DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan
mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang
Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan
mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah
disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya
bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan
isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan
masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -
(Memberi hormat dengan
berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran
kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
[ Q.S. AR-RA’D 13 : 22-24 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Berdoa :
“Ya Allah! aku berlindung kepadamu dari kekikiran, dari kemalasan,
dari kepikunan, dari azab kubur, dari fitnah Dajjal, dan dari fitnah hidup dan
mati”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari
Ra. A. ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!