Kenapa Al-Qur’an
berbahasa Arab? ...dan kenapa Nabi-Nabi diturunkan di Tanah Arab? Yang disoal pasti menjawab kerana Arab
pusatnya dunia. Ya! memang jawaban itu ada benarnya namun masih kurang tepat
dan kurang lengkap. Memang Jazirah Arab
dan Jazirah timur tengah adalah pusatnya dunia, karena Jazirah ini yang
menghubungkan tiga benua yaitu Asia, Eropah dan Afrika. Pada awal tamadun dan perkembangan
manusia juga terjadi di Jazirah Arab yang kemudian menyebar ke seluruh dunia.
Pendapat yang
menyatakan bahawa bahasa Arab telah ada semenjak zaman Nabi ‘Adam A.S, sehingga
perintis tulisan Arab dan pola kalimat bahasa Arab adalah Adam. Pendapat ini
merupakan pendapat yang paling klasik dan merupakan interpretasi secara langsung
dari Q.S. AL-BAQARAH 2 : 31, yang artinya
kurang lebih sebagai berikut: “Allah telah mengajari Adam pengetahuan tentang
segala nama.” Dari dalil ini, mereka yang ‘berpendapat’ bahwa nama-nama benda
dan berbagai hal atau sifat di dunia ini telah diajarkan oleh Allah kepada Adam
dalam bahasa Arab. Bahkan pengikut pendapat ini yang lebih tegas menyatakan bahawa
huruf Arab telah dikuasai oleh Adam tanpa belajar dan langsung dari Allah
seketika, atau disebut sebagai sebuah mukjizat atau paling tidak sebagai
karunia (nadzariyah at tauqif).
ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan Ia
telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya....”
[
Q.S. AL-BAQARAH
2 : 31 ]
“Yang Maha
Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia-lah yang telah mengajarkan
Al-Quran. Dia-lah yang telah menciptakan manusia; Dia-lah yang telah
membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.”
[
Q.S. AR-RAHMAN 55
: 1-4 ]
“Dan
demikianlah Kami telah menurunkan Al-Qur’an sebagai bacaan dalam bahasa
Arab...”
[ Q.S. TAHA 20 :
113 ]
“Dan demi
sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: "
Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia.” (Padahal) bahasa orang yang mereka
sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini BERBAHASA
ARAB yang fasih nyata.”
[
Q.S. AN-NAHL 16 : 103 ]
“Dan
sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah
diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril
yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang
dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran dengan BAHASA ARAB yang fasih serta
terang nyata.”
[
Q.S. AS-SHU’ARA’ 26 :
193-195 ]
“Sesungguhnya
Kami menurunkan kitab itu sebagai Qur’an yang dibaca dengan BAHASA ARAB, supaya
kamu memahaminya.”
[
Q.S. YUSOF 12
: 2 ]
“Maka
sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Qur’an dengan bahasamu ialah supaya
mereka beringat dan insaf.”
[
Q.S. AD-DUKHAN 44 : 58 ]
“laitu
Al-Quran yang BERBAHASA ARAB, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang
terpesong; supaya mereka bertaqwa.”
[ Q.S.
AZ-ZUMAR 39 : 28 ]
“Haa,
Miim. Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami jadikan
Kitab itu sebagai QUR’AN yang diturunkan dengan BAHASA ARAB, supaya kamu memahaminya.”
[ Q.S. AZ-ZUKHRUF
43 : 1-3 ]
“Sebuah
Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu AL-QUR’AN yang
diturunkan dalam BAHASA ARAB bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan
memahami kandungannya.”
[ Q.S. FUSSILAT
41 : 3 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
“Cintailah
kalian bangsa Arab itu kerana tiga perkara : Kerana daku berbangsa Arab,dan
Al-Qur’an itu diturunkan di dalam bahasa Arab,dan percakapan ahli Syurga itu
bahasa Arab.”
Daripada Ibn ‘Abbas R.A
[
H.R.Hasan : Imam Tabrani di dalam
al-Awsath, Imam Hakim, Imam Baihaqi di dalam Syu’b al-Iman & Al-Hafiz As-Salafi, Imam ‘Iraqi, Imam
as-Suyuti, Mulla ‘Ali al-Qari, Imam As-Silafi dan Imam Az-Zurqani Ra. A. ]
“Jika terhinanya Bangsa (bahasa) Arab, maka akan terhinalah agama Islam
.”
