Rabu, 11 November 2015

QUR'AN ADALAH HADIS YANG PALING BAIK ???

ALLAH S.W.T
 Berfirman :
“Allah turunkan HADIS yang paling baik sebagai sebuah Kitab...”
[ Q.S. AZ-ZUMAR 39 : 23 ]

“Itu ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?”
[ Q.S. AL-JATSIYAH 45 : 6 ]

“...Dan siapakah lebih benar HADISnya daripada Allah?"
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 87 ]

Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan percayai?
[ Q.S. AL-MULSALAT 77 : 50 ]

“Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.”
[ Q.S. LUQMAN 31:6 ]

"Apa, adakah kamu anggap HADIS ini (al-Qur'an) rendah?"
[ Q.S. AL-WAQIAH 56 : 81 ]

"Maka tinggalkanlah Aku bersama orang yang dustakan HADIS ini (al-Qur'an)! Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak tahu"
[ Q.S. AL-QALAM 68 : 44 ]



RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W 
Bersabda :
"Sebaik-baik HADIS adalah Kitab Allah (Qur'an), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SAW, dan paling jeleknya perkara adalah semua perkara yang baru, dan setiap perkara yang baru adalah bid’ah, dan semua bid’ah itu sesat”. 
[ H.R.S : Imam Muslim dan Imam Baihaqi Ra.A. ]

“Kutinggalkan kepadamu dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab ALLAH (Al Quran) dan petunjukku (‘ltrah Ahlul Baitku). 
Daripada Ibnu ‘Abbas R.A 
[ H.R.S : Imam al-Hakim & Imam Muslim Ra. A. ]

"Janganlah kamu tuliskan apa-apa yang daripadaku, dan siapa yang menuliskannya daripadaku selain Al-Qur’an, hendaklah dia hapus. Dan khabarkan sajalah olehmu apa-apa yang daripadaku itu(Al-Qur’an), hal mana tidaklah menjadi satu dosa. Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan maka bersedialah menepati tempat duduknya di Neraka." 
Daripada Abu Hurairah, Abdullah Bin Mas’ud, Abu Sa'id al-Khudri R.A dan Ummu Salamah RA 
[ H.R.S : Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Hibban, Abu Dawud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad Ra. A. ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!