Rabu, 27 April 2011
TALI KASUT DAN SENI?
MENARIK BUKAN? alangkah bestnya kalau aku tahu seni ini masa kat sekolah rendah dulu... tentunya aku akan memperagaknnya setiap hari di sekolah... hehehhe... but semuanya tidak berlaku...hanya kini aku tahu... aku semakin meningkat ke tahap maskulin lelaki di umur pertengahan tua ini...hehehehe ... rupanya best meneroka perjalanan hidup ini...bersyukurlah aku jadi manusia yang memiliki kesedaran dan agama.. alhamdulillah... mengetahui dan melaluinya adalah dua perkara yang amat berbeza! enjoy it!
oh ya... sebelum itu mari kenali 9 nama Syaitan yang menjadi musuh manusia ini!
Anak Syaitan sentiasa membelenggu kita saban hari bagi menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W.
Marilah kita amalkan Islam dalam kehidupan supaya terhindar dari bisikan Syaitan serta diredhai Allah..
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan - Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim - (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
watchout!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!