KESILAPAN BESAR BAGI QURANIYUN DAN SHIAH
SERTA PUAK=-PUAK YANG ANTI-HADIS YANG SELALU MENGATAKAN SOLAT YANG DIFARDHUKAN
DALAM QUR'AN HANYA ADA 3 JENIS SOLAT DAN WAKTUNYA....
SEBENARNYA ADA 2 NAMA SOLAT YANG JELAS
TERSURAT IAITU SOLAT FAJAR DAN SOLAT ISYAK YANG DUA LAGI DISEMBUNYIKAN DALAM
SOLAT WUSTA (SOLAT PERTENGAHAN) DAN SATU LAGI TERLETAK DALAM WAKTU WUSTA ANTARA
FAJAR DAN ISYAK. IAITU ZAHRI ATAU ZOHOR. MANAKALA WAKTU SOLAT SELEPAS ZOHOR,
ADALAH SOLAT ASAR PULA DITERANGKAN OLEH NABI DALAM HADIS
SOLAT 5 WAKTU MENURUT QUR’AN
ALLAH S.W.T
Berfirman :
Sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan
(ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
(QS4:103)
Peliharalah kamu segala Solat, khasnya
Solat Wusta (solat Pertengahan) dan
berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
(QS2 : 238)
Peraturan orang-orang yang telah Kami utuskan
sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang
perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. Dirikanlah olehmu Solat ketika
gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan Bacaan Fajar sesungguhnya
Bacaan Fajar itu adalah disaksikan. Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu
malam serta kerjakanlah Tahajjud
padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(QS17:77-79)
Dan dirikanlah solat pada dua akhir siang dan
pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya (Bahagian permulaan malam) dari
waktu malam (SOLAT ISYAK). Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan
kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang-orang yang mahu beringat.
(QS11:114)
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta
izin kepada kamu, dalam tiga masa; sebelum solat Fajar, dan ketika kamu membuka
pakaian kerana kepanasan tengah hari(Az-Zahri), dan sesudah solat Isyak; itulah
tiga masa bagi kamu...
(QS24 : 58)
(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka
bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam (Isyak) dan
semasa kamu berada pada waktu PAGI (Fajar). Serta pujilah Allah yang berhak
menerima segala puji di langit dan di bumi, dan juga pada waktu petang (Asar
dan Maghrib) dan semasa kamu berada pada waktu SIANG (Zohor).
(QS30:17-18)
PENJELASAN :
*SIANG TIDAK BIOLEH DIBAHAGI. SIANG ADA SATU
SAHAJA. DUA AKHIR SIANG BERMAKNA SIANG
ITU DIBAHAGI DUA DAN SETIAP BAHAGIAN ADA AKHIR.
MAKNANYA ADA DUA BAHAGIAN DALAM SATU SIANG.
IAITU BERMULA FAJAR HINGGA TENGAHARI : AKHIR
SIANG PERTAMA.
TENGAHARI HINGGA SENJA : AKHIR SIANG
KEDUA.
MAKA IA MENJADI DUA AKHIR SIANG DI SINI.
SEBAB ITU DALAM AYAT 24 : 58 ADA TIGA WAKTU
YANG DISEBUT. INI ADALAH SISTEM PEMBAHAGIAN SIANG. IAITU WAKTU SOLAT FAJAR-WAKTU TENGAH HARI
(SATU BAHAGIAN SIANG DAN DARI TENGAHARI KE WAKTU ISYAK ADALAH BAHAGIAN KEDUA
SIANG. JADI SIANG ADA DUA BAHAGIAN. DUA
BAHAGIAN BERMAKNA DUA TEPI SIANG. JADI
MAKSUD GELINCIR MATAHARI ITU ADALAH MATAHARI BERADA DI ATAS KEPALA PADA AKHIR
SIANG PERTAMA- PADA KETIKA MATAHARI GELINCIR SEDIKIT KE BARAT KETIKA ITU KITA
DIPERINTAHKAN UNTUK SOLAT(17:78)- TEPI SIANG PERTAMA DAN INI DINAMAKAN ZOHOR KERANA
DISEBUT DALAM (24:58)... KEMUDIAN AKHIR
SIANG KEDUA IAITU SELEPAS TENGAHARI KE SENJA JUGA DIPERINTAHKAN KITA SOLAT PADA
AKHIR SIANGNYA. IAITU SEBELUM SENJA.
JADI INI DALAM WAKTU ASAR. JADI
SOLAT-SOLAT YANG DILAKUKAN PADA AKHIR SIANG PERTAMA DAN PADA AKHIR SIANG KEDUA
DINAMAKAN SOLAT WUSTA ATAU SOLAT PERTENGAHAN KERANA SIANG ITU DUA BAHAGIAN
KERANA ADA DUA TEPI SIANG MAKA PEMBAHAGI ITU DINAMAKAN PERTENGAHAN ATAU WUSTA -
ADA DUA JENIS SOLAT DI SINI IAITU SOLAT AKHIR SIANG PERTAMA (ZOHOR) DAN SOLAT AKHIR
SIANG KEDUA(ASAR). SIANG KEDUA-LEPAS ASAR- BERAKHIR PADA SENJA . DAN PERINTAH
SOLAT BELUM BERAKHIR LAGI. PADA SENJA INI KITA DIPERINTAHKAN UNTUK SOLAT
MAGHRIB –WAKTU YANG BERHAMPIRAN DENGANNYA DARI WAKTU MALAM- MENUNJUKKAN BELUM MALAM LAGI TETAPI SENJA(MAGHRIB)....
