15 RAHSIA
KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI
Berikut 15
perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah
dari sudut sains :
1. Mekah adalah
kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan
gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang
tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan
graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk
bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti
tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang
diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan
frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi,
penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus
hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang
radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah
teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah
kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang
paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak
sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di
Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan
sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di
situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling
dirahmati.
10. Tidur
dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan
mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi
daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam,
Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran
darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan
mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan
meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang
berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala
bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka
tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan
tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad
jumlahnya.
14. Larangan
memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki)
adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus
dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan
semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan
digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas
selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah
untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya
gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Semoga
dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله
(Peringatan
buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang
dirindui Rasullullah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!