2:1. Alif Lam Mim.
2:2. Kitab itu, di
dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada
Tuhan),
2:3. Yang percayai
yang ghaib, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) sebahagian daripada
apa Kami rezekikan mereka,
2:4. Yang percayai
apa diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan
mereka yakin akan akhirat.
2:5. Mereka itu
adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang
beruntung.
2:6. Sesungguhnya
orang-orang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran
kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai.
2:7. Allah letak
penutup pada hati mereka dan pada pendengaran mereka, dan penudung pada
penglihatan mereka, dan bagi mereka, azab yang besar.
2:8. Dan sebahagian
manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari
Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai).
2:9. Mereka hendak
tipu Allah dan orang-orang yang percaya, tapi hanya diri-diri mereka sendiri
mereka tipu, dan mereka tidak sedar.
2:10. Di dalam hati
mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka, dan bagi mereka azab
yang pedih kerana mereka dustakan.
2:11. Apabila
dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu buat kerosakan di bumi",
mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan."
2:12. Sesungguhnya,
merekalah orang-orang yang buat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.
2:13. Apabila
dikatakan kepada mereka, "Percayalah sebagaimana manusia percaya",
mereka berkata, "Adakah kami akan percayai sebagaimana orang-orang bodoh
percaya?" Sesungguhnya, merekalah orang-orang bodoh, tetapi mereka tidak
tahu.
2:14. Apabila mereka
berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami
percaya", tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka,
mereka berkata, "Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang
berolok-olok."
2:15. Allah akan
memperolok-olokkan mereka, dan memandu mereka merayau-rayau membabi buta dalam
kelampauan batas mereka,
2:16. Mereka itulah
orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka perdagangan mereka
tidak menguntungkan mereka, dan mereka bukanlah orang-orang yang dapat petunjuk
yang benar.
2:17. Persamaan
mereka seperti persamaan orang yang nyalakan api. Apabila ia menerangi yang di
sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya mereka, dan tinggalkan mereka dalam
kegelapan, dengan tidak melihat.
2:18. Pekak, bisu,
buta; maka mereka tidak akan kembali.
2:19. Atau seperti
awan hujan dari langit, yang di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat.
Mereka letak jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir
kerana takut akan mati; dan Allah meliputi orang-orang tidak percaya (kafir).
2:20. Kilat
hampir-hampir sambar penglihatan mereka; setiap kali ia beri mereka cahaya,
mereka berjalan di dalamnya, dan apabila menjadi gelap ke atas mereka, mereka
berhenti; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia hilangkan pendengaran mereka,
dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
2:21. Wahai manusia,
sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang-orang sebelum kamu,
supaya kamu bertakwa,
2:22. Yang buatkan
bagi kamu bumi sebagai sofa, dan langit, bangunan, dan turunkan dari langit,
air; dengannya Dia keluarkan buah-buahan untuk rezeki kamu. Maka janganlah
adakan rakan-rakan bagi Allah dengan mengetahuinya.
2:23. Dan jika kamu
dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka
datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil)
saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
2:24. Dan jika kamu
tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya
manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang tidak percaya.
2:25. Dan beri berita
gembira kepada orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik (amal salih),
bahawa bagi mereka taman-taman (jannah) yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki di
dalamnya, mereka berkata, "Inilah yang kami diberi rezeki dari
dahulu"; bahawa mereka didatangkan yang serupa (mutasyabihat) dengannya,
dan di dalamnya, bagi mereka pasangan-pasangan yang dibersihkan, dan di
dalamnya, mereka tinggal selama-lamanya.
2:26. Allah tidak
malu buat persamaan, walaupun dengan seekor agas, atau apa yang lebih rendah.
Bagi orang-orang yang percaya, mereka ketahui bahawa itu adalah yang benar
daripada Pemelihara mereka; tetapi bagi orang-orang tidak percaya, mereka
berkata, "Apakah yang Allah hendaki dengan ini sebagai satu
persamaan?" Dengannya Dia sesatkan ramai, dan dengannya Dia beri petunjuk
kepada ramai, dan dengannya Dia tidak sesatkan kecuali orang-orang fasiq (tidak
mempedulikan perintah Tuhan),
2:27. Orang-orang
yang pecahkan perjanjian Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan yang
memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan
di bumi. Merekalah orang-orang yang rugi.
2:28. Bagaimanakah
kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang
mati, lalu Dia hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan
kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?
2:29. Dia yang
ciptakan untuk kamu semua yang di bumi, kemudian Dia beranjak ke langit dan
mendatarkannya tujuh langit; dan Dia tahu segala sesuatu.
2:30. Dan apabila
Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan letak di bumi
khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di
dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang
kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata,
"Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
2:31. Dan Dia ajar
Adam nama-nama, kesemuanya, kemudian Dia kemukakan kepadapara malaikat. Dia
berkata, "Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata
benar."
2:32. Mereka berkata,
"Engkau disanjung! Kami tidak ada pengetahuan melainkan apa yang Engkau
ajar kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."
2:33. Dia berkata,
"Wahai Adam, beritahu mereka nama-namanya", maka setelah dia beritahu
mereka nama-namanya, Dia berkata, "Tidakkah Aku kata kepada kamu bahawa
Aku tahu perkara-perkara yang ghaib di langit dan bumi, dan Aku tahu apa yang
kamu nampakkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
2:34. Dan apabila
Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu
mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi
antaraorang-orang tidak percaya (kafir).
2:35. Dan Kami
berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah),
dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan
dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim."
2:36. Kemudian
syaitan gelincirkan mereka daripadanya, dan keluarkan mereka dari dalam apa
mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi
musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu,
dan kesenangan untuk suatu waktu."
2:37. Lalu Adam
terima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia terima taubatnya;
sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:38. Kami berkata,
"Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu
petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa yang ikut petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan
pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:39. Dan,
orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah
penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya."
2:40. Wahai Bani
Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan
tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan tepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah
kamu berasa gerun.
2:41. Dan percayalah
kepada apa yang Aku turunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu, dan
janganlah jadi yang pertama tidak percaya kepadanya, dan jangan jual
ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit; dan kamu takutilah Aku.
2:42. Dan janganlah
campuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan sembunyikan yang benar
sedang kamu mengetahuinya.
2:43. Dan lakukan
solat, dan berikan zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.
