ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan Kami
tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia
menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dan
sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan
membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau
mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah
mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu,
mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang
yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.
Dan
(ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat
Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya
yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula
menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan
kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang
besar dari Tuhan kamu."
Dan
(ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya,
jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Dan Nabi
Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya
berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana
sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(Mengapa kamu masih berdegil) bukankah telah
datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu,
iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta orang-orang yang kemudian
daripada mereka ? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan
Allah. Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa
keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut
mereka sambil berkata: "Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang -
mengikut dakwaan kamu - kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah
dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami
kepadanya".
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 4-9 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Kelak akan
muncul kaum dari keturunan orang tersebut. Bacaan al-Quran kamu tidak ada
nilainya dibandingkan bacaan mereka, dan solat kamu tidak ada nilainya
dibandingkan solat mereka, dan puasa kamu tidak ada artinya dibandingkan puasa
mereka. Mereka membaca al-Quran sehingga kamu akan menyangka bahwasanya
al-Quran itu milik mereka saja, padahal sebenarnya al-Quran itu akan melaknat
mereka. Umatku akan menderita di tangan mereka. Merekalah seburuk-buruknya manusia.
Jika aku hidup saat itu, aku akan bangkit melawan mereka.”
[HRS : Imam
Bukhari & Imam Muslim Ra. A.]
“Tidak ada
penyakit berjangkit, tiada kesialan, tiada jelmaan roh manusia yang keluar dari
kuburnya dan tiada kecelakaan pada bulan Safar dan larilah kamu daripada orang
yang berpanyakit kusta sepertimana kamu lari daripada singa.”
Daripada Abu
Hurairah R.A
[H.R.S :
Imam Bukhari Ra. A.]
“Jika kamu
dengar berita sesuatu wabak Taun berlaku di sesuatu tempat, maka janganlah kamu
memasuki tempat itu dan jika ia sudah berlaku di tempat kamu maka jangalah kamu
keluar daripadanya.”
[H.R.S :
Imam Bukhari Ra. A.]
“Tidaklah
seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah
menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang
menggugurkan daun-daunnya."
[H.R.S :
Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A.]
"Berdebat
dengan orang jahil dan ego hanya menghasilkan kekalahan dan permusuhan.
Berdebatlah dengan orang berakal dan bijak serta merendah-diri, nescaya kamu
berdua pasti menang dan mengeratkan silaturrahim serta menguatkan
keyakinan."
IMAM
MUHAMMAD JIBRIL AL- KHAIR B.A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!