INILAH... SOLAT ZOHOR-AKHIR SIANG PERTAMA,
ASAR DAN MAGHRIB DI AKHIR SIANG KEDUA YANG DIGELAR SOLAT WUSTA ATAU SOLAT
PERTENGAHAN.
KEMUDIAN -“HINGGA WAKTU GELAP MALAM”-(17:78)
BERMULANYA GELAP MALAM DIPERINTAHKAN PULA UNTUK SOLAT IAITU SOLAT ISYAK(24:58)
-
IAITU SOLAT FARDHU PENUTUP BAGI SOLAT-SOLAT
SEHARIAN ITU
MAKA CUKUPLAH DISITU DISYARATKAN BAHAWA SOLAT ADA LIMA WAKTU
SEPERTI YANG DISYARIATKAN KEPADA RASULULLAH
DAN UMATNYA
QUR’AN MEMANG LENGKAP...
DARI SEGI MAKNA SAHAJA KITA SUDAH TAHU ADANYA
SOLAT LIMA WAKTU DALAM QUR’AN HANYA DUA NAMA SOLAT YANG RASMI SAHAJA YANG
DISEBUT OLEH ALLAH, SELAIN ITU TERKANDUNG DALAM NAMA ATAU GELARAN SOLAT WUSTA
ATAU SOLAT PERTENGAHAN YANG MENUNJUKKAN LOKASI BUKAN WAKTU TERNTENTU. SEMENTARA
FAJAR, ZAHRI DAN ISYAK MENUNJUKKAN WAKTU TERTENTU. INI SUDAH CUKUP MENGGAMBARKAN WAKTU-WAKTU
SOLAT YANG LAIN TERKANDUNG DALAM SOLAT WUSTA ATAU SOLAT PERTENGAHAN.
PENJELASAN INI SUDAH MEMADAI ADANYA SOLAT 5
WAKTU.
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad)
mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari
dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan
(demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu
(kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang
menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu
tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia
menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada
kamu;
SEBAGAI HAMBA ALLAH... KITA PATUT TAHU
BERFIKIR KERANA INI BERULANG-KALI DIBERITAHU OLEH ALLAH DALAM QUR’AN....
"untuk menjadi petunjuk dan peringatan
bagi orang-orang yang berfikir."
[QS. GHAFIR : 54]
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
kepadamu supaya kamu berfikir.
[QS. AL-BAQARAH 2 : 219]
Dan perumpamaan perumpamaan itu kami buat
untuk manusia supaya mereka berfikir
[QS. AL-HASYR : 21]
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu
dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir? dan (apakah
tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan
tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
[QS. FATHIR : 37)
DAN PENJELASAN DETIL DAN LEBIH LENGKAP
DIPRAKTIKAN OLEH RASULULLAH MELALUI TUNJUK AJAR MALAIKAT JIBRIL SELAMA DUA HARI
DALAM
KISAH INI...
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Jibril A.S
telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zohor
bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu
benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam
matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh
ketika terbit fajar.
Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang
bersama saya solat Zohor ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan
‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib
ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika
menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang
Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”
(HRS)
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Jibril turun (datang), lalu ia jadi
Imam saya, dan saya solat bersama dia, saya solatbersama dia, saya solat
bersama dia, saya solat bersama dia, dan saya solat bersama dia". Beliau
hitung dengan jari beliau lima kali solat.”
Daripada Abu Mas'ud R.A
[H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. -Jilid 3. Hadis
Nombor 1434]
"Nabi melakukan solat ZOHOR atau yang
anda namakan solat 'Al Uulaa' (solat pertama) ialah ketika MATAHARI TERGELINCIR
ke barat. Dan beliau solat ASAR, ketika salah seorang kami kembali dari
perjalanannya ke ujung kota, sedangkan matahari masih terasa panasnya. Dan aku
(kata Sayyar) lupa ucapannya tentang solat MAGHRIB. Dan Nabi lebih suka mengundurkan solat ISYAK
yang anda namakan Al 'Atamah, dan beliau tidak menyukai tidur sebelum solat
Isyak , dan bercakap-cakap sesudahnya. Dan selesai solat SUBUH ketika seseorang
telah mengenal orang duduk di samping, sedangkan Nabi membaca dalam solat itu
sebanyak 60 sampai 100 ayat."
Daripada Sayyar bin Salamah R.A, Abu Barzah
Al Aslami
[H.R.S : Imam Bukhari Ra. A Jilid 1. Hadis
Nombor 0309]
“Dan
waktu solat subuh dari terbitnya fajar (sadiq) sampai sebelum terbitnya
matahari.”
Daripada Abdullah bin Umar R.A
[H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]
DAN HADIS-HADIS NABI LEBIH DETIL MENERANGKAN
ISI DAN PUZZLE DALAM QUR’AN. SETERUSNYA ULAMA YANG BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA
ALLAH DAN RASUL-NYA MENERUSKAN KERJA WAJIB INI UNTUK KEBAIKAN SELURUH UMAT
MANUSIA DAN JIN.
MAKA JELASLAH, DAKWAAN ANTI-HADIS, QURANIYUN
DAN SHIAH INI ADALAH SESAT!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!