Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
7:1.
Alif Lam Mim Sad.
7:2.
Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu, maka janganlah ada kesempitan di
dalam dada kamu daripadanya, untuk beri amaran dengannya, dan sebagai satu
peringatan bagi orang-orang mukmin (yang percayai).
7:3.
Ikutlah apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan jangan ikut
wali-wali (sahabat-sahabat) selain daripada Dia; sedikit sekali kamu
mengingati.
7:4.
Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan? Bencana Kami datang
kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari.
7:5.
Tidak ada seruan mereka, apabila bencana Kami datang kepada mereka, melainkan
mereka berkata, "Kami adalah orang-orang zalim."
7:6.
Maka Kami akan tanya orang-orang yang kepada mereka diutus, dan Kami akan tanya
para utusan,
7:7.
Dan Kami akan ceritakan kepada mereka dengan pengetahuan; sesungguhnya tidaklah
Kami tidak hadir.
7:8.
Penimbangan pada hari itu adalah benar; orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang beruntung.
7:9.
Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri kerana
menzalimkan ayat-ayat Kami.
7:10.
Kami teguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya buatkan untuk kamu penghidupan;
sedikit terima kasih kamu tunjukkan.
7:11.
Kami cipta kamu, kemudian Kami bentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para
malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali
Iblis; ia bukan daripada orang-orang yang sujud.
7:12.
Berkatalah Dia, "Apakah yang halangi kamu daripada sujud ketika Aku
perintahkan kamu?" Berkata, "Aku lebih baik daripada dia. Engkau
cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat."
7:13.
Berkata, "Turunlah kamu, keluar darinya; tiada bagi kamu untuk menyombong
di dalamnya, maka keluarlah; sesungguhnya kamu adalah di kalangan orang-orang
yang direndahkan."
7:14.
Berkata, "Tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
7:15.
Berkata, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan."
7:16. Berkata, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku,
maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau
yang lurus,
7:17.
Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang
mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan dapati
kebanyakan mereka berterima kasih."
7:18.
Berkata, "Keluarlah kamu darinya, terhina dan terbuang. Orang-orang antara
mereka yang ikut kamu - sungguh Aku akan penuhi Jahanam dengan kamu
semua."
7:19. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman,
dan makanlah dari mana kamu hendak, tetapi jangan dekati
pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang zalim."
7:20. Kemudian syaitan bisik kepada mereka, untuk menampakkan
kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara
kamu larang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu jadi malaikat-malaikat,
atau kamu jadi makhluk-makhluk yang hidup selama-lamanya."
7:21.
Dan ia bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah
penasihat."
7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka
merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka jadi
nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman.
Dan Pemelihara mereka panggil mereka, "Tidakkah Aku telah larang kamu
berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi
kamu adalah musuh yang nyata'?"
7:23.
Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri
kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan kasihani kami, tentu kami
jadi antara orang-orang yang rugi."
7:24.
Berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang
lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu."
7:25.
Berkata, "Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya
kamu akan dikeluarkan."
7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah turunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi
bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu
lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan
melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk perlihatkan kepada mereka
bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya,
dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali
bagi orang-orang tidak percayai.
7:28.
Dan apabila mereka lakukan kesumbangan, mereka berkata, "Kami dapati
bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah perintahkan kami dengannya."
Katakanlah, "Allah tidak perintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu kata
mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"
7:29. Katakanlah, "Pemeliharaku perintah supaya buat
keadilan. Tegakkan muka-muka di setiap masjid, dan serulah kepada-Nya dengan
menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia mulakan mencipta kamu
begitulah kamu akan dikembalikan.
7:30.
Segolongan Dia beri petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka
ambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada
Allah, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk."
7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid;
dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak suka
orang-orang yang membazir.
7:32. Katakanlah, "Siapakah yang haramkan perhiasan Allah
yang Dia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada
rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat,
adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini."
Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
7:33.
Katakanlah, "Pemeliharaku hanya haramkan kesumbangan yang nampak dan yang
tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan
Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah
apa yang kamu tidak tahu."
7:34.
