"Dimaklumkan bahawa staf Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ( BPPL) En. Razaman Ramli telah kembali ke rahmatullah pada 19 Januari 2010 ( Rabu). Al-Fatihah....Bersama kita panjatkan doa agar Roh nya di ditempatkan bersama para Solehin."
Aku agak terkejut pagi ini, hari Jumaat 22.1.2011. kawan aku memaklumkan kepada aku bahawa abang Razaman Ramli telah kembali ke rahmatullah Rabu lepas... sebelum Thaipusam(khamis). Sememangnya aku tidak menyangka setakat itu perjanjiannya dengan Allah al-Khalik. Aku sempat juga memandang dia ketika hari rabu itu di kaunter pelanggan. dia asyik melayari internet, kebetulan pula aku ketika itu rehat awal dan hendak ke kafe untuk makan tghari... tidak terfikir pula aku nak tegur dia... namun, semua itu tetap berlaku. begitulah ketentuan Allah ke atas makhluk-Nya... mati itu pasti.. semua orang akan merasainya... aku harap aku bersedia setiap masa menghadapi saat yang pasti itu.
pagi ini aklu rasa kehilangan sesuatu yang dulunya antara pelengkap hidup kami di tempat kerja sementara ini. Dalam diam aku berdoa dan menghadiahkan pahala Ummul Kitab buat rohnya.... semoga Allah memberkati dan merahmati rohnya di alam ke-empat itu(alam Barzakh)- suatu hari nanti dan pasti aku juga akan emmasuki alam keempat tersebut. semua orang akan memasukinya tanpa mengira Patuh atau engkarnya kita kepada Allah SWT. Hari ini, aku dapati tempat kerja aku suram dan tiada sesuatu ayng berlaku seperti kebiasaannya... akhirnya aku faham setelah dimaklumkan hal tersebut.
"Ya Allah... Allah... Allah... Lindungilah aku dari kemarahan-Mu dengan kasih sayang-Mu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... lindungilah aku ini, wahai Yang Maha Pelindung dari azab Neraka, azab Kubur, Fitnah-fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah-fitnah Syaitan Jin dan syaitan manusia serta fitnah-fitnah Dajjal al-Masikh laknatullah... amin ya Rabbil a'alaamin..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!