2:44. Adakah kamu
suruh manusia berlaku taat, dan lupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu
baca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?
2:45. Kamu mohonlah
pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali
kepada orang-orang yang rendah hati,
2:46. Yang menyangka
mereka akan temui Pemelihara mereka, dan bahawa kepada-Nya mereka kembali.
2:47. Wahai Bani
Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan
bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam,
2:48. Dan takutilah
kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain
sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak
juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.
2:49. Dan apabila
Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka kenakan kamu azab yang
jahat, mereka korbankan anak-anak lelaki kamu, dan biarkan hidup
perempuan-perempuan kamu, dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar
daripada Pemelihara kamu.
2:50. Dan apabila
Kami belah laut untuk kamu, dan Kami selamatkan kamu, dan tenggelamkan keluarga
Firaun, sedang kamu perhatikan.
2:51. Dan apabila
Kami menemujanji dengan Musa empat puluh malam, kemudian kamu ambil untuk kamu
Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.
2:52. Kemudian Kami
maafkan kamu setelah itu, supaya kamu bersyukur (berterima kasih).
2:53. Dan apabila
kami beri Musa al-Kitab, dan Pembeza, supaya kamu dapat petunjuk.
2:54. Dan apabila
Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri
kamu sendiri dengan ambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta
kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi
kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan terima taubat kamu; sesungguhnya
Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."
2:55. Dan apabila
kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan percayai kamu sehingga kami
lihat Allah dengan nyata"; lalu halilintar ambil kamu, sedang kamu
perhatikan.
2:56. Kemudian Kami
bangkitkan kamu setelah kamu mati supaya kamu berterima kasih.
2:57. Dan Kami
bentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada
kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan
kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri,
mereka zalimkan.
2:58. Dan apabila
Kami berkata, "Masuklah bandaraya ini, dan makanlah dengan senang
daripadanya di mana sahaja kamu hendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan
bersujud, dan katakan, 'Tidak membebankan'; Kami akan ampunkan kamu atas
pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."
2:59. Kemudian
orang-orang buat kezaliman tukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada
mereka; maka Kami turunkan kepada orang-orang buat kezaliman kemurkaan dari
langit kerana kefasiqan mereka.
2:60. Dan apabila
Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan
tongkat kamu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua
orang tahu tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah,
dan janganlah kamu buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."
2:61. Dan apabila
kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu
macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia
keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan
mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia berkata,
"Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke
Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya." Dan, kehinaan dan
kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah.
Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi
tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.
2:62. Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin,
sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka
upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada
mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:63. Dan apabila
Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung, "Ambillah
dengan kekuatan apa yang Kami berikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya
supaya kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)."
2:64. Kemudian kamu
berpaling sesudah itu. Jika tidak kerana pemberian dan pengasihan Allah kepada
kamu, tentu kamu termasuk orang-orang yang rugi.
2:65. Dan
sesungguhnya kamu tahu orang-orang antara kamu yang mencabuli Sabat, dan Kami
berkata kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan
melarat."
2:66. Dan Kami
membuatnya hukuman contoh bagi yang telah lepas, dan bagi yang terkemudian, dan
satu teguran bagi orang-orang bertakwa.
2:67. Dan apabila
Musa berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya Allah, Dia perintah kamu,
hendaklah kamu korbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu
ambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada
Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh."
2:68. Mereka berkata,
"Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami supaya Dia jelaskan kepada kami
yang manakah ia?" Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu
yang tidak tua, dan tidak juga dara, yang pertengahan di antara yang demikian
itu; maka buatlah apa yang kamu diperintah."
2:69. Mereka berkata,
"Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia jelaskan kepada
kami apakah warnanya?" Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia
lembu yang keemasan, terang warnanya, menggembirakan orang-orang yang
memandang."
2:70. Mereka berkata,
"Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia jelaskan kepada
kami yang manakah ia; lembu serupa sahaja bagi kami, dan jika Allah hendaki,
tentu kami akan dapat petunjuk."
2:71. Dia berkata,
"Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk
membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda
yang mencacatkan padanya." Mereka berkata, "Sekarang kamu sudah
datangkan yang benar." Lalu mereka korbankannya, dan hampir mereka tidak
melakukannya.
2:72. Dan apabila
kamu bunuh sesuatu jiwa, dan bertentangan di dalamnya, dan Allah keluarkan apa
yang kamu sembunyikan,
2:73. Maka Kami
berkata, "Pukullah dia dengan sebahagiannya." Begitulah Allah
hidupkan orang-orang yang mati, dan Dia perlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya
supaya kamu faham.
2:74. Kemudian hati
kamu jadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana
ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah
supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada
Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.
2:75. Adakah kamu
sangat inginkan bahawa mereka akan percayai kamu, memandangkan ada segolongan
daripada mereka yang mendengarkan perkataan (kalam) Allah, kemudian mengubahnya
setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.
2:76. Dan apabila
mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami
percaya"; dan apabila mereka menyendiri kepada satu sama lain, mereka
berkata, "Adakah kamu ceritakan kepada mereka apa yang Allah bukakan
kepada kamu supaya mereka dengannya berdebat dengan kamu di sisi Pemelihara
kamu? Tidakkah kamu faham?"
2:77. Tidakkah mereka
tahu bahawa Allah tahu apa yang mereka rahsiakan, dan apa yang mereka siarkan?
2:78. Dan antara
mereka yang ummiy (yang tidak diberi Kitab), tidak tahu al-Kitab melainkan
hanya dengan khayalan, dan semata-mata sangkaan.
2:79. Maka
kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan
mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka
menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang
tangan-tangan mereka tulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha
mereka.
2:80. Dan mereka
berkata, "Api tidak akan sentuh kami kecuali beberapa hari yang
terhitung." Katakanlah, "Sudahkah kamu ambil satu perjanjian sehingga
Allah tidak akan mungkiri perjanjian-Nya, atau kamu katakan terhadap Allah apa
yang tidak kamu tahu?"
2:81. Ia, sesiapa
yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itulah
penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
2:82. Dan,
orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , mereka itulah
penghuni-penghuni Taman; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
2:83. Dan apabila
Kami ambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu
melainkan Allah, dan buat baik kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat,
dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakan yang baik kepada
manusia, dan lakukan solat, dan berikan zakat." Kemudian kamu berpaling,
kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu palingkan.