Bagi tiap-tiap umat, ada satu tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka
tidak akan undurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.
7:35.
Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu Rasul-Rasul daripada kalangan kamu
yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan
membetulkan, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
7:36.
Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan sombong terhadapnya, mereka
itu jadi penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
7:37. Siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu,
bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila
Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata,
"Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka
berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka
saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang
tidak percaya.
7:38.
Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu,
daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk,
ia laknatkan saudaranya sehingga, apabila mereka semua sudah berkumpul di
dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama,
"Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan
mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi
masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak tahu."
7:39.
Yang pertama daripada mereka berkata kepada yang terakhir, "Kamu tidak ada
kelebihan di atas kami, maka rasalah azab kerana apa yang kamu usahakan."
7:40.
Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan sombong terhadapnya, pintu-pintu
langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman
sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami balas orang-orang yang
berdosa.
7:41.
Jahanam jadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami
balas orang-orang zalim.
7:42.
Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - Kami tidak bebankan
sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya; mereka itulah penghuni-penghuni
Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
7:43.
Kami cabut perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; dan di bawah mereka
mengalir sungai-sungai, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang
beri kami petunjuk kepada ini; sekiranya Allah tidak beri petunjuk kepada kami,
tentu kami tidak akan dapat petunjuk. Sesungguhnya Rasul-Rasul Pemelihara kami
telah datang dengan yang benar." Dan diumumkan, "Inilah Taman yang
kamu diwariskan kerana apa kamu buat."
7:44.
Penghuni-penghuni Taman memanggil penghuni-penghuni Api, "Kami dapati apa
yang Pemelihara kami janjikan kami adalah benar. Adakah kamu dapati apa yang
Pemelihara kamu janjikan kamu itu benar?" Mereka berkata, "Ia."
Dan kemudian seorang penyeru antara mereka menyeru, "Laknat Allah adalah
ke atas orang-orang zalim,
7:45.
Yang menghalangi jalan Allah, dan inginkan ia jadi bengkok, dan tidak percaya
kepada akhirat."
7:46.
Dan di antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang
mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil penghuni-penghuni
Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat
menginginkannya.
7:47. Dan apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah
penghuni-penghuni Api, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, janganlah
Engkau letak kami bersama kaum yang zalim."
7:48.
Dan penghuni Benteng memanggil lelaki-lelaki tertentu yang mereka kenal dengan
tanda mereka, dengan berkata, "Apa yang kamu kumpulkan tidak berguna, dan
tidak juga apa yang kamu sombongkan."
7:49.
"Adakah ini orang-orang yang kamu bersumpah bahawa Allah tidak akan sampai
dengan pengasihan? Masuklah ke Taman; tiadalah ketakutan pada kamu, dan
tidaklah kamu bersedih."
7:50.
Penghuni-penghuni Api memanggil penghuni-penghuni Taman, "Curahkanlah
kepada kami air, atau daripada apa yang Allah rezekikan kamu!" Mereka
berkata, "Allah haramkan mereka kepada orang-orang tidak percaya,
7:51.
Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang
kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari ini, Kami lupakan
mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka
sangkal ayat-ayat Kami.
7:52. Dan Kami telah datangkan kepada mereka sebuah Kitab yang
Kami jelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu
pengasihan, bagi kaum yang percayai.
7:53.
Adakah mereka menanti-nanti hanya interpretasinya? Pada hari interpretasinya
datang, orang-orang sebelumnya yang telah melupakannya, akan berkata,
"Sungguh, Rasul-Rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar.
Adakah bagi kami pengantara-pengantara untuk mengantara bagi kami, atau adakah
kami akan dikembalikan untuk buat selain daripada apa yang kami telah
buat?" Sesungguhnya mereka telah merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa
yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.
7:54.
Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang cipta langit dan bumi dalam enam
hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan malam yang
mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang
ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan dan perintah.
Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!
7:55.
Serulah Pemelihara kamu dengan rendah diri dan dengan berahsia; Dia tidak suka
orang-orang yang mencabuli.
7:56.
Janganlah buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan, dan serulah kepada-Nya
dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat
dengan orang-orang buat baik.