Daripada
Jabir bin Abdullah R.A
[ H.R.Hasan
: Jabir
bin Abdullah R.A]
“Mencintai (Bahasa)
Arab adalah Iman, membenci Arab adalah Nifaq.”
[ H.R.S : Imam
Muslim Ra. A. ]
[*dengan lafaz
“Hubb al-Ansar min al-iman,” -Kitab al-Iman, hadith : 74]
“Bahasa yang
paling dibenci oleh ALLAH S.W.T adalah bahasa Parsi, bahasa Syaitan bahasa
Khuzi, bahasa ahli Neraka bahasa Bukhara, dan bahasa ahli Syurga bahasa Arab.”
Daripada Abu
Hurairah R.A
[ H.R.S : Abu
Hurairah R.A]
“Daku orang
Arab, al-Quran dalam bahasa Arab, dan bahasa ahli Syurga pun Arab.”
Daripada Abu
Hurairah R.A
[ H.R.S. : Imam Thabarani
di dalam al-Mu’jam al-Ausath, Imam al-Sayuthi Ra. A.]
“Ahli Syurga
akan masuk ke Syurga dengan ketinggian Adam 60 hasta ukuran hasta Malaikat,
dengan kecantikan Yusuf, dengan usia Isa 33 tahun dan dengan Lisan Muhammad
Sollahu ‘Alaihi Wassalam (iaitu berbahasa Arab). Wajah mereka muda kacak, licin
dan bercelak.”
Daripada Anas
Bin Malik R.A
[ H.R.Dhaif : Imam
Ibn Abi Dunya ; Kitab Sifat al-Jannah ]
“Bahasa Arab ialah bahasa Syurga, barangsiapa
yang bercakap dengannya, maka baginya hikmah yang banyak.”
[ NUKILAN :
Hukama’ ]
ARAB secara
bahasa bermaksud GURUN, atau sebuah hamparan tanah tandus berpasir yang sangat
minima pepohonannya, serta menerima suhu panas matahari secara langsung. Jadi
orang Arab adalah orang yang menghuni daerah gurun, dan bahasa Arab adalah
bahasa Gurun. Bangsa Arab adalah rumpun
bangsa semitik, bersama bangsa Yahudi, Persia, Syiria dan Kanaan, dan merupakan
bangsa dengan sejarah peradaban tertua di dunia, hal ini dapat dilihat melalui
peradaban Mesopotamia di lembah sungai Tigris dan Eufrat.
Menurut para
ahli bahasa, bahasa Arab merupakan bahasa yang paling sempurna di antara
seluruh bahasa yang dapat menjelaskan konsep-konsep dan masalah-masalah
mendalam dan luas dalam bentuk-bentuk indah dan singkat. Bahasa Arab
memang sebuah bahasa yang istimewa. Sehingga ALLAH S.W.T berkenan berbicara
kepada umat manusia dengan bahasa Arab melalui Al-Qur’an Al-Kariim. Padahal
Al-Qur’an itu bukan hanya ditujukan kepada bangsa Arab saja, melainkan untuk
seluruh umat Manusia dan Jin di sepanjang zaman. Manusia yang hidup di dunia
terdiri dari berbagai suku, bangsa, ras dan ribuan bahasa, namun ALLAH S.W.T menetapkan
hanya ada satu bahasa yang digunakan untuk kitab suci Al Qur’an yaitu bahasa ARAB,
bukan bahasa lain.
Nabi Adam adalah
orang yang BERBANGSA DAN BERBAHASA ARAB. Namun setelah ia membangkang dan
memakan buah terlarang, ALLAH S.W.T menafikan
Syurga dan segala nikmatnya dari Nabi Adam dan menjadikan Bumi dan ladangnya
sebagai gantinya. ALLAH S.W.T mengambil bahasa Arab darinya dan menggantikannya
dengan bahasa Suryani. Kemudian orang yang pertama kali berkata-kata dengan
bahasa Arab adalah Nabi Ismail. Nabi Yusuf pada perjumpaannya pertama kali
dengan Raja Mesir menyampaikan salam dalam bahasa Arab. Nabi Sulaiman
menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa ibadahnya demikian juga dikatakan bahawa
para perdana menteri Imam Mahdi Ra. A yang nota-bene bukan berbangsa Arab akan
bercakap-cakap dalam bahasa Arab.
Sebelum
diutusnya Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W, ALLAH S.W.T berfirman ke setiap
bangsa manusia di DUNIA dengan menggunakan bahasa masing-masing yang ditutur
dan difahami oleh bangsa itu.
ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Dan Kami
tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia
menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka...”
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 4 ]
Menurut
Kristolog ( peneliti agama Kristen ), Hj. Irena Handono, bahwa ALLAH S.W.T berbicara
kepada setiap bangsa di dunia sesuai dengan bahasa masing-masing bagi setiap
bangsa, termasuk memperkenalkan nama-Nya ( nama Allah ). Misalnya untuk orang Yahudi mengenal Nama
Allah dengan YHWH ( Yehweh), orang Kanaan ( Palestina ) mengenal Nama Allah
dengan Il ( El ), orang India dengan Dev ( Indonesia jadi Dewa). Mungkin juga
di Indonesia ( bangsa Melayu ) mengenal-Nya dengan Tuhan. , bangsa Cina
dengan Thian, atau Jepang dengan Kamisama. Sedangkan bangsa Arab dengan ALLAH (
nama Peribadi dan Asli-Nya).
Kemudian setelah
Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W diutus maka semua bangsa di dunia diseru untuk
masuk agama ISLAM dan wajib menyebut nama Tuhan yang disembah dengan nama ALLAH
S.W.T (Subhanahu wa ta’ala) Sehingga kita sebagai orang Islam tidak boleh
menyebut sesembahan kita dengan Tuhan, tetapi haruslah dengan Nama Asli-Nya
yaitu ALLAH S.W.T ( Irena Handono ). Selain
itu juga ALLAH S.W.T menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa seluruh kaum
muslimin dari berbagai bangsa, suku, bahasa yang ada di dunia ini.
MENGAPA BAHASA
ARAB DAN APA ISTIMEWANYA???
ALLAH S.W.T memilih
bahasa Arab sebagai bahasa wahyu-Nya kepada umat manusia, tentu saja karena
bahasa Arab memiliki keistimewaan dibandingkan bahasa lain. Kerana Bahasa Arab adalah nenek moyang semua
bahasa di dunia ini. Memang di bumi ini
dihuni manusia dengan berbagai bangsa, suku, ras dan ribuan bahasa. Namun, jika
semua bangsa itu dirunut silsilahnya, maka akan diketahui bahawa semua bangsa
berasal dari Jazirah Arab. Nabi Adam A.S
diturunkan ke bumi oleh ALLAH S.W.T di Jazirah Arab.
Beliau memiliki anak,
cucu dan keturunannya juga di Arab. Salah satu keturunan Nabi Adam adalah nabi
Nuh A.S. Saat itu manusia baru berbentuk satu bangsa yaitu kaum Nuh. Banjir
besar telah memusnahkan hampir semua manusia ( kaum Nuh ), dan hanya beberapa
gelintir manusia saja yang selamat, di antaranya adalah Nabi Nuh A.S dan tiga
anaknya, yaitu Yafits, Sam, dan Ham. Ketiga anaknya inilah yang menurunkan
semua bangsa di dunia, Sam menurunkan bangsa Timur Tengah, Eropa dan sebahagian
Afrika, Yafits menurunkan bangsa Asia Timur, Tenggara, sebahagian selatan,
barat, indian Amerika, kutub dan sebagian Eropa, Ham menurunkan bangsa Negro (
Afrika, Papua, Melanesia Pasifik, Aborigin, Maori ) dan sebagian kulit putih di
Asia barat dan Eropah.
Bahasa yang digunakan
oleh Nabi Adam A.S bukan sahaja bahasa HATI, tetapi bahasa LISAN yang berbunyi
dalam bahasa Arab, karena bahasa ini menurut beberapa ulama adalah bahasa para
penghuni Syurga. Nabi Adam ketika turun ke Bumi sudah bercakap-cakap dengan
bahasa Arab, dan TENTU saja keturunan nabi Adam juga berbahasa Arab, termasuk
bahasa kaum Nuh.
Seiring dengan
berkembangnya manusia menjadi berbagai bangsa, maka bahasa Arab kemudian
bertransformasi menjadi berbagai bahasa yang dibawa oleh kabilah-kabilah
manusia yang mengembara ke seluruh daratan Bumi. Maka, terciptalah keaneka-ragaman
bahasa manusia.
Arab adalah Bahasa
Tertua Dan Abadi Di Dunia. Mungkin
sekarang bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling populer sejak awal abad 19,
karena empayar Inggeris yang menjajah sebahagian besar belahan bumi.
