Ahad, 22 November 2015

AL-QUR'AN ITU RASUL ???



Telah terbit satu persoalan mengenai Rasul, yang mengakibatkan sesetengah pihak disangka jadi Rasul pada hari ini. Sangkaan lahir daripada fahaman bahawa Rasul terdiri daripada golongan manusia dan malaikat sahaja. Dan bahawa Rasul, menurut al-Qur'an, didapati berada di kalangan masyrakat dewasa ini. Firman Allah,
"Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus." (3:101)
Kerana Rasul dikatakan hadir pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri daripada orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya didapati begitu ramai.


Sedia maklum bahawa ayat-ayat Allah yang diturunkan, antara lain, beri petunjuk kepada manusia pada jalan lurus. Tugas itu, apabila direnungkan tidak hanya mampu dilaksana oleh Rasul jenis manusia kerana sebuah Kitab pun mampu buat demikian. Lalu Kitab itu boleh juga dianggap sebagai Rasul, seperti ditunjukkan dalam kandungan Peringatan berbunyi,
"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.
Allah beri petunjuk kepada siapa ikut kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus." (5:15-16)


Rasul dikatakan telah datang dan apa yang dikatakan telah datang di situ dijelaskan lagi dengan frasa sebuah Kitab yang jelas. Justeru, ayat tersebut dengan jelas membawa mesej iaitu Rasul adalah Kitab.


Penurunan Kitab ambil masa yang lama, di antara sebuah Kitab dengan Kitab yang lain (contoh, Injil dan al-Qur'an yang memakan masa kira-kira 600 tahun, atau al-Qur'an hingga ke hari ini selama lebih 1400 tahun). Kerana begitu lama mungkin terdapat orang-orang di kalangan ahli Kitab menyatakan tidak ada sebarang pemberi berita gembira mahu pun pemberi amaran datang kepada mereka. Namun Allah sangkal mereka dengan ayat berikut:
"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, 'Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran.' Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu." (5:19)
Dia menyatakan bahawa Rasul merupakan pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Pembawa dan pemberi tersebut boleh berbentuk sebuah Kitab. Seperti Kitab al-Qur'an, yang tidak dinafikan berfungsi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran menurut firman berbunyi,

"Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu, pemberi berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak mendengar. (4 1:3-4)
Serupa mana-mana Rasul jenis manusia, al-Qur'an juga dikatakan memberi berita gembira dan beri amaran, dan kerana mesejnya masih terpelihara hingga hari ini maka mana-mana manusia tidak perlu lagi menganggap diri mereka sebagai Rasul.

Kerana Rasul boleh berbentuk sebuah Kitab, seperti al-Qur'an, sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, maka Rasul kita pada hari ini ialah Kitab al-Qur'an.


Allah disanjung!

*Penulis BACAAN

9 OKT. 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!