2:84. Dan apabila
Kami ambil perjanjian kamu, bahawa janganlah kamu tumpahkan darah kamu sendiri,
dan jangan juga usir diri-diri kamu sendiri daripada tempat-tempat tinggal
kamu, kemudian kamu setuju, dan kamu sendiri saksikan .
2:85. Kemudian kamu
ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada
tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa
dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus
mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai
sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka
apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu,
melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan
kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.
2:86. Mereka itulah
orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat. Bagi mereka azab tidak
diringankan, dan tidak juga mereka ditolong.
2:87. Dan kami beri
Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan kami beri Isa putera
Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci);
dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu
tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu dustakan, dan sebahagian
kamu bunuh?
2:88. Dan mereka
berkata, "Hati kami tidak dikhatan." Tidak, tetapi Allah laknati
mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang percayai.
2:89. Apabila datang
kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah yang mengesahkan apa yang bersama
mereka, dan mereka sebelum itu telah minta kemenangan terhadap orang-orang
tidak percaya, maka apabila datang kepada mereka apa yang mereka kenali, mereka
mengingkarinya; maka laknat Allah ke atas orang-orang tidak percaya.
2:90. Buruknya apa
yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada
apa yang Allah turunkan, menyalahi bahawa Allah turunkan pemberian-Nya kepada
siapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan
atas kemurkaan; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
2:91. Dan apabila
dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah turunkan",
mereka berkata, "Kami percayai apa diturunkan kepada kami", dan mereka
tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang
mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu bunuh
Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?"
2:92. Dan Musa datang
kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian kamu ambil untuk kamu Anak
Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang zalim.
2:93. Dan apabila
Kami ambil perjanjian kamu, dan naikkan di atas kamu Gunung: "Ambillah
dengan kekuatan apa yang kami beri kamu, dan dengarlah." Mereka berkata,
"Kami dengar dan kami tentang"; dan mereka diminumkan (diresapkan)
Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah,
"Buruknya apa yang iman kamu perintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu
orang-orang mukmin."
2:94. Katakanlah,
"Jika tempat kediaman akhir di sisi Allah itu khas untuk kamu, dan tidak
untuk manusia lain, maka inginkanlah kematian jika kamu berkata benar."
2:95. Tetapi mereka
tidak akan inginkannya selama-lamanya, kerana apa yang tangan-tangan mereka telah
dahulukan; Allah tahu orang-orang zalim.
2:96. Dan kamu dapati
mereka, manusia yang paling inginkan kehidupan, dan daripada orang-orang yang
sekutukan, ada seorang daripada mereka beringinkan bahawa dia diberi umur
seribu tahun; namun begitu, dia dengan dipanjangkan umur, tidak akan
menyingkirnya daripada azab. Allah lihat apa mereka buat.
2:97. Katakanlah,
"Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke
dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan
petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."
2:98. Sesiapa yang
menjadi musuh bagi Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan
Jibril, dan Mikail, maka sesungguhnya Allah, musuh bagi orang-orang tidak
percaya.
2:99. Dan Kami
turunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak
percaya kepadanya melainkan orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah
Tuhan).
2:100. Mengapa,
setiap kali mereka buat perjanjian, segolongan daripada mereka lemparkan
perjanjiannya? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak percayai.
2:101. Apabila datang
kepada mereka seorang Rasul daripada Allah, mengesahkan apa yang bersama
mereka, segolongan daripada mereka yang diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke
belakang punggung mereka, seolah-olah mereka tidak tahu.
2:102. Dan mereka
ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan
tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan
mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan
Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya
cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka
belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi
mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah.
Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka,
dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di
akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka
tahu.
2:103. Dan sekiranya
mereka percaya dan bertakwa, satu ganjaran daripada Allah adalah lebih baik,
jika mereka tahu.
2:104. Wahai
orang-orang yang percaya, janganlah kamu berkata, "Awasilah kami",
tetapi katakanlah, "Perhatikanlah kami"; dan dengarlah; bagi
orang-orang tidak percaya, azab yang pedih.
2:105. Orang-orang
tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang sekutukan, tidak
inginkan bahawa sebarang kebaikan diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara
kamu, tetapi Allah pilih untuk pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; Allah
mempunyai pemberian yang besar.
2:106. Dan apa sahaja
ayat yang Kami hapuskan, atau jadikan lupa, Kami datangkan yang lebih baik,
atau yang serupa dengannya. Tidakkah kamu tahu bahawa Allah berkuasa atas
segala sesuatu?
2:107. Tidakkah kamu
tahu bahawa kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan bahawa kamu tidak
ada, selain daripada Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong?
2:108. Atau, adakah
kamu hendak tanya Rasul kamu seperti Musa ditanya dahulu? Sesiapa yang tukar
keimanan dengan ketidakpercayaan, sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.
2:109. Kebanyakan
daripada ahli Kitab ingin sekiranya mereka dapat kembalikan kamu sebagai
orang-orang tidak percaya setelah keimanan kamu kerana dengki dalam jiwa mereka
sesudah yang benar menjadi jelas bagi mereka. Namun begitu, kamu maafkanlah,
dan ketepikanlah, sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah
berkuasa atas segala sesuatu.
2:110. Dan lakukan
solat, dan berikan zakat, dan apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk
jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah lihat apa kamu
buat.
2:111. Dan mereka
berkata, "Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau
Kristian." Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, "Kemukakan bukti
kamu jika kamu berkata benar."
2:112. Ia, sesiapa
yang tundukkan wajahnya (mukanya / kehendaknya) kepada Allah, sedang dia
seorang buat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiadalah
ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:113. Orang-orang
Yahudi berkata, "Orang-orang Kristian tiada sesuatu", dan orang-orang
Kristian berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu"; dan mereka baca
al-Kitab. Demikianlah juga orang-orang yang tidak tahu berkata, serupa ucapan
mereka. Allah akan hakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang
mereka selisihkan.
2:114. Dan siapakah
lebih zalim daripada orang yang halangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya
tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak
mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di
dunia, dan di akhirat, azab yang besar.
2:115. Kepunyaan
Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu palingkan di situlah wajah Allah;
sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.
2:116. Dan mereka
berkata, "Allah ambil kepada-Nya seorang anak." Dia disanjung! Tidak,
kepunyaan-Nya apa yang di langit dan bumi, semuanya patuh kepada-Nya.