Sekolah-sekolah pun wajib mempelajari bahasa Inggeris. Keluar negeri pun kita
harus berbahasa Inggeris, bahkan Tukul pun bangga dengan bahasa Inggeris. Namun, kita harus melihat kenyataan bahawa
bahasa Inggeris yang kita ketahui adalah bahasa Inggeris modern yang telah
banyak bertransformasi, saya yakin seorang yang fasih berbahasa Inggeris akan
bingung jika disuruh membaca teks bahasa Inggeris kuno, yang sudah banyak
kosakata yang hilang dan sudah tidak digunakan lagi. Sebagai permisalan adalah bahasa Melayu kuno,
saya yakin kita orang Malaysia akan bingung jika disuruh membaca naskah
berbahasa Melayu kuno sebelum datangnya Islam ke Nusantara ( sebelum tahun 1200
), karena banyak sekali kosakata yang hilang atau bertransformasi menuntut perkembangan
zaman.
Namun berbeza
dengan bahasa Arab, bahasa itu sejak ribuan tahun silam tetaplah seperti itu,
dan tidak berubah, walaupun ada juga bahasa Arab campuran, tetapi bahasa rasminya,
tetap seperti itu. Bahasa Arab asli disebut bahasa Arab klasik, yang secara
tata bahasa, kosakata tidak pernah berubah dan masih digunakan oleh sebagai
bahasa rasmi Arab Saudi, hanya beberapa perbendaharaan kata yang sedikit
berubah ( pada bahasa Arab modern ). Walaupun di Arab sendiri berkembang bahasa
Arab campuran di kalangan pemuda-pemudi Arab, namun tetaplah bahasa Arab asli
terjaga keasliannya selama ribuan tahun.
Huruf Arab adalah transformasi langsung dari huruf paku bangsa Sumeria,
huruf paku inilah yang menurunkan semua huruf di dunia. Bahkan analisis para ulama mengatakan bahwa
bahasa Arab sudah ada sebelum Nabi Adam ada dan akan terus ada sampai akhir zaman,
karena sudah jelas bahwa bahasa Arab adalah bahasa Syurga. Menurut catatan ahli arkeologi, bahasa Arab
sudah digunakan sekitar 40 abad yang silam atau sekitar 40.000 tahun yang lalu.
Bahasa Arab
Adalah Bahasa Yang Paling Banyak Diserap Oleh Bahasa Lain. Mungkin kita masih
bangga karenamampu bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun, Jerman,
Perancis, dan lain-lain bahasa di dunia. Namun, banyak dari kosakata yang ada
di bahasa-bahasa tersebut yang menyerap dari bahasa Arab. Kalau Kursi jelas itu dari bahasa Arab yang diserap
ke dalam bahasa Melayu sebagai Kerusi, begitu juga dengan kalimat, akhir, awal,
hakim, dan sebagainya, juga merupakan kosakata bahasa Arab. Namun, cuba dengan kata Pisang, pisang dalam
bahasa Inggeris apa?
Sebagai contoh :
Banana ( dibaca Benana ), namun kata Banana ini adalah asli bahasa Arab yaitu
Banaana yang artinya juga pisang. Banaana juga diserap oleh hampir semua bahasa
Eropah, bahkan bahasa Jepun dan Korea pun tetap Banana. Contoh lain adalah
kataAdmiral (Inggeris ), ini juga adaptasi ( penyesuaian lidah ) dari bahasa
Arab yaitu ‘Amirul Rahl’ atau Laksamana ( Panglima tertinggi angkatan laut ).
Contoh lain adalah Qanun ( dibaca konun ), yang bermaksud undang-undang, perintah,
seruan dan nama senjata ( meriam ), Qanun diserap dan diadaptasi oleh bahasa
Inggeris menjadi Canon atau Meriam. Juga kata Sophia dalam bahasa Yunani yang
berarti cinta, juga berasal dari bahasa Arab yaitu Safa, sufi. Dan masih banyak
kata-kata serapan yang diserap dari bahasa Arab yang menjadi kosakata berbagai
bahasa asing.
Bahasa Arab
Adalah Bahasa Yang Mempunyai Kosakata Paling Banyak, karena kekayaan kosakata
inilah yang menjadikan bahasa Arab banyak diserap oleh bahasa lain di dunia. Kekayaan
kosakata bahasa Arab disebabkan karena bahasa Arab adalah bahasa tertua di
bumi, sehingga mempunyai banyak sebutan hanya untuk sebuah benda. Sebagai contoh adalah para peneliti bahasa
Arab menemukan bahwa orang Arab sendiri punya 80 sinonim ( persamaan kata )
untuk kata Unta, dan lebih dari 200 sinonim untuk kata Qalbun atau Anjing.
