Jumaat, 25 September 2015

Q.S. AN-NAHL 16 : 78-84 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran; supaya kamu bersyukur.

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda bagi kaum yang beriman.

Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah, yang kamu mendapatinya ringan semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, hingga ke suatu masa.

Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.

Kemudian, jika mereka masih berpaling ingkar maka sesungguhnya engkau hanya bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan cara yang jelas nyata.

Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar.

Dan hari Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi; kemudian tidak diizinkan bagi orang-orang yang kafir dan mereka pula tidak diminta memohon keredaan Allah.
 [ Q.S. AN-NAHL 16 : 78-84 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam  Bukhari Ra. A. : juzuk ke-9, m.s. 42 ]


“Sesungguhnya seringkali aku kedatangan Warid (semacam
ilham atau kasyf), kemudian semua itu tidak aku terima begitu
saja kecuali dengan dua saksi yang adil, yaitu kitabullah(Qur’an) dan
Sunnah Nabi-Nya.”
IMAM AL-JUNAID AL-BAGHDADI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!