SALAM
ALLAH
SWT
Berfirman
:
“Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu
sebelum meminta izin dan memberi SALAM kepada penghuninya.Yang demikian itu
lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” [ Q.S. AN-NUR 24 : 27 ]
“Dan
apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah SALAM atas diri kalian.”
[
Q.S. AN-NUR 24 : 61 ]
“Apabila
kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan
lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah
memperhitungkan segala sesuatu”.
[
Q.S. AN-NISA’ 4 : 86 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
“Hak
seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: Apabila engkau menjumpainya engkau berikan
salam kepadanya. Apabila ia mengundangmu
engkau memperkenankan undangannya. Apabila ia meminta nasihat, engkau
menasehatinya. Apabila ia bersin dan
memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). Apabila ia sakit hendaklah engkau
menjenguknya. Apabila ia mati hendaklah
engkau hantarkan jenazahnya.”
[
H.R.S : Imam Muslim Ra. A. hadis no. 2162 ]
“Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila
kamu beriman. Iman mu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama
lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan
menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah
ucapan SALAM di antara satu sama lain,
baik kepada yang kamu kenal maupun yang belum kamu kenal.”
Daripada
Abu Hurairah R.A
[
H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
“Tatkala
ALLAH menciptakan Adam A.S, Dia berfirman, “Pergilah dan ucapkanlah SALAM
kepada para Malaikat yang sedang duduk, lalu perhatikanlah apa yang mereka akan
jawab, sesungguhnya jawaban (para malaikat itu) adalah salam (penghormatan)mu
dan anak keturunanmu. Maka Adam A.S berkata, “ASSALAMU’ALAIKUM”, lalu mereka
(para malaikat) menjawab, “Assalamu’alaika wa Rahmatullah”. Mereka menambahkan:
“Warahmatullah”.
Daripada
Abu Hurairah R.A
[
H.R.S : Imam Bukhari (6227) & Imam Muslim (2841) Ra. A. ]
“Kamu memberi makan (orang yang
memerlukannya), dan kamu mengucapkan SALAM kepada orang yang kamu kenal dan
yang tidak kamu kenal.”
Daripada
‘Abdullah bin ‘Amru bin al’Ash R.A bahawa seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah S.A.W, “Ajaran Islam yang manakah yang paling baik?”
[
H.R.S : Imam Bukhari (4684) & Imam Muslim (993) Ra. A. ]
“Sesungguhnya
Nabi S.A.W apabila baginda mengucapkan suatu kalimat, baginda mengulanginya
tiga kali. Dan apabila baginda datang kepada suatu kaum, baginda memberi salam
kepada mereka tiga kali.”
Daripada
Anas R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
“Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa
lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
[
H.R.S : Imam Abu Daud dan dishahihkan oleh Imam Al-Albani Ra. A. ]
Seorang
lelaki bertanya:
Wahai
Rasulullah S.A.W, jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya,
apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu
bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab “Tidak.”
Orang itu bertanya lagi: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam
dengannya?”
Baginda
S.A.W menjawab: “Ya.”
Dari
Anas R.A
[
H.R.S : Imam Tirmizi Ra. A. ]
“Janganlah kalian memberi SALAM seperti orang-orang
Yahudi dan Nasrani, kerana sesungguhnya pemberian salam mereka memakai ISYARAT
dengan tangan.”
Daripada
Jabir bin Abdullah R.A
[
H.R.S : Imam Baihaqi dan Imam Al-Albani
Ra. A. ]
“Janganlah memulakan ucapan salam kepada
Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah
mereka ke arah sudut yang sempit.”
Dari
Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)
bersabda yang maksudnya;
[
H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
“Jawablah dengan ucapan WA’ALAIKUM.”
Daripada
Qatadah, daripada Anas bin Malik R.A bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi
wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan
Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya?”
[
H.R.S : Imam Muslim , Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah Ra. A. ]
Keadaan
sahabat Rasulullah SAW apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan berjabat
tangan, dan jika mereka menyambut kepulangan yang jauh, maka mereka berpelukan.
[
H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A. ]
“Jadilah
kamu orang yang pertama mengucapkan SALAM kepada saudaramu agar penyakit dalam
hatimu sirna dan diganti dengan kasih sayang. Jabatlah tangan saudara seagamamu
kecuali yang diharamkan bagimu menyentuhnya.”
IMAM
MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!