2:117. Pencipta
langit dan bumi, dan apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanyalah berkata
padanya, "Jadilah", maka jadilah ia.
2:118. Dan
orang-orang yang tidak tahu berkata, "Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada
kami? Mengapa satu ayat (isyarat) tidak datang kepada kami?" Demikianlah
berkata orang-orang sebelum mereka, seperti ucapan mereka ini; hati mereka
serupa. Namun demikian, Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.
2:119. Kami utus kamu
dengan yang benar, pembawa berita gembira, dan pemberi amaran. Kamu tidak akan
ditanya mengenai penghuni-penghuni Jahim.
2:120. Dan tidaklah
orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang
Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah
ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah
pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah,
wali (pelindung) dan tiada juga penolong.
2:121. Orang-orang
yang kepada mereka kami beri al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar,
mereka percayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah
orang-orang yang rugi.
2:122. Wahai Bani
Israil, ingatlah akan rahmat-Ku, yang dengannya Aku telah rahmati kamu, dan
bahawa Aku lebihkan kamu di atas semua alam.
2:123. Dan takutilah
kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain
sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat
syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.
2:124. Dan apabila
Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia tunaikannya,
Dia berkata, "Sesungguhnya Aku buat kamu seorang imam (ketua) bagi
manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia
berkata, "Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang zalim."
2:125. Dan apabila
Kami buatkan Rumah untuk jadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman,
dan, "Ambillah bagi kamu medan Ibrahim untuk tempat solat." Dan Kami
buat perjanjian dengan Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan Rumah-Ku untuk orang-orang
yang kelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang
yang tunduk, orang-orang yang sujud."
2:126. Dan apabila
Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkan ini sebuah negeri yang aman, dan
berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada
Allah dan Hari Akhir antara mereka." Dia berkata, "Sesiapa yang tidak
percaya aku akan berikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan paksa dia kepada
azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!"
2:127. Dan apabila
Ibrahim, dan Ismail bersamanya, menaikkan dasar-dasar Rumah, "Wahai
Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang
Mendengar, Yang Mengetahui,
2:128. Wahai
Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada
keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkan kepada kami
peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang
Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:129. Wahai
Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada
mereka, yang akan bacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan ajar mereka al-Kitab dan
Kebijaksanaan, dan sucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang
Bijaksana."
2:130. Maka siapakah
yang mengundur diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang membodohkan
dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di
akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik).
2:131. Apabila
Pemeliharanya berkata kepadanya, "Tunduk patuhlah", dia berkata,
"Aku tundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam."
2:132. Dan Ibrahim
wasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah
telah pilih untuk kamu agama; maka jangan kamu mati kecuali dalam
kemusliman."
2:133. Kenapa, adakah
kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia berkata
kepada anak-anaknya, "Apakah yang kamu akan sembah sesudahku?" Mereka
berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan
Ismail, dan Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."
2:134. Itu umat yang
telah berlalu; baginya apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu
usahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa mereka buat.
2:135. Dan mereka
berkata, "Hendaklah kamu jadi Yahudi atau Kristian, dan kamu akan dapat
petunjuk." Katakanlah, "Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang
lurus, dan dia bukan orang yang sekutukan."
2:136. Katakanlah,
"Kami percaya kepada Allah, dan apa diturunkan kepada kami, dan apa
diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan apa diberi
kepada Musa dan Isa, dan apa diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara
mereka. Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami
muslim."
2:137. Jika mereka
percaya kepada yang serupa dengan kepadanya kamu percaya, maka sungguh mereka
dapat petunjuk yang benar; tetapi jika mereka berpaling, maka mereka hanya
dalam perpecahan; Allah mencukupi bagi kamu terhadap mereka, dan Dia Yang
Mendengar, Yang Mengetahui.
2:138. Celupan Allah;
dan siapakah yang mencelup lebih baik daripada Allah? Dia kami sembah.
2:139. Katakanlah,
"Adakah kamu berdebat dengan kami mengenai Allah, dan Dia, Pemelihara kami
dan Pemelihara kamu? Bagi kami amalan-amalan (perbuatan) kami, dan bagi kamu,
amalan-amalan kamu; kepada-Nya kami tuluskan.
2:140. Atau, adakah
kamu kata, 'Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah
orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah,
"Adakah kamu yang lebih tahu, atau Allah? Dan siapakah lebih zalim
daripada orang yang sembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan
Allah tidak lalai daripada apa kamu buat."
2:141. Itu umat yang
telah berlalu; baginya apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu
usahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa mereka buat.
2:142. Orang-orang
bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka
daripada kiblat (haluan) yang mereka hadap dahulu?" Katakanlah,
"Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia
hendaki pada jalan lurus."
2:143. Demikianlah
Kami buat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas
manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak tentukan
kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa yang ikut Rasul, dan
siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali
kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan
iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.
2:144. Kami lihat
kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan
kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah
Masjidil Haram (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka
kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar
daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan
2:145. Namun begitu,
jika kamu datangkan kepada orang-orang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka
tidak akan ikut kiblat kamu; kamu bukanlah pengikut kiblat mereka, dan bukanlah
mereka pengikut-pengikut kiblat satu sama lain. Jika kamu ikut keinginan mereka
setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang
zalim.
2:146. Orang-orang
yang kepada mereka kami beri al-Kitab, mereka kenalinya seperti mereka kenali
anak-anak lelaki mereka, dan sesungguhnya segolongan daripada mereka
sembunyikan yang benar, sedang mereka mengetahuinya.
2:147. Yang benar
adalah daripada Pemelihara kamu, maka jangan kamu termasuk orang-orang yang
ragu-ragu.
2:148. Tiap-tiap
orang ada haluannya yang dia palingkan; maka berlumba-lumbalah kamu dalam
kebajikan. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan datangkan kamu semua.
Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
2:149. Dari mana
sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah
yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu
buat.
2:150. Dari mana
sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana
sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada
hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang buat kezaliman antara mereka; dan
janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku
sempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu dapat petunjuk.
2:151. Sebagaimana
juga Kami utus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang Rasul untuk
bacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk sucikan kamu, dan untuk ajar kamu
al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk ajar kamu apa yang kamu tidak tahu.
2:152. Maka ingatlah
pada-Ku, Aku akan ingat padamu, dan berterimakasihlah kepada-Ku, dan janganlah
kamu tidak percaya kepada-Ku.
