Selasa, 31 Mac 2015

MAT SALLEH ???




Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di PengalabanPaitan.


Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.





Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.



Jumaat, 27 Mac 2015

IMAN ???

ALLAH S.W.T
Berfirman : 
".... Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[ Q.S AT-TAUBAH 9 : 61 ]
“Wahai orang-orang yang beriman! Kekalkanlah keimananmu kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadanya. Maka, sesiapa yang ingkar kepada Allah SWT dan para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya serta hari akhirat, sesungguhnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang cukup jauh.”
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 136 ]
“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”
[ Q.S. YUSUF 12 : 106 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu Istiqamah’.”
Daripada Sufyan Ibn ‘Abdullah R.A  
[ H.R.S : Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah Ra. A. ]


"Iman adalah percaya kepada Allah S.W.T, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari Akhirat dan Qada dan Qadar yang baik dan buruk daripada Allah SWT.”

[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. – Hadis Jibril ]

Khamis, 26 Mac 2015

Q.S. IBRAHIM 14 : 31-33 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).  Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).  Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 31-33]



RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat.”
 [ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat."
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]

"Sesungguhnya saat yg paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang bersujud."
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]


Selasa, 24 Mac 2015

ALLAH ???



"Tiada yang menenangkan Hati selain Zikrullah."
Imam MJK B.A

Selasa, 17 Mac 2015

NABI ISA AL-MASIH A.S @ JESUS ???




RASULULLAH NABI ISA AL-MASIH A.S
BERSABDA :
"Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku kitab suci (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; serta berbakti kepada ibu-ku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan itu semoga dilimpahkan kepada-ku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan juga pada hari aku dibangkitkan hidup kembali."

[ Q. S. MARYAM 19 : 30-33 ]

ALLAH & RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W .... NABI ISA A.S ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.”
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 25-27]




RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Orang yg redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul, nescaya akan merasakan kelazatan iman.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Sebaik-baik Ucapan adalah Kitab Allah Azza Wa Jalla dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wa Sallam."
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Tiada seorang beriman hingga aku (Muhammad SAW) lebih dicintai dari ayahnya, anaknya, dan seluruh manusia."
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Cintai apa yang dicintai Allah dan rasul-Nya, dan bencilah apa yang dibenci oleh Allah dan rasul-Nya."
[ H.R.S : Imam Ahmad Ra. A. ]

"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka."
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]




RASULULLAH NABI ISA AL-MASIH A.S
BERSABDA :
"Sesungguhnya aku ini hamba ALLAH, Dia memberiku kitab suci (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; serta berbakti kepada ibu-ku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan itu semoga dilimpahkan kepada-ku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan juga pada hari aku dibangkitkan hidup kembali."
[ Q. S. MARYAM 19 : 30-33 ]

AIB DAN KEBURUKAN MANUSIA???



ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
[ Q.S AN-NUR 24 : 19 ]

 “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang lain); kecuali oleh orang yang dianiayakan.  Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.”
[ Q.S AN-NISA’ 4 : 148-149 ]

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?  maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
[ Q.S. AL HUJURAT 49 : 12 ]



RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“… Siapa yang menutup aib seorang Muslim nescaya ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Tidaklah Allah menutup aib seorang hamba di dunia melainkan nanti di hari kiamat ALLAH juga akan menutup aibnya.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Wahai sekalian orang yang mengaku berislam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari-cari aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat saudaranya sesema muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya.”
[ H.R.S : Imam Tirmidzi Ra. A. ]


“Tutuplah aib saudaramu sepertimana engkau menutupi aib dirimu sendiri dengan sabar dan ikhlas kerana-Nya.   Sesungguhnya ALLAH pasti akan menutupi aib mu di dunia dan di Akhirat.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A


“Jangan mengucapkan saksi dusta tentang sesamamu.”
( DEVARIM NABI MUSA A.S  DALAM KITAB ULANGAN 5 : 20 )
 “Jauhkanlah dirimu dari segala jenis kejahatan.”
(DEVARIM PENDETA PAULUS DALAM 1 TESSALONIKA 5 : 22)


SEBUAH KISAH NABI MUSA DAN ORANG YANG BERTAUBAT
Pada zaman Nabi Musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi Musa bersama 70 ribu lain umatnya melakukan solat istisqa’ iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. tetapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.
Nabi Musa berbicara dengan Allah :
“Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku ”
Lalu Allah menjawab antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat.
Sejurus itu bertanya Nabi Musa kepada ummatnya “siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat . Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini ”
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah didepan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun mohon agar Allah mengampunkan dosanya dan menyesal diatas dosa dosanyanya itu. Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 Tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.  Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah. Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?
Lalu, ALLAH menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.
Nabi Musa bertanya kepada Allah, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?
Allah menjawab. “Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada-Ku?”
(KISAH ISRAILLIYAT )



Sabtu, 14 Mac 2015

JIHAD ???





