Khamis, 3 November 2011

MOVIES MINGGU INI???



MENONTON semula SMALLVILLE SEASON 1-... satu memori teringat dalam kotak fikiran... zaman-zaman aku study kat INTEC 17 dan menyewa di Kg Padang Jawa bersama Ustaz Lex, Chek Wan, Ujang, Hezry, John, Eddy Sarawakian.. hehhe memori yang best! masa tu rumah sewa kat area Masjid tapi kena masuk belakang lagi la.... RM 450 sebulan, berbaloilah untuk meyewa kat umah tu... walaupun hanya basic house..ok laaa.. daripada takde kan.. hehehe.. masa tulah kat TV3 siarkan Smallville s1...tapi aku dan Ustaz Lex tak layan sangat... tetapi bila dah masuk season 3...tiba-tiba pula Ustaz Lex berminat nak tengok dan kumpul koleksinya sehinga kini dah masuk season 10... Clark pun dah jadi SUPERMAN dengan seragam biru merahnya... masa season 1 nitak banyak sangat aksi, ianya sekadar memaparkan perkembangan power superman dari mula... hehhee... enjoy!

HAMIL LAGI???

Tunggu rahim pulih sebelum hamil semula
Jawapan disediakan: Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang
bminggu@bharian.com.my
2010/11/21
Soalan:
SAYA berkahwin sejak dua tahun lalu. Baru-baru ini, saya menjalani pembedahan Caesarean tetapi bayi saya meninggal dunia kerana kelahiran pramatang. Berapa lamakah masa untuk saya merancang kehamilan sebelum dapat mengandung semula? Apakah ada sebarang risiko jika hamil sejurus habis pantang?
PUAN N Jawapan: Salam takziah di atas kematian bayi Puan N. Sememangnya setiap kandungan itu amat diinginkan apatah lagi selepas baru berumahtangga. Tetapi pada masa sama, kita tidak boleh menolak takdir yang ditetapkan oleh Ilahi.

Oleh itu pertama kali puan mesti reda dengan apa yang berlaku dengan kehendak-Nya dan kita memang tidak ketahui kebaikan di sebaliknya. Apa yang saya maksudkan di sini, puan mesti bersiap sedia dari segi emosi sebelum puan boleh mengandung. Biarkan emosi dan ketidaktentuan fikiran ini berlalu dan stabil kembali.

Saya selalu menasihatkan pesakit, pastikan mental kita sudah bersedia dan kita reda dan tidak perlu mengungkit apa yang sudah berlaku. Pastikan soalan kenapa anak puan meninggal sudah terjawab dan puan berpuas hati dengan jawapan yang diberi.

Dari segi perubatan, saya tidak menasihatkan untuk terus mengandung dalam waktu terdekat ini. Walaupun luka pembedahan sudah pulih, tetapi mengandung dalam waktu terdekat sebenarnya mempunyai risiko tinggi sedikit, iaitu kemungkinan rahim pecah ketika melahirkan dibandingkan selepas setahun atau dua tahun selepas pembedahan itu.
Bukan itu saja, masalah anemia iaitu haemoglobin rendah juga tinggi kerana kekurangan zat besi yang sudah digunakan ketika kandungan pertama. Anemia boleh menyebabkan kita pucat, letih dan kurang bermaya ketika hamil.

Perlu diingatkan kalau diberi pilihan, tangguhkan dulu keinginan mengandung ini selama 8 - 10 bulan, untuk memberi masa kepada rahim betul-betul pulih. Gunakan waktu ini untuk memulihkan fizikal dan mental puan terlebih dulu.