ALLAH S.W.T
Berfirman :
”Maha suci Allah yang
telah menjalankan (ASRA) hamba-Nya (Muhammad) pada waktu malam dari
al-Masjidil-Haram (di Mekah) ke al-Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami
memberkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui”.
[ Q.S. AL-ISRA 17 : 1
]
“Maka apakah kamu
(musyrikin Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang dilihatnya itu?, Dan
sungguh, dia (Muhammad) telah melihatnya (dalam rupanya yang sebenar) pada
waktu yang lain (Mihraj), Iaitu di Sidratulmuntaha, Dekat dengannya ada syurga
tempat tinggal."
[ Q.S AL-NAJM 53 : 14
– 15 ]
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba
kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada
kamu, dalam tiga masa; sebelum SOLAT FAJAR dan ketika kamu membuka pakaian
kerana kepanasan tengah hari ( Az-Zahri ), dan sesudah SOLAT ISYAK; itulah tiga
masa bagi kamu...”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 58)
WAKTU SOLAT
“PELIHARA-lah kamu
(kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) SOLAT-SOLAT, khasnya
SOLAT WUSTA (SOLAT PERTENGAHAN), dan berdirilah kerana ALLAH (dalam SOLAT kamu)
dengan taat dan khusyuk.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 :
238 ]
"Dan DIRIKANLAH
SOLAT- SOLAT(wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang ( pagi dan petang ), dan pada waktu-waktu
yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan
(terutama SOLAT) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang
demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.”
[ Q.S. HUD 11 : 114 ]
“DIRIKANLAH olehmu
SOLAT- SOLAT ketika gelincir matahari (ZOHOR) hingga waktu gelap malam (ASAR,
MAGHRIB DAN ISYAK), dan Bacaan Fajar sesungguhnya Bacaan Fajar itu adalah
disaksikan. Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
TAHAJJUD padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
[ Q.S. AL-ISRA 17 :
78-79 ]
“Wahai orang-orang
yang beriman! Apabila diserukan untuk mengerjakan SOLAT pada hari JUMAAT, maka
segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah
berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya), Apabila telah ditunaikan SOLAT, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah
banyak-banyak supaya kamu beruntung”
[ Q.S. JUMU’AH 62 :
9-10 ]
RASULULLAH NABI
MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Aku telah didatangi
Buraq. Yaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keledai
tetapi lebih kecil dari bighal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut buraq
tersebut mencapai ujungnya." Beliau bersabda lagi: "Maka aku segera
menungganginya sehingga sampai ke Baitul Maqdis .... Kemudian aku dibawa ke
Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar seperti telinga gajah dan ternyata buahnya
sebesar tempayan." Beliau bersabda: "Ketika beliau menaikinya dengan
perintah Allah, maka sidrah muntaha berubah. Tidak seorang pun dari makhluk
Allah yang mampu menggambarkan keindahannya karena indahnya. Lalu Allah
memberikan wahyu kepada beliau dengan mewajibkan shalat lima puluh waktu sehari
semalam. Lalu aku turun dan bertemu Nabi Musa Alaihissalam, dia bertanya,
'Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? ' Beliau bersabda:
"Shalat lima puluh waktu'. Nabi Musa berkata, 'Kembalilah kepada Tuhanmu,
mintalah keringanan karena umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah
mencoba Bani Israel dan menguji mereka'. Beliau bersabda: "Aku kembali
kepada Tuhan seraya berkata, 'Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku'.
Lalu Allah subhanahu wata'ala. mengurangkan lima waktu shalat dari beliau'.
Lalu aku kembali kepada Nabi Musa dan berkata, 'Allah telah mengurangkan lima
waktu shalat dariku'. Nabi Musa berkata, 'Umatmu tidak akan mampu
melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi'. Beliau
bersabda: "Aku masih saja bolak-balik antara Tuhanku dan Nabi Musa,
sehingga Allah berfirman: 'Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan lima waktu
sehari semalam. Setiap shalat fardu dilipatgandakan dengan sepuluh kali lipat.
Maka itulah lima puluh shalat fardu. Begitu juga barangsiapa yang berniat,
untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, niscaya akan dicatat baginya
satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya.
Sebaliknya barangsiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak
melakukannya, niscaya tidak dicatat baginya sesuatu pun. Lalu jika dia mengerjakannya,
maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya'. Aku turun hingga sampai kepada
Nabi Musa, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih saja berkata, 'Kembalilah
kepada Tuhanmu, mintalah keringanan'. Aku menjawab, 'Aku terlalu banyak
berulang-ulang kembali kepada Tuhanku, sehingga menyebabkanku malu
kepada-Nya'."
Daripada Anas bin
Malik R.A, Tsabit al-Bunani, Hammad bin Salamah dan Syaiban bin Farrukh
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
“Turun Jibril, lalu
dia menjadi imam bagiku Dan aku sholat bersamanya, kemudian aku sholat
bersamanya, lalu aku sholat bersamanya dan aku sholat bersamanya dan aku sholat
bersamanya Nabi menghitung dengan lima anak jarinya.”
