Makanan mentah.
Kita juga jarang mendengar orang memakan daging mentah. Pengambilan makanan mentah
(atau dimasak sedikit sahaja - dalam bahasa Inggeris dipanggil rare meat) boleh menyebabkan
komplikasi yang buruk:
- Toxoplasmosis.
Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang didapati dalam daging mentah.
Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada fetus (bayi). Parasit in
juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.
-E.coli (bunyinya E.kolai).
E.coli ialah sejenis bakteria jahat yang selalu hadir di dalam daging yang tidak dimasak.
Salmonella. Salmonella hadir dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Organisma ini boleh
menyebabkan cirit-birit pada ibu yang hamil dan ini mungkin merbahayakan bayi sekiranya tidak dirawat
dengan cepat kerana ia akan menyebabkan de-hydrasi. Makanan berkerang seperti oyster juga boleh
menyebabkan masalah jangkitan salmonella di samping masalah-masalah jangkitan kuman yang lain.
-Listeria.
Bakteria jenis ini boleh didapati di dalam cheese yang tidak dipasteur dengan baik. Kuman jenis ini boleh
menyeberangi plasenta dan menjangkiti bayi. Selalunya tidak ada tanda-tanda khusus jangkitan kuman
ini (asymptomatik) namun kadang-kala menunjukkan tanda seperti selsema. Listeriosis telah diketahui
boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan.
-Cacing.
Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi, dsb boleh menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidaklah
memberikan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan makanan dan zat yang
diperlukan oleh bayi anda.
@@Herba.
Pengambilan herba secara kesuluruhannya adalah selamat. Bagaimanapun sila dapatkan nasihat doktor
atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang herba kerana ada herba yang tidak dibenarkan
pengambilannya semasa hamil seperti cohosh, sliperry elm, dsb.
@@Makanan berempah (spicy food) dan juga berasid.
Makanan berempah dan berasid boleh menyebabkan masalah angin. Ditambah dengan kecenderungan
wanita hamil untuk mengalami masalah ini, makanan jenis ini akan memburukkan lagi keadaan.
@@Makanan lebihan.
Makanan yang lebih seelok-eloknya tidak disimpan dan dimakan semula. Ini untuk mengurangkan risiko
terkena jangkitan kuman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PLEASE COMMENT!