Isnin, 11 April 2011

AWAS! PLURALISME AGAMA OLEH DAJJAL LAKNATULLAH!


APA ITU PLURALISME AGAMA?

Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah:

-Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
-Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
-Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
-Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza.

INI MERUPAKAN AJARAN TERBARU DALAM PERANCANGAN YAHUDI ZIONIS DAN MERUPAKAN AGENDA UTAMA DAJJAL AL-MASIKH LAKNATULLAH.

ISLAM telah menerangkan terlebih dahulu sebelum ini. 1400 tahun dahulu, ALLAH SWT telah memberitahu lebih awal bahawasanya, Islam adalah agama yang ALLAH SWT telah disempurnakan bagi manusia seluruhnya dan diredai-Nya. Barangsiapa yang memilih agama selain ISLAM maka kerugian baginya di dunia dan di akhirat. oleh itu masuklah ke dalam agama ini dengan sepenuhnya. bagi mereka yang menentang, maka dikatakan kepada mereka, BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU!

Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain. Penyelesaian Islam terhadap pluralisme agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing (lakum diinukum wa liya diin atau untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku) [Al Kaafiruun:6].

HAKIKATNYA TUHAN SELURUH ALAM INI ADALAH ALLAH SWT. TIADA TUHAN SELAIN-NYA DAN MUHAMMAD ITU PESURUH-NYA.

OLEH ITU, berhati-hatilah dengan Dakyah Dajjal Laknatullah ini!

HEBATNYA ISLAM... semuanya telah termaktub dalam QUR'ANUL KARIIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PLEASE COMMENT!