Daripada Abu Mas’ud R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra.
A. ]
Nabi SAW di datangi
oleh Jibril a.s dan berkata kepadanya, “Bangunlah dan lakukan solat.” Maka
beliau melakukan solat ZOHOR ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu ASAR
menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka beliau SAW
melakukan solat Asar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang
benda itu. Kemudian waktu MAGHRIB menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan
lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Maghrib ketika matahari
terbenam. Kemudian waktu ISYA' menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan
lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Isyak ketika syafaq (mega merah)
menghilang. Kemudian waktu SUBUH menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan
lakukan solat.” Maka beliau SAW melakukan solat Subuh ketika waktu fajar
merekah/ menjelang.”
Daripada Jabir bin
Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad,
Nasai dan Tirmizi Ra. A. ]
”Aku adalah orang yang
paling menghafal di antara kalian tentang shalatnya Rasulullah SAW. Aku
melihatnya tatkala bertakbir , menjadikan kedua tangannya sejajar dengan kedua
pundaknya, dan jika ruku’, beliau menetapkan kedua tangannya pada kedua
lututnya, lalu meluruskan punggungnya. Dan jika beliau mengangkat kepalanya,
maka ia berdiri tegak hingga kembali setiap dari tulang belakangnya ke
tempatnya. Dan jika beliau sujud, maka beliau meletakkan kedua tangannya tanpa
menidurkan kedua lengannya dan tidak pula melekatkannya (pada lambungnya), dan
menghadapkan jari-jari kakinya kearah kiblat. Dan jika beliau duduk pada
raka’at kedua, maka beliau duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan
(duduk iftirasy), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau
mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki yang lain, dan duduk diatas
tempat duduknya – bukan di atas kaki kiri- (duduk tawarruk).”
[ H.R.S : Imam Bukhari
Ra. A. ]
SEJARAH DAN ASAL-USUL 5
SOLAT FARDHU
Nabi Muhammad SAW
merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia
ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi
Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini
merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana
solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SOLAT SUBUH
Orang yang pertama
mengerjakan solat Subuh adalah Nabi Adam iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari
Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan, membuatkannya
berasa takut sangat. Lalu apabila Fajar Subuh keluar, maka Nabi Adam menunaikan
solat dua rakaat.
Rakaat pertama :
Bersyukur terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :
Bersyukur siang telah menjelma.
Niat Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat
Fardu Subuh dua rakaat kerana Allah
Ta'ala”
Rakaat pertama itu
kalimah Tauhid
Rakaat yang kedua kalimah Rasul
HUKUMAN MENINGGALKAN
SOLAT SUBUH :
Allah akan mencampak
ke dalam Neraka Jahannam selama 60 000 tahun Aqabah Akhirat.
SOLAT ZOHOR
Orang pertama
mengerjakan solat Zohor Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T.
memerintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. seruan datangnya waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua :
Bersyukur dibukakan dukacitanya juga anaknya.
Rakaat ketiga :
Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah.
Rakaat keempat : Bersyukur
korbannya digantikan kibas
Niat Solat Zohor:
“Sahaja aku solat
fardu Zuhur empat rakaat kerana Allah
Ta'ala”
Waktu Zohor 4 rakaat :
1. Rakaat pertama
menandakan wujudnya Dzat Allah.
2. Rakaat kedua
menandakan wujudnya Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga
menandakan wujudnya Asma’ Allah.
4. Rakaat yang keempat
menandakan wujudnya Af'al Allah.
HUKUMAN MENINGGALKAN
SOLAT ZOHOR :
Dosa seperti membunuh
1000 orang Islam.
SOLAT ASAR
Orang pertama
mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan Allah
dari perut ikan nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu
telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus segera menunaikan solat
empat rakaat tanda bersyukur diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:
Rakaat pertama : Kelam
kesalahan.
Rakaat kedua : Kelam
air laut.
Rakaat ketiga : Kelam
malam.
Rakaat keempat : Kelam
perut ikan.
Niat Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu
Asar empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Waktu ‘Asar 4 rakaat,
menyatakan kepada 4 alam :
1. Rakaat pertama
menyatakan kedudukan di Alam Roh.
2. Rakaat kedua
menyatakan kedudukan di Alam Mithal.
3. Rakaat ketiga
menyatakan kedudukan di Alam Ajsam.
4. Rakaat keempat
menyatakan kedudukan di Alam Insan.
HUKUMAN MENINGGALKAN
SOLAT ASAR :
Dosa seperti
meruntuhkan kiblat umat Islam iaitu Ka'abah.
SOLAT MAGHRIB
Orang pertama
mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S.,tatkala dikeluarkan Allah dari
kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan
dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :
Menafikan ketuhanan selain Allah Maha Esa.
Rakaat kedua :
Menafikan tuduhan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh
melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :
Meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada dua atau tiga.