2:153. Wahai
orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat;
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
2:154. Dan janganlah
kata terhadap orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, "Mereka sudah
mati", bahkan mereka hidup, tetapi kamu tidak sedar.
2:155. Sungguh, Kami
akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan
harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan kamu beri berita gembira kepada
orang-orang yang sabar,
2:156. Orang-orang
yang, apabila mereka ditimpa penderitaan, berkata, "Sesungguhnya kami
kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami kembali."
2:157. Mereka itu, ke
atas mereka adalah salawat (keberkatan), dan pengasihan daripada Pemelihara
mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.
2:158. Safa dan Marwa
adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa lakukan Haji di Rumah, atau
berkunjung (umrah), tidak salah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan
sesiapa kerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri
(Berterima Kasih), Mengetahui.
2:159. Orang-orang
yang sembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami turunkan,
setelah Kami jelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah,
dan mereka dilaknati para pelaknat,
2:160. Kecuali orang-orang
yang bertaubat, dan membetulkan, dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka,
Aku akan terima taubat; Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:161. Tetapi
orang-orang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah
laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya,
2:162. Di dalamnya
mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada
tangguh akan diberi kepada mereka.
2:163. Tuhan kamu
ialah Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Pemurah, Yang
Pengasih.
2:164. Sesungguhnya
dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang
berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah turunkan
dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia taburkan di
merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang
dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi
kaum yang faham.
2:165. Tetapi ada
manusia yang ambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan
mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya,
mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang buat kezaliman dapat
lihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan
Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.
2:166. Apabila
orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan
mereka lihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.
2:167. Dan
orang-orang yang ikut berkata, "Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi,
kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada
kami." Begitulah Allah akan lihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka;
aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.
2:168. Wahai manusia,
makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan ikut langkah-langkah
syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
2:169. Ia hanya suruh
kamu pada kejahatan dan kesumbangan, dan supaya kamu katakan terhadap Allah apa
yang kamu tidak tahu.
2:170. Dan apabila
dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka
berkata, "Tidak, kami akan ikut apa yang kami dapati bapa-bapa kami
buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak faham sesuatu, dan mereka
tidak dapat petunjuk?
2:171. Persamaan
orang-orang tidak percaya seperti persamaan orang yang teriak kepada apa yang
tidak mendengar, kecuali satu panggilan dan seruan; pekak, bisu, buta - mereka
tidak faham.
2:172. Wahai
orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami
rezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah.
2:173. Hanyalah
benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi,
dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang
terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah
berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:174. Orang-orang
yang sembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah turunkan kepada mereka,
dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka itulah yang tidak makan
melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata
kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak juga sucikan mereka; bagi mereka,
azab yang pedih.
2:175. Mereka itulah
orang-orang yang beli kesilapan dengan petunjuk, dan azab dengan ampunan;
betapa sabarnya mereka menahan Api!
2:176. Itu adalah
kerana Allah turunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang
berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh.
2:177. Ia bukanlah
ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan
adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan
Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada
sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan
orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan
beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat
perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan
bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.
2:178. Wahai orang-orang
yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas),
mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba
dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan; tetapi, jika sesuatu dimaafkan
kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan
hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu
daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah
itu, baginya azab yang pedih.
2:179. Dalam
pembalasan (qisas) ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang empunya minda,
supaya kamu bertakwa.
2:180. Dituliskan
bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia tinggalkan
kebaikan (harta), supaya buat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak
saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang bertakwa.
2:181. Sesiapa tukar
setelah mendengarnya, dosanya adalah kepada orang-orang yang menukarnya.
Sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
2:182. Jika seseorang
takut akan penyimpangan, atau dosa, daripada orang yang berwasiat itu, lalu dia
membetulkan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
2:183. Wahai
orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan
bagi orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.
2:184. Pada hari-hari
yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam
perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari lain; dan bagi orang-orang yang
tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik
baginya, yang buat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih
baik bagi kamu, jika kamu tahu.
2:185. Bulan Ramadan
yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan
sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka
hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu,
berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan
daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak
hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan
Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.
2:186. Dan apabila
hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan
orang yang menyeru apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku,
dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.
2:187. Dihalalkan
bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah
pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu
khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka
sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan)
untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi
kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai
malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu
had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah
menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.
2:188. Dan janganlah
kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, dan kamu menawarkannya
kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat makan, dengan dosa, sebahagian daripada
harta manusia yang lain sedang kamu mengetahuinya.
2:189. Mereka tanya
kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang
ditetapkan bagi manusia, dan Haji." Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke
rumah-rumah dari belakangnya, tetapi ketaatan adalah untuk jadi bertakwa; maka
datangilah rumah-rumah dari pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu
beruntung.
2:190. Dan berperanglah
di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu
mencabuli; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.
2:191. Dan bunuhlah
mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja
mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada
pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka
memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah
mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya.
2:192. Tetapi, jika
mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:193. Perangilah
mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah;
kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada
orang-orang zalim.
2:194. Bulan haram
untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan
(qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang
kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta
orang-orang bertakwa.
2:195. Dan
nafkahkanlah (belanjakanlah) di jalan Allah, dan janganlah lemparkan diri-diri
kamu dengan tangan-tangan kamu sendiri ke dalam kebinasaan, tetapi buat baik;
sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.
2:196. Sempurnakanlah
Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang
mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di
tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya,
ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa
aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya
daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka
berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh,
genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil
Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam
balasan-Nya.
2:197. Haji adalah
pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang tetapkan untuk Haji padanya,
tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh buat fasiq, dan tidak
boleh berbantahan semasa dalam Haji. Dan apa-apa kebaikan kamu buat, Allah
mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi bekal yang paling baik ialah takwa;
maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang empunya minda.
2:198. Tidak salah ke
atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu
bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah
pada-Nya oleh kerana Dia beri petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu
adalah orang-orang yang sesat.
2:199. Kemudian
bertolaklah dari mana manusia bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah;
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:200. Apabila kamu
sudah laksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu ingati
bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "Wahai
Pemelihara kami, berikan kami di dunia", dan tiadalah baginya bahagian di
akhirat.
2:201. Dan antara
manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berikan kami di dunia
yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah kami daripada azab
Api."
