Selasa, 20 Mei 2014

FIRMAN ALLAH ???

ALLAH SWT
Berfirman :
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
( Q.S Hud 11 : 49 )

Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah).
( Q.S Hud 11 : 50 )

Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)?
( Q.S Hud 11 : 51 )
                                                                    

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda :
“Engkau beribadah kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, mendirikan salat, menunaikan zakat dan menyambung tali persaudaraan. Sekarang, tinggalkanlah unta itu.”

Daripada Hadis Riwayat Abu Ayyub Al-Anshari R.A :
Bahwa Seorang Badui menawarkan diri kepada Rasulullah S.A.W  dalam perjalanan untuk memegang tali kekang unta Baginda S.A.W.  Kemudian orang itu berkata:  Wahai Rasulullah atau Ya Muhammad, beritahukan kepadaku apa yang dapat mendekatkanku kepada SYURGA dan menjauhkanku dari NERAKA.  Nabi S.A.W tidak segera menjawab.  Baginda S.A.W memandang para sahabat R.A, seraya bersabda:  Ia benar-benar mendapat petunjuk. Kemudian Baginda S.A.W  bertanya kepada orang tersebut: Apa yang engkau tanyakan? 

Orang itu pun mengulangi perkataannya.
( H.R.S : Imam  Muslim Rahm. A. )


Rasulullah Nabi Isa Al-Masih A.S. Ibnu Maryam
berkata:
“Dunia ini hanya TIGA Hari : Hari yang telah Berlalu (kelmarin) maka tidak ada lagi di tanganmu kesempatan sedikitpun dari hari yang telah berlalu. Hari Esok yang mana kamu tidak dapat mengetahui sama ada kamu akan menemuinya atau pun tidak dan Hari pada Waktu di mana kamu berada di dalamnya. Oleh itu pergunakanlah ia sebaiknya.”
(Nukilan :  Kitab Kata-kata Hikmah Nabi Isa A.S )


"Sesiapa yang mencintaiku, bersedialah menghadapi kesukaran dan kesusahan. Kerana sesiapa pun yang demikian pasti akan datang dua perkara itu secepat api membakar dedaunan kering."

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!