7:57.
Dia yang utuskan angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya
sehingga apabila ia membawa awan yang berat, Kami halau ia ke tanah yang mati,
dan dengannya turunkan air, dan keluarkan dengannya segala buah-buahan.
Begitulah Kami keluarkan orang yang mati supaya kamu mengingati.
7:58.
Dan tanah yang baik, tanamannya keluar dengan izin Pemeliharanya, dan yang
rosak, ia keluarkan hanya sedikit. Begitulah Kami ulang-ulangi ayat-ayat bagi
kaum yang berterima kasih.
7:59.
Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku,
sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya, aku
takut untuk kamu akan azab hari yang besar."
7:60.
Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami lihat kamu dalam kesesatan yang
nyata."
7:61. Berkata,
"Wahai kaumku, tidak ada kesesatan padaku; tetapi aku adalah seorang Rasul
daripada Pemelihara semua alam.
7:62.
Aku sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku nasihatkan kamu,
kerana aku tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu.
7:63.
Adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada
kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia beri amaran kepada kamu,
dan kamu jadi bertakwa supaya dikasihani."
7:64. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia, dan
orang-orang yang bersama dia di dalam kapal, dan Kami tenggelamkan orang-orang
yang dustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah
kaum yang buta.
7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai
kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"
7:66. Berkata pembesar-pembesar yang tidak percaya daripada
kaumnya, "Kami lihat kamu dalam kebodohan, dan kami sangka kamu adalah
daripada pendusta-pendusta."
7:67.
Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kebodohan padaku; tetapi aku adalah
seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam.
7:68.
Aku sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat
kamu yang setia.
7:69.
Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu sudah datang
kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada
kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh,
dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian
Allah agar kamu beruntung."
7:70.
Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami supaya kami sembah Allah
satu-satu-Nya, dan supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka
datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar."
7:71.
Berkatalah dia, "Kotoran dan
kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu
debat aku mengenai nama-nama yang kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang
Allah tidak turunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu
melihat dan menunggu."
7:72. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia
dengan pengasihan
daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang dustakan
ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai).
7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata,
"Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan
selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang
jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu
ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan
jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang
pedih.
7:74.
Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia
tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah
datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan
pemberian Allah, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."
7:75.
Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong kepada orang-orang antara mereka
yang percaya, yang dianggap orang-orang hina, "Adakah kamu tahu bahawa
Salleh seorang utusan daripada Pemeliharanya?" Mereka berkata, "Pada
apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin."
7:76.
Berkata orang-orang yang sombong, "Bagi kami, kami tidak percaya kepada
apa yang kamu percaya."
7:77.
Maka mereka melukai unta betina, dan mereka memandang rendah pada perintah
Pemelihara mereka, dan mereka berkata, "Wahai Salleh, datangkanlah kepada
kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu seorang utusan."
7:78.
Lalu gempa bumi ambil mereka. Pagi, dapati mereka di dalam tempat tinggal
mereka, tersungkur tidak bergerak.
7:79.
Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah
sampaikan kepada kamu Mesej Pemeliharaku, dan nasihatkan kamu, tetapi kamu
tidak suka orang-orang yang beri nasihat."
7:80.
Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan
kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam lakukannya sebelum
kamu?
7:81. Kamu datangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan
perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir
(berlebihan)."
7:82.
Dan tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Keluarkanlah
mereka dari bandaraya kamu ini; sesungguhnya mereka orang-orang yang bersihkan
diri."
7:83.
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk
orang-orang yang tertinggal.
7:84.
Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana
kesudahan orang-orang yang berdosa.
7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata,
"Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia;
sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara
kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan jangan kurangkan sesuatu bagi
manusia, dan jangan kamu buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan; itulah
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
7:86.
Dan jangan duduk di setiap jalan, mengancam dan halangi jalan Allah orang-orang
yang percaya kepada-Nya, dan inginkannya jadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu
sedikit, dan Dia lipatgandakan kamu, dan perhatikan bagaimana kesudahan
orang-orang buat kerosakan.
7:87.
Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus
dengannya, dan segolongan yang tidak percayai, maka sabarlah kamu sehingga
Allah hakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim."
7:88.
Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong, "Sungguh, kami akan usir
kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada
bandaraya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Dia berkata,
"Apa, walaupun kami membencinya?
7:89.
Sungguh, kami akan ada-adakan dusta terhadap Allah jika kami kembali kepada
anutan kamu, setelah Allah selamatkan kami daripadanya. Tiadalah bagi kami
untuk kembali kepadanya, melainkan jika Allah, Pemelihara kami, hendak.
Pemelihara kami merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya. Kepada Allah
kami tawakal. Wahai Pemelihara kami, bukakanlah satu keputusan yang benar
antara kami dan kaum kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi
keputusan."
7:90.
Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang tidak percaya, "Sungguh, jika kamu
ikut Shuaib, jika demikian, tentulah kamu orang-orang yang rugi."
7:91.
Lalu gempa bumi ambil mereka. Pagi, dapati mereka di dalam tempat tinggal
mereka, tersungkur tidak bergerak.
7:92.
Orang-orang yang dustakan Shuaib, seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya.
Orang-orang yang dustakan Shuaib, merekalah orang-orang yang rugi.
7:93. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai
kaumku, aku telah sampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan
nasihatkan kamu;bagaimanakah
aku boleh berdukacita terhadap kaum tidak percaya?"
7:94.
Kami tidak utus Nabi ke mana-mana bandaraya melainkan bahawa Kami ambil
penduduknya dengan musibah dan kesusahan supaya mereka merendah diri.
7:95.
Kemudian Kami tukar tempat yang buruk dengan yang baik, sehingga mereka
membiak, dan mereka berkata, "Kesusahan dan kesenangan telah sentuh
bapa-bapa kami." Maka Kami ambil mereka dengan tiba-tiba, tanpa mereka
sedari.
7:96.
Namun begitu, sekiranya penduduk bandaraya-bandaraya percaya dan bertakwa,
tentu Kami bukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi; tetapi
mereka dustakan, maka Kami ambil mereka kerana apa yang mereka usahakan.
7:97.
Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan
datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur?
7:98.
Adakah penduduk bandaraya-bandaraya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan
datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?
7:99. Adakah mereka berasa aman dengan tipu daya Allah? Tiada yang
berasa aman terhadap tipu daya Allah kecuali kaum yang rugi.
7:100.
Tidakkah ia satu petunjuk bagi orang-orang yang mewarisi bumi selepas
orang-orang yang mendudukinya bahawa, sekiranya Kami hendaki, tentu Kami timpa
mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dengan menutupi hati mereka supaya
mereka tidak dengar?
7:101.
Bandaraya-bandaraya itu yang Kami ceritakan kepada kamu beritanya; Rasul-Rasul
mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka
bukanlah yang hendak percayai apa yang mereka telah dustakan dahulu;
demikianlah Allah tutup hati orang-orang tidak percaya.
7:102.
Kami dapati tiada perjanjian pada kebanyakan mereka; sesungguhnya Kami dapati
kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.
7:103. Kemudian Kami bangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan
ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka
menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang buat
kerosakan.
7:104.
Musa berkata, "Wahai Firaun, aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara
semua alam,
7:105.
Sewajarnya, aku tidak kata terhadap Allah kecuali yang benar. Aku datang dengan
satu bukti yang jelas kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka utuskanlah
bersamaku Bani Israil."
7:106.
Berkatalah dia, "Jika kamu datang dengan satu ayat, kemukakanlah ia jika
kamu berkata benar."
7:107.
Maka dia lempar tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata.
7:108.
Dan dia keluarkan tangannya, dan tiba-tiba ia adalah putih bagi orang-orang
yang melihat.
7:109.
Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Sesungguhnya ini seorang ahli
sihir yang alim (mahir),
7:110.
Yang hendak usir kamu daripada bumi kamu; apakah yang kamu
perintahkankan?"
7:111.
Mereka berkata, "Tangguhkanlah dia dan saudaranya seketika, dan utuslah ke
kota-kota orang-orang yang mengumpulkan,
7:112.
Untuk datangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."
