Ahad, 23 Oktober 2011
GADDAFI SYAHID???
Ditembak matiPada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi cedera parah di sebuah terowong di bawah lebuh raya di kampung halamannya Sirte,Libya. Sirte terletak kira-kira 360 km di timur Tripoli.
Konvoi beliau dihujani bom dari jet pejuang NATO. Pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan NTC kemudian telah mengheret beliau dan menembak mati.Ketika ditangkap , beliau masih bernafas dan kedua-dua kakinya cedera .Sumber lain menyatakan Gaddafi ditembak mati oleh pengawalnya sendiri. Jenazah beliau akan diterbangkan ke Misrata.
Tentera NATO terutama Perancis telah membantu penduduk tempatan memburu dan mengusir tentera Gaddafi. Selama beberapa bulan, tentera NATO mengebom di merata-raya tempat yang disyakki menjadi kubu persembunyian Gaddafi , anak-anak dan penyokongnya.
Mustafa Abdel-Jalil selaku Perdana Menteri Interim mengesahkan kematian Gaddafi. Beliau adalah pemerintahan pertama yang dibunuh dalam siri kebangkitan Arab di Timur Tengah. Video klip yang disiarkan oleh Al Jazeera jelas menunjukkan wajah Gaddafi yang cedera. Gambar kamera telefon bimbit menunjukkan mukanya berdarah-darah.Setiausaha Agung PBB ,Ban Ki-moon turut mengesahkan kematian Gaddafi. Namun keamanan di Libya masih jauh di hadapan .
Komander NTC, Abdul Hakim al-Jalil menyatakan bahawa jurucakap Kolonel Gaddafi, Moussa Ibrahim telah ditawan dan Ketua Tentera Libya, Abu Bakar Younus Jabr, telah dibunuh. Anak sulungnya Saif al-Islam berjaya ditangkap tetapi laporan lain menyatakan Saif telah dibunuh.
SK : SYAHIDKAH DIA? ... apappun kita serahkan kepada Allah... ternyata apa yang dikatakan oleh Syaikh Nazim tentang bakal tumbangnya pemerintah Libya telah terzahir kini... tinggal menunggu pemimpin islam lain yang masih berkuasa tetapi dibenci rakyatnya sendiri... Yaman dan lain-lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!