ALLAH .S.W.T
Berfirman :
Sesiapa yang
tidak percaya kepada Allah sesudah keimanannya - kecuali orang yang dipaksa,
dan hatinya tenteram dalam keimanannya - tetapi sesiapa yang dadanya
dilapangkan dalam ketidakpercayaan, maka kepada merekalah kemurkaan daripada
Allah, dan bagi mereka, azab yang besar. Itu kerana mereka lebih suka kehidupan
dunia daripada akhirat, dan bahawa Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak
percaya. Mereka itu, Allah letak penutup pada hati mereka, dan pendengaran
mereka, dan penglihatan mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang
lalai. Tidak syak, di akhirat merekalah orang-orang yang rugi. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi
orang-orang yang hijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang dan sabar,
sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu, Pengampun, Pengasih. Pada hari
tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa
dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi. Allah
buat satu persamaan: sebuah bandaraya yang aman, tenteram, rezekinya datang
kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya
(kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan
ketakutan kerana apa yang mereka kerjakan.
[ Q.S. AN-NAHL
16 : 106-112 ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!