Isnin, 3 Januari 2011
RUBINA?
Aku teringat beberapa tahun dulu, saat itu aku masih darjah 3 kalau tidak silap di SK Pulau Gaya. Aku ada seorang kawan perempuan(kaum Samal@ Siamal@ Sinamal) kami rapat la juga... sampai dia bagi aku satu keping gambar dia yang masih kecik time tu... agak kelakar gambar tu dan aku sendiri menyimpannya sehinggalah rumah aku terbakar pada tahun 1997 di Pulau Gaya... sedih la juga... but. pasal gambar itu yang menarik perhatian aku. Nama kawan aku itu RUBINA... kebetulan pula mak aku mengandungkan adik aku yang ketiga... dan kebetulan pula perempuan. maka aku mencadangkan nama RUBINA tu sebagai nama adik aku. dan tidak sangka pula Mak aku berkenan dengan nama tu... maka akhirnya nama RUBINA menjadi nama Rasmi adik aku sekarang ini... RUBINA KABIRUL- Kabirul akhirnya ditukar ke Khairol.
mulanya kelakar juga mak aku sebut nama tu, maklumlah nama orang Siamal... hahaha.. but aku yakin ada sebabnya tu... dan hari ini keyakinan aku terjawab sudah... nama RUBINA itu akhirnya digunapakai oleh penulis ini... dan seingat aku ada satu drama yang juga menggunakan nama ini- tajuk drama tersebut ialah CIKGU RUBINA..... adik si Rubina ni, tak suka nama dia ni, but aku yakinkan dia... nama ini akan glamer juga satu hari nanti... nah, wahai adikku... bukankah sekarang nama ini sudah komersil?? ...hehehehehe- tahniah wahai adik ku Rubina!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!