ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku...”
[ Q.S. AL-BAQARAH 2 : 152 ]
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu
pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan Allah dan hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati
ALLAH banyak-banyak.”
[ Q.S. AL-AHZAB 33 : 21 ]
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah
serta sebutlah nama ALLAH dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
[ Q.S. AL-AHZAB 33 : 41 ]
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu
(ALLAH) dalam HATI-mu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut
(melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu
pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
[ Q.S. AL- ‘A’RAF 7 : 205 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Aku seperti yang hambaku sangkakan, dan
aku bersama dengannya apabila dia mengingati (berzikir) pada-Ku. Jika dia
mengingatiKu (berzikir) berseorangan, Aku mengingatinya berseorangan, jika dia
mengingatiKu (berzikir) di perkumpulan ramai (mala'), Aku mengingatinya di
perkumpulan ramai yang lebih baik dari itu.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.Q.R.S. : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]
"Tidak akan tiba
kiamat hingga tidak ada yang mengucapkan di atas bumi (kalimat) ALLAH, ALLAH."
[ H.R.S : Imam Muslim Ra.
A. ]
"Kiamat tidak akan
dirasakan oleh orang yang mengucapkan (kalimat) ALLAH... ALLAH...”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra.
A. ]
“Perbandingan orang yang berzikir dengan orang
yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.
Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati.”
Daripada Abu Musa R.A
“Siapa yang banyak mengingati
ALLAH (zikrullah), Allah menyayanginya.”
Daripada Saidatina ‘Aisyah R.A
Daripada Saidatina ‘Aisyah R.A
[ H.R.S : Fairuz Ad-Dailami
R.A ]
“Hendaklah kamu banyak
berzikir kepada ALLAH, sehingga orang orang mengatakan bahawa kamu telah GILA.”
Daripada Abu Said Al-Khudri
R.A
[ H.R.S : Imam Al-Hakim
dan Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi Ra. A. ]
“Hidupkanlah hatimu dengan
Zikir ALLAH... tidurkan hatimu dengan Zikir ALLAH dan berilah makan dan minum
hatimu dengan Zikir ALLAH... ALLAH... ALLAH...
Sesungguh tidak berzikir seseorang hamba ALLAH itu melainkan ALLAH akan
mengingatinya dengan lebih baik dari itu.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL
AL-KHAIR B.A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!