DENGAN NAMA ALLAH YANG
MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
SESUNGGUHNYA
PERUTUSAN INI DARIPADAKU
IMAM MUHAMMAD JIBRIL
AL-KHAIR B.A
“SESUNGGUHNYA AKU
BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH S.W.T NABI MUHAMMAD
S.A.W ITU PESURUH ALLAH S.W.T”
SEGALA PUJI BAGI
ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM
KESELAMATAN BAGI
MEREKA YANG MENGIKUT CAHAYA PENTUNJUK AMMA BA’DU
WAHAI UMAT KRISTIAN
Aku memuji Allah SWT
untukmu dan aku bersaksi bahawa Nabi Isa a.s ( Jesus ) adalah Roh Allah SWT dan
Kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam yang tidak pernah kahwin, yang suci,
baik dan terjaga. Ia telah mengandungkan Isa a.s lalu Allah SWT menciptakan
dari Roh-Nya dan tiupan-Nya sebagaimana Dia telah menciptakan Adam a.s dengan
tangan-Nya dan tiupan-Nya. Aku berdoa kepada Allah SWT semata, yang tiada
sekutu bagi-Nya dan berserah diri dan taat kepada-Nya.
Hendaklah kamu
mengikuti Muhammad Rasulullah SAW, beriman kepadanya dan apa-apa yang telah
datang kepadanya sepertimana para Rasul dan para Nabi Allah SWT sebelum baginda Rasulullah SAW.
Sesungguhnya...
Aku percaya dan
beriman kepada ALLAH SWT, sebagai Tuhan seluruh alam, Nabi Isa a.s sebagai
utusan-Nya dengan membawa Injil untuk mengesahkan Taurat Nabi Musa a.s dan
membawa khabar gembira akan kehadiran Nabi Muhammad SAW dari Bakkah (Mekah)
yang merupakan ROH KEBENARAN yang juga menjadi PENGHIBUR yang meneruskan usaha
Nabi Isa a.s untuk membawa manusia ke jalan lurus yang selamat (Islam) dan
menyembah
ALLAH S.W.T sebagai
Tuhan semesta alam...
Sesungguhnya aku
menyeru kamu dengan seruan Islam dan Allah SWT akan mendatangkan padamu dua
kali pahala di dunia dan di Akhirat yang kekal abadi selamanya. Maka
apabila kamu berpaling maka kamu kuserahkan kepada Allah SWT, Tuhan
seluruh alam ini, yakni...
Allah SWT
tiada Tuhan selain-Nya yang hidup kekal dan
berkuasa dengan sendiri-Nya.Tiada mengantuk dan tiada pula tidur, kepunyaan-Nya
apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at dan
pertolongan di sisi Allah SWT tanpa izin-Nya? Allah SWT mengetahui apa yang di
hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka hanya dapat mengetahui sedikit
sahaja dari ilmu Allah SWT dengan kehendak-Nya. Qursyi-Syiar Allah SWT itu
meliputi langit dan bumi. Dia tidak
merasa berat memelihara kedua-duanya.
Dia Maha Tinggi lagi
Maha Besar.
Oleh itu,
Marilah kita
berpegang teguh pada satu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan
kamu. Bahawa tidak kita sembah kecuali Allah S.W.T dan tidak kita persekutukan
Dia dengan sesuatu apa pun selain-Nya.
Tidak pula
sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai
Tuhan selain Allah S.W.T
KETAHUILAH...
AGAMA YANG BENAR DI
SISI ALLAH S.W.T, TUHAN SELURUH ALAM INI HANYALAH
‘ISLAM’
DAN BARANG-SIAPA
YANG MEMILIH SELAIN ISLAM SESUNGGUHNYA
DIA TELAH RUGI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. SESUNGGUHNYA
TELAH TERANG DAN JELAS KEPADA KAMU YANG MANA SALAH YANG MANA BETUL. ISLAMLAH NESCAYA KAMU SELAMAT SEKIRANYA KAMU
BERPALING MAKA SAKSIKANLAH BAHAWA KAMI ADALAH ORANG-ORANG ISLAM YANG BERSERAH
DIRI KEPADA ALLAH SWT
IKHLAS DARI
IMAM MUHAMMAD JIBRIL
AL-KHAIR B.A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!