“Yang demikian
itu, bahawa Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab karena bahasa Arab adalah
bahasa yang paling fasih, jelas, luas, dan maknanya lebih mengena lagi sesuai
untuk jiwa manusia. Oleh karena itu kitab yang paling mulia diturunkan kepada
Rasulullah (Nabi Muhammad S.A.W) yang paling mulia, dengan bahasa yang termulia
(Bahasa Arab), melalui perantara malaikat yang paling mulia (Malaikat Jibril
A.S), ditambah kitab inipun diturunkan pada dataran yang paling mulia di atas
muka bumi (Tanah Arab), serta awal turunnya pun pada bulan yang paling mulia
(Bulan Ramadhan), sehingga Al-Qur’an menjadi sempurna dari segala sisi untuk
seluruh manusia dan Jin.”
[ IBNU KATSIR
Ra. A. ]
KESIMPULANNYA
Inilah sebabnya,
kenapa Islam dan Al-Qur’an berbahasa Arab. Jadi sekarang sudah jelas sebagai
seorang Muslim yang beragama ISLAM, tidak patut berbangga hanya kerana mahir
bahasa Inggeris dengan fasih, atau bahasa-bahasa lain. Karena mempelajari
bahasa Arab adalah sebahagian dari agama ISLAM itu sendiri. Lojiknya, bagaimana mahu memahami kebenaran Islam kalau
tidak tahu bahasa Arab? Padahal umat Islam berjaya karena penguasaan bahasa
Arabnya, dan pada akhirnya terperuk kerana melalaikan pendidikan bahasa Arab
kepada generasi pewaris mereka. Ini sesuatu
yang sangat merugikan kalau ia berterusan.
“Mempelajari
bahasa Arab adalah wajib hukumnya bagi seorang Muslim.”
[ IMAM SYAFIE
Ra.A. ]
Namun, Secara
pastinya seperti menurut kata-kata di bawah ini :
“Segala pujian
bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Tidak diketahui bahasa yang akan dituturkan
oleh Manusia pada hari Akhirat. Tidak diketahui juga manusia akan dengar
daripada percakapan ALLAH S.W.T (pada hari tersebut). Ini kerana, ALLAH SWT dan
Rasul-NYA tidak mengkhabarkan kepada kita sesuatu pun tentang perkara ini.
Tidak kami menemui perselisihan diantara para sahabat RA mengenai masalah ini,
bahkan mereka tidak memanjangkan permasalahan ini kerana berbicara mengenainya
adalah sia sia."
[SYEIKH AL-ISLAM
IBN TAIMIYAH Ra.A ]
Oleh itu, hal
ini terus terbuka kepada kajian dan analisis kepada sesiapa sahaja yang mahu
memikirkannya. Mari kita lihat
hadis-hadis nabi seterusnya dari pelbagai sumber berkenaan hal ini...
RASULULLAH NABI
MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Wahai manusia, ingatlah, sesungguhnya Tuhanmu
(ALLAH) adalah Maha Satu, dan ayahmu adalah Diri Yang Satu (Adam). Orang Arab
tidak lebih utama dari orang Ajam(Bukan Arab), dan orang Ajam tidak lebih utama
dari orang Arab. Tidaklah lebih mulia orang berkulit hitam atas orang yang
berkulit merah, dan tidak lebih mulia orang yang berkulit merah atas orang yang
berkulit hitam, kecuali karena TAQWA.”
'Cinta kepada
Arab merupakan tanda keimanan dan membencinya merupakan tanda kekufuran. Siapa
yang mencintai Arab berarti telah mencintai aku, dan barangsiapa yang membenci
Arab berarti telah membenciku'.
'Cintailah oleh
kamu akan Arab karena tiga hal (dalam riwayat lain, Jagalah hak-hak ku melalui
Arab karena tiga hal : pertama, karena aku orang Arab, kedua Alquran berbahasa
Arab dan ketiga pembicaraan ahli surga dengan bahasa Arab'.
'Cintailah
bangsa Arab dan jagalah kelestarian. Sesungguhnya kelestarian bangsa Arab
adalah cahaya dalam Islam'.
“Kelemahan bangsa
Arab, adalah kelemahan Islam.”
“Tidaklah yang
membenci Arab itu kecuali orang munafik.”
