Isnin, 4 Julai 2011

SURAH MUHAMMAD???

HARI ini aku dah baca sampai surah Muhammad, surah yang ke 47 dalam Qur'an yang agung. dan aku dapat merasakan nama anak aku (Muhammad) amat sesuai dan diberkati Allah untuknya. Bulan ini dia lahir dan bulan ini juga aku tiba ke surah ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi nama itu untuk seorang lagi hamba-Nya yang akan menjalani ujian sepeti mana manusia lain yang pernah datang dan sudah berlalu pergi ke alam yang seterusnya... semoga dia dapat meniti ujian demi ujian dengan jayanya berdasarkan panduan Islam yang amat hebat ini.

Hari ini dan semala, kursus yag sepatutnya ada terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan. hampeh tul! hehehe.... ingat boleh lah dapat ILMU dan Makan free... hehehehe, tapi takpe... akan datang banyak lagi kursus yang akan disediakan... alhamdulillah... hari ini hari selasa...cukup seminggu MUHAMMAD ZULQARNAEN menghuni dunia ini... dia semakin sihat dan aktif... dan semakin comel dan membuat aku amat sayangkan dia... dan lagu yang aku suka dengar itu amat sesuai dengan gaya tingkahlakunya memandang aku tatkala aku mendodoikannya dalam ribaan ku... satu kebahagiaan yang amat tinggi nilainya bagi seorang "BAPA"...

SEGALA UJI BAGI ALLAH, YANG MAHA PENCIPTA SELURUH ALAM INI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!