2:202. Mereka itu,
mereka akan dapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah cepat
buat hitungan.
2:203. Dan ingatlah
akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa
bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa
melambatkannya, ia bukanlah satu dosa padanya, jika dia bertakwa. Dan kamu
takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
2:204. Dan antara
manusia, ada yang ucapannya terhadap kehidupan dunia menarik hati kamu, dan dia
bersaksikan Allah atas apa yang di dalam hatinya, padahal dialah yang paling
degil dalam pertengkaran.
2:205. Dan apabila
dia berpaling, dia berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya, dan untuk
musnahkan tanaman, dan anak-anak pokok; dan Allah tidak suka kerosakan.
2:206. Dan apabila
dikatakan kepadanya, "Takutilah Allah", kemuliaan mengambilnya dalam
dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahanam - betapa buruknya buaian!
2:207. Dan antara
manusia ada yang jual diri-diri mereka kerana inginkan kepuasan hati Allah; dan
Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.
2:208. Wahai
orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan
jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
2:209. Tetapi jika
kamu tergelincir, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada kamu, maka
ketahuilah bahawa Allah Perkasa, Bijaksana.
2:210. Apakah mereka
nanti-nantikan, melainkan bahawa Allah akan datang kepada mereka dalam
lindungan awan, dan malaikat-malaikat? Perkara telah diputuskan, dan kepada
Allah semua perkara dikembalikan.
2:211. Tanyalah Bani
Israil berapa banyaknya bukti-bukti yang jelas yang Kami beri mereka. Sesiapa
tukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras
dalam balasan-Nya.
2:212. Dinampakkan
indah bagi orang-orang tidak percaya (kafir) ialah kehidupan dunia, dan mereka
ejek orang-orang yang percaya; tetapi orang-orang bertakwa adalah di atas
mereka pada Hari Kiamat; dan Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia hendaki tanpa
hitungan.
2:213. Manusia adalah
umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita
gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang
benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan.
Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas
datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk
kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya
mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia
hendaki pada jalan lurus.
2:214. Atau, adakah
kamu sangka kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama
dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh musibah dan
kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga Rasul dan orang-orang yang percaya
bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah dekat.
2:215. Mereka tanya
kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah, "Apa sahaja
kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak
yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan
kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
2:216. Dituliskan
(ditetapkan) bagi kamu berperang, walaupun ia adalah kebencian bagi kamu, dan
mungkin kamu benci sesuatu yang lebih baik bagi kamu, dan mungkin kamu suka
sesuatu yang lebih buruk bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.
2:217. Mereka tanya
kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang
padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan
tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya
daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah)
adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti
memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka
boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati
sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat,
dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal
selama-lamanya.
2:218. Tetapi
orang-orang yang percaya, dan orang-orang yang hijrah, dan berjuang di jalan
Allah, merekalah yang mempunyai harapan daripada pengasihan Allah; dan Allah
Pengampun, Pengasih.
2:219. Mereka tanya
kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya dosa besar, dan
beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada
manfaatnya." Dan mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut
nafkahkan. Katakanlah, "Yang berlebihan." Begitulah Allah menjelaskan
ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan.
2:220. Dunia dan
akhirat. Mereka tanya kamu mengenai anak yatim. Katakanlah, "Untuk
membetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka,
maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu. Allah tahu benar orang yang buat
kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia
menyulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana."
2:221. Jangan kahwin
perempuan-perempuan yang sekutukan sehingga mereka percayai; hamba perempuan
yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang sekutukan, walaupun dia
menarik hati kamu. Dan jangan kahwin orang-orang lelaki yang sekutukan sehingga
mereka percayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang
sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah
menyeru ke Taman, dan ampunan, dengan izin-Nya, dan Dia jelaskan ayat-ayat-Nya
kepada manusia supaya mereka ingat.
2:222. Mereka tanya
kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu
jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati
mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka,
maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu ." Sesungguhnya
Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan
diri mereka.
2:223.
Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu
seperti yang kamu hendaki, dan dahulukanlah untuk diri kamu; dan takutilah
Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya. Berilah kamu berita gembira
kepada orang-orang mukmin.
2:224. Janganlah buat
Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan
bertakwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.
2:225. Allah tidak
pertanggungjawabkan kamu atas sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia pertanggungjawabkan
kamu atas apa yang hati-hati kamu usahakan; dan Allah Pengampun, Penyantun.
2:226. Bagi
orang-orang yang bersumpah memantangkan diri daripada perempuan-perempuan
mereka, mereka tunggu empat bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
2:227. Tetapi jika
mereka memutuskan untuk bercerai, maka sesungguhnya Allah Mendengar,
Mengetahui.
2:228.
Perempuan-perempuan yang diceraikan akan tunggu sendiri selama tiga haid, dan
tidaklah halal bagi mereka untuk sembunyikan apa yang Allah cipta di dalam
rahim mereka jika mereka percayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu
suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk kembalikan mereka jika mereka
hendak membetulkan. Bagi mereka ada hak yang baik seperti ke atas lelaki,
tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka; Allah Perkasa,
Bijaksana.
2:229. Penceraian
(talak) adalah dua kali; kemudian tahan dengan baik, atau lepaskan dengan baik.
Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa kamu sudah beri kepada
mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat lakukan had-had (hudud)
Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat lakukan had-had Allah, maka tidak
salah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itu had-had Allah;
jangan mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang
zalim.
2:230. Jika dia
ceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia kahwin
suami lain. Kemudian jika dia (suami baru) ceraikannya, maka tidak salah ke
atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka sangka mereka akan
lakukan had-had Allah. Itu had-had Allah; Dia jelaskannya bagi kaum yang tahu.
2:231. Apabila kamu
ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah
mereka dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik; jangan tahan mereka
dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang buat demikian itu menzalimi dirinya
sendiri. Jangan ambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan
rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia turunkan
kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa
Allah tahu segala sesuatu.
2:232. Apabila kamu
ceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, jangan halangi
mereka daripada kahwini suami-suami mereka, apabila mereka sudah saling setuju
antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang
percayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu;
Allah tahu, dan kamu tidak tahu.
2:233. Para ibu akan
susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi
orang yang hendak sempurnakan susuan. Adalah atas bapa
untuk beri rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebankan
melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk
anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa
dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya hendak, dengan persetujuan bersama
dan rundingan, untuk tidak susukan, maka tidak ada kesalahan ke atas mereka.
