ALLAH SWT
Berfirman :
Dan Kami seberangkan Bani Israil ke
seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang telah
menyembah berhala mereka, Bani Israil berkata: "Hai Musa, buatlah untuk
kami sebuah ilah (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa ilah (berhala)".
Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang tidak mengetahui
(sifat-sifat Ilah)".
(QS. 7:138)
Sesungguhnya mereka itu akan dihancurkan
kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang selalu mereka kerjakan.
(QS. 7:139)
Musa menjawab: "Patutkah aku mencari
Ilah untuk kamu yang selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah
melebihkan kamu atas segala umat.
(QS. 7:140)
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sungguh akan ada manusia di antara
ummatku yang meminum khamar, mereka menamakannya bukan dengan namanya, kepala
mereka dipenuhi dengan alat-alat muzik dan biduanita (lagu-lagu dan artis).
Sungguh Allah akan memasukkan mereka ke
dalam tanah dan akan mengganti rupa mereka dengan kera dan babi”.
(H.R.S : Ibnu Majah; dan Ibnu Hibban; dan
Imam Bukhari di dalam Tharikhnya)
“Apabila engkau tidak mampu melaksanakan
kerja yang diamanahkan kepada mu. Maka berhentilah dan serahkan amanah kerja
itu kepada yang layak dan mampu. Lantaran kerana kedegilan Nafsu mu maka
bersedialah dengan siksaan Api Neraka yang akan membakar seluruh jiwa ragamu!”
Imam Muhammad Jibril Al-Khair B.A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!