Selasa, 27 April 2010
5 NAMA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Hadis Hari Ini - Lima Nama Rasulullah - Dari Jubair bin Muth’in, katanya:"Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan)." -
BUDAK MATA BIRU!
Sungai Petani, KEDAH: Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak di Kota Kuala Muda dekat sini menjadi tumpuan penduduk sejak beberapa hari lalu gara-gara seorang budak lelaki Melayu bermata biru.
Budak itu, Mohd Aizat Aiman Mohd Rizal, berusia satu tahun empat bulan, menjadi tumpuan ramai kerana warna matanya berbeza daripada kebanyakan orang yang rata-rata mata mereka berwarna hitam atau perang.
Datuknya, Encik Ahmad Mustafa, 62 tahun, ditukil Utusan Malaysia sebagai berkata:
'Semasa dilahirkan, matanya berwarna hitam. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.'
Keluarganya jadi hairan kerana mereka tidak mempunyai darah kacukan orang Barat. Doktor juga mengesahkan mata Mohd Aizat tidak berpenyakit.
Encik Ahmad berkata ibu cucunya itu, Cik Noraini Ahmad, 31 tahun, semasa hamil gemar bermain dengan seekor kucing peliharaan mereka yang bermata biru.
P/S : SUBHANALLAH... satu keagungan Allah, DIA Maha Berkuasa menajdikan apa yang dikehendaki-Nya tanpa halangan. Allahuakbar!- memang best kalau aku ada mata cam tu.. heheh, tapi aku suka kaler hijau.. namp-ak weird sikit heheheh!... Nanti aku harap lak, anak aku bermata hijau... heheheh...
MAKANAN YANG TIDAK SIHAT UNTUK DIMAKAN!
Makanan mentah.
Kita juga jarang mendengar orang memakan daging mentah. Pengambilan makanan mentah
(atau dimasak sedikit sahaja - dalam bahasa Inggeris dipanggil rare meat) boleh menyebabkan
komplikasi yang buruk:
- Toxoplasmosis.
Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang didapati dalam daging mentah.
Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada fetus (bayi). Parasit in
juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.
-E.coli (bunyinya E.kolai).
E.coli ialah sejenis bakteria jahat yang selalu hadir di dalam daging yang tidak dimasak.
Salmonella. Salmonella hadir dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Organisma ini boleh
menyebabkan cirit-birit pada ibu yang hamil dan ini mungkin merbahayakan bayi sekiranya tidak dirawat
dengan cepat kerana ia akan menyebabkan de-hydrasi. Makanan berkerang seperti oyster juga boleh
menyebabkan masalah jangkitan salmonella di samping masalah-masalah jangkitan kuman yang lain.
-Listeria.
Bakteria jenis ini boleh didapati di dalam cheese yang tidak dipasteur dengan baik. Kuman jenis ini boleh
menyeberangi plasenta dan menjangkiti bayi. Selalunya tidak ada tanda-tanda khusus jangkitan kuman
ini (asymptomatik) namun kadang-kala menunjukkan tanda seperti selsema. Listeriosis telah diketahui
boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan.
-Cacing.
Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi, dsb boleh menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidaklah
memberikan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan makanan dan zat yang
diperlukan oleh bayi anda.
@@Herba.
Pengambilan herba secara kesuluruhannya adalah selamat. Bagaimanapun sila dapatkan nasihat doktor
atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang herba kerana ada herba yang tidak dibenarkan
pengambilannya semasa hamil seperti cohosh, sliperry elm, dsb.
@@Makanan berempah (spicy food) dan juga berasid.
Makanan berempah dan berasid boleh menyebabkan masalah angin. Ditambah dengan kecenderungan
wanita hamil untuk mengalami masalah ini, makanan jenis ini akan memburukkan lagi keadaan.
@@Makanan lebihan.
Makanan yang lebih seelok-eloknya tidak disimpan dan dimakan semula. Ini untuk mengurangkan risiko
terkena jangkitan kuman.