ALLAH SWT
Berfirman :
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
[ Q.S AT-TAUBAH 9 : 41 ]

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)."
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 75 ]

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
[ Q.S. AL-ANFAAL 8 : 60 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Barangsiapa berjuang supaya Kalimah Allah menjadi yang paling tinggi maka dia fi sabilillah (pada Jalan Allah)”
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Muslim Ra. A. ]

“Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Muttafaqun Alaihi. ]

“Berjihadlah menentang orang musyrikin dengan harta, nyawa dan lidah kamu.”
[ H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A. ]


“Apabila kamu ingin ber-JIHAD fi Sabilillah, maka mintalah dan berdoalah kepada ALLAH SWT,  kalahkan Nafsumu dengan Iman dan minta izinlah dari ibu dan bapamu, tutuplah wajahmu dan hilangkan Riya’ dalam hatimu dan niatkan IKHLAS kerana ALLAH S.W.T semata-mata agar apabila kamu gugur di medan Jihad, maka Syahid-mu diterima ALLAH S.W.T sebagai Syahid yang sejati.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A


“Sebab TUHAN, ELOH-mu, Dialah yang berjalan menyertai kamu untuk berperang bagimu melawan musuhmu, dengan maksud memberikan kemenangan kepadamu.”


(KITAB ULANGAN 20 : 4 )

Khamis, 12 Mac 2015

SALAM ???

SALAM

ALLAH SWT
Berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi SALAM kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” [ Q.S. AN-NUR 24 : 27 ]

“Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah SALAM atas diri kalian.”
[ Q.S. AN-NUR 24 : 61 ]

“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”.
[ Q.S. AN-NISA’ 4 : 86 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara:  Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya.  Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya.  Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya.  Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya).  Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya.  Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. hadis no. 2162 ]

 “Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Iman mu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan SALAM  di antara satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal maupun yang belum kamu kenal.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Tatkala ALLAH menciptakan Adam A.S, Dia berfirman, “Pergilah dan ucapkanlah SALAM kepada para Malaikat yang sedang duduk, lalu perhatikanlah apa yang mereka akan jawab, sesungguhnya jawaban (para malaikat itu) adalah salam (penghormatan)mu dan anak keturunanmu. Maka Adam A.S berkata, “ASSALAMU’ALAIKUM”, lalu mereka (para malaikat) menjawab, “Assalamu’alaika wa Rahmatullah”. Mereka menambahkan: “Warahmatullah”.
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari (6227) & Imam Muslim (2841) Ra. A. ]

 “Kamu memberi makan (orang yang memerlukannya), dan kamu mengucapkan SALAM kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.”
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al’Ash R.A bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ajaran Islam yang manakah yang paling baik?”
[ H.R.S : Imam Bukhari (4684) & Imam Muslim (993) Ra. A. ]

“Sesungguhnya Nabi S.A.W apabila baginda mengucapkan suatu kalimat, baginda mengulanginya tiga kali. Dan apabila baginda datang kepada suatu kaum, baginda memberi salam kepada mereka tiga kali.”
Daripada Anas R.A
 [ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
 “Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
[ H.R.S : Imam Abu Daud dan dishahihkan oleh Imam Al-Albani Ra. A. ]

Seorang lelaki bertanya:
Wahai Rasulullah S.A.W, jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab “Tidak.” Orang itu bertanya lagi: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?”
Baginda S.A.W menjawab: “Ya.” 
Dari Anas R.A
[ H.R.S :  Imam Tirmizi Ra. A. ]

 “Janganlah kalian memberi SALAM seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana sesungguhnya pemberian salam mereka memakai ISYARAT dengan tangan.”
Daripada Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Baihaqi dan  Imam Al-Albani Ra. A. ]

 “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit.”
Dari Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang maksudnya;
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

    “Jawablah dengan ucapan WA’ALAIKUM.”
Daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik R.A bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya?”
[ H.R.S : Imam Muslim , Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah Ra. A. ]

Keadaan sahabat Rasulullah SAW apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan berjabat tangan, dan jika mereka menyambut kepulangan yang jauh, maka mereka berpelukan.
[ H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A. ]

“Jadilah kamu orang yang pertama mengucapkan SALAM kepada saudaramu agar penyakit dalam hatimu sirna dan diganti dengan kasih sayang. Jabatlah tangan saudara seagamamu kecuali yang diharamkan bagimu menyentuhnya.”
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A


Isnin, 9 Mac 2015

Q.S. IBRAHIM 14 : 22-24 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu. Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 22-24 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Mencari ilmu adalah Fardhu bagi setiap Muslim.”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Ibnu Majah [0184] ]


“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.”
[ H.R.S : Ahmad dan Tirmidzi Ra. A. ]

“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
[ H.R.S : Abu Daud Ra. A. ]


“Aku boleh berdebat dengan sepuluh orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah berdebat dengan satu orang yang Jahil.  Kerana orang yang Jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”
IMAM MUHAMMAD IBN IDRIS AL-SYAFII Ra. A.

"Hindarilah berdebat dengan orang Jahil dan Ego. Engkau hanya akan memperolehi kekalahan dan permusuhan. Tetapi berdebatlah dengan orang yang berilmu dan berkasih sayang. Nescaya engkau akan perolehi pengetahuan dan kepuasan."

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A