ALLAH S.W.T
Berfirman :
“(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu),
samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari
kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan
membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu
kandungan KITAB (AL-QUR’AN) serta HIKMAH (SUNNAH), dan mengajarkan kamu apa
yang belum kamu ketahui.”
[Q.S. AL-BAQARAH 2 : 151 ]
“... Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang
yang beriman.”
[ Q.S. AL-ANFAL 8 : 1 ]
“...Dan sesiapa yang tidak taat
kepada hukum ALLAH (Qur’an) dan RASUL-Nya(Sunnah) maka sesungguhnya ia telah SESAT
dengan kesesatan yang jelas nyata.”
[ Q.S. AL-AHZAB 33 : 36 ]
“Dan apa jua perintah yang
dibawa oleh Rasul (Qur’an dan Sunnah) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan
apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi
orang-orang yang melanggar perintahNya).”
[ Q.S. AL-HASYR 59 : 7 ]
"... Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya."
[ Q.S. AL-KAHFI 18 : 26 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QUR’AN dan SUNNAH-ku.”
Daripada Ibnu ‘Abbas R.A
Khutbah terakhir 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit
Arafah
[ H.R.S : Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Hakim, Ahmad Ibn Hanbal dan
Imam Malik Ra. A. ]
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka bersedialah menepati tempat duduknya di Neraka."
Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A & Ummu Salmah R.A
[H.R.S. M : Imam Muslim Ra. A. ]
"Aku adalah seorang nabi, bukanlah pendusta, aku adalah cucu
Abdul Muthalib."
Daripada Al-Abbas bin Abdul Muthalib R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!