Niat Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat
fardu maghrib tiga rakaat kerana Allah
Ta’ala”
Waktu Maghrib 3
rakaat, menyatakan kepada 3 diri :
1. Rakaat pertama
menyatakan hal keadaan Diri Azali.
2. Rakaat kedua
menyatakan hal keadaan Diri Terperi.
3. Rakaat ketiga
menyatakan hal keadaan diri terdiri.
HUKUMAN MENINGGALKAN
SOLAT MAGRIB :
Dosa seperti berzina
dengan ibu bapa sendiri.
SOLAT ISYAK
Orang pertama
mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., tatkala Nabi Musa tersesat
mencari jalan keluar negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan
dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita waktu Isyak akhir.
Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kehilangan
perasaan dukacita tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : Dukacita
terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : Dukacita
terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Dukacita
terhadap anak Firaun.
Niat Solat Isyak:
“Sahaja aku solat
fardu Isyak empat rakaat kerana Allah
Ta’ala”
Waktu Isya’ 4 rakaat,
menandakan 4 nama bagi diri yang batin :
1. Rakaat pertama
menyatakan bersifat Wujud, mengesakan Dzat Allah.
2. Rakaat kedua
menyatakan bersifat Ilmu, mengetahui akan Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga
menyatakan bersifat Nur, menyatakan ia akan Asma’ Allah.
4. Rakaat keempat
menyatakan bersifat Syuhud, ma’rifat akan Af'al Allah.
HUKUMAN MENINGGALKAN SOLAT ISYAK :
Allah tidak redha
kepada orang yang meninggalkan solat ini tinggal di bumiNya dan guna segala
nikmatNya.
*Nabi Muhammad SAW adalah
orang pertama yang menunaikan solat Isyak dengan melewatkannya sehingga ke
tengah malam.
LIMA KEMULIAAN KEPADA
YANG ISTIQAMA DENGAN SOLAT
1.
Kemuliaan di dunia
2.
Dihindarkan dari siksa kubur
3.
Mendapatkan doa2 dari orang2 sholeh
4.
Dimudahkan dalam menyusuri Siratal Mustaqim.
5.
Dihindarkan dari pemeriksaan amal ibadah di dunia.
HUKUMAN DAN AKIBAT
MENINGGALKAN SOLAT FARDHU
ALLAH S.W.T
Berfirman :
"Apakah yang
menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) SAQAR?" Orang-orang yang bersalah
itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang
mengerjakan SOLAT.”
[ Q.S. AL-MUDDATHTHIR
74 : 42-43 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sesungguhnya amalan
pertama akan dihisab pada seseorang hamba ialah SOLAT-nya. Jika solatnya baik
maka sesungguhnya beliau telah berjaya dan selamat dan sekiranya solatnya rosak
maka sesungguhnya rugi dan binasalah ia. Sekiranya berlaku sesuatu kekurangan
pada solat fardhunya, maka Tuhan Pemelihara Azza wa Jalla akan berfirman
(kepada para malaikat-Nya) : Lihatlah oleh kamu adakah hamba-Ku mempunyai
ibadat tathowwu’? Lalu solat fardhunya itu disempurnakan dengan solat
tathowwu’-nya itu. Kemudian seluruh amalan dihisab sedemikian juga.”
Daripada Abu Hurairah
R.A
[ H.R.S : Imam Tirmidzi,
An-Nasa’i, Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Hakim Ra. A. ]
“Barangsiapa yang
memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh
Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati,
tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat.”
1. Allah SWT
mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan
mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan
menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang
meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang
pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan
mengabulkan doanya.
7. Orang yang
meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
8. Meninggal dalam
keadaan yang sangat lapar.
9. Meninggal dalam
keadaan yang sangat haus.
10. Orang yang
meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
11. Meninggal dalam
keadaan yang sangat lapar.
12. Meninggal dalam
keadaan yang sangat haus.
13. Orang yang
meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
14. Allah SWT TIDAK
akan memandangnya dengan kasih sayang.
15. Allah SWT TIDAK
akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di Neraka.
"Perjanjian di
antara kita orang ISLAM dan orang KAFIR ialah SOLAT dan sesiapa meninggalkan SOLAT.
Sesungguhnya dia telah menjadi seorang KAFIR.”
[ H.R.S : Imam Tirmidzi
Ra. A. ]
"Sesungguhnya
yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan
meninggalkan solat."
[ H.R.S : Imam Muslim Ra.
A. ]
“Rasulullah SAW diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala
mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali
kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya.
Lalu Rasulullah SAW bertanya:
“Siapakah ini wahai
Jibril?”
Penghulu Malaikat, Jibril
A.S menjawab:
“Mereka ini orang yang
berat kepalanya untuk menunaikan Solat Fardhu.”
[ H.R.S : Imam Tabrani
Ra. A. ]
“Sesiapa yang
memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan
kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak
memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan. Malahan dia
adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun,
Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.”
Daripada Abdullah bin
Umar R.A
[ H.R.S : Imam Ahmad, Tabrani
dan Ibnu Hibban Ra. A. ]
WALLAHU’ALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!