7:113.
Dan ahli-ahli sihir datang kepada Firaun, dengan berkata, "Kami akan
benar-benar dapat upah, jika kami orang-orang yang menang?"
7:114.
Dia berkata, "Ia, dan kamu akan jadi antara yang berkedudukan dekat."
7:115.
Mereka berkata, "Wahai Musa, adakah kamu akan lemparkan, atau adakah kami
orang-orang yang melemparkan?"
7:116.
Dia berkata, "Lemparlah kamu." Dan apabila mereka lempar, mereka
menyihir mata-mata manusia, dan menjadikan takut pada mereka, dan datangkan
sihir yang besar.
7:117.
Dan Kami wahyukan Musa, "Lemparlah tongkat kamu." Maka tiba-tiba ia
telan apa yang mereka palsukan.
7:118.
Lalu terjadilah yang benar, dan palsulah apa mereka buat.
7:119.
Maka mereka dikalahkan di sana, dan mereka balik, menjadi rendah.
7:120.
Dan ahli-ahli sihir lemparkan diri, bersujud.
7:121.
Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara semua alam,
7:122.
Pemelihara Musa dan Harun."
7:123.
Berkatalah Firaun, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu.
Sesungguhnya ini satu tipu daya yang kamu perdayakan di kota supaya kamu
mengusir penduduknya daripadanya. Sekarang kamu akan tahu!
7:124.
Sungguh, aku akan potong tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu berselang-seli,
kemudian aku akan salib kamu kesemuanya."
7:125.
Mereka berkata, "Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik.
7:126.
Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara
kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah
kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman."
7:127.
Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan
tinggalkan Musa dan kaumnya untuk buat kerosakan di bumi, dan tinggalkan kamu
dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki
mereka, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang
menakluki mereka!"
7:128.
Berkata Musa kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan
sabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia wariskannya kepada
siapa Dia hendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahan adalah bagi
orang-orang bertakwa."
7:129.
Mereka berkata, "Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan
setelah kamu datang kepada kami." Berkata, "Mudah-mudahan Pemelihara
kamu akan musnahkan musuh kamu, dan Dia jadikan kamu pengganti-pengganti di
bumi, supaya Dia perhatikan bagaimana kamu buat."
7:130.
Kemudian Kami ambil keluarga Firaun dengan beberapa tahun bekalan yang tidak
mencukupi, dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka ingat.
7:131.
Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini ialah
kerana kami"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka ramalkan yang
buruk kerana Musa dan orang-orang yang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan
buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
7:132.
Dan mereka berkata, "Apa sahaja ayat yang kamu datangkan kepada kami,
untuk menyihir kami dengannya, kami tidak akan mukmin (yang percayai) kepada
kamu."
7:133. Maka Kami utus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan
kutu, dan
katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka sombong, dan mereka
adalah kaum yang berdosa.
7:134.
Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa,
serulah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia janjikan kamu.
Jika kamu hilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan percayai kamu,
dan kami akan utus bersama kamu Bani Israil."
7:135.
Tetapi apabila Kami hilangkan daripada mereka kemurkaan hingga satu tempoh yang
mereka akan datang kepadanya, tiba-tiba mereka mungkiri ketaatan mereka.
7:136.
Maka Kami lepaskan dendam kepada mereka, dan tenggelamkan mereka di dalam laut
kerana mereka dustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya.
7:137. Dan Kami wariskan kaum yang dihina, semua yang di timur dan
barat bumi yang Kami berkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka sabar;
dan Kami binasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka
bangunkan.
7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka
datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada.
Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu
tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia,
"Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
7:139.
Sesungguhnya itu yang mereka di dalamnya akan dibinasakan, dan batallah apa
mereka buat."
7:140.
Berkata, "Apa, adakah aku akan cari satu tuhan untuk kamu selain daripada
Allah, Dia yang lebihkan kamu di atas semua alam?"
7:141.
Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu
azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup
perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar
daripada Pemelihara kamu.
7:142.
Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami
sempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya,
empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah
penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan jangan ikut jalan
orang-orang yang buat kerosakan."
