengisytiharkannya sebagai Juru-Islah terakhir bagi kamu di dunia ini."

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A