Dan jika kamu hendak cari penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu
asal sahaja kamu serah apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan
ketahuilah bahawa Allah lihat apa kamu buat.
2:234. Dan
orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, mereka akan
tunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka sampai
tempoh mereka, maka tiadalah kesalahan ke atas kamu mengenai apa mereka buat
pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah sedar apa kamu buat.
2:235. Tidak ada
kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu
tawari, atau sembunyikan di dalam diri kamu. Allah tahu bahawa kamu akan
mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia
tanpa kamu ucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu putuskan untuk ikatan
perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah
tahu apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah
bahawa Allah Pengampun, Penyantun.
2:236. Tidak ada
kesalahan ke atas kamu jika kamu ceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum
sentuh mereka, dan tidak juga tetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun
demikian, berilah peruntukan untuk mereka - orang yang mewah menurut
kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan
dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang buat baik.
2:237. Dan jika kamu
ceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka, dan kamu sudah pun tetapkan bagi
mereka bahagian yang ditentukan, maka (berilah) setengah daripada apa kamu
telah tetapkan, kecuali jika mereka maafkan, atau dia maafkan yang di tangannya
ikatan perkahwinan; bahawa kamu maafkan adalah lebih dekat dengan takwa.
Janganlah lupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah lihat apa kamu
buat.
2:238. Peliharalah
salawat (doa mohon ampun), dan solat di tengah, dan berdirilah kamu patuh
kepada Allah.
2:239. Jika kamu
dalam ketakutan, maka sambil berjalan kaki, atau menunggang. Apabila kamu telah
aman, ingatlah akan Allah sebagaimana Dia telah ajar kamu apa yang kamu tidak
tahu.
2:240. Dan
orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka
buat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa
mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidak salah ke atas kamu
mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah
Perkasa, Bijaksana.
2:241. Bagi
wanita-wanita yang diceraikan, (diberi) peruntukan dengan baik sebagai suatu
kewajipan bagi orang-orang bertakwa.
2:242. Begitulah
Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya bagi kamu supaya kamu faham.
2:243. Tidakkah kamu
renungkan orang-orang yang keluar dari tempat tinggal mereka, beribu-ribu
ramainya, kerana takut akan mati? Allah berkata kepada mereka,
"Matilah!" Kemudian Dia hidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai
pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
2:244. Maka
berperanglah di jalan Allah, dan ketahuilah bahawa Allah Mendengar, Mengetahui.
2:245. Siapakah dia
yang akan pinjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, dan Dia akan gandakan
untuknya dengan banyak? Allah menggenggam dan menjulurkan, dan kepada-Nya kamu
akan dikembalikan.
2:246. Tidakkah kamu
renungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata
kepada seorang Nabi mereka, "bangkitkan untuk kami seorang raja dan kami
akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa
jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?"
Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang
telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka,
apabila perang dituliskan bagi mereka, mereka berpaling kecuali sedikit antara
mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
2:247. Kemudian Nabi
mereka berkata kepada mereka, "Sesungguhnya Allah bangkitkan Thalut bagi
kamu sebagai raja." Mereka berkata, "Bagaimanakah patut bagi dia
menjadi raja kepada kami, yang lebih berhak daripadanya pada kerajaan,
memandangkan dia tidak diberi harta yang banyak?" Dia berkata,
"Sesungguhnya Allah memilihnya di atas kamu, dan tambahkannya dengan luas
dalam pengetahuan dan tubuh. Allah beri kerajaan kepada siapa Dia hendaki; dan
Allah Merangkumi, Mengetahui."
2:248. Dan Nabi
mereka berkata kepada mereka, "Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut
(peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada
Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga
Harun tinggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang
demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin."
2:249. Dan apabila
Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, "Allah uji kamu dengan
sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa
yang tidak rasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang ceduk seceduk
dengan tangannya." Tetapi mereka minum daripadanya, kecuali sedikit antara
mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya
bersamanya, mereka berkata, "Kami tidak ada kekuatan pada hari ini
terhadap Jalut dan tenteranya." Berkata orang-orang yang sangka akan temui
Allah, "Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah kalahkan satu
golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang
sabar."
2:250. Maka, apabila
mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, "Wahai
Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami,
dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."
2:251. Dan mereka
kalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud bunuh Jalut; dan Allah beri
kepadanya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia ajarnya apa yang Dia hendaki.
Sekiranya Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang
lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.
2:252. Ini adalah
ayat-ayat Allah Kami bacakan kamu dengan benar, dan sesungguhnya kamu adalah
daripada para utusan.
2:253. Dan
Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian yang lain.
Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan
darjat. Dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami
kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu
orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah
bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan
sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah
hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa
sahaja Dia hendaki.
2:254. Wahai
orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu,
sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan,
dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang tidak percaya -
merekalah orang-orang zalim.
2:255. Allah, tidak
ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal. Mengantuk tidak mengambil-Nya,
dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit dan apa yang di
dalam bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Nya, kecuali dengan
izin-Nya? Dia tahu apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka, dan
mereka tidak tahu sesuatu daripada pengetahuannya, kecuali apa yang Dia
hendaki. Takhta-Nya merangkumi langit dan bumi, dan Dia tidak rasa tertekan
menjaga keduanya; Dia Yang Tinggi, Yang Agung.
2:256. Tidak ada
paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa
yang tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada
pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.
2:257. Allah ialah
Wali (Pelindung) orang-orang yang percaya; Dia keluarkan mereka dari kegelapan
kepada cahaya. Dan orang-orang tidak percaya, wali mereka ialah Thagut, yang
keluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan; mereka itulah penghuni-penghuni
Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
2:258. Tidakkah kamu
renungkan orang yang debat Ibrahim mengenai Pemeliharanya kerana Allah beri
kepadanya kerajaan, ketika Ibrahim berkata, "Pemeliharaku ialah Dia yang
menghidupkan dan mematikan." Berkata, "Aku menghidupkan dan
mematikan!" Ibrahim berkata, "Allah datangkan matahari dari timur,
maka datangkanlah ia dari barat!" Lalu orang tidak percaya tercengang.
Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
2:259. Atau, seperti
orang yang melalui sebuah bandaraya yang telah roboh di atas
junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah hidupkan ini setelah
ia mati?" Maka Allah matikannya seratus tahun, kemudian Dia bangkitkannya
kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata,
"Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia,
"Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan
minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami
buat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana
Kami akan susunkannya, dan kemudian kelubunginya dengan daging." Maka,
apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya tahu bahawa Allah
berkuasa atas segala sesuatu."
2:260. Dan apabila
Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana
Engkau hidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa,
tidakkah kamu percayai?" Dia berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku
tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah
mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap
bukit, kemudian serulah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan
segera. Dan adakah kamu tahu bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"
2:261. Persamaan
orang-orang yang nafkahkan (belanjakan) harta mereka di jalan Allah seperti
persamaan sebutir biji yang tumbuhkan tujuh tangkai bijirin. Pada tiap-tiap
tangkai bijirin, ada seratus biji. Maka Allah gandakan kepada sesiapa Dia
hendaki; Allah Merangkumi, Mengetahui.
2:262. Orang-orang
yang nafkahkan harta mereka di jalan Allah, kemudian tidak ikut apa yang mereka
nafkahkan dengan celaan dan gangguan, upah mereka adalah di sisi Pemelihara
mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:263. Ucapan yang
baik, dan ampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan;
dan Allah Kaya, Penyantun.
2:264. Wahai
orang-orang yang percaya, jangan batalkan sedekah kamu dengan celaan dan
gangguan, seperti orang yang nafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada
manusia, dan dia tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti
persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat
menimpanya, dan tinggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu
daripada apa yang mereka usahakan. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak
percaya.
2:265. Tetapi
persamaan orang-orang yang nafkahkan harta mereka dengan inginkan kepuasan hati
Allah, dan untuk teguhkan diri mereka, adalah seperti persamaan sebuah kebun di
atas bukit; hujan lebat menimpanya, dan ia berikan hasilnya dua kali ganda.
Jika tiada hujan lebat menimpanya, namun demikian, embun; dan Allah lihat apa
kamu buat.
2:266. Adakah sesiapa
antara kamu beringinkan mempunyai sebuah kebun (jannah) palma dan anggur,
dengan sungai-sungai mengalir dari bawahnya, dan segala macam buah-buahan di
dalamnya untuknya. Kemudian umur tua menimpanya, dan dia mempunyai keturunan,
tetapi lemah. Kemudian angin puyuh mengandungi api menimpanya, dan ia terbakar.
Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu fikirkan.
2:267. Wahai
orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada benda-benda yang baik yang kamu
usahakan, dan daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan
janganlah bermaksud yang buruk-buruk daripadanya untuk kamu nafkahkan, sedang
kamu tidak akan mengambilnya sendiri melainkan kamu picingkan sebelah mata
padanya; dan ketahuilah bahawa Allah Kaya, Terpuji.
2:268. Syaitan
janjikan kamu kemiskinan dan suruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah janjikan
kamu ampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
2:269. Dia beri
kebijaksanaan (Hikmah) kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa diberi
Kebijaksanaan, dia diberi banyak kebaikan, dan tiada yang ingat, kecuali
orang-orang empunya minda.
2:270. Dan apa sahaja
nafkah yang kamu nafkahkan, atau apa sahaja nazar yang kamu nazarkan, maka
sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang
zalim.
2:271. Jika kamu
nampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri
orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan
lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah sedar apa kamu buat.
2:272. Bukan atas
kamu jadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia
hendaki. Dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk diri kamu sendiri,
dan kerana demikianlah kamu nafkahkan, hanya inginkan Wajah Allah; dan apa-apa
kebaikan kamu nafkahkan, akan dibayar kepada kamu sepenuhnya, dan kamu tidak
akan dizalimi.
2:273. Bagi
orang-orang fakir yang terkepung di jalan Allah, dan yang tidak boleh
berpergian di bumi; orang bodoh sangka mereka kaya kerana mereka tidak
meminta-minta, tetapi kamu kenali mereka dengan tanda mereka; mereka tidak
minta kepada manusia dengan mendesak, dan apa-apa kebaikan kamu nafkahkan, maka
sesungguhnya Allah mengetahuinya.
2:274. Orang-orang
yang nafkahkan harta mereka, malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka,
upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada
mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:275. Orang-orang
yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia
ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu kerana mereka kata, "Jual beli
adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli dan haramkan riba.
Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya dan dia
berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi
sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal
selama-lamanya.
2:276. Allah hapuskan
riba, tetapi sedekah, Dia besarkan. Allah tidak suka setiap orang yang berdegil
dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.
2:277. Orang-orang
yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan lakukan solat, dan beri zakat,
upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada
mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:278. Wahai
orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum
diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin.
2:279. Tetapi jika
kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan
kamu, dan Rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat harta
kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
2:280. Dan jika ada
yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika
kamu sedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu tahu.
2:281. Dan takutilah
akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa
dibayar sepenuhnya apa yang ia telah usahakan, dan mereka tidak dizalimi.
2:282. Wahai
orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu
sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan
hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang
penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka
hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan,
dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan
sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh
imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah
untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan
lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas
hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan
ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan
jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya;
itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan
lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai),
yang kamu jalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu
tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama
kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu
lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar
kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.
2:283. Dan jika kamu
dalam perjalanan, dan kamu tidak dapati seorang penulis, maka adakanlah satu
cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu percayai sebahagian yang
lain, hendaklah orang yang dipercayai tunaikan amanatnya, dan hendaklah dia
bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan sembunyikan kesaksian, dan
sesiapa sembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah tahu apa kamu buat.
2:284. Kepunyaan
Allah segala yang ada di langit, dan di bumi. Sama ada kamu nampakkan apa yang
di dalam diri kamu, atau kamu sembunyikan, Allah akan hitungkannya kepada kamu.
Dia ampun siapa Dia hendaki, dan azab siapa Dia hendaki; Allah berkuasa atas
segala sesuatu.
2:285. Rasul percaya
kepada apa diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin,
dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan
Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. "Kami tidak beza-bezakan seorang pun
antara Rasul-Rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat.
Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau
kepulangan."
2:286. Allah tidak
bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia
usahakan, dan ke atasnya apa yang ia usahakan. "Wahai Pemelihara kami,
janganlah Engkau pertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau buat kesilapan.
Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau bebankan kami sebagaimana Engkau telah
bebankan orang-orang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau
bebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah
kami, dan ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka
tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!