ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang
beriman. (yakni) Orang-orang yang khusyu' dalam solatnya. Dan orang-orang yang
menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan
orang-orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang MENJAGA KEMALUANNYA,
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka
sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di
sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”
[ Q.S.
AL-MUKMINUN 23 : 1-7 ]
“... ALLAH telah menerangkan satu persatu
kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu... ”
[ Q.S. AL-AN’AM 6 : 119 ]
“Dan, janganlah kamu menghampiri ZINA,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan).”
[ Q.S. AL-ISRAA 17 : 32 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Wahai
Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana
sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan
kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia
berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan.”
Daripada Abdullah ibn Mas’ud R.A
[ H.R.S : Imam bukhari, Muslim, Nasaie dan
Ahmad Ra. A. ]
“Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada
kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali ALLAH
S.W.T akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya.”
[ H.R.S : Imam Ahmad & At-Tabrani, Ibn
Kathir & Al-Munziri Ra. A. ]
“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat
pertolongan ALLAH S.W.T: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri)
yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin
menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan ALLAH
S.W.T.”
[ H.R.S : Imam at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu
Majah Ra. A. ]
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan
yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat
(samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap
syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa
yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang
diharamkan...”
Daripada Abu Abdillah Nu’man bin Basyir R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Muslim Ra. A. ]
“HARUS
melakukan Onani @ Istimna apabila bimbang akan berlaku zina dan tidak mampu
berkahwin.” IMAM HANBALI & IMAM ABU HANIFAH Ra. A
“HARAM secara mutlak melakukan Onani @
Istimna.”
SYAIKH IBNU TAIMIYAH, IMAM AHMAD DAN IMAM MALIK
Ra. A.
“Jauhilah Istimna (Onani) sesungguhnya, ia
perbuatan Syaitan yang merosakkan jiwa dan raga. Ingatlah, sesungguhnya Istimna (Onani) salah satu
antara cabang yang mengundang maksiat Zina.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
“Melemahkan zakar, pancutan pra-matang dan mati
pucuk. Menyebabkan lemah daya fikir dan lemah daya ingatan, Menyebabkan
keletihan, Membazir air mani dan menjadi satu sebab tersembunyi yang meruntuhkan
kehidupan rumah tangga bagi yang sudah berkahwin. Keburukan Onani secara
jelasnya merosakkan kesihatan tubuh pelakunya. Tidak kira lelaki atau wanita, elakkan
Onani walau dengan apa cara sekalipun!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!