ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan BERPUASA sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari
yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir,
(bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka)
itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya
berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih
dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun
demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau
kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan
kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang
salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia
berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan
ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia
tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa,
bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah
sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah
mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat
kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan
carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta
minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
kegelapan malam), iaitu WAKTU FAJAR. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga
WAKTU MALAM; dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang
beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu
menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian
manusia supaya mereka bertaqwa.”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 183-187 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Bila malam (al-lail) telah datang dari arah sini (timur) dan siang
telah pergi dari arah sini (barat) dan telah tenggelam matahari (Malam), maka
sungguh orang puasa telah berbuka.”
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
“Barang siapa mendirikan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan
kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”
[ H.R.S : Imam Bukhari &
Imam Muslim Ra. A. ]
“Janganlah kamu dahului puasa
Ramadhan dengan puasa satu hari atau dua hari, kecuali bagi orang yang biasa
berpuasa, maka puasa sehari itu diperbolehkan.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]
“Bila kamu telah melihat
tanggal 1 bulan Ramadan, maka puasalah, dan bila kamu melihat tanggal 1 Syawal,
maka berhari rayalah. Tetapi bila mendung, maka perkirakanlah (sesuai dengan
hari perhitungan).”
Daripada Ibnu Umar R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!