Rabu, 10 Oktober 2012
ZIKRULLAH???
Sudah terlalu lama agaknya aku tidak mengirim apa-apa artikel buat anda semua. Sejak ada FACEBOOK ni, aku rasa semakin sibuk berchatting dengan keluarga FB. Macam-macam tajuk dan polemik yang aku cuba sampai kepada semua. Ada yang beri respon positif dan ada yang negatif tak kurang juga yang hanya berdiri atas pagar. NAMUN demikian, aku tetap tidak akan berputus asa walaupun ada yang faham atau pun tidak apa yang aku cuba sampaikan... kerja pun sedikit terbengkalai. Tetapi bukanlah alasan untuk meninggalkan terus kerja hakiki. Aku tetap melakukannya sepertimana yang telah ditakdirkan ALLAH untuk ku... Ahamdulillah.
Kali ini tiba-tiba pula aku terasa bersemangat pula setelah tinggalkan dunia BLOG buat sementara untuk meneruskan dakwah yang tertunggak selama ini. Tawajju’ pun aku dah lama tidak hadir begitu juga ziarah dan sebagainya, sejak beranak pinak ni, aku rasa masa amat mencemburui aku. Sehinggalah aku mendengar khabar bahawa BAPANDA MOGA BARITA RAJA MUHAMMAD SHUKUR Q.S. WALIQUTUB MUJADDID, telah kembali kepada Kekasihnya... ALLAH S.W.T. dan kini digantikan oleh anakandanya... AYAHANDA ALIF ABDUL MUTHALIB ARIFBILLAH Q.S. sebagai penerus Tareqah Naqsyabandiah al-Khalidiyah. Tetapi Alhamdulillah.... semuanya atas kehendak-Nya juga.
Anda tentu tahu ZIKIR itu apa. Dari segi pemahaman ringkas kita berdua tahu, ia bermaksud... ‘INGAT’. Kalau digabungkan dengan ALLAH.. maka jadilah ia ZIKRULLAH. Perkataan ini selalu kita dengar dari mulut ustaz-ustazah dan juga orang-orang yang pasti mahir tentang agama. Malah ALLAH sendiri merupakan pihak pertama yang mengatakan dalam firman-Nya...
"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)
NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA; "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah).
NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA; “Seafdal-afdal zikir ialah LAA ILAAHA ILLALLAH” “... sebaik-baik zikir ialah zikir dalam hati.”
Oleh itu, banyak amalan Rasulullah SAW diturnkan kepada para sahabat dan seterusnya kepada kita umatnya di akhir zaman. Antaranya, SUBHANALLAH 33 KALI, ALHAMDULILLAH 33 KALI DAN ALLAHUAKBAR 33 KALI.... dan, banyak lagi zikir seperti Asmaul-Husna yang boleh diamalkan...
Ketika Bapanda masih ada. Dia selalu mengamalkan zikir seperti kunyah nasi lama-lama baru dapat manisnya atau gulanya. Itulah amalan utama Bapanda ketika memimpin tareqah. Asasnya 5000 kali sehari wajib diamalkan tanpa tertinggal untuk mendapat manfaat yang hebat untuk pengamalnya. Begitu juga bila aku menyertai Tabligh dulu, ada zikir2 tertentu yang diamalkan. Namun, setelah aku mengetahui yang Tabligh itu hanyalah sekadar SYARIAT, dan Aliran Naqsyabandiah merupakann TAREQAH... maka aku tidak boleh tinggalkan salah satu darinya... aku ambil kedua-duanya.. sebab ISLAM itu terdiri dari 4 lapisan... SYARIAT, TAREQAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT... BEGITULAH HAKIKATNYA ISLAM ITU... tinggal salah satu dari lapisan itu samalah seperti seperti buah yang memiliki lapisan-lapisan seperti Kulit (Syariat), Isi luar (Tareqat), Isi Dalam (Hakikat) dan Biji Benih (Makrifat)... tinggal salah satunya maka, tak sempurnalah Islam itu... bayangkan kalau buah tanpa ISI atau buah tanpa Kulit... siapa yangkan mahu makan buah tersebut???
Oleh itu, marilah sama-sama, amalkan zikir dan berguru dibawah bimbingan GURU MURSYID yang ditauliahkan oleh Allah SWT sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!