Selasa, 27 Ogos 2013

SYIAH???

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG

AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
DAN NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA AKU
 IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA ALLAH.

Keselamatan bagi mereka yang terus mengikuti cahaya petunjuk
Amma Ba’du

Aku bersaksi bahawasanya
Saidina Ali R.A itu adalah gerbang ILMU, yang memegang kekhalifahan selepas Abu Bakar R.A, Umar Al-Khattab R.A dan Usman Affan R.A.   Beliau adalah sahabat dan juga sepupu nabi Muhammad SAW dari keturunannya manhaj kenabian melalui Imam Mahdi yang akan dibangkitkan untuk umat akhir zaman ini.  Aku jua menyintai Ahlul-bait menurut hak-hak yang sewajarnya berlandaskan Qur’an dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.  Alhamdulillah, aku sangat bangga dengan kecintaan anda semua kepada Ahlul-Bait.

Sesungguhnya Islam itu bersaudara dan Aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai ALLAH untuk seluruh manusia dan jin. 
Mari, berpegang teguhlah kepada Islam.  Kembalilah kepada ALLAH dan Rasul-Nya, sesungguhnya ALLAH suka kepada orang yang kembali kepada-Nya.  Peganglah semula dua perkara yang menjadi cahaya petunjuk iaitu Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad SAW kerana ALLAH SWT.  Tinggalkan yang lain kerana ALLAH SWT 
Nescaya kamu tidak akan sesat selamanya.. 

Apakah kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk patuh (Islam) kepada ALLAH SWT, Tuhan seluruh alam. Ketahuilah, barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat.  Janganlah beriman kepada sebahagian dari Islam dan kafir kepada sebahagiannya. Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya
Maka, Islamlah... nescaya kamu selamat. 
Tidak ada paksaan dalam beragama. Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah.  Sesungguhnya,  kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasul-Nya.”


Ikhlas dan benar
daripada


IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!