AKU... SANG PENGEMBARA!
( TRAVELOG OF VOYAGER )
11 Rabiul-Akhir
1436H
6.30 Pagi Ahad
PAGI AHAD yang sedikit lesu, walaupun deringan penggera jam automatik
berbunyi nyaring mengegarkan bilik tidurku, aku seakan-akan tidak mampu
mengatasi air kencing Syaitan dalam telingaku yang terus-menerus membisikan
agar terus tidur. Dan hasilnya aku
terbangun setelah Matahari hampir keluar menerangi alam. Segala puji bagi ALLAH atas segala hal dan
Maha Suci Allah yang menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepada-Nya
kami kembali. Aku segera bangun, bersiwak dan mandi kemudian berwuduk untuk
Solat Subuh. Bersiap dengan pakaian kerja
aku dan mendirikan solat Subuh dengan tenang dan sabar. Sungguh
aku lewat subuh hari ini. Betapa malangnya
hidup aku yang bermula dengan ‘Subuh Gajah’ kata orang Pahang. Usai Solat Subuh, Seribu istighfar ku lafazkan
akibat dari kelalaian dan kealpaan hidup hari ini.
Setelah berdoa aku bangun dan melihat jam.
Melihat jam sudah menghampiri 7.30 pagi,
aku segera bangun dan mencapai beg galas milikku yang sudah diubah-suai, ambil kunci
kereta dan bergegas turun ke tingkat bawah.
Matahari telah mulai menampakkan dirinya tatkala aku membuka pintu
rumah. Seperti biasa sambil membaca ayat-aya
amalan keluar rumah aku melakukan rutian harianku dengan tenang tetapi sedikit
bergerak lebih pantas dari biasa untuk mengejar masa. Dalam setengah jam lagi aku mesti melaporkan
kehadiran ku di pejabat melalui cetakan cap ibujari pada mesin perakam waktu
yang lebih moden berbanding dulu. Tetapi
aku tetap memandu dengan hati-hati seperti biasa. Kalau biasanya aku memandu pada kelajuan 70
kilometer sejam, pagi ni aku melajukan ke tahap 90 kilometer sejam. Satu kelajuan yang buat aku rasa cuak. Maklumlah, aku aku bukan jenis yang suka
merempit atau bawa kereta laju-laju di jalan raya. Aku risau terlanggar atau dilanggar kerana
kecuaianku atau kecuaian pemandu lain. Bagi
orang lain, mereka akan bosan menumpang kerana kelajuan mereka dan kelajuanku
berbeza dalam hal memandu kereta.
Dalam beberapa minit kemudian, aku
sampai di pejabat. Keadaan masih lengang, tetapi jam menunjukan 7.50 pagi. Lagi sembilan minit, kehadiranku mesti
dikesan oleh mesin perakam waktu automatik yang tersedia di pintu masuk. Alhamdulillah, ketibaanku disambut dengan
aroma pejabat yang sedikit hapak dan bunyi mesin perakam waktu yang sentiasa
berdecit pada setiap 20 minit itu. Ibu
jari kananku dilekapkan ke ruang pengesan cap jari. Bunyi berdecit dua kali kedengaran.
Kehadiranku berjaya dicatat pada jam 7 : 54 minit pagi. Alhamdulillah... setelah menghidupkan lampu dan peralatan
pejabat yang lain, aku kembali menghadap komputer sambil mencari dan
menerawangkan fikiran untuk membaham segala idea yang berlegar dalam ruang
udara yang sejuk dalam pejabat. Apa isu
hangat dan topik yang bagus untuk aku catat dalam TRAVELOG VOYAGER aku ini?
“Jom, minum!’
Aku tersentak. Suara itu membuatkan aku tertoleh kepada
pemiliknya. “Haa... Abang Kom. Ada pun.
Ingatkan tak dapat tadi.”
Aku senyum sambil angkat kening
sebelah. Reaksi yang biasa aku lemparkan
kepada rakan sepejabatku yang mesra alam.
“Eh.... Ada kat belakang. Aku baru
keluar dari Pantry. Jom minum.” Katanya sambil
menggaru-garu kepalanya yang licin kerana dibotakkan dua hari lepas.
“Katne?” soalku.
“Mana-mana pun boleh.”
“Seksyen Tujuh lah!” aku buat keputusan.
“Ok je .” katanya, masih dengan senyuman
dari balik janggutnya yang tersikat rapi.
Dan kami berdua meninggalkan pejabat
yang kebetulan pula kawan sepejabat yang lain muncul. Ezar, juga merupakan pembantu di pejabat
ini. Setelah meninggalkan pesan dan Ezar
pula sanggup jaga kaunter depan. Maka kami
dengan segera ke sebuah restoran di Seksyen 7.
