Ahad, 8 Mei 2011

IFC DAN ANCAMANNYA ???


1. IFC (Interfaith Commission) yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang terlibat. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan agama. Kalau SUHAKAM berfungsi untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak asasi manusia, maka IFC pula akan bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak-hak individu di dalam mengamalkan hidup beragama (kebebasan beragama).

SIAPAKAH YANG MENCADANGKAN PENUBUHAN IFC?

2. IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism (Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha), Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandumnya kepada majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V.Harcharan Singh. Saya sempat berdialog dua kali dengan kumpulan-kumpulan ini dalam satu mesyuarat PANEL anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin agama ini bersifat angkuh dan begitu radikal yang mana pernah pada satu ketika mereka mendesak agar kedudukan agama Islam sama rata sahaja dengan agama-agama lain di sisi Perlembagaan Negara.

SIAPAKAH YANG PALING BERSEMANGAT MENYOKONG IFC?

3. Majlis Peguan terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut :

- Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS ( Majlis Perunding Antara Agama Buddha - Kristian - Hindu - Sikh) mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IFC berjalan dengan lancar.

- Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

- Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

- Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC (Inter Religious Council) diadakan. Bengkel ini gagal apabila ke semua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepecayaan. Bagaimanapun Sister s In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

- Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik ke semua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah majlis Peguam sebagai ahli Jawatankuasa Penganjur tanpa pengetahuan mereka.

- Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan Yayasan Kristian yang beribu pejabat di negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN IFC ?


4. Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

APAKAH TUNTUTAN MCCBCHS (BUKAN ISLAM) MELALUI IFC..?

a. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

b. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

c. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

d. Tidak perlu dicatatkan di dalam Kad Pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

e. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

f. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

g. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.

h. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara ruah-rumah ibadat orang bukan Islam seperti Kuil Hindu dan Gereja sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.


i. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


k. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

l. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

m. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada memvayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

n. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

APAKAH BAHAYANYA PENUBUHAN IFC TERHADAP ISLAM..?

5. Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IRC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat bahaya kepada Islam dari sudut :

(i) Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Orang bukan Islam memang berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. Tidak perlu campurtangan IFC.

(ii) IFC berhak menentukan status agama seseorang. Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah camprtangan yang amat nyata dan menghina Mahkamah Syariah yang selama ini diberi kuasa untuk meentukan status agama seseorang itu. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara pula tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Perkara ini terkandung dalam Seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.

APAKAH SIKAP KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM..?

Walaupun pada tahun 2005 yang lalu pihak kerajaan telah menangguhkan kelulusan penubuhan IFC ini, tetapi perjuangan IFC ini telah mula meresap dan merebak ke dalam masyarakat melalui suara-suara yang di bawa oleh Majlis Peguam , HINDRAF dan sebagainya. Nampaknya sekarang Majlis Peguam dan HINDRAF lebih agresif dalam hal untuk menuntut kesamarataan tentang agama-agama lain dengan kedudukan Islam di negara ini.

Jadi, sebagai seorang muslim mahukah kita membiarkan kedua-dua anasir ini meneruskan agenda IFC dalam bentuk pertikaian perundangan Islam oleh Bar Counsil dan juga perjuangan menerusi berarak di jalan-jalan raya macam HINDRAF. Kalau tak mampu nak menentang agenda IFC ini secara berdepan, maka cukuplah kalau tuanh/puan tolong sampaikan maklumat saya ini pada kawan-kawan rapat kita. Wassalam.

Tahukah tuan/puan sekarang ini..? Puak-puak pendokong IFC ini sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan dana antarabangsa bagi membina pusat/kompleks rumah ibadat untuk gereja, kuil, dan juga tok kong di Putrajaya. Dengar ceritanya kompleks akan dibina berhampiran dengan PICC, Putrajaya dan kalau terbina nanti maka akan terserlah dari udara jika kapalterbang yang nak mendarat ke KLIA. Berapa kerat sangat orang kristian, hindu dan buddha di Putrajaya tu. Tapi, demi kerana mereka nak menonjolkan syiar agama mereka bagi menandingi Islam, maka akan bina sebesar-besarnya di Putrajaya nanti
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

GREENDREAM : kenakan ISA ke atas mereka ini sahaja sekiranya melampau! ... ini semua ideologi DAJJAL LAKNATULLAH!.... berhati-hatilah.. jangan jadi pengikut makhluk terkutuk ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!