Ahad, 3 April 2011
PERGINYA SERI BAYU
AL-FATIHAH- khusus buat arwah, semoga dirahmati roh beliau dan digolongkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.
Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada hari sabtu yang lepas kira-kira jam 8.30 malam di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.
Difahamkan jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor ini.
Sebelum ini, Seri Bayu dilaporkan sudah pun berada dalam keadaan tenat sejak beberapa hari yang lalu, dan telah dibawa ke hospital setelah keadaannya bertambah kritikal.
Seri Bayu yang menderita penyakit saraf motoneuron disease sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Erema.
Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.
Kini Seri Bayu sudah pun melepaskan segala urusannya di dunia.
Takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Seri Bayu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah
MAKA BERKURANGLAH SEORANG KOMPOSER BERBAKAT DI MALAYSIA INI. - ini satu hal amat menyedihkan bagi industri muzik tanahair.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!