BERSAMBUNG...
Nasi Goreng kampung dan Telur goreng
mata kerbau. Air minum hanya air suam
kosong Menu yang sangat aku gemari. Sementara itu, Abang Kom hanya memilih menu
dan menikmati keenakan Sup Soto dan Kopi O panasnya.
Usai doa makan dibaca, kami menikmati
rezeki pagi itu sambil-sambil berbincang tentang sikap manusia yang terlalu
tamak dengan harta dunia. Yang kaya
bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Pendapat Abang Kom tentang orang kaya yang
tidak bersyukur dan orang kaya yang bersyukur sememangnya selari dengan
pendapat ku. Zakat dan Sedekah juga
menjadi topik yang kami bincangkan yang akhirnya solusi dari apa yang kami
bualkan semasa makan itu hanya bahawa untuk menjamin hak-hak orang ain dalan
harta si orang kaya itu adalah dengan melalui Sedekah Dan Zakat. Kerana
manusia itu lupa adanya ‘Hak’ orang lain dalam harta serta wang ringgit yang
diusahakannya sehingga menjadi kedekut dna tamak. Lantaran itu orang kaya ini tidak
mengeluarkan zakat dna sedekah kepada yang berhak. Maka muncullah istilah si kaya bertambah kaya
dna si miskin bertambah miskin. Namun,
kekayaan itu tanpa disedari oleh manusia akan mengundang bala bencana kepada
pemiliknya. Kerana harta yang tidka
dizakatkan itu pasti akan ditarik oleh ALLAH dalam pelbagai situasi dan cara
seperti dirompak, terbakar, dibunuh oleh penjenayah. Kerana merekalah, penjenayah-penjenayah ini
wujud. Jadi yang bersalah di sini
bukanlah penjenayah tetapi masyarakat yang memaksa penjenayah jadi
penjenayah. Apabila Isu GST muncul
maka ini menjadi satu langkah yang bagus untuk Kerajaan mengagih-agihkan
kekayaan dan harta kepada yang berhak diberi.
Jadi akan hilanglah istilah si kaya terus kaya dan si miskin terus
miskin. Yang ada nanti adalah keseimbangan
ekonomi yang baik dan bermanfaat kepada kedua belah pihak. Tepat jam 9 pagi,
kamu selesai makan dan kembali ke pejabat kerana ada lagi orang yang belum
bersarapan pagi itu.
Tiba di pejabat aku terus mengadap
komputer melayari internet. Cuba mencari
beberapa keping gambar tentang masjid di Indonesia. Sebuah masjid yang aku rasa unik Kubahnya. Masjid Lhokseumawe, Indonesia.
Esok Isnin, merupakan hari cuti Wilayah
Persekutuan KL. Dan hari Selasanya
adalah cuti am Thaipusam 2015 (3 Feb 2015 - 4 Feb 2015). Hari
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di
seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali
sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh
dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang
terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan
nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah
dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar
ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan,
maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan
cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor,
Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam.
Negeri Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka
belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum. Sebagai rakyat satu
Malaysia. Maka haruslah bagi umat Islam
menghormatinya.
5:00 PETANG
Tamat waktu kerja aku bergegas
balik. Seperti biasa dalam rutin
hidupku, aku membaca ayat-ayat khusus ketika masuk ke dalam rumah dna beri
salam walaupun tiada sesiapa yang ada di dalam rumah. Kerana yakin kalau bukan manusia yang sambut,
para malaikat dna Jin-jin yang Islam pasti akan menyambutnya. Ini juga memberikan aku satu keyakinan bahawa
rumah kita ini juga ada penghuninya selain kita. Khususnya Jin-jin yang belum kita ketahui
apakah ia seagama dengan kita atau tidak.
Namun, sebagai umat Islam yang beriman kepada hal-hal Ghaib, makhluk Jin
adalah makhluk yang sama seperti kita juga, memerlukan tempat tinggal, bekerja,
berkeluarga, memerlukan makan dan minum, dan hal-hal lain yang biasa kita
lalui. Alhamdulilah setakat ini tiada
lagi makhluk-makhluk Jin yang mengacau dalam rumah aku. Selagi mereka beradab
dan berlaku sopan mereka aku benarkan saja duduk dan menghuni rumahku. Rumahku besar dan banyak bilik, malah loteng
atau ruang siling tempat simpan tangki air juga luas dan banyak tikus. Mereka
boleh berkongsi dengan tikus-tikus yang tidak jemu-jemu berlari ke serata ruang
siling ketika aku mahu beradu. Sebagai
Hamba ALLAH tiada apa yang perlu kita takutkan. Cukuplah ALLAH yang wajib kita
takuti dalam hal Dosa dan wajib kita ingat dalam rasa cinta melalui
zikrullah. Makhluk lain, semuanya tiada
kuasa dan lemah. Allah Maha Berkuasa atas
segalanya.
