ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Allah menyatakan
bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), yang
menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu( juga
menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak
disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
[ Q.S. ALI-IMRAN : 18 ]
“Bukanlah Muhammad itu
ayah seseorang dari kalian, namun ia adalah RASULULLAH dan NABI TERAKHIR. Dan
sesungguhnya Allah maha tahu akan segala sesuatu.”
[ Q.S. AL- AHZAB : 40 ]
"Berimanlah kamu
kepada-Ku dan kepada Rasul-Ku!"
Mereka
menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah,
bahawa sesungguhnya kami orang-orang yang tunduk patuh.”
[ Q.S AL-MAIDAH 5 : 111 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Aku adalah seorang nabi bukanlah
pendusta, aku adalah cucu Abdul Muthalib."
Daripada Al-Abbas bin Abdul Muthalib R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
Muhammad
bin Abdullah (Arab/Jawi: محمد بن عبد الله; disebut [mʊħɑmmæd] (Speaker Icon.svg dengar)) (570 M-8 Jun 632
M)[1] merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam.[2] Lebih dikenali
sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab/Jawi: نبي محمد صلى الله عليه
وسلم), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada
satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.[3] Muhammad dianggap oleh umat
Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang
dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang
lain.[4][5][6][7]
Dilahirkan
di Makkah, Semenanjung Arab,[8][9] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil
lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan
seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga
pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan
pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan
Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda
telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika
sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula
berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan
itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara
harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din)
yang diterima Allah sahaja.
Muhammad
menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai
golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam
kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh
itu, Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M
sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu
dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu
menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah,
Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah
bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000
pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah
memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.[10] Pada tahun 632 M,
beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah
jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab
berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.[11][12]
CAPAL RASUL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!