7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami tetapkan, dan Pemeliharanya
berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku,
perlihatkan kepadaku, supaya aku dapat lihat Engkau." Berkatalah Dia,
"Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia
tetap di tempatnya, maka kamu akan lihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya
nampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh
pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku
bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."
7:144.
Berkata, "Wahai Musa, Aku pilih kamu di atas semua manusia untuk
Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku beri kamu, dan jadilah
daripada orang-orang berterima kasih."
7:145.
Dan Kami tuliskan untuknya pada Papan-Papan segala sesuatu teguran, dan satu
penjelasan bagi segala sesuatu, "Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah
kaum kamu ambil yang paling baik daripadanya. Aku akan lihatkan kepada kamu
tempat tinggal orang-orang fasiq.
7:146.
Aku akan palingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang sombong di bumi,
dengan tanpa patut; dan jika mereka lihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan
percayainya, dan jika mereka lihat jalan yang benar, mereka tidak akan
mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka lihat jalan salah, mereka akan mengambilnya
sebagai jalan. Itu kerana mereka dustakan ayat-ayat Kami, dan lalai
terhadapnya."
7:147.
Orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat,
amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan
apa mereka buat?
7:148. Dan kaum Musa ambil untuk mereka selepasnya, daripada perhiasan-perhiasan mereka, Anak Lembu,
yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tidakkah mereka lihat bahawa ia
tidak berkata-kata kepada mereka, dan tidak juga beri mereka petunjuk pada
sebarang jalan? Namun begitu, mereka mengambilnya untuk mereka, dan merekalah
orang-orang zalim.
7:149.
Dan apabila mereka pukul tangan-tangan mereka (menyesal), dan lihat bahawa
mereka sudah sesat, mereka berkata, "Jika Pemelihara kami tidak kasihani
kami, dan tidak ampunkan kami, sungguh, kami jadi orang-orang yang rugi."
7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan
marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu lakukan untuk
gantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului
perintah Pemelihara kamu?" Dan dia lempar Papan-Papan, dan dia ambil
kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku,
sesungguhnya kaum itu telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah
buatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan letak aku di kalangan
kaum yang zalim."
7:151.
Berkata, "Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku dan saudaraku, dan
masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan
daripada yang berpengasihan."
7:152.
Sesungguhnya orang-orang yang mengambil untuk mereka Anak Lembu, kemurkaan akan
sampai kepada mereka daripada Pemelihara mereka, dan kehinaan dalam kehidupan
dunia ini; begitulah Kami balas orang-orang yang mengada-adakan.
7:153. Dan orang-orang yang kerjakan kejahatan, kemudian bertaubat
sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun,
Pengasih.
7:154. Dan apabila kemarahan Musa menjadi reda padanya, dia ambil
Papan-Papan; dan dalam prasastinya terdapat petunjuk dan
pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun kepada Pemelihara mereka.
7:155.
Dan Musa pilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang
ditetapkan; dan apabila gempa bumi ambil mereka, dia berkata, "Wahai
Pemeliharaku, sekiranya Engkau hendak, tentu Engkau musnahkan mereka sebelum
ini, dan aku. Adakah Engkau akan musnahkan kami kerana apa yang orang-orang
bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau sesatkan
siapa yang Engkau hendaki, dan beri petunjuk siapa Engkau hendaki. Engkau Wali
(Pelindung) kami; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang
terbaik daripada yang mengampunkan.
7:156.
Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik,
dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia,
"Azab-Ku, Aku timpakan dengannya siapa yang Aku hendaki, dan
pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan tuliskannya untuk
orang-orang bertakwa, dan mereka beri zakat, dan orang-orang yang benar-benar
percayai ayat-ayat Kami,
7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam
Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka
daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan
mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada
beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka
orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan
ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."
7:158.
Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang
bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang
menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi
yang ummiy, yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu
dapat petunjuk."
7:159.
Antara kaum Musa, ada umat yang beri petunjuk dengan yang benar, dan dengannya
mereka jalankan keadilan.
7:160. Dan Kami potong mereka kepada dua belas puak, umat-umat.