Hanya sahaja aku akan melaungkan azan
dalam rumah setiap kali masuk waktu solat fardhu, itu kalau aku berada di rumah
ketika waktu tersebut. Kadang-kadang
terasa jjuga meremang bulu tengkuk aku ketika berada dalam rumah. Namun aku tak
hiraukan. Kerana aku tahu Makhluk Halus
itu ada di situ. Aku hanya menguatkan
zikirullah dalam hati dan memohon perlindungan kepada ALLAH dari kejahatan dan
keburukan mereka. Alhamdulillah, selepas
sahaja aku kuatkan zikir dalam hati, perasaan seram itu hilang serta merta
diganti dengan ketenangan. Benarlah
Firman ALLAH. ‘Dengan zikrullah, hati akan jadi tenang.’
Seperti biasa, setelah memastikan pintu
utama telah dikunci, aku bergegas mengambil wuduk dan azan kemudian menunaikan
solat Asar dengan tenang. Usai berdoa
aku mengemaskan sejadah dan menukar pakaian ke pakaian khusus untuk bersenam. Senaman Yoga yang aku ubah-suai dengan
menyerapkan posisi-posisi solat menjadi latihan rutin harianku ketika berada di
rumah selepas Asar. Dalam masa sejam
aku mempraktikan keseluruhan posisi khusus senaman ini. Peluh bagaikan air terjun mencurah-curah pada
seluruh tubuhku. Di akhir senaman, Set
Pernafasan Cakra khusus aku praktikan untuk membangkitkan tenaga dalaman agar
sentiasa sihat dan bertenaga. Di akhir nafas aku, sujud ke arah Kiblat untuk
sujud 5 minit, agar darah yang penuh oksigen itu sampai ke dasar dan ruangan
otak. Sambil membaca Ummul Kitab dalam hati sebanyak 10 kali hinggalah aku
terasa berada di awang-awangan lantaran oksigen memenuhi seluruh ruang kepala
ku.
Aku akhir senaman khas itu dengan
istighfar dan selawat. Beberapa minit
selepas itu aku meneguk segelas air suam.
Aku beredar ke dapur kemudiannya dan membuka peti ais. Di dalamnya ada banyak bungkusan ikan yang
sedia dimasak. Kubuka salah satunya dan
seekor ikan Kerapu yang dibekukan kelihatan dan menggamit seleraku. Aku letak ikan beku itu dalam besen berisi air suam. Supaya cepat hilang kerasnya. Malam ini aku memang terasa untuk makan
protein sahaja. Karbohidrat tidak
diperlukan malam ini. Cukuplah ikan itu
dimasak stim. Bersama sebiji Bawang Merah
yang dihiris ke dalam kuah Kicap pekat pedas sudah cukup sebagai pencecah
daging ikan Kerapu jenis Kerapu Bunga itu.
Usai solat Maghrib, aku mulai memasak
ikan kegemaranku itu. Dalam beberapa minit kemudian ia sudah masak dna bersedia
utnuk mengalas perutku yang sudah berkeroncong sejak dari tadi. Sambil membaca buku novel Sains Fiksyen karangan
seorang penulis tempatan, aku menghayati keeenakan daging ikan Kerapu yang
sedap itu. Kisah yang diceritakan dalam
novel itu memang cukup merangsang kegilaan ku terhadap genre itu. Sesuai dengan bakat yang dikurniakan oleh
ALLAH kepadaku. Selepas menghasilkan
sebuah novel Sains Fiksyen beberapa tahun yang lalu, aku seakan-akan hilang
semangat untuk menulis. Aku tidak pasti
mengapa tetapi yang nyatanya semangat membaca genre itu pula yang menguasaiku. Mungkin aku hanya sesuai jadi pembaca berbanding seorang penulis.
Ketika Azan Isyak kedengaran dari arah
Surau, aku menutup novel dan mengemaskan pinggan mangkuk yang aku gunakan
itu. Mencucinya
dan meletakkannya di rak khas di ruang dapur.
Aku mengambil wuduk dan melontarkan azan Isyak di ruang tamu rumah
aku. Dengan suara yang sederhana kuat
yang diiring perasaan khusyuk kepada Tuhan seluruh alam...
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN
ALLAH
AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU
RASULULLAH
MARILAH MENUNAIKAN SOLAT
MARILAH MENUJU KEJAYAAN
ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR...
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
Hukum
melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan solat fardhu.
Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan
tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan
tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala
sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita,
disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah
apabila meninggikan suara mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!