“Wahai Salman,
janganlah membenciku, nanti engkau akan berpisah dengan agamamu. Saya (Salman)
berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana saya membenci engkau yang telah memberiku
hidayah dari ALLAH S.W.T? Bersabda Rasulullah S.A.W: ‘Jika engkau membenci Arab
maka engkau membenciku.’”
“Barangsiapa
mencaci-maki Arab, dia termasuk orang-orang Musyrik.”
“Pertama -tama
orang yang mendapat syafaat dari umatku adalah Ahlu-al-baitku, kemudian yang
paling dekat dari keluargaku, orang yang paling dekat dari kaum Quraisy
kemudian kaum Anshor, kemudian orang yang beriman kepadaku dan mengikutiku dari
orang-orang Yaman, kemudian seluruh bangsa Arab, kemudian seluruh bangsa Ajam
(Bukan Arab).”
“…Arab adalah
barang tambang yang mempunyai keutamaan dibandingkan dengan Ajam,…"
Daripada Imam
Zainal Abidin Ali bin Husein bin Ali bin Abi Thalib
[ H.R.S : Ibnu
Jarir Ra.A ]
“Telah datang
kepadaku Jibril as dan berkata: Ya Muhammad, sesungguhnya Allah swt telah
mengutusku ke dunia, maka aku bentangkan sayapku dari mulai bumi bagian timur
sampai bumi bagian barat, dari mulai tanah yang datar sampai kepada
gunung-gunung, maka tidak aku temukan manusia yang lebih baik dari bangsa Arab,
kemudian aku diperintahkan maka aku bentangkan sayapku pada bangsa Arab, maka
tidak aku temukan manusia yang lebih baik dari Mudhar, kemudian aku
diperintahkan maka aku bentangkan sayapku pada Mudhar, maka tidak aku temukan
manusia yang lebih baik dari Kinanah, kemudian aku diperintahkan maka aku
bentangkan sayapku pada Kinanah, maka tidak aku temukan manusia yang lebih baik
dari Quraisy, kemudian aku diperintahkan maka aku bentangkan sayapku pada
Quraisy, maka tidak aku temukan manusia yang lebih baik dari Bani Hasyim,
kemudian aku diperintahkan untuk memilih yang paling baik di antara diri-diri
mereka, maka tidak aku temukan seorang yang paling baik dari diri engkau.”
[ Oleh : Imam
Ja'far al-Shadiq Ibn Muhammad al-Baqir Ra. A. ]
Apa pun hadis-hadis
yang tertera di atas, kebanyakkan di-HASAN-kan dan ada yang di-DHOIF-kan oleh
para ulama Islam hari ini. Mereka punya
alasan tersendiri tentang hal ini.
Namun, ia tidak menjadi satu sebab mengapa kita MALAS menguasai bahasa
Arab. Kerana dengan menguasai bahasa
Arab sahajalah kita akan mengetahui hakikat agama yang paling mulia, yang
diredhai ALLAH S.W.T dalam bahasa ini.
Penulis tidaklah menggalakan anda mengambil dalil-dalil hadis ini
melainkan sekadar tatapan dan mengajak anda berfikir akan kebenaran dari
hadis-hadis ini.
Bagi
penulis, adalah lojik sekali kalau Nabi ‘Adam
A.S dan seluruh penghuni Syurga adalah berbahasa Arab sejak dari mula lagi, di
mana apabila Nabi Adam diturunkan ke Bumi sebahagian dari pengetahuannya
tentang bahasa Arab itu diambil semula olah ALLAH dan sebahagian lagi bersama
Nabi Adam dan Isterinya dan seterusnya keturunannnya bertutur dalam bahasa ini
yang kemudiannya ditambah-tambah sehingga mewujudkan bahasa Suryani. Seperti lumrahnya manusia yang berasal dari
tanah pasti akan kembali ke tanah setelah mati, dan manusia yang berasal dari
Syurga pasti akan kembali ke Syurga. Maka begitu juga bahasa Arab yang datang
dari Syurga kini kembali menjadi bahasa yang bakal dituturkan oleh seluruh
makhluk dalam Syurga kelak. Bahasa ini juga akan dituturkan oleh Nabi Isa A.S
dan Imam Mahdi Ra. A. di akhir zaman kelak. Fikir-fikirkan.... “Tepuk Dada,
Tanya Iman.”
“WALLAHU’ALAM
BISSAWAB”
Artikel Oleh :
IMAM SULUKEN
22 Rabiul-Akhir
1436H / 12.02.2015M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!