Dan Kami wahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air
kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. Dan Kami
bentangkan awan untuk teduhkan mereka, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada
mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan
kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri,
mereka zalimkan.
7:161.
Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Tinggallah di bandaraya ini, dan
makanlah daripadanya di mana sahaja kamu hendaki; dan katakan, 'Tidak
membebankan'; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan ampun
kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."
7:162. Kemudian orang-orang buat kezaliman antara mereka tukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada
mereka; maka Kami utus kepada mereka kemurkaan dari langit kerana perbuatan
zalim mereka.
7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandaraya yang di tepi laut,
apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada
mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang
mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami
uji mereka kerana kefasiqan mereka.
7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata,
"Mengapakah kamu tegurkan satu kaum yang Allah akan musnahkan, atau
mengazab dengan azab yang keras?" Mereka berkata, "Sebagai
alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa."
7:165.
Maka apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami selamatkan
orang-orang yang melarang daripada buat jahat, dan Kami ambil orang-orang buat
kezaliman dengan azab yang jahat kerana kefasiqan mereka.
7:166.
Apabila mereka memandang rendah pada apa yang mereka telah dilarang, Kami kata
kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat."
7:167.
Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan bahawa Dia akan bangkitkan terhadap mereka,
sampai Hari Kiamat, orang-orang yang akan kenakan mereka azab yang jahat. Sesungguhnya
Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya; sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
7:168.
Dan Kami potong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik),
dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami uji mereka dengan benda-benda
yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.
7:169.
Dan menggantilah sesudah mereka pengganti-pengganti yang mewarisi Kitab, dengan
mengambil keuntungan daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata,
"Kami akan diampunkan"; dan jika keuntungan yang serupa dengan itu
datang kepada mereka, mereka akan mengambilnya. Bukankah perjanjian Kitab telah
diambil daripada mereka, bahawa mereka tidak mengatakan terhadap Allah kecuali
yang benar? Dan mereka pelajari apa yang di dalamnya, bahawa tempat kediaman
akhir adalah lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Tidakkah kamu faham?
7:170.
Dan orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat -
sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang-orang yang membetulkan.
7:171.
Dan apabila Kami goncangkan gunung di atas mereka, seakan-akan ia
langit-langit, dan mereka sangka ia akan jatuh kepada mereka. "Ambillah
dengan kekuatan apa yang kami beri kamu, dan ingatlah apa yang di
dalamnya supaya kamu bertakwa."
7:172.
Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung
mereka, keturunan mereka, dan jadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka,
"Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami
saksikan"; supaya kamu tidak kata pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami
lalai mengenai yang ini."
7:173.
Atau, supaya kamu tidak kata, "Bapa-bapa kami adalah orang-orang yang
sekutukan dari dahulu, dan kami keturunan sesudah mereka. Apa, adakah Engkau
akan musnahkan kami kerana perbuatan orang-orang yang ikut yang palsu?"
7:174.
Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat; dan supaya mereka kembali.
7:175.
Dan bacakan kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami beri ayat-ayat Kami,
tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia jadi antara
orang-orang yang bersalah.
7:176.
Dan sekiranya Kami hendak, tentu Kami naikkan dia dengannya, tetapi dia kekal
(cenderung) kepada bumi, dan ikut keinginannya. Maka persamaannya seperti
persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau
jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itu persamaan kaum yang
dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka fikirkan.
7:177.
Satu persamaan yang buruk ialah persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami,
dan diri-diri mereka sendiri mereka zalimkan.
7:178.
Sesiapa Allah beri petunjuk, dialah orang yang dapat petunjuk yang benar; dan
siapa yang Dia sesatkan, maka merekalah orang-orang yang rugi.
7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami
dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka
mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti
binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah
orang-orang yang lalai.
7:180.
Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan
tinggalkan orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan
apa mereka buat.
7:181.
Antara orang-orang yang Kami ciptakan terdapat umat yang beri petunjuk dengan
yang benar, dan dengannya mereka buat keadilan.
7:182.
Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, Kami akan tarik mereka sedikit
demi sedikit dari arah mereka tidak tahu.
7:183.
