Selasa, 24 September 2013

SKROL UNTUK UMAT KRISTIAN????

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI DARIPADAKU

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

“SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T NABI MUHAMMAD S.A.W ITU PESURUH ALLAH S.W.T”

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM

KESELAMATAN BAGI MEREKA YANG MENGIKUT CAHAYA PENTUNJUK AMMA BA’DU

WAHAI UMAT KRISTIAN

Aku memuji Allah SWT untukmu dan aku bersaksi bahawa Nabi Isa a.s ( Jesus ) adalah Roh Allah SWT dan Kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam yang tidak pernah kahwin, yang suci, baik dan terjaga. Ia telah mengandungkan Isa a.s lalu Allah SWT menciptakan dari Roh-Nya dan tiupan-Nya sebagaimana Dia telah menciptakan Adam a.s dengan tangan-Nya dan tiupan-Nya. Aku berdoa kepada Allah SWT semata, yang tiada sekutu bagi-Nya dan berserah diri dan taat kepada-Nya.

Hendaklah kamu mengikuti Muhammad Rasulullah SAW, beriman kepadanya dan apa-apa yang telah datang kepadanya sepertimana para Rasul dan para Nabi  Allah SWT sebelum baginda Rasulullah SAW.

Sesungguhnya...
Aku percaya dan beriman kepada ALLAH SWT, sebagai Tuhan seluruh alam, Nabi Isa a.s sebagai utusan-Nya dengan membawa Injil untuk mengesahkan Taurat Nabi Musa a.s dan membawa khabar gembira akan kehadiran Nabi Muhammad SAW dari Bakkah (Mekah) yang merupakan ROH KEBENARAN yang juga menjadi PENGHIBUR yang meneruskan usaha Nabi Isa a.s untuk membawa manusia ke jalan lurus yang selamat (Islam) dan menyembah
ALLAH S.W.T sebagai Tuhan semesta alam...

Sesungguhnya aku menyeru kamu dengan seruan Islam dan Allah SWT akan mendatangkan padamu dua kali pahala di dunia dan di Akhirat yang kekal abadi selamanya.  Maka  apabila kamu berpaling maka kamu kuserahkan kepada Allah SWT, Tuhan seluruh alam ini, yakni...

Allah SWT
 tiada Tuhan selain-Nya yang hidup kekal dan berkuasa dengan sendiri-Nya.Tiada mengantuk dan tiada pula tidur, kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at dan pertolongan di sisi Allah SWT tanpa izin-Nya? Allah SWT mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka hanya dapat mengetahui sedikit sahaja dari ilmu Allah SWT dengan kehendak-Nya. Qursyi-Syiar Allah SWT itu meliputi langit dan bumi. Dia tidak  merasa berat memelihara kedua-duanya.
Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Oleh itu,
Marilah kita berpegang teguh pada satu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu. Bahawa tidak kita sembah kecuali Allah S.W.T dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu apa pun selain-Nya. 
Tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai
Tuhan selain Allah S.W.T

KETAHUILAH...
AGAMA YANG BENAR DI SISI ALLAH S.W.T, TUHAN SELURUH ALAM INI HANYALAH
 ‘ISLAM’
DAN BARANG-SIAPA YANG MEMILIH SELAIN ISLAM  SESUNGGUHNYA DIA TELAH RUGI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.  SESUNGGUHNYA TELAH TERANG DAN JELAS KEPADA KAMU YANG MANA SALAH YANG MANA BETUL.  ISLAMLAH NESCAYA KAMU SELAMAT SEKIRANYA KAMU BERPALING MAKA SAKSIKANLAH BAHAWA KAMI ADALAH ORANG-ORANG ISLAM YANG BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SWT


 IKHLAS DARI

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A