Dan Aku tangguhkan mereka; sesungguhnya muslihat-Ku teguh.
7:184.
Tidakkah mereka berfikir? Tiadalah kegilaan pada teman mereka; dia tidak lain
hanya seorang pemberi amaran yang jelas.
7:185. Tidakkah mereka renungkan dominion langit dan bumi, dan apa
sahaja yang
Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah
yang mereka, sesudah ini, akan percayai?
7:186.
Sesiapa Allah sesatkan, tiada yang beri petunjuk kepadanya; Allah tinggalkan
mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta.
7:187.
Mereka tanya kamu mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah,
"Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan
dedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit
dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba."
Mereka tanya kamu seakan-akan kamu benar-benar ketahuinya. Katakanlah,
"Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia
tidak tahu."
7:188. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk manfaatkan
diriku atau mudaratkan, kecuali seperti yang
Allah hendaki. Sekiranya aku tahu yang ghaib, tentu aku ambil banyak kebaikan,
dan keburukan tidak akan sentuh aku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan
pembawa berita gembira bagi kaum yang percayai."
7:189.
Dia yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya
isterinya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia
(perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia
menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, "Jika
Engkau beri kami anak yang salih, sungguh kami jadi daripada orang-orang
berterima kasih."
7:190.
Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya
sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah daripada
apa yang mereka sekutukan!
7:191.
Apa, adakah mereka sekutukan apa yang tidak cipta sesuatu, sedang mereka
sendiri diciptakan,
7:192.
Dan apa yang tiada kuasa untuk menolong mereka, dan tidak juga mereka boleh
menolong diri-diri mereka sendiri?
7:193.
Jika kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan ikut kamu; sama sahaja
kepada kamu, sama ada kamu seru mereka, atau kamu diam.
7:194.
Orang-orang yang kepada mereka kamu seru, selain daripada Allah, ialah
hamba-hamba yang serupa dengan kamu; serulah mereka dan hendaklah mereka sahut
kamu, jika kamu berkata benar.
7:195.
Apa, adakah mereka mempunyai kaki yang dengannya mereka berjalan, atau adakah
mereka mempunyai tangan yang dengannya mereka pegang, atau adakah mereka
mempunyai mata yang dengannya mereka lihat, atau adakah mereka mempunyai telinga
yang dengannya mereka dengar? Katakanlah, "Serulah kamu kepada
sekutu-sekutu kamu; kemudian lakukan muslihat kamu kepada aku, dan jangan beri
aku tangguh.
7:196.
Waliku (Pelindungku) ialah Allah yang turunkan Kitab, dan Dia ambil ke dalam
perlindungan-Nya orang-orang yang salih."
7:197.
Dan orang-orang yang kamu seru, selain daripada Dia, tidak boleh tolong kamu,
dan tidak juga mereka menolong diri-diri mereka sendiri.
7:198.
Jika kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak dengar; dan kamu lihat mereka
memandang kepada kamu, dengan tidak melihat.
7:199.
Maafkanlah, dan suruhlah apa yang baik, dan berpalinglah daripada orang-orang
bodoh.
7:200.
Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada
Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui.
7:201.
orang-orang bertakwa, apabila kunjungan syaitan sentuh mereka, mereka ingat,
dan kemudian melihat.
7:202.
Dan saudara-saudara mereka yang mereka pandu ke dalam
kesalahan, kemudian mereka tidak berhenti-henti.
7:203. Dan apabila kamu tidak datangkan kepada mereka satu ayat,
mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah,
"Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku daripada
Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk,
dan pengasihan, bagi kaum yang percayai."
7:204.
Dan apabila al-Qur'an dibacakan, dengarkan ia dan diam; supaya kamu dikasihani.
7:205.
Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa (diri) kamu, dengan rendah diri,
dan rasa takut, dan ucapan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang.
Jangan kamu jadi di kalangan orang-orang yang lalai.
7:206.
Sesungguhnya orang-orang yang di sisi Pemelihara kamu tidak sombong untuk
menyembah-Nya; mereka lafazkan sanjungan-Nya, dan kepada-Nya